Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label PERKONGSIAN ILMU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERKONGSIAN ILMU. Papar semua catatan

7 Mac 2023

Pokok Sireh Cina Atau Kelumpang Air

 Pokok Sireh Cina atau Ketampang Air adalah pokok liar yang biasa tumbuh di pasu-pasu bunga.

Masa kecil dulu ibu selalu main pondok-pondok dan pokok nilah dijadikan sayur. Rupanya banyak khasiat dari pokok ni. Salah satu khasiatnya ialah berkaitan dengan rawatan jerawat, menurunkan gula dalam darah dan lain-lain. Nanti bolehlah search dalam pakcik google ye.

Pokok yang tumbuh melata dicelah-celah pasu bunga

Boleh dimasak dengan pelbagai resepi seperti tumis, masak lemak dan dimakan mentah sebagai ulam.





29 November 2021

Sembuhkan Sakit Secara Cepat

 Assalamulaikum.

Hari ni ibu nak share tip cara Islam untuk kita nak hilangkan sakit dengan cepat dengan izin Allah.



1. Sedekah Subuh.
Selepas solat Subuh, pegang duit tak kiralah RM1, RM2, RM5 ikut kemampuan.
Baca selawat 3x dan niat untuk kesembuhan tempat sakit. Ulang 3x.
Masukkan duit dalam tabung.
Selawat lagi 3x.
Paling berkesan kita jadikan amalan berterusan atau rutin selepas solat Subuh. Inayaallah segala doa dan hajat cepat Allah makbulkan.

2. Letak tangan ditempat sakit.
Baca YA LATIF tak kira berapa bilangan.
Lagi banyak lagi bagus.
Insyaallah dengan izin 
ALLAH. 
Yang penting keyakinan kita memohon kesembuhan secara bersungguh-sungguh. 
Akhiri dengan selawat sebanyak 3x.

Kedua-dua tu ibu dah amalkan. Alhamdulillah Allah beri keajaiban dengan izin dan limpahan kasih sayangNya. 

17 November 2021

Petua Halau Serangga Perosak

 Assalamulaikum. 
Kali ini ibu nak kongsi petua menghalau serangga perosak daun tumbuhan.

Cara-cara memghapuskan ulat dengan mudah.
1. Tapis air basuhan cili kering.
2. Masukkan air itu ke dalam botol penyembur.
3. Sembur pada daun-daun.



Semoga bermanfaat untuk semua.

14 Oktober 2021

Petua Doa Dimakbulkan

 Assalamulaikum.

 Hari ini ibu ingin berkongsi petua doa-doa kita dimakbulkan dengan izin ALLAH SWT.

1. TABUNG SUBUH.
Sediakan sebuah tabung di tempat kita solat. Bukan apa kan. Ianya untuk senangkan kerja kita. Sekurang-kurangnya bila terpandang tabung tu kita tidak lupa. Setiap lepas solat subuh dan doa-doa lazim kita. Masukkanlah duit ke dalam tabung tu ikut kemampuan..RM1..RM2.. atau seberapa yang kita mampu. Setiap hari jangan skip. Sebelum masukkan duit tu "SELAWAT" sebanyak 3X. Niatkan hajat sebanyak 3X berturut-turut-turut. Selesai masukkan duit baca lagi selawat sebanyak 3X. Genab seminggu Hari Jumaat kita kumpullah duit tu dan kirimkanlah pada suami untuk masukkan ke dalam tabung masjid sewaktu solat Jumaat. Insyaallah dengan izin Allah akan termakbul doa-doa kita jika itu yang terbaik untuk kita.

Ni tabung ibu....comel kan....

2.  ISTIFAR.
 Amalkan membaca istifar selesai solat fardu sebanyak 200X secara istiqamah. Lakukan tanpa jemu dan bersungguh. Insyaallah dengan izin Allah juga doa-doa kita Allah makbulkan.

*Gambar kredit dari google

3. ZIKIR NABI YUNUS.
 Baca 10X. Niatkan hajat kita. Insyaallah dengan izin Allah.

*Gambar kredit dari google.

4. SURAH AL-KAUSAR.
Baca surah Al-Kausar sebanyak 3X. 
Lebih afdal sewaktu hujan turun. Niatkan hajat. Insyaallah dengan izin Allah.

