Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

31 Januari 2011

Dalam Dilema.....

Sampai saat ibu menaip n3 nie hujan turun xhenti2.
Seingat ibu dh 3-4 hari hujan berterusan.
Rasanya seluruh Johor dilanda hujan.
Ada beberapa kawasan telah dilanda banjir.
Yang paling ibu risau area Segamat.

Niat hari after Zohor nk berangkat pulang ke kg.
Dah siap packing semua brg.
Dah beli brg2 yg mama n adik pesan.
Hati berbelah bagi.
Antara ingin teruskan niat hati atau
batalkan rancangan disaat akhir.

Hati terlalu ingin pulang.
Ingin menjenguk mama yg xsihat.
Tapi hati rasa xsedap jerrr.
Mcm2 yg ibu fikirkan.
Tentang adik nun jauh di Mesir
dan ttg kesihatan mama.
Sekurang2nya kalu ibu pulang ,
Ibu boleh legakan ckit hati mama n abah.

Perjalanan bukan dekat.
Paling cepat 10 jam baru sampai.
Perlu lalui daerah Segamat.

Entahlah...tinggal bbrapa jam lagi.
Ibu hanya berserah n pasrah.
Terpaksa mengikut gerak hati..
Ya Allah...berilah aku petunjuk.......


keadaan banjir di Labis-Segamat

p/s:
Adik ibu Muhammad Khairul Anuar smpat call abah bbrapa saat dr Mesir.
Terpaksa memanjat meja utk mendapat line tel.
Katanya nk beli mknan pn dh susah.
Situasi mkn kucar kacir.
Seorg cousin ibu ( pompuan) dh kehabisan stok duit utk membeli makanan.
Bank dh xberoperasi..
Moga mereka dilindungi Allah.....

Dah nasib 3 Minah......

Jumaat last day sekolah n pastu tu cuti selama 9 hari.
Hurrayyyyy!!!!
Jangan jeles dgn ibu ye...
Bukan ibu yg mintak cuti lama2 ttp org dh nk bagi nk wat camne..
(Opppssss!!!!! 2 hari cuti ganti tau...2 minggu hari Sabtu pi SK)
Cewah, ayat2 yg boleh buat org meluat
espclly adik beradik lelaki ibu.
Wakaka...

Mrk jeles betul dgn 3 Minah ni
(ibu, kak long n adik pompuan ibu)
cz kami bertiga ni cikgu2....
Atas permintaan mama kami jd cikgu.
Kak long n atie ambik course lain kt 'U' ttp alih2 buat KPLI...

Depa bengang dgn kami cz asyik2 cuti..asyik2 cuti.
Lama lak tu......
Bila dh cuti kami calling2 la pakat blk kg.
Sorg nun di Johor,
sorg nun di Perak
n sorg mmg dok Kelantan.
Bila dh berlonggok kt kampung xde kerja lain.
Abis kedai kami jelajah.
Hampir2 muflis dibuatnya....

Pastu santai2...
Gosip2, lepak2, sronok2, enjoy2...
Ha, sapa xjeles.....
kan..kan..kan..
Dh rezeki n takdir kami begitu......

p/s utk Abdul2 tu (adik2 lelaki ibu)
Ha, sapa suruh jd doktor, jadi pengurus..
Kan dh kena kerja.
Jangan mare!!!!!!!!

p/s:
tengahari kalu xde aral kami nk blk kg.....
Doakan perjalanan kami selamat n doakan moga Daerah Segamat xbanjir....

30 Januari 2011

Risau.....

Hati ibu terlalu risau.
Mengenangkan adik yang berada nun jauh
di Universiti ,Zagaziq, Mesir.
Sudah 2 hari kami terputus hubungan.
Akibat pergolakan yang berlaku di sana.
Menurut abah, semua talian internet di putuskan.
Dan xtaulh camne dgn talian telefon.

Berkali2 ibu cuba hubungi adik.
Namun masih gagal.

Risau sgt hati ibu, abah, mama n family.
Rasa xtentu arah memikirkan keselamatan adik.
Ada khabar2 angin bertiup,
Ada bilik pelajar Malaysia telah kena serbu.
Tersentap jantung ibu.
Xtau nk buat apa.
Hanya mampu berdoa n berserah.

