Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label KAUM KERABAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KAUM KERABAT. Papar semua catatan

25 Februari 2015

Tahniah Yu

Cerita yang agak basi ni tapi tetap ibu abadikan
sebagai kenangan di sini.
22hb Ferbuari adalah catatan kenangan indah buat kami sekeluarga.
Syukur Alhamdulillah adik yu dinobatkan sebagai
"Best Student  Graduate Faculty of Medicine".
Kecemerlangan yang membuatkan kami kagum di atas kegigihannya belajar.
Bukan calang-calang student medik mampu meraih kecemerlangan.
Kini 2 orang adik ibu bergelar doktor.

Tahniah Adik Yu.
6 tahun diperantauan menghasilkan sesuatu yang indah untuk dikenang walaupun
pelbagai rintangan telah ditempuhi.
Sebagai seorang kakak, ibu doakan agar adik Yu menjadi seorang doktor yang
cemerlang dunia dan akhirat.
Semoga kejayaan Adik Yu menjadi pemangkin serta pembakar semangat
anak-anak ibu (5F) untuk mencipta kecemerlangan....InsyaAllah.
Tahniah kerana mengharumkan nama Malaysia dimata dunia.....

Bakal-bakal doktor bersama kejayaan yang dicipta selama 6 tahun di luar negara.
Syabas untuk rakan-rakan sealiran Adik Yu yang telah berjaya
membawa segulung ijazah.

Terima Kasih Allah....

p/s:
2 hari lagi adik yu dan abah akan kembali ke Malaysia.
Doakan agar dipermudahkan perjalanan mereka.

16 Februari 2015

Semoga Dipermudahkan.

Biar gambar berbicara.....

Ya Allah...
Permudahkan perjalanan Abah dan adik Yu ke Mesir....InsyaAllah.

Abah dalam penerbangan menuju ke Doha
dan akan berlepas ke Mesir.

Ibu sempat crop tempat kelahiran abah  daripada pasport Abah.
Ibu sempat bertanya mama malam tadi:
"Mama, Abah masih fasih lagi ke cakap Bahasa Arab...nanti tak pasal2 sampai kat imegresen mamat Arab speaking Arabic dengan Abah.....
Mama : Jangan risau...Abah masih fasih cakap B.Arab dan Bahasa Inggeris....
            Minggu lepas mama tengok abah masih ok masa cakap dengan seorang doktor 
dari Yaman...
He3x.....punyalah ibu terlebih risau sebab rasanya Abah dah lebih 18 tahun tak jejak kaki ke tanah tumpah darahnya di Saudi Arabia...
Sekurang2nya terubat rindu abah pada tanah kelahirannya bila dapat speaking
B.Arab di sana nanti.........
Oppssss...Abah ke Mesir bukan ke Saudi Arabia.
Tak kisahlah kan sebab Mesir jiran Saudi Arabia jugak......


13 Februari 2015

Moga Ayahnda Tenang di Sana.

Masih terasa sebak, sedih, terperanjat dan tergamam mendapat berita yang
membuat bumi Kelantan dibasahi airmata.
Malah seluruh rakyat Malaysia bersedih menerima berita ini.

Pemergian seorang ulamak terkenal Tn Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Saat ini tidak kira apa pegangan politik, agama dan 
bangsa semua turut merasai kesedihan dan kehilangan ini.

Setiap tutur kata serta taujihat darinya penuh bait-bait hikmah....
penuh dengan ilmu berguna.

Kami cukup bertuah TGNA dipinjamkan oleh Allah untuk 
memberi ilmu-ilmu yang berguna pada kami semua.
Ibu membesar di zamannya......

Damailah Ayahnda di sana.
Semoga ditempatkan dikalangan solihin...
Al-Fatihah.



 Gambar kenangan TGNA bersama Arwah Abang Long.
Esok genap 6 bulan pemergian Kak Long dan Abang Long.

Gambar kenangan TGNA bersama arwah ayahnda Hj Ismail Noh...
pakcik kesayangan ibu
dan merupakan kawan rapat TGNA.

