Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

30 Julai 2013

Ramadhan 21- Temankan Ayah

Pagi tadi ibu temankan ayah ke Specialist Medical Pantai di Ayer Keroh Melaka.
Dari pagi pukul 7.20 pagi ibu masuk ke kelas hingga berakhir pukul 9.50 pagi.
Ibu terpaksa menukar jadual PdP dengan seorang rakan.
Syukur kerana mempunyai rakan-rakan yang memahami.
Menghabiskan dulu tugas rutin utama di sekolah.
Minta izin keluar awal untuk temankan ayah.
Bergegas jemput ayah dan terus ke Melaka.

 Kami tiba lebih kurang pukul 11.40 pagi.
Alhamdulillah highway agak lengang.

 Terpaksa parking kereta dibahagian atas kerana ruang bawah dah penuh.

 Ayah terus dirujuk doktor pakar.
Tidak perlu menunggu lama dan pemeriksaan berjalan lancar.
Kami ke sini pun atas nasihat dari adik ibu, Dr Zek a.k.a adik mie..
 Sejak keluar wad hari tu keadaan ayah semacam je.
Badan berpeluh, sakit kepala dan asyik rasa nak pitam serta tidak bermaya.
Lantas ayah minta ibu emailkan laporan perubatan semasa di wad kepada adik mie..
Adik Mie telah beri beberapa andaian tentang laporan dan pengambilan ubat.

Jangkaan adik ibu betul.
Ayah diberi ubat yang salah dan ayah tidak ada kaitan dengan
penyakit jantung.
Jantung ayah stabil tapi dibekalkan dengan 3 jenis ubat yang berkaitan jantung...
Aduyai, bayangkan...5-6 hari ayah menelan ubat yang salah......sabar jelah.
Malas ibu nak panjang-panjang cerita.
Patutlah orang sanggup berhabis ke hospital swasta.
Walaupun setiap checkup mahal harganya tapi ianya berbaloi.

 Peneman setia ibu.
Along volunteer nak ikut sama.

OTW balik ayah singgah ke UTeM.
Alang-alang dah lalu highway kami singgah ke sini.
Saja ayah bawa Along untuk meninjau Universiti yang bakal Along jejaki pada 1.9.2013 nanti.

Ayah umpama pemandu pelancong.
Setiap inci kawasan UTeM di terokai.
Lagipun ibu rasa ayah rasa agak lega setelah mengetahuai keadaan kesihatan sebenar.

Bukan main lebar senyuman Along.
Katanya dah tak sabar bergelar siswi di sini.
Dan di sinilah nanti along akan menyambung degree selama 3tahun setengah.....

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga.....ameen.



29 Julai 2013

Ramadhan 18- Persiapan Minggu Terakhir.

Salam Ramadhan ke 20.
Orang dah Ramadhan ke 20, ibu baru terheggeh buat n3 Ramadhan ke 18.

Hari Sabtu ibu curi sedikit waktu untuk ke Mydin Melaka.
Kiranya tinggal minggu ni saja untuk ibu buat persiapan terakhir.
Minggu depan dah mula cuti.
Diawal cuti ayah dah booking kami untuk ikut ke KL.
Ayah ada majlis berbuka dihotel dengan VIP
dan ayah teringin nak bawa anak-anak bershopping baju raya di KL.
Dalam keadaan tidak begitu sihat, kepala ayah masih ligat memikirkan tentang kerja.
Aduyai.

Ibu minta izin ayah untuk ke Melaka bersama along, Naurah dan Farouk.
Masa ibu pergi ayah masih di wad.
Along jadi driver dan ibu jadi mem besar.

Yang kelakarnya kami boleh melencong ke lorong yang
 salah akibat leka berbual.
Tak pasal-pasal kami sampai ke Negeri Sembilan
bila papan tanda highway menunjukkan
arah dah hampir lencongan ke Seremban....
Terpaksa pasang GPS dan keluar dari hway.
Lama juga kami sesat.
GPS pun satu, entah kemana kami dibawa.
Naik bukit, turun bukit..macam nak ke Cameron lak rasa.
Dalam risau kami sempat gelak-gelak sebab nak sedapkan hati.....

 Setelah 1 jam tersesat, akhirnya kami jumpa jugak highway.
Lega sangat rasa.

 Tempat yang kami tuju.

 Naurah dan Along menemankan ibu bershopping..

 Tak sah kalau datang Mydin kalau tak beli big apple donut.