Sekarang adik sdg cuti utk study week.
2 minggu lagi adik exam.
Adik di 3rd years dlm bidang perubatan.
Menuntut pengorbanan yg besar.
Dan bbrapa bln ni adik xsihat.

Ya Allah, selamatkan
Muhammad Khairul Anuar.
Lindungilh dia.
Berilah dia kekuatan.
Berilah dia kesabaran.
Berilah dia ketenangan.
Berilah dia ketabahan.
Berilah dia kesejahteraan.
Berilah dia keyakinan diri.
Berilah dia kesihatan yang baik....

Kawan2 ibu,
tolong doakan keselamatan adik kesayangan ibu,
Muhammad Khairul Anuar.
Agar dia selamat di sana.
Terima kasih teman.....

Untuk yu:
tolong hubungi kami yu.
Kami sgt risau ttg keselamatan yu di sana.

wajah kesayangan ibu dan anak2...
Muhammad Khairul Anuar......


bakal bergelar doktor 3 thn akan dtg...Insyallah..
Semoga yu dpt menjejak langkah abg mie
( adik ke 5 ibu Dr Ahmad Zakimi.. )



yu...kami risau!!!!!!

Hadiah Untuk diri sendiri......

Angah a.k.a Farah Nadiah nie
dh bbrapa hari dok bodek2 ibu g kedai hp.
Tah apa yg dia nk sangat ke sana.
Bila ibu tnya kenapa????
Jawabnya: "Adalah..."

Biasanya kalu ibu nk kluar ke mana2 mmg dia xnk ikut.
Smlm bkn main lagi.
Awal2 angah dh siap pakai baju.

Rupanya ada udang disebalik mee.
Nk beli hp baru katanya.
Nk beli, belilh....guna duit sndiri....
Kalu xde duit tgk jerr..
Jgn sibuk nk minta duit ibu.....

Anak2 ibu mmg camtu.
kalu nk beli apa2 mrk kena kumpul duit sendiri.
Kena la berjimat cermat.
Bila dh cukup duit baru mereka beli.
Ibu xnk ajar mereka bersenang lenang nk dapatkan sesuatu.
Sedari kecik ibu dh latih camtu.
Sebab tu sedari kecik kalu g kedai mainan mrk tgk jerrr.
Kalu berkenan pn mrk pegang-pegang n tgk2 je.
Bila minta pn xlebih dr 2 kali.
Xde maknanya nk melalak.
Time tu la ibu ckp...
kalu nk jugak, exam mesti dpt TOP 3.....
Motivasi gak tu....

Ibu nk mereka belajar...
Duit bukan senang nk dapat.
2yg mrk sntiasa berjimat.
Ni bukan kes penderaan ye ttp
kes nk ajar mereka memahami.
Betapa sukar utk dapatkan duit.....
Kalu nk duit mesti ada usha......

bukan main hepi lg dapat idaman kalbu..
Tersenggih2 n tersenyum2 sesorg......


nilh yg angah idam2kan sekian lama.
Xdelh lama sgt cz ni kiranya keluaran baru gak la.....hi...
Harganya dlm RM550.
Kiranya hadiah utk diri sendiri.....hi.....


p/s:
sunyinya Ayah, Along n Angah xde selama 3 hari.....

29 Januari 2011

Mengidam ikan puyu + rindu nenek......

Betul xtipu..mmg ibu mengidam!!!!
Jangan salah sangka lak.
Nnti Farouk marah cz dia xsuka tahtanya
sebagai anak bongsu n tunggal dirampas.

Rasanya dh lebih 10 thn ibu xmakan ikan puyu nie.
Masa kecik2 ikan puyu ni mmg feveret ibu.
Tiba musim cuti sekolah mesti ibu suruh @ paksa abah antar balik kg.
Maklum la ibu membesar di bandar Kota Bharu.