Al-Fatihah buat Ayahnda TGNA, Ayahnda Ismail Noh dan Kakanda Hazli Hassan.
Semoga kalian ditempatkan dikalangan solihin.....InsyaAllah...
Entah bila pula tiba giliran anaknda ke alam sana....

22 November 2014

100 Hari Berlalu

13.8.2014 suatu tarikh hitam yang tidak mungkin ibu lupakan 
sepanjang hayat walaupun ibu ingin sekali memadam memori pahit itu.
Tarikh ibu kehilangan seorang yang amat rapat dalam hidup ini.
Seorang yang sering jadi pendengar yang setia,
Seorang kakak yang amat penyayang.
Seorang rakan yang sering jadi penasihat dan pengkritik.
Seorang yang menjadi sumber kekuatan.
Seorang yang amat disayangi oleh 5f selain ibu.

Makin hari jiwa ini makin sarat menanggung rindu.
Dada ini rasa terhimpit.
Jiwa ini terasa amat kosong.
Hati ini melontar-lontar resah.
Lebih terasa bila cuti sekolah bermula.
Saat yang sering ibu, arwah kak long dan atie tunggu-tunggu
untuk berkumpul dan berkongsi cerita.....
Bagaimana cuti kali ini perlu ibu hadapi tanpa kak long disisi.
Bagaimana perlu ibu kuatkan hati bila melihat bilik tidur khusus untuk
kaklong kosong tanpa penghuni.......

Ya Allah...jika diri ini diberi peluang seketika..
Ingin sekali ibu berjumpa  kak long....
Ingin rasanya ibu memeluk kak long erat2...
Ingin rasanya ibu mencium pipi kak long.
Ingin rasanya ibu luahkan kerinduan ini.
Masih terasa sejuknya pipi kaklong disaat akhir ibu
mengucup dahi dan pipinya di bilik mayat tempohari....
Kaku dan bisu...

Malam tadi kak long hadir dalam mimpi-mimpi ibu.

Gambar kenangan birthday kak long.
Seperti biasa arwah abang long buat kejutan pada isteri tercintanya.
Pasangan bahagia yang banyak persamaan dan akhirnya mereka sama2 bersemadi...
Disaat akhir mereka tidak sempat meraikan ulang tahun perkahwinan.
Sebuah bungkusan hadiah daripada Abg long buat Kak long sudah
siap sedia di atas sudut meja.
Berjurai airmata ibu membaca catatan kasih daripada Abg Long buat kak long....

Ya Allah....tempatkan kedua-dua insan yang 
terlalu istimewa ini dikalangan orang-orang beriman.
Bukan hanya ibu yang terasa kehilangan ini malah 5f turut terasa 
kesedihan dan kerinduan yang teramat sangat di atas kehilangan insan
yang amat istimewa dalam hidup kami.....
Damailah kalian bersemadi disana........

Al-Fatihah.....

26 September 2014

Rindu Kak Long

23.9.2014 bersamaan ulang tahun Abah-
Genap sudah 40 hari arwah kak long dan abg long pergi mengadap Ilahi.
Hari ini genap 43hari pemergian arwah berdua.

Ya Allah...semakin hari ibu semakin rindu mereka.
Terbayang senyum dan tawa kak long.
Hati makin sedih bila kepulangan ibu bercuti kekampung baru-baru ini tanpa kak long.
Biasanya cuti kami sering berkumpul bersama.
Maklumlah kami 3 beradik perempuan bergelar guru dan cuti kami serentak.

Kak long lah yang akan bangun seawal pagi untuk sediakan sarapan.
Kak long memang pakar memasak dan amat rajin mencuba resepi baru.
Kami adik-adik order nak makan apa pasti akan disediakan.
Kami dilayan penuh kemanjaan...
Ya Allah....terlalu sarat rindu ini.
Makin hari makin menebal dijiwa ini..
Mana mungkin ibu dapat lupakan kak long.
Bila rindu ibu akan memakai baju-baju blouse peninggalan kak long.
Ibu akan rasa dekat dengan kak long.
Ibu rindu segala-galanya tentang kak long..

Sewaktu awal cuti kami sepakat mengadakan majlis tahlil di rumah abah di kampung.
Masa tu genap 30 hari pemergian arwah kak long dan abg long.....
Pelajar-pelajar tahfiz sekolah arwah pakcik pun dijemput hadir.