*Gambar kredit dari google

5. SEDEKAH.
Banyakkan bersedekah. Setiap kali bersedekah niatkan hajat-hajat kita.

Sedikit amalan ibu kongsikan. Semoga bermanfaat untuk semua. Yang penting bila kita lakukan ianya mesti istiqamah dan penuh yakin akan kebesaran dan kekuasaan Allah. 

7 Oktober 2021

Petua Akar Pokok Sihat

 Assalamulaikum.

Kali ini ibu ingin berkongsi petua yang ibu lakukan pada pokok bunga terutama keladi.

2 minggu sekali ibu akan kisar 4 ulas bawang putih bersama 1.5 liter air. Siram pada pokok-pokok untuk jauhi akar atau ubi pokok rosak terkena serangan binar atau serangga perosak.








Selamat mencuba.


5 Oktober 2021

Koleksi Zikir Harian

 Assalamulaikum semua. Kali ini ibu nak kongsi amalan zikir ibu setiap hari.








Selamat beramal.๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

30 September 2021

Ubat Sakit Mata Kucing

Assalamulaikum. Kali ini ibu nak kongsikan ubat sakit mata kucing yang paling berkesan setakat ini.
Ibu telah guna ubat Terramycin atas saranan seorang doktor haiwan semasa anak-anak kucing jalanan yang datang ke rumah ibu dalam keadaan mata mereka bermasalah.
Alhamdulillah sangat berkesan. 
Ubat ini boleh di dapati di farmasi.
Kalau tak silap ibu harga di sekitar RM8 gitu.


 Selamat mencuba.
 Insyaallah dengan izin Allah sakit mata kucing akan pulih dalam masa yang singkat.



11 Julai 2020

Petua Hindari Serangga Pada Pokok

Bersua kembali....
Ibu nak kongsi petua untuk hindari serangga perosak.
Habis pokok bayam brazil dan daun kunyit ibu rosak akibat gigitan serangga pada daunnya.
Hari ni ibu sekadar nak share sedikit tips untuk menghindari serangga pada pokok.

1. Kulit Telur
-Kisar kulit telur dan tabung di sekeliling pokok.

2. Bawang Putih
-Tanam beberapa ulas bawang putih bersama hasil tanaman.
Kalau tanam dalam pasu boleh cucuk sekali beberapa ulas bawang putih.

3. Semburan Cecair
 -1 sudu serbuk cili / 5 biji cili padi dikisar
-1 sudu besar sabun cuci pinggan
-1 botol mineral (500ml) air
-1 sudu besar soda bikarbonat
-5 ulas bawang putih.....

Selamat mencuba.




29 April 2019

Persediaan Asas Umrah

Kali ini ibu nak share lah sedikit alatan yang perlu kita 
bawa semasa nak pergi mengerjakan umrah.
Kadang-kadang benda-benda asas ni kita sering terlupa bawa.

1. Selipar Jepun
Semasa pergi umrah ibu sekadar berselipar jepun je.
Tak perlulah kita nak bawa kasut yang mahal dan cantik kerana di sana 
kita cuma berselipar untuk pergi ke masjid dan membeli belah.
Lagipun setiap kali masuk ke masjid selipar tu perlu dibuka dan dimasukkan ke dalam plastik.

2. Ubat-ubatan : 
Penting sebab ubat di sana agak mahal. 
Bawalah paracatemol, ubat batuk, ubat selsema, ubat @gula-gula sakit tekak, 
ubat-ubat rutin seperti penginap darah tinggi, semput dll.
Minyak-minyak angin perlu dibawa bersama.

3. Sejadah kecil : 
Selain menjimatkan ruang dalam bagasi, sejadah ni amat penting 
kerana ada kalanya kita terpaksa solat di luar masjid.

4. Gunting kecil : 
Untuk ibadat umrah. 
Perlu disimpan di dalam bagasi semasa penerbangan.
Nanti tak pasal-pasal kena rampas.

5. Pakaian : 
Untuk wanita bawalah 3-4 helai jubah sudah mencukupi. 
Ibu lebih selesa memakai tudung labuh untuk solat.
Pakaian dalam perlulah bawa lebih ye.