Balik kg seronok.
Byk aktiviti yg ibu buat.
Bukan apa, seronok dapat ikut nenek n mak su ke sawah.
Sambil2 tu merenggek2 suruh pakcik jala ikan puyu.
Maklum la cucu n anak buah kesayangan pakcik makcik.
Remote control je..
Pasti dpt.....

Dan yang paling best bila nenek
tumbuk kunyit hidup + garam kasar sapu pada ikan puyu.
Goreng pulak guna dapur kayu api.
Mmg xdapat nk cerita keenakan rasa ikan puyu goreng nenek.
Xpuas makan dgn nasi, ibu ratah ikan2 tu....

So semalam bila seorg kawan (H) dok cerita dia g mancing.
Dapat pulak ikan puyu.
Banyak lak tu.
Tanpa segan silu ala2 akta paksaan ibu minta la
(mmg muka xmalu a.k.a muka seposen)
dengan H tu ikan puyu.
Dah la minta dr org, nk byk lak tu...
He.he.he.he.....
"Kalu ko xbawa ikan tu, kira kita putus kawan"...
Ha.ha.ha....boleh ke camtu.
Ah, perdulikan.
Kira mcm remote control gak tukan...

Dan hari ni pagi2 si H cari ibu.
Suruh ambil ikan tu kt dlm peti ais di bilik guru.
Yahooooo....
Seronok sungguh.
Tersenggeh2 mcm kerang busuk.
Hajat dihati tercapai....

Balik rumah terus ke dapur.
Buka bungkusan...
Mak oiiiiiiiiiiiiiii!!!!!
Ikan tu belum siang lagi la..
Mengada betul..dh la org bagi byk lak songeh.
So dengan gigihnya ibu bersilat + berperang dgn ikan puyu tu.
Nasib baik ikan2 tu dh mati....
Mmg ibu xpernah siang ikan nie..
Betul!!!!!!
Makan mmg pernah la......

Abis tngan gebuzzz n mulus nie jadi kasar.
Dah teringin sgt.
Lepas dh rendam bagai,
terus bubuh garam kunyit n goreng.

Tiba2 teringatkan arwah nenek.
Sedih tiba2 ttp tangan laju je menyuap nasi.
Ha, abis licin sepinggan nasi + 2 ekor ikan puyu goreng...
Tapi xleh lawan keenakan ikan puyu yg arwah nenek goreng.

Al-Fatihah buat arwah nenek.
Rindu nenek!!!!

Pedih + perit terkena sisik ikan yg keras tu makin terasa.
Nak menaip n3 mlm nie pn dh xboleh laju...hu.hu.hu..

bertukus lumus bersilat akhirnya siap gak ikan2 nie diproses....

terus sapu garam + kunyit ttp yg segera punya......
xkuasa nk menumbuk pakai lesung.


tara......dh siap digoreng.......

jom makan,,,,,,....

lepas makan g mengadap patung besi
ni minta simpati cz tekak dh rasa loya semacam lak....

dan hasil dr patung besi kesayang ibu hadiah dr ayah.....
Jemput makan ABC...

Hepi besday my friendzzzzzz!!!!!

Semalam kt sekolah ada 3 org rakan sambut besday.
Mrk lahir bulan Januari.
Saja la wat suprise.
Dtg secara spontan jerrr.

ni dia kejutan...
Kelakarkan tgk menu tu ttp sedap...
nyum..nyum..nyum...

Mak mertua lalu pn xnampak....
Bukan senang skrg nie nk cari menu camni.....

Ubi kayu rebus,
ikan puyu kering,
sambal ikan puyu,
sambal tumis
dan semestinya kek besday.....

ni la org2 yg sambut besday bln Januari.....
Cikgu Khudhairi, Cikgu Osman dan Cikgu Anis...
Hepi besday my friendzzzzzzzzz!!!!!
Moga dikurniakan kesihatan yg baik n bahagia disamping family tersayang......

28 Januari 2011

Rutin awal tahun.....

Rutin awal thn anak2 ibu , mesti kena g serang kedai buku.
Kalu bawa mrk ke sana mmg leka sgt la.
Maunya 1-2 jam xcukup.
Kalu boleh semua buku tu nk diangkut bawa balik.