Penuh 4 ruang rumah abah dihadiri saudara mara..

Masih tidak percaya kak long dan abg long pergi secepat ini.
Semoga Allah tempatkan mereka berdua dikalangan orang-orang yang beriman.
Tenanglah kalian di sana.....
Al-Fatihah...moga kak long dan abg long tenang bersemadi di sana.

23 September 2014

Selamat Ulang Tahun ke 72 Abah

23.9.2014-Genap usia Abah 72 tahun.
Di lahirkan di Tanah Suci Mekah dan anak kepada
salah seorang guru Quran yang terkenal di Kota Madinah.
Abah lahir dari keturunan seorang ulamak terkenal yang berasal dari Pattani.

Syukur Alhamdulillah..diusia emas ini Abah masih sihat dan mampu lagi
bergelar penceramah bebas.
Sejak bersara sebagai salah seorang pegawai kerajaan,
abah beralih bidang menjadi
penceramah bebas dibawah JAKIM.

Seorang Abah yang penyayang, penyabar dan toleransi.
Abah tidak pernah mendidik dengan kekerasan malah kami
tidak pernah dijentik jauh sekali dirotan.

Terima Kasih Allah kerana masih memberi ruang dan peluang untuk kami
mengecapi kasih sayang Abah.
Walaupun Abah tidak pernah membaca blog kakak,
Kakak tetap abadikan tarikh keramat Abah di sini.

Gambar terkini.
Bersama adik bongsu ibu.

Ibu merupakan salah seorang anak manja Abah...

Ya ALLAH,
kurniakanlah kesihatan yang baik buat ayahnda Haji Abdullah B Haji Yusuf.
Panjanglah umur Ayahnda..
Murahkanlah rezeki ayahnda.
Lindungilah Ayahnda dari segala kesukaran dan kesakitan.
Ampunilah dosa2Ayahnda.
Limpahilah rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah pada ayahnda....Amin.


1 September 2014

Johor-Selangor-Perak

Salam rindu semua.
Dah beberapa hari ibu menyepi.
Alhamdulillah hari ni kita bersua kembali.

Cuti 3 hari ibu sekeluarga mengukur jalan.
Bermula dari petang Khamis hinggalah ke petang Ahad.
Destinasi pertama kami ke Rawang, Selangor.
Dari rumah ibu ke Rawang lebih kurang 3 jam lebih melalui
lebuh raya Utara Selatan.
Tersesat jugak beberapa kali walaupun dah guna GPS kereta dan Wase....

Lebih kurang pukul 6.30 petang kami tiba di sana.
Bermalam semalaman di rumah adik ibu.
Bukan main seronok lagi Farouk dapat jumpa sepupu kesayangannya Daniel dan Wafiq.

Semalaman di Rawang dan keesokan harinya kami bergerak ke Ayer Tawar,Perak.
Lebih kurang 4 jam perjalanan melalui lebuh raya Utara-Selatan.

Mengunjungi rumah peninggalan K.long dan Abg long.
Family ibu dan adik-adik dah rancang untuk berkumpul di sini.

Ya Allah...sayunya hati bila kedatangan kami sudah tidak ada yang menyambut..
Tiada lagi kedengaran gelak ketawa dan sapaan mesra arwah berdua.
Yang tinggal cuma suasana sunyi..sepi...suram.....

Tidak kuat hati untuk bermalam di rumah arwah.
Terlalu banyak kenangan yang tertinggal di situ.
Kami telah booking sebuah homestay 2 tingkat, 4 bilik.
Semalaman RM300 dan kami adik beradik menetap di situ selama 2 malam.
Memang selesa sangat sebab homestay ni baru siap.
Anak-anak ibu bersama Su-tie (adik bongsu ibu) dan sepupu sepapat........
Anak arwah bertudung oning kuning tu....

Esoknya seawal 11.00 pagi ibu bersama adik atie dan 2 orang adik ipar bergerak
ke rumah arwah untuk sesi mengemas.
Kanak-kanak rebina kami tinggalkan dulu di homestay bersama Along.
2 orang adik lelaki ibu dah bergerak ke pejabat peguam bagi urusan
harta-harta peninggalan arwah kak long.