Motif ke sini untuk cari coklat untuk mama.
Mama dah pesan awal-awal sebelum balik kampung,
belikan coklat home-made yang dijual kat Mydin.
Biasanya coklat tu dijual pada musim perayaan je.
Beberapa jam ibu habiskan masa kat sini.
Macam-macam yang ibu sambar.
Lebih kurang pukul 2 petang baru sampai rumah.......

p/s:
Alhamdulillah ayah dah dibenarkan keluar dari wad.
Masih dalam pemantauan doktor.
Dan yang pasti selepas ini ayah perlu banyak berehat dan menjaga pemakanan.
Ayah mewarisi 3 jenis penyakit keturunan yang ditakuti selama ini.
Apapun kami redha.......

27 Julai 2013

Ramahan 17- Outing

Hari ni masuk hari ke 3 ayah terlantar di wad.
Petang semalam ibu rasa tak ada mood nak masak.
Biasanya ayahlah peminat tegar masakan ibu selain anak-anak.
Walaupun meeting di KL atau JB biasanya ayah sanggup berkejar balik semata-mata
nak berbuka di rumah.
Bila ayah tak ada disaat begini , mood memasak pun ke laut.

Semalam, selepas sepetang menemankan ayah di wad 
ibu dan anak-anak ke Giant Muar.
Kami berbuka di RasaMas je.

 Tinggal kami berlima.
Alhamdulillah masa kami sampai tak ramai orang.
Masa tu lebih kurang 7 petang.

Ibu order set untuk 6 orang.
Pelbagai menu..
3 set nasi ayam + 1 ekor ayam blackpepper, spagheti, mee laksa asam, chicken chop,
aiskrim, vanila oreo ais blanded.
Macam nak makan 10 orang gayanya.

 Menunggu waktu berbuka.

 6 gelas Coke dan 2 gelas vanila oreo

 Waktu untuk makan....
Banyak yang tak habis dimakan....huhuhu....

Selesai berbuka kami solat dulu.
Selepas solat ibu dan 4F shopping-shopping.
Saat begini merekalah penghibur hati ibu.

Penawar dikala suka duka.
Cuma angah je tak ada saat ini.

p/s:
Terima kasih semua diatas doa-doa untuk ayah.
Semoga Allah makbulkan doa-doa kita semua.

26 Julai 2013

Ramadhan 16 dan 17-Kami diuji

Semalam ibu diuji dengan berita yang kurang baik.
Ayah tiba-tiba sesak nafas dan sakit dada ditempat kerja.
Dan akhirnya ayah ditahan di wad.

Bergegas ibu ke sana kerana sebelum ini ayah
seorang yang sihat.
Ayah juga amat menjaga pemakanan berbanding ibu yang
tibai apa saja didepan mata.
Bila ayah maklumkan penyakit yang dihidapinya ibu terkedu.
Mungkin ayah penat dan stress dengan kerja.
Memang sejak akhir-akhir ini ayah terlalu sibuk dengan urusan kerja.

Yang paling sedih bila setiap kali ibu ke hospital macam-macam ayah pesan.
Ayah buat hati ibu risau.
Katanya bila keluar wad nanti ayah teringin sangat nak bawa
kami shopping baju raya kat KL.
Sebak pulak ibu tiba-tiba.
Doakan moga ayah cepat sembuh dan dapat kembali ke pangkuan
kami dengan sihat........

24 Julai 2013

Ramadhan 12 -14 -Jerebu Datang Lagi

2 hari lepas, jerebu melanda kembali di daerah Muar.
Setiap kali jerebu, hati ibu gundah gulana.
Begitulah perasaan pengidap asthma.
Risau.............


Ibu snap hari Isnin, jam 10.20 pagi.
Semoga cepatlah berlalu.......

22 Julai 2013

Ramadhan 1 hingga 15 - "BIG BOOK"

N3 kali ini ibu selitkan aktiviti ibu dan rakan-rakan 
sepanjang Ramadhan.
Sebenarnya sepanjang Ramadhan ini ibu langsung tiada waktu rehat di sekolah.
Banyak waktu dihabiskan untuk menghasilkan sesuatu yang di bawah "akta paksa rela".
Terkadang kerja-kerja terpaksa diangkut ke rumah untuk disambung.

Jika orang lain sibuk berkongsi resepi dengan rakan-rakan,
team kami berkongsi kertas, gunting, mesin printer dan liminate.
Jika orang lain sibuk berbicara tentang tema baju raya,
kami sibuk berbincang tentang warna tema "BIG BOOK" kami.
Jika orang lain sibuk berebut-rebut melihat sample biskut dan kek,
kami berebut-rebut warnakan bahan-bahan yang perlu dibereskan.
Jika rakan-rakan lain mengisi masa rehat bertadarus bersama anak-anak murid,
kami secara berjemaah terbongkok-bongkok menyiapkan tugasan.