Xtau la knapa thn nie kami agak lewat ke sana.
Pergi pun xdirancang.
Kami bertiga je ke sana cz Farouk n Naurah SK Agama.
Angah terpaksa dok kt rumah menunggu adik2 blk dr SA.

Tapi jadi problem masalah parking.
Mmg sentiasa penuh.
Terpaksa kena pusing berkali2 cari parking....
Biasa camtulh awal tahun.
Ibu bapa masing2 bawa anak2 cari buku rujukan.
Dan cikgu2 PSS pn sibuk g order buku.
Konon2 ibu nk g order buku gak utk PSS ttp
terpaksa ditunda cz kt SK blm ada penganti GBesar lg....

Dan semalam ramai lak polis dok pantau kawasan tu.
Siap dirikan pondok lg.
Makin bertambah jem la area tu....
Terpaksa la cari parking yg agak jauh.
Jauh pn jauhlh, janji apa yg dicari dapat........

biasanya kt sinilh kami terjah utk beli buku
cz lbh byk pilihan n ibu dpt 20%-30% diskaun package utk guru.....



semalam hanya beli buku2 rujukan utk along cz
angah n beby guna buku rujukan along yg lepas2....

Untuk along abis gaklh dlm RM200+++

singgah kt gerai jambu batu yg mcm cendawan tumbuh.....
beli jus jambu batu + jambu ....
Sejuk ckit rasa tekak nie.....

Kalu dh nk rugi......

Cuti lepas spek angah patah.
Masa tu masih bercuti kt kg.
Kesian lak tgk cz angah xleh hidup tnpa spek tu.
Mula la pening2 kepala.

So nk xnk terpaksa la gak g kedai spek.
Ibu sebenarnya xbiasa sgt kedai2 spek kt kg nie.
Kt BG ni pn ibu ada 1 kedai je yg biasa ibu pergi.
Apa2 hal senang nk rujuk semula....

So sampai kedai tu mcm biasa la mata angah tu kena check semula.
Tokey kedai tu kata power spek angah dh turun.
Sebelah kiri 450 turun 400 n kanan dr 400 turun 350.
Biar betul?????

Ibu hairan gak cz diusia 15thn takkan power mata boleh turun mendadak.
Nak2 angah asyik dok mengadap buku nk exam PMR.
Rasanya kalu makin naik adalh.
Ibu suruh dia check lg sekali ttp tetap sama.

Hati ibu rasa hepi la ttp sambil2 tu ada gak perasaan ragu2.
Yelh camne boleh jd camtu.
Dan ibu pn malas la nk pjg2 cerita.
Yelh, mrk lebih arif.
Dah siap semua urusan n bayaran pn dibuat.
Semua tu dlm RM400++++.
Kebetulan ada ofer.

Balik rumah ibu tgk angah asyik termenung.
2 minggu gak dia semacam xbyk ckp.
So pd along tmpt angah mengadu.
katanya dia asyik pening2 n mata kabur dgn spek br tu.

Bila ibu tnya baru dia mengaku.
Masa tu kami dh blk Johor.
Geram gak ibu.
Ibu tahulh angah xnk susahkan ibu.

So terpaksa ibu bawa angah ke kedai yg biasa kt BG.
Bila check mmg power mata angah xturun.
Masih 450 + 400 mcm dulu.
Xpasal2 kena tukar semula cermin tu.
Nasib baik cermin je tukar.
Abis la dlm RM100.
Balik rumah ibu nmpk angah mula hepi semula...

Alahai.......
Kalu dh nk melayang.
Nasib la ayah!!!!!!!



27 Januari 2011

Hari ini......

Pagi nie ibu agak terlewat ckit bangun.
Tup..tup... dh pukul 5.30 pagi.
Mayb seharian hujan n cuaca yg sejuk so tidur pn bkn main lena lg.
Dah lama kt tempat ibu xhujan n siangnya panaz terik.
Semalam seharian hujan n cuasa pn sejukkkkk!!!!