Dah selesai sesi mengemas bahagian bawah, barulah kanak-kanak rebina
dibawa ke sini.

Punyalah penat kaum ibu mengemas...dan dengan riang ria kanak-kanak rebina
membuat sepah.....
Namun hati ibu tenang dan sejuk melihat keakraban mereka....
Bukan selalu mereka dapat berkumpul begini....

Inilah kerja anak-anak generasi Y.....

Seharian kami di rumah arwah.
Mengemas, memasak dan makan di rumah arwah......
Setiap saat kami pasti bercerita tentang arwah.
Kami rindu segala-galanya tentang arwah..
Setiap saat kami rasa arwah berada bersama kami......
Ya Allah......terlalu merindui k.long.......

Terpaku mata ibu memandang cenderahati yang abang long sediakan
untuk kak long untuk hari ulang tahun perkahwinan mereka yang tidak sempat mereka raikan.
Tertulis " Khas untuk kesayangan abang..my sweet heart...love you".
Ya Allah...begitu sayangnya A.long pada K.long.
Akhirnya mereka ditakdirkan sehidup semati bersama.......

3 hari 2 malam di Ayer Tawar, Perak.
Barang-barang peninggalan arwah terutama kain baju ibu dan adik-adik packing untuk
disedekahkan pada yang memerlukan.
Berat hati untuk meninggalkan rumah arwah.
Mungkin ini kali terakhir kami ke sana...
Ibu sempat berbisik :
"Kak Long, kakak balik dulu ye. 
Kakak dan adik-adik dah bersihkan rumah kak long.
Moga kak long tenang di sana bersama abang long....
Kami rindu kak long sangat-sangat....."

Hari terakhir kami mengambil kesempatan mengziarahi pusara arwah.
Perjalanan memakan masa 3 jam.
Ya Allah...sayunya hati.
Terlalu berat kaki untuk melangkah.

Tanah perkuburan yang baru dibuka.
Cuma ada 5 buah kubur saja.

Di antaranya kubur bapa abang long yang meninggal sehari sebelum k.long dan abang long meninggal.
Suram dan sunyi suasana di situ membuatkan hati ibu bertambah sayu.
Damailah dan tenanglah kak long dan abang long bersemadi di situ.
Al-FATIHAH

Throwback:
Gambar ni ibu snap semasa OTW balik dari Perak.
Sehari selepas k.long dan a.long meninggal.......

15 Ogos 2014

Kak Long, Begitu Cepat Kak Long Pergi

13.8.2014
12.15 tengah malam- Ibu menerima call daripada Beby di Kuantan.
 Katanya dia terima call daripada seseorang yang tidak dikenali 
melalui telefon umi (K.long)  yang memberitahu mereka kemalangan.
Ibu call semula hp kak long dan ternyata suara lain yang mengangkatnya. 
Ibu dengar suara Yaya (anak tunggal k.long) menangis semahu-mahunya. 
Orang itu mengesahkan kak long dan abang long kemalangan.

Ibu call abah, ibu w.apps group family.
Adik2 ambil tindakan segera cari lokasi.
Call balai polis,call hospital.
30minit kemudian polis dah jumpa tempat kemalangan.

12.40 tengah malam-Kami dapat pengesahan dan mangsa disahkan meninggal
ditempat kejadian.
 Inna lillah wa inna ilayhi raji'un ( إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)
Ya Allah....saat itu ibu rasa dunia gelap.
Terkejut,binggung, tergamam....rasa macam mimpi.
Masih tak percaya dengan khabar yang diterima.
Anak-anak semua dah menangis teresak-esak.
Ibu buntu.
Ayah bertindak pantas.
Packing keperluan penting.
Kami tunggu pengesahan polis kemana jenazah akan dibawa.

1.00 pagi masih menunggu pengesahan.
Urusan polis masih belum selesai ditempat kejadian.
Akhirnya polis beri pengesahan jenazah di bawa ke hospital berhampiran
di Hospital Changkat Melintang.

2.00 pagi- Ibu masih kebinggungan.
Ayah arahkan kami masuk kereta.
Bertolak ke Perak.
Perjalanan Johor-Perak lebih kurang 6 jam.