Ibu dan rakan akur atas dasar
"KAMI YANG MENURUT PERINTAH"
walaupun dihati terselit "sedikit" perasaan terkilan.
Rasanya tidak terkejar untuk lakukan semuanya.
Pada hakikatnya tugas hakiki kami "mengajar"
tapi tugas-tugas sampingan banyak menganggu tumpuan.
Siapalah ibu dan rakan-rakan untuk bersuara.....

 Puluhan kuntum bunga-bunga cinta yang siap di printe, di liminate dan digunting.
Kalau buat biskut bunga2 cinta best la jugakkan....alahai.

Orang lain sibuk masak sayur karot, ibu sibuk warna gambar karot....

Orang lain sibuk berdeko-deko di rumah,
ibu sibuk menyusun gambar-gambar disetiap kepingan kertas tebal berukuran manila-kad........


 Main belasah jelah......comelkan kalau raya buat biskut penguin camtu....
He..he.he...lalu ke nak telan nanti...

 Main tepek menepek..

Karot dah selamat disusun dalam bakul..

 comot je ibu warna...

Anak-anak itik yang kena sembelih.
Sedap juga kalau masak rendang...
10 ekor itik tu boleh jamu buat kenduri......

Terpaksa melupakan waktu pulang dan rehat di rumah...
meneruskan kerja-kerja dengan kadar segera.
Namun kami tak boleh terus mengeluh.
Tugasan perlu diteruskan.




Sentuhan terakhir....Kak Mas ditugaskan memasang chain.

Peneman setia ibu dan rakan-rakan.
Baru lepas beranak semalam.

K
Bahan yang diangkut ke rumah.
Dalam menyediakan juadah berbuka dan bersahur,
mencuri waktu untuk menyiapkan kulit "BIG BOOK".
Yang pasti ianya nanti BUKAN jadi hak milik ibu dan rakan-rakan.

Dan kulit untuk "big Book Literasi'.
Moga cepatlah semuanya selesai.
Rasa senak je kepala otak ibu nie......

p/s:
TQSM Along kerana banyak membantu tugasan
di dapur sementara itu meneruskan tugasan ibu........

21 Julai 2013

Ramadhan ke 10 dan 12-Angah diuji.

Pada hari Khamis ibu dapat call daripada Angah a.k.a Farah Nadiah.
"Ibu Angah jatuh kat bilik air, kepala terhantuk dan angah pengsan...
sekarang ni angah kat klinik...Warden bawa....".
Doktor dah check tadi...risau takut tulang belakang retak...
Kalau ada masalah doktor suruh datang lagi....."
.
Ya Allah, sentap dan berderau darah ibu.
Risau, sedih, takut dan macam-macam bermain difikiran.
Tidak putus-putus berdoa agar Angah tidak apa-apa.

Hari Jumaat Angah balik ke rumah.
Lega hati ibu melihat keadaan angah ok, cuma dia mengadu sakit badan.
Sempatlah kami berbuka bersama-sama selama 2 hari.
Itupun ayah terpaksa berkejar ke KL kerana ada meeting dan
majlis berbuka dengan VVIP.
Namun kami sempat bersahur bersama-sama dengan ayah.
Mujur anak-anak faham kesibukan ayah dalam urusan tugas dan
masa untuk family.

 Pagi tadi Angah dah perlu kembali semua ke Kuantan kerana Isnin angah ada kuliah.
Dengan berat hati ibu melepaskan angah pergi.
Keadaan angah belum pulih sepenuhnya.

 Farouk dengan halnya sendiri.
Dapat komek, senyaplah dia....

Setelah Angah menaiki bas ekspress, ibu singgah di Giant.
Teingin pulak nak makan kambing panggang masa berbuka nanti.
Tiba-tiba angah sms : " ibu, angah silap naik bas, patutnya bas Cepat bukan bas Cekap"..
Macam mana ni ibu...?????.
Ya Allah..sekali lagi ibu tersentap.
Setiap minit ibu call dan sms bertanyakan khabar.
Risau dengan keadaan Angah.
Hati rasa tak tentu arah.
Alhamdulillah, Allah permudahkan segala-galanya.
Angah tiba di Kuantan dengan selamat.