Bangun terus bergegas ke dapur.
Ada nasi lebih, masak nasi goreng utk b/fast anak2.
Pastu masak lauk yg plg simple.
Hari ni masak sup ayam jer.
Tgk la nnti kalu balik rumah,
sempat goreng telur dadar utk lawan dgn sup.
Jemput makan.......

nasi goreng entah resepi apa??????
Resepi campak2 gitu.....
Yang penting abis dimakan.....

sup ayam yg hampir nk masak.....

jz celur kacang panjang nie je.....

Xsihat ke??????

Dalam 3-4 hari nie ibu rasa lappy ibu mcm xsihat jerrr....
Mcm org demam.
Asyik hang je manjang.
Risau gak ibu, cz nilh teman terbaik ibu.
Nyawa ibu.
Segala khazanah ada kt sini.
Sambil wat kerja smbil layan tenet.
Byk lg kerja2 yg perlu diedit.

Bila ibu fikir2 baru ibu teringat.
Puncanya sorg kwn ibu nie pinjam pen-drive ibu.
Xbagi salah, dh bagi lg rasa bersalah....

Entah kt mana dia cucuk bnde alah tu.
Dh pinjam xtau nk pulang2.
Bila ibu masuk makmal komputer kt Sk
tgk pen-drive ibu terbuai2 kt PC.
Entah dh brapa lama la dok bertapa kt situ.
Nasib baik xhilang.
Kt dlm tu mcm2 bahan yg trsimpan.
Tapi yg geram tu bawa byk penyakit berjangkit lak.

Sekali buka,
Mak oiiiiiii...membiak mcm2 virus + bakteria + kuman.
Dan anti-virus lappy ibu lak dh hampir nk nazak.
Apa lg, sronok la sang virus dok bermaharaja lela.
Bersuka ria la kt lappy ibu.
Siap bina pasukan pon-pon girls lg....

Dan xpasal2 hari nie terpaksa la lappy ibu kena reformat.
Habis program yg ibu install...
TENSION sungguh!!!!!!

baru sembuh......

hilangkan stress dgn bnde alah nie......
sedar2 dh abis 3 biji skali ibu tibai.......

26 Januari 2011

Berpaling Tadah........

2-3 hari ni ibu mcm dh geram sangat dengan
beruk-band celcom ni.
Banyak sgt kerenah sejak akhir2.
Dari package RM68 skrg dh jadi RM72.
Xde makluman n xde apa2 tiba2 terima bill byrn dh naik.
Dr tiada had penggunaan tiba2 dh mula ada had.
masa kempen dulu bukan main lg.
Lembut gigi dr lidah.

Tujuan ibu guna berukband nie utk kemudahan ibu gak.
Yelh kalu blk kg ke, OTW ke xlah bosan sgt.
Kalu bawa anak2 g playground ke smpt gak bertenet.

2-3 hr lepas broadband ni wat buat hal lg.
SIM kad rosak lak.
Baru 2 thn pakai dh hancuzzz....
Smlm dh geram sgt ibu call la celcom nie.
Bukan main lama tunggu,
baru boleh brckp dgn org broadband ini.
Passing sana sini.

Terus je ibu minta potong perkhidmatan.
Depa siap offer utk potongan 50% bayaran utk 2 bln.
Malas dh ibu nk ubah fikiran.
Walaupn tergoda gak dgn pujukan si suara lemak merdu tu.

Line broadband celcom kt tmpt ibu ni kira laju gak la.
Guna 3G ttp disebabkan byk dh kerenah ibu dh frust...

Bila dh settle urusan pemotongan celcom ni,
ibu terus pergi ke kedai maxis nie.
Ibu nk cuba lak guna perkhidmatan Maxis.
Kira laju gak la cz guna line 3G.


bye..bye......celcom..Masa beli dulu abis la dlm RM200++.

welcome maxis.....RM100 je...

Buntu dgn menu!!!!!!

Kat rumah ibu nie ada mcm2 cita rasa.
Terkadang susah gak nk melayan selera anak2 nie
w.pn anak2 ibu jenis xcerewet tentang makan.

Kebanyakkan menu yang ibu masak jadi kegemaran.
Tapi menu berasaskan ayam la.
Xkan tiap2 hari nk masak ayam..ayam dan ayam.....
Selera mrk lbh kurang sama kalu masak lauk ayam
ttp trkadang ada lauk2 tertentu
salah seorg xmengemarinya.