6. Setokin :
 Perlulah dibawa lebih kerana biasanya kita solat dan ulang alik ke masjid.


7. Sepet @ Ketip Kuku :
Walaupun nampak remeh tapi sangat penting.

8. Plastik untuk Menyimpan Selipar:
Kat Masjidil Haram ada disediakan plastik-plastik ni.
Tapi lebih baik kita bawa yang agak tahan supaya kita tidak.membazir plastik yang pakai buang.
Kat Masjid Nabawi rasanya tidak disediakan plastik ni.

9. Peralatan Penjagaan Diri
Sabun (terutama di Mekah nanti), syampoo,
Sikat, lip bam, vaseline, losyen dll.

10. Spray Wuduk
Sangat-sangat penting sebab di Mekah tandas agak jauh di luar sana terutama perempuan.
Jika kita terbatal wuduk kita
sekadar spray je untuk
Berwuduk. Yang penting kita mengikut tertib -tertibnya.

Ibu rasa ada beberapa perkara lagi yang perlu dibawa mengikut keperluan masing-masing.
Ibu sekadar share apa yang terlintas difikiran ibu....

19 Mac 2015

Penawar Batuk dan Sakit Tekak.

Bersua lagi setelah ibu jadi "chip more".....
Kebelakangan ni agak liat nak buka blog.
Buka sekejap lepas tu termenung panjang......
Mungkin faktor kesihatan ibu pun tak begitu baik dah lebih 3 minggu ni.

Semasa ibu diserang batuk dan sakit tekak yang teruk,
banyak petua-petua yang ibu dapat daripada rakan-rakan dan saudara mara..
Alhamdulillah...ibu kumpulkan dan simpan di sini untuk kegunaan bersama.
Ibu akan kongsikan di sini.
Manalah tahu salah satu penawar tu sesuai.
Semua tu ikut keserasian...

1. Bawang Putih Bakar.
bakar bawang putih bersama kulit.
Ibu guna kuali ajaib je.....senang sgt.
*kredit untuk adik atie.

2. Jus Buah Lai
Kisar 2 biji buah lai guna slow juicer.
Minum sebelum tidur.
*Kredit untuk Kak Melorwatie

3. Kicap + asam limau nipis/kasturi
Sesudu kicap diperah air asam limau ke dalamnya dan minum.

4. Limau Nipis + Kapur makan
Sebiji limau nipis dibelah dua.
Sapukapur makan dan bakar pada dapur.
Perah air dan minum suam2.
*Kredit untuk Kelmawati

5. Lemon + madu sidir + serbuk cili
Perah 1/2 lemon + 1 sudu madu sidir + secubit serbuk cili.
Selawat keatas Rasul dan Nabi Ibrahim (macam baca dalam tahiyyat)-3X
Minum 3X sehari..
Diakhiri dengan doa2.
*kredit untuk Auntie Zah

6. Rumpai Laut
*kredit untuk Mayana

7. Madu + Limau Nipis
Perah limau nipis bersama sesudu madu.

8. Rawatan Hospital.
Sudah semestinya jika tidaksihat tempat pertamayang dituju ialah klinik dan hospital.
Rasanya dalam 3 minggu ni dah 3x ibu ke klinik dan akhirnya dirujuk
ke hospital untuk ujian x-tray.
Itupun disebabkan hari terakhir persekolahan ibu pitam dan hampir jatuh di sekolah.
Dapat mc 2 hari pun tetap hadir ke sekolahan.
Akibat kedegilan ibu so hari Khamis tu  doktor suruh ibu terus pulang ke rumah
untuk berehat.
Ayah yang OTW ke JB terpaksa berpatah balik ke rumah bila terima w.apps ibu.
Alhamdulillah kesihatan ibu bertambah baik.
Sedikit ujian Allah buat hambaNya.....


4 Disember 2014

Petua Pisang Tahan Lama

Hari ini ibu nak kongsi sedikit petua dapatan dari internet jugak.
Kat rumah ibu ni cuma Ayah seorang peminat pisang.
Anak-anak semua ikut ibu...tak begitu gemar tapi bukan langsung tak makan.
Kalau ikutkan kajian  pisang ni bagus untuk otak dan minda....
Dah tak minat nak buat macam manakan..
Nak  paksa anak makan tapi ibunya pun tak suka macam mana.
Kalau goreng pisang masing-masing bukan main laju..
Ibu dan 5F suka sangat....
Lagi-lagi cicah sambal kicap....
Tapi bukan semua jenis pisang boleh goreng....