8.00 pagi-Kami tiba di Hospital Changkat Melintang Bota.
Ibu saksikan begitu ramai orang menunggu depan bilik mayat.
Ibu lihat Abah, Adik Mie dah sampai dari Kelantan..
Adik Kie dari Rawang menyusul di belakang kereta kami.
Abah peluk ibu..menangis.
Adik mie peluk ibu menangis.
Kie cium tangan ibu dan menangis.

Agak lama kami menunggu siasatan polis.
Ibu tak pasti pukul berapa kami dibenarkan masuk ke bilik mayat.
Ya Allah....Ibu menangis semahu-mahunya bila kali pertama
menatap wajah terakhir Kak Long.
Ibu dipeluk adik Kie dan adik Mie...
Kami sama-sama menangis.
Keluarga pujuk ibu....tenangkan ibu...
Ibu tidak mampu menahan kesedihan.
Ayah turut menitiskan airmata...Along,Angah, Naurah dan Farouk
tersedu-sedan....

Kami ke bilik sebelah.
Sekali lagi kami menangis melihat wajah tenang abang long.
Senyuman terukir dibibirnya.
Ya Allah, adakah mereka sedang tidur?

Ibu tidak mampu lama di situ.
Tidak sanggup melihat kak long dan abang long sedemikian.
Ibu ke tempat Yaya dirawat.
Ibu peluk Yaya...ibu suapkan dia makan.
Ibu tak sanggup nak beritahu Yaya yang umi dan baba telah tiada.
Yaya kata dia call umi guna tabnya tapi umi tak angkat..Ya Allah...

12.00 tengahari- Urusan penyiasatan, post mortem (adik mie lakukan bersama doktor di sana),
mandi jenazah dan kafan.
Pihak hospital memangil ibu untuk ikut serta.
Ya Allah, ibu tiada kekuatan untuk masuk.
Ibu lemah..ibu trauma...ibu terlalu sedih....
Ayah, Farouk, adik Mie bersama mandikan jenazah abang long.
Adik kie seperti ibu...tidak kuat untuk berada di sana.

Ibu dan keluarga masuk ke bilik mayat.
Mengucup dahi kak long untuk kali terakhir.
Sejuk...kaku...Ya Allah...betulkah apa yang ada depan mata ibu......

12.20-Kedua-dua jenazah dibawa balik ke rumah arwah
di Ayer Tawar.
Begitu ramai kenalan Kak Long dan Abg Long.
Ya Allah...ibu terus berlari naik ke tingkat atas.
Ibu masuk bilik kak long.
Ibu peluk baju-baju kak long.
Ibu tak mampu menahan kesedihan.
Lama ibu berada di atas.
Ibu mula merindui Kak Long...

Selepas solat Zohor,jenazah dibawa ke Behrang 
untuk dikebumikan di sisi arwah ayah abang long yang meninggal sehari sebelum kejadian.

Diperkarangan rumah arwah.
Ramai rakan taulan sedang menunggu.

Berita online dan Keratan-keratan akhbar






Pemergian arwah berdua secara tiba-tiba mengejutkan kami sekeluarga.
Baru raya lepas kami habiskan masa bersama.
Tiada tanda-tanda yang ditinggalkan.
Cuma Kak Long tidak banyak cakap....asyik sibuk minta bergambar.
Katanya nak buat kenangan.

 Bebylah orang yang paling sedih kerana Kak Long dan Abang Long pernah
membelanya masa kecil.
Menurut kata Beby, sejak akhir-akhir ni setiap hari
umi dan baba (k.long dan a.long) call, sms dan w.apps dia.
Setiap hari beri nasihat suruh dia belajar...suruh dia ingatkan mrk.
Semasa menerima khabar berita ini Beby sedang menduduki exam sem.
Agak lewat ibu maklumkan pada Beby sebab takut dia hilang fokus.
Bila terima berita sedih ni Beby menangis semahunya....dia pengsan di bilik kuliah.
Demam panas..mengiggil dan dah 3 kali terpaksa dikejarkan ke hospital.
Ya Allah.....