Kalu ayah beli udang, angah xsuka udang.
Kalu ibu masak lemak/kari ketam, along lak xmakan cz
along cuma makan sup ketam jerrr.
kalu ibu masak asam pedas ikan/ayam, Naurah lak xmakan.
Asam pedas ikan pari, Beby lak xsuka....

Dan bila salah seorg yg xmakan lauk2 tu, mereka akan mengalah.
Terpaksa la mrk cari makanan altenatif lain.
Apa lg, jalan termudah....
GORENG TELUR!!!!!!
Kat rumah ni mmg stok telur xleh putus la.

Terkadang buntu gak ibu utk penuhi selera anak2.
Walaupn mereka xkisah n xpernah merunggut ttp hati seorg ibu.
Kesian gak tgk mrk terpaksa makan telur goreng + kicap seharian.

Pagi2 ibu cuma smpat masak 1-2 jenis lauk je.
2 pn lauk pauk yg simple cz anak2 ibu xsuka makan di sekolah.
Balik sk mesti terus meluru ke dapur.
Apapun bil setiap kali ibu masak n semua makanan tu abis dimakan,
mmg rasa satu kepuasan bagi ibu.
Hilang segala penat lelah bertukus lumus pagi2 bersilat kt dapur.....

ni menu semalam.
Kari ketam.
So along mengalah la.
Terpaksa masak nasi goreng utk dirinya......

25 Januari 2011

Alahai bujang sorg!!!!!

5 orang anak= 5 macam perangai + 5 jenis ragam

Tapi dari ibu yang sama.
Dan sebagai ibu, terpaksa melayan mereka dgn 5 watak yang berbeza.

Ibu dikurniakan 4 puteri n seorang sang putera tunggal + bongsu.
Farouk!!!!!!

Sejak 4 Farah bersekolah ibu xpernah kisahkan
ttg homework ke,
ttg buku ke,
ttg buat revision ke...
ttg segala2 urusan sk ke...
ttg exam ke.....
Dan setiap kali exam
4 Farah sering menghadiahkan kejayaan n kecemerlangan buat ibu n ayah.

Tapi sejak Farouk bersekolah.
Darah ibu asyik mendidih tahap maksimum.
Ibu asyik hangin 1 badan....
Baru ibu rasai runggutan rakan2 ttg anak2 mrk.
Dan seolah2 ibu baru mempunyai anak yg melangkah ke sekolah.
Ibu tersentap.

Kerana sekarang ibu perlu memantau HW farouk.
Ibu kena check beg farouk.
Ibu kena tunggu n melayan farouk buat HW.
Ibu kena menjadi seorg ibu yg perlu rajin.
(krn selama ini ibu xrajin nk check ttg HW 4 farah).

Bila Farouk melangkah ke Tahun 2,
ada sikit perubahan sikap.
Farouk dh mula menunjukkan sedikitttttt
"KERAJINAN".
Bila dia mula sedar diri.
Yang skrg dia mula bersekolah.
Dan dh mula sedar diri...
yg dia perlu siapkan Hwork2nya tu.

Dan dada ibu dh kurang ckit tersentap.
Bila farouk mula nmpk "sedikitttttt"
Kematangan diri...
Aduhai anak bujang ibu sorg nie.......

tidur kepenatan + keletihan + kelesuan =
bila selesai menyiapkan kerja sekolah yg xseberapa tu.....

dan buku2nya masih terbongkang di situ bila tuannya pn dh terbongkang ditepi dinding....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

24 Januari 2011

Tahniah Angah.....

Smlm seharian ibu menyepi.
Bukan xde mood or BZ ttp masalah tenet.

2day angah akan menerima hadiah kecemerlang sempena PMR hari tu.
Cikgu buat majlis dalaman je dulu.
Untuk ibu bapa akan dibuat semasa Mesyuarat Agung PIBG nnti.
Masa tu baru jemput VIP utk sampaikan sijil n hadiah.