 Singgah butik peace untuk carikan blouse dan pakaian along di universiti nanti.
Sudah 2 minggu Along sendirian menguruskan segala-galanya..
Ayah dan ibu teramat sibuk dengan kerja kebelakangan ini.
Hari Sabtu pulak sekolah berganti.
Dalam hati rasa terkilan kerana tidak dapat beri tumpuan sepenuhnya pada persiapan along.
Alhamdulillah, Along memahami kesibukan kami.

Dan hero ibu yang dah mula bosan menemankan ibu dan along memilih baju.
Farouk : "Berapa jam lagi ibu nak duduk kat sini....."
Alahai.......

Ya Allah...semoga Angah sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayangMu...amin.

19 Julai 2013

Bercanda di Muara Parit Karang.. .

Dah lebih 10 tahun ibu berhijrah kat daerah Muar tapi baru kali ini
sampai ke Parit Karang.
Kisah ni dah basi sebenarnya.

Jom layan gambar jelah ye....
Model ibu.
Naurah pun ada tapi tak nak turun kereta sebab penat dan panas.
So Farouk jelah jadi model.

Berkerut je muka farouk kena paksa posing tengah panas......he3X...

Senyum terpaksa...


Hutan paya bakau.
Cantik pulak ibu tengok kedudukan pokok-pokoknya tersusun.

Di tepi hutan pokok paya bakau.

Pokok paya bakau.

Tepian antara pertembungan muara dan laut Selat Melaka.

Tempat hasil tangkapan dinaikkan.
Ada beberapa buah gerai yang menjualan hasil tangkapan.

Berlatar belakangkan Selat Melaka.

Cuba teka apa yang sedang Farouk tunjuk tu????????

Sekejap je kami singgah sini.
Sekadar meninjau kawasan ni.
Itu pun ayah bawa ke sini sebab tahu ibu suka tangkap gambar.....he3X....

p/s:
Mood : stress!!!!!

18 Julai 2013

Ramadhan 9-Dia Makin Dewasa.

Lama dah tak bercerita tentang satu-satunya hero ibu nie.
Makin hari Farouk makin membesar depan mata namun
kemanjaan dia tidak banyak berubah.
Masih lagi suka  peluk-peluk ibu, laga-laga pipi dan bertepek macam anak siput.

Farouk belajar puasa diawal usia 6 tahun.
Diwaktu usia 7 tahun dia mampu puasa penuh walaupun
ibu terpaksa menjadi penglipulara yang berjaya...he3X...
Itupun ibu pastikan solat wajib mesti penuh dahulu baru ibu
latih Farouk berpuasa.
Terkadang kita lupa fardhu yang utama "solat" kerana teruja
tengok anak-anak puasa penuh sebulan termasuklah ibu.

Tahun ni banyak perubahan ketara yang ibu lihat pada Farouk terutama
dalam menjalani ibadat puasa.
Kalau tahun-tahun terdahulu ibu terpaksa menjadi seorang
penglipulara bila Farouk mengadu haus.
Setiap petang ibu terpaksa 'rajinkan' diri bercerita,
ibu kena rajin search google 
gambar anak-anak kat Ethopia untuk tunjukkan pada Farouk penderitaan orang lain.
Ibu terpaksa jadi pelakon utama bawa watak sedih.
(Kisah Farouk klik SINI.)

 Sejak puasa setiap hari sebelum ke Sekolah Agama Farouk akan mengaji dulu
secara kendiri dengan kehendaknya..
Tapi yang tak menahan tu mengaji depan TV.
Mengaji berselang seli menonton rancangan kartun...Alahai.
Tapi lebih dasyaat saat itu si ibu  terbongkang depan TV
layan drama......

Malu-malu bila ibu snap pic......

Balik sekolah agama cepat-cepat Farouk mandi sebab sibuk 
nak "tolong menyibuk" di dapur.
Rimas jugak ibu dengan budak sorang nie.
Dengan mulutnya yang tak tahu diam.
Macam-macam soalan keluar daripada mulutnya.
Bak kata orang lebih mulut dari kerja...

Soalan cepu mas :
"Ibu, mahal tak kalau nak kahwin"....
" Masa ibu kahwin, ayah bayar ibu berapa ringgit..?"
Hahaha....bergema gelak ibu dengan pertanyaan Farouk.
Tetiba je....Kadang-kadang macam-macam soalan 'kreatif' yang tak terduga.
Alahai anak..anak, umur belum jejak 10 tahun dah sibuk fikir masa depan.

About me