Menurut 4Farahs, semasa raya umi kata: Jomlah posing dengan umi. 
Mungkin ni raya terakhir kita bersama. 
Mungkin tahun depan kita dah tak sambut raya sama-sama..
Ya Allah....

Ya Allah...
Walaupun Kak Long anak tiri abah namun kasih sayang
abah pada kak long tiada berbeza dengan kami malah
abang long merupakan menantu kesayangan abah.
Kak Long seorang kakak yang terhebat.
Menyayangi kami sepenuh jiwa raganya, 
sanggup berkorban demi keluarga terutama adik-adik.
Seorang kakak yang periang, penyayang dan perihatin.

Ya Allah...satu-satunya kakak kandung yang ibu miliki di dunia ini.
Seorang kakak,seorang sahabat yang sering berkongsi rahsia.
Antara kami tiada rahsia...sering menangis dan ketawa bersama.
Susah senang kami kongsi bersama.
Ibu tak pasti bagaimana hidup mendatang tanpa kak long.
Terasa sebahagian jasad dibawa pergi bersama.

Saat ini ibu terlalu merindui kak long.
Setiap saat kak long hadir.
Hilang segala kekuatan yang ibu miliki.
Airmata masih deras mengalir dan mengalir.....
Ibu terlalu RINDU pada kak long.

Ya Allah...
Moga Kak Long dan Abang Long ditempat para soleh dan solehin.
Kalian tetap hidup subur diingatan kami sekeluarga....
Al-Fatihah.....

2 April 2014

Semoga Ayahnda Tenang Di Sana.

1.4.2014, tepat 2.30 pagi ibu dikejutkan dengan berita kehilangan.
Berita yang meruntun jiwa ibu.
Berita yang mengundang airmata ibu mengalir laju.
Pakcik yang paling rapat dalam hidup ibu telah pergi buat selama-lamanya.
Pergi dengan tenang diawal pagi ditemani isteri dan adik ibu, Dr Ahmad Zakimi.

Terasa amat kehilangan..
Sedih tidak mampu ibu tahan.
Beliau insan yang ke 2 ibu sayang selepas abah.
Seorang bapa yang penyayang.
Lembut tutur kata dan perlakuan.
Al Fadhil Ustaz haji Ismail Noh
 Hidup penuh kesederhanaan biarpun penah
menyandang jawatan tertinggi dan bergelar YB.
Merendah diri dan lembut tuturkata dan bicara.
Mendampangi rakyat tanpa mengira darjat.
Dihormati setiap lapisan masyarakat tanpa mengira parti.
Merupakan seorang ulamak terkenal dan disayangi serta disegani di Kelantan
 Seorang ulamak yang berhikmah, berilmu, menepati isu semasa dan haraki.

Akhirnya beliau pergi mengadap ilahi dalam penuh ketenangan dan
kejernihan wajah.

Petang semalam di sekolah ibu berlangsung Mesyuarat Agung PIBG.
Ibu menangis dan menangis.
Tidak mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Menatap jam 2.30 petang sewaktu arwah disemadikan.
Bertambah sebak bila bertalu2 menerima gambar-gambar dari w.apps
sewaktu arwah disemadikan.

Ayah pula ditimpa musibah (kemalangan OTW balik dari meeting).
Bahagian depan kereta ayah hancur berkecai.
Alhamdulillah ayah tidak alami kecederaan.

Ya Allah, airmata tidak mampu ibu tahan.
Deras mengalir tanpa henti.
Ibu mencari ruang untuk bersendirian buat seketika.
Mengurungkan diri di makmal komputer sendirian.
Mencari kekuatan diri...mengumpul ketabahan yang pergi.

Sewaktu cuti sekolah seminggu yang lepas,
ibu sempat menziarahi beliau terlantar di icu.
Tenang wajahnya namun matanya terpejam rapat.
Ibu gengam erat tangannya..ibu usap sambil hadiahkan surah yasin.
Sesekali beliau menganggukkan kepala bila namanya dipanggil.
Sebak dan sedih...sudah tiada lagi suara lembutnya.
Sudah tidak daya membuka mata.