Hari ni menurut angah, majlis ni dibuat simple je.
HAdiah n cenderahati disampaikan masa perhimpunan mingguan.
Pihat SK beri hadiah cenderahati berupa wang ringgit.
Dapat 8A dapat la dlm RM80.
Oklh tu.
Rezeki jugak.

Habuan dr Ayah blm dapat.
Sejak 2 menjak ayah asyik sibuk jerrrr.
Dari Ayah agak lumayan la ckit.
Adalah lbh kurg RM1000+++.
Kalu duit tu angah simpan lak dlm
saham didik, ayah akan gandakan 2x ganda lg.....
Dpt la dlm RM2000.....
Psssttt!!!!Angah,apa kata duit tu kita share ????
hi.hi.hi......


p/s :
Ada sapa2 guna berukband celcom tak?
Kenapa bil bln ni naik lg RM2.00.
Xde pn pihak celcom maklumkan apa2.
Ni kiranya kenaikan yg ke 2 kali.
Dan yg lbh dasyat tu dh ada limited lak.

21 Januari 2011

Sabtu C.U.T.I?????????

Sabtu C.U.T.I??????
Jangan nk berangan la ibu.
Pagi2 kena merempit ke sekolah cam biasa.
Sabtu sekolah ganti sempena CNY.
Cuma tinggal hari Ahad jelh boleh jadi hwife..

Weekend ke kerja ke sama je.
Xde beza.
Yg berbeza cuma suasana kerja.
kalu hari kerja terpaksa kerja 2 in 1.
Housewife + pekerja gomen.
Tapi kalu weekend jz jadi housewife je kt rumah...

Apapn........
Itulh rutin.
Yang perlu dilalui.......


program hari nie.......latihan merentas desa......

Menu yang dimasak pagi2 buta.......
b/fast dgn bubur nasi......
asam pedas ikan mayong 4 lunch......

sambal tempe utk ayah.....


menu sampingan ayam goreng KFC utk Naurah n Farouk.............

Nasi Ambeng Idaman Ibu!!!!!

Hari nie rasa lapar sgt.
Ptg smlm xmkn nasi n pagi2 td xsmpt nk b/fast.
Sempat minum segelas coffee-mix jerr....

Kebetulan kt kantin SK hari ni ada
nasi ambeng @ nasi ambang.

Pernah makan nasi ambeng?????
Kalu orang Jawa mmg kenal sgt la cz nasi ambeng nie.
Ibu mmg suka makan nasi nie.
Mmg sedap cz dicampur dgn
ayam masak kicap@masak merah,
ada serunding kelapa,
ada mee,
ikan kering goreng,
sayur goreng n mcm2 bhn.
Bungkus lak dgn daun pisang.
Mmg ada umphlh!!!!!

pic dr en google

Jemput makan.
Kat kantin SK ibu dijual dengan harga hanya RM3.00 jerr.
Boleh makan utk 2 orang.
Murahkan!!!!

20 Januari 2011

Macam nk lawan ibu n ayah jerrr.....

Kali ni nak wat n3 ttg 2 Farah ni.
Farah Nabilah a.ka Along
dan
Farah Nadiah a.k.a Angah.

Sehari dua nie bukan main sibuk lagi budak 2 orang nie.
Macam nk lawan kesibukkan ibu n ayah lak.

Balik SK pergi SK lagi.
Mmg la ibu tahu mrk ada latihan merentas desa.
Dan weekend pn sibuk g SK cz ada meeting....
Smlm pn g SK.
Smlm mrk ada tuisyen ttp pastu sambung meeting.
MEETING??????

Wah mcm org yg dh kerja.
Bila ibu tnya meeting apa?
Along kata sdg merancang satu kertas kerja.
Amboi2, bukan main sibuk lg.

Bukan setakat kt SK.
Balik rumah mrk brdua ni mcm serius je berbincang.
Sambil bincang2 sambil gurau2.....
Gitulh along n angah, sejak kecil arkab sgt.

Yang paling tragis siap booking lappy ibu nk wat kertas kerja.
Suruh guna yg lagi satu xnk lak.
Katanya xbest.
Tensi gak ibu.....

Kearkaban mrk umpama isi dan kuku.....