Ya Allah, ibu terlalu rindukan wajah ini.
Ibu rindu senyumannya.
Ibu rindu suara lembutnya.
Ibu rindu segala-galanya yang beliau miliki.
Ya Allah...Kau tempatkan insan yang mulia ini
Dikalangan insan soleh...
 InsyaAllah pastinya beliau akan berehat bersama para syuhada',
solehin dan pejuang Islam yang terdahulu telah pergi...

 , 
Al-fatihah untukmu ayahnda pak muda haji.
Berehatlah kau di sana dengan tenang.
Semoga ayahnda pak muda haji ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehin.

p/s:
Semalam banyak link yang membicarakan tentang kehilangan Beliau.
Salah satunya di Sini 

29 Ogos 2013

'DIA' dah Kembali.

Syukur Alhamdulillah, insan yang ditunggu akhirnya sudah kembali ke Tanah Air.
11 jam perjalanan  dari Kaherah ke KLIA tanpa henti
akhirnya mengundang rasa lega dihati adik Yu dan kami sekeluarga.

Akhirnya seawal 7.15 pagi waktu Malaysia adik Yu tiba di KLIA.
Salah seorang adik ibu ((kie) menanti di sana.
Sepanjang adik Yu berlepas kami adik beradik tak putus-putus ber"WhatsApp".
Gambar-gambar ini pun ibu ambil dari tab.

Setiba di KLIA adik Yu bersama 30 rakan dalam bidang perubatan tajaan
JPA diberi taklimat.
Mereka diberi jaminan untuk melanjutkan tahun akhir
di 3 buah negara pilihan lain (Ireland, India dan Indonesia)
memandangkan keadaan di Mesir masih dalam keadaan kacau bilau.

Menu pertama yang diminta setelah menjejak kaki ke Malaysia, Nasi Lemak.
Maklumlah hampir setahun meninggalkan Malaysia semasa cuti semester yang lepas.

Taraaaaaa.....licin.

Beberapa jam kemudian
Adik Yu menaiki penerbangan MAS untuk kembali ke Kota Bharu.
Tengahari baru tiba di Kota Bharu.
Di Airport Ismail Petra Adik Yu disambut oleh abah, adik atie bersama suami dan
adik bongsu.

Wajah ceria abah menyambut kepulangan anak tersayang.
Terpancar kegembiraan abah....

Adik Yu bersama Atie ( adik perempuan ibu ).
Mereka berdua amat rapat dan sering berkongsi segala rahsia.......

Mamalah orang yang paling bahagia dan gembira.
Ibu tahu jiwa mama bergolak hebat sejak mesir dilanda musibah.
Terpacul dari mulut mama :
"Tak boleh ke adik Yu sambung tahun akhir kat Malaysia???"
InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segala-galanya...

Terima kasih di atas doa2 semua.
Tidak terbalas segala jasa rakan-rakan semua......


25 Ogos 2013

Semoga dipermudahkan.

Mesir bergolak jiwa family ibu turut bergolak hebat.
Perasaan sedih + marah + kecewa + simpati bila menyaksikan umat Islam diuji begitu hebat.
Lebih perit mengenangkan nasib adik ibu, Muhammad Khairul Anuar ( Yu ) di sana.
Ini kali ke 2 adik yu menempuhi situasi sebegini.

Hati siapa yang tak risau bila situasi ini berlaku.
Setiap hari ibu memujuk hati agar tabah dan sabar.
Dalam setiap doa-doa ibu tak pernah lupa berdoa untuk insan-insan disana
terutama adik yu.

Tahun ini kali pertama adik yu menyambut raya di sana 
kerana kengkangan masa menghadapi peperiksaan perubatan tahun ke 5.
Jika selama ini adik yu sentiasa pulang ke tanah air untuk menyambut 
Ramadhan dan Hari Raya bersama keluarga tapi tahun ini dia terpaksa
memendam rasa demi sebuah kejayaan.
Allah menguji adik yu dan rakan-rakan.
Disaat mereka diambang peperiksaan yang tidak berapa hari lagi
keadaan mereka sudah tidak lagi selamat disana.
Mereka diarah pulang.