Ibu tanya la apa yg sibuk sgt.
Rupanya mrk sedang merancang satu program utk PKS
(Pengawas Koperasi Sekolah).
Kebetulan si Along Setiausaha dan Angah lak Bendahari.
Haya....boleh ke dilantik adik beradik.
Katanya suratan dan kebetulan....
Cewah, bukan main lagi ye.....
Nilh tempat yg mrk rancang nk wat program....
3 hari 2 malam di
Taman Herba Nasuha kt Pagoh,
Muar.
Smlm along n cikgunya dh pergi ke tempat tu.
Balik rumah dh petang.
Cikgu yg antar balik rumah.
Katanya mmg cantik sgt tmpt tu.
Siap ada taman herba2 ,
muzium herba,
restaurant herba,
gerai herba n tmpt penginapan.

Mungkin program tu dibuat masa CNY.
Berkecailah angan2 ibu nk brcuti......hu.hu.hu...
Semoga program yg dirancang berjalan lancar...

Bapa borek anak rintik.....
Ibu?????????

Kesimpulannya
Ayah + Ibu + anak2 = BZ!!!!!!

Western Food + Kelantan Food + Jawa Food

Seawal pagi td, tiba2 hidung ibu trhidu bau burger.
Mengancam sungguh baunya cz burger mmg feveret ibu.
Rupanya angah dok sediakan b/fast.
Angah masak burger.
So ibu order la satu...
Ibu: "Angah burger nyum..nyum...satu!!!!!!!"
Angah : Ok!!!!
Bestkan kalu hari2 order jerr.

Angah trlebih rajin pagi2 nie cz nk g tuisyen.
Biasanya kalu cuti2 lambat la ckit ibu sediakan b/fast.
Trkdg tunggu ayah beli roti canai or tunggu b/fast yg anak2 buat je....

Dan Naurah pn dh siap2 sediakan ala2 western food utk b/fast dia.
Ibu tumpang la semulut dua.
Selamat la pagi nie xpyh sediakan b/fast....he...

b/fast yg Naurah buat.......

aunty n uncle jemput b/fast dgn Naurah.....

So utk lunch ibu masak awal ckit.
2day masak percik ikan je.
Cuti2 smpt la masak percik.
Kalu hari sk mmg kelam kabut la ckit....

ikan percik versi Kelantan utk lunch

ni lak sambal tempe + bilis versi Jawa.
Ibu belajar masak ni dr MIL cz MIL ibu org Jawa.....
Ayah mmg suka mkn sambal nie....

sampingan, pencuci mulut after makan td......

Alhamdulillah dah selesai seketika......

2dy cuti.
Oh...tidak bagi ibu.
Seawal blk SK semlm anak2 dh booking ibu jd driver lagi esok.
W.pn Johor cuti ttp 3 Farah ada tuisyen kt SK.
Baguskan cikgu2 nie, dpt cuti pn bekerja.
Xpelh, mrk nie brkorban utk pelajar mrk.
Thanks a lot cikgu!!!!!!
Moga Allah beri ganjaran yg baik utk cikgu krn mendidik anak2 ibu......
Ayah dh 3 hr outstation.
Mlm td dh smpai so pagi2 ni ayah la kena jd driver...
he.he.he...selamat ibu...

Alhamdulillah tugasan berat ibu utk yg ke 3 thn ini pn dh selesai.
Program yg ibu rancangkan berjln dgn lancar.
Sebagai penyelaras program sudah semestinya ibu kena
bertukus lumus menyiapkan program dr A-Z.
Klik sini...

Kalu ikutkan mmg penat.
Terutama tenaga n minda nie.
Cuba rancang yang terbaik utk anak2 murid.
Agar apa yg dirancangkan trcapai objektif.

Semoga mampulh ibu berehat seketika
sebelum dtg lagi porgram2 yg menanti utk dijalankan....

penceramah sedang menyampaikan input2 berguna utk peserta...

majlis penyampaian cenderahati kpd penceramah n sijil2 pd peserta...

makan nasi lemak yg simple..dh cukup utk mengenyangkan mrk...

About me