Sebak dan sedih bila baca status adik yu.
Ibu tahu dia seorang yang amat tabah.
Sepanjang 5 tahun dia di sana, terlalu banyak ujian yang dia lalui.
Terkeluar juga dari hatinya rasa terkilan kerana menolak tawaran untuk
melanjut pelajaran dalam bidang yang sama (perubatan) di Eropah dan UM dulu.
Impiannya ke Univrsiti Zagaziq pun diatas tajaan JPA untuk menjadi seorang doktor yang 
berpendidikan agama.
Itulah cita-cita adik yu.

Sambutan Hari Raya pertama adik Yu di rumah salah keluarga di sana.
Walaupun dalam keadaan negara mesir bergolak mereka masih mampu berkumpul
untuk meraikan aidil-fitri.

Solat sunat Aidil-Fitri di stadium Zagaziq.

Adik Yu (tengah) bersama rakan-rakan.

Rakan-rakan sealiran.

Sehingga hari ini kami sekeluarga masih menanti
giliran adik Yu untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Dan hati bertambah sebak dan sedih bila adik yu berkata:
"Kalau terjadi apa-apa pada Yu, anggaplah Yu mati syahid di sini......".

Ya ALLAH,
Lindungilah umat Islam di sana.
Permudahkanlah urusan
adik Muhammad Khairul Anuar (Yu) dan
rakan-rakan di sana.
Semoga mereka semua dibawah perlindungan dan kasih sayangMu Ya ALLAH.

p/s:
Hari ni ada program sekolah lagi walaupun hujung minggu..
Bersiap untuk bersama 20 orang murid bagi kunjungan marhaban
di beberapa buah rumah.



30 Julai 2013

Ramadhan 21- Temankan Ayah

Pagi tadi ibu temankan ayah ke Specialist Medical Pantai di Ayer Keroh Melaka.
Dari pagi pukul 7.20 pagi ibu masuk ke kelas hingga berakhir pukul 9.50 pagi.
Ibu terpaksa menukar jadual PdP dengan seorang rakan.
Syukur kerana mempunyai rakan-rakan yang memahami.
Menghabiskan dulu tugas rutin utama di sekolah.
Minta izin keluar awal untuk temankan ayah.
Bergegas jemput ayah dan terus ke Melaka.

 Kami tiba lebih kurang pukul 11.40 pagi.
Alhamdulillah highway agak lengang.

 Terpaksa parking kereta dibahagian atas kerana ruang bawah dah penuh.

 Ayah terus dirujuk doktor pakar.
Tidak perlu menunggu lama dan pemeriksaan berjalan lancar.
Kami ke sini pun atas nasihat dari adik ibu, Dr Zek a.k.a adik mie..
 Sejak keluar wad hari tu keadaan ayah semacam je.
Badan berpeluh, sakit kepala dan asyik rasa nak pitam serta tidak bermaya.
Lantas ayah minta ibu emailkan laporan perubatan semasa di wad kepada adik mie..
Adik Mie telah beri beberapa andaian tentang laporan dan pengambilan ubat.

Jangkaan adik ibu betul.
Ayah diberi ubat yang salah dan ayah tidak ada kaitan dengan
penyakit jantung.
Jantung ayah stabil tapi dibekalkan dengan 3 jenis ubat yang berkaitan jantung...
Aduyai, bayangkan...5-6 hari ayah menelan ubat yang salah......sabar jelah.
Malas ibu nak panjang-panjang cerita.
Patutlah orang sanggup berhabis ke hospital swasta.
Walaupun setiap checkup mahal harganya tapi ianya berbaloi.

 Peneman setia ibu.
Along volunteer nak ikut sama.

OTW balik ayah singgah ke UTeM.
Alang-alang dah lalu highway kami singgah ke sini.
Saja ayah bawa Along untuk meninjau Universiti yang bakal Along jejaki pada 1.9.2013 nanti.

Ayah umpama pemandu pelancong.
Setiap inci kawasan UTeM di terokai.
Lagipun ibu rasa ayah rasa agak lega setelah mengetahuai keadaan kesihatan sebenar.

Bukan main lebar senyuman Along.
Katanya dah tak sabar bergelar siswi di sini.
Dan di sinilah nanti along akan menyambung degree selama 3tahun setengah.....

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga.....ameen.



About me