Ibu nak kongsi sedikit petua.
Kalau nak hayat pisang tu bertahan, pastikan hujung bahagian
atas sikat pisang yang dipotong tu dibalut dengan plastic wrap/plastik polietilena.
Ibu cuba bereksperimen dan ianya nampak berjaya.
Bolehlah pisang tu bertahan lebih lama untuk stok Ayah......

Satu lagi cara,kita simpan dalam petiais bahagian sejuk beku.
Yang difrozen tu boleh buat smoothies....
Baik untuk kesihatan....
Itu saja kisah hari ni........


24 November 2012

Kelebihan Al-Fatihah...Jom Kita Kongsi Rahsia....

Ibu tulis n3 ni di atas permintaan ramai...Cit perasan!!!!
ramai la sangat.....
Takdelah ramai tetapi ada beberapa orang rakan-rakan blog
 minta petua macam mana nak mendidik anak-anak cemerlang..
Terima kasih semua, anak-anak ibu macam anak-anak orang lain juga...
Anak-anak kita semua ada kelebihan dan kekurangan tersendiri......begitu juga anak-anak ibu.
Mungkin Allah bagi kelebihan dari segi IQ buat mereka...
Yang pastinya anak-anak ibu bukan yang jenis kuat study.........

Ibu risau juga untuk buat n3 nie.
Nanti dikatakan ibu nak mendabik dada..
Tapi niat ibu ikhlas untuk berkongsi sesuatu yang "mama" perturunkan pada ibu.
Bak kata orang putih sharing is caring.....

Petua ibu amat simple dan senang.
Ibu pastikan setiap hari selepas solat, ibu akan mengambil sedikit masa untuk
sedekahkah "Al-Fatihah" buat anak-anak ibu.
Ibu akan sebut satu persatu nama anak-anak ibu.
Al-Fatihah adalah penghulu segala ayat.
Dan sebelum terlelap....masa ibu tengah tergolek-golek kat atas katil,
ibu akan sedekahkah Al-Fatihah buat anak-anak sampai ibu terlelap.
Entah berapa kali pun ibu tak pasti tapi yang pasti sampai ibu terlelap....

Sejak anak-anak lahir, ibu pastikan mereka makan dari hasil airtangan ibu.
Ibu tahu, sebagai seorang ibu yang bekerjaya masa kita amat terhad.
Tapi ibu cuba sedaya upaya agar tidak 'termiss" masak untuk ayah dan anak-anak.
Sesibuk mana pun ibu, tiada istilah makan di luar atau dibeli.
Ayah pun tidak suka makan di luar atau makan makanan di beli.
Ibu akui memang penat.
Ibu terpaksa bangun seawal 4.30-5.00 pagi demi mereka.
Sambil membasuh beras, sambil memasak..dibibir ibu tidak putus-putus
 membaca zikir, selawat dan Al-Fatihah.
Sebut satu persatu nama mereka, hembus pada masakan itu.
Alhamdulilah anak-anak lembut hatinya..mereka mendengar kata, tidak melawan cakap,
tidak lasak dan bonusnya mereka mudah menerima pelajaran yang diajar oleh guru-guru.....

Semasa anak-anak sedang menduduki exam, ibu akan sedekahkan Al-Fatihah
sepanjang exam berjalan.
Ibu berpesan pada anak-anak agar memulakan exam dengan
1. sedekahkan Al-Fatihah pada ibu dan ayah..
2. Sedekahkan Al-Fatihah pada diri sendiri..
3. sedekahkan Al-Fatihah pada pemeriksa kertas
(agar lembut hatinya dan akan ada perasaan belas ikhsan).......
Alhamdulillah mereka sentiasa amalkan.....

Satu lagi surah yang "mama" ibu amalkan untuk anak-anaknya.
Menurut kata mama ibu, surah ni perlu diamalkan.
Baca surah ni setiap malam dan semasa membacanya gosok ubun-ubun kepala anak-anak kita.
Lepas tu hembus di dahi mereka.
Masalahnya, ibu sendiri pun tak amalkan sebab ibu ni kalau dah Maghrib akan berkurung kat bilik
sampai solat Isyak dan terus....zzzzzzzzzzzzzzz.....huhuhu.....


Surah Al-Insyirah
Adalah Surah yang  ke-94 dalam Al Quranul-kareem 
Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah 

ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

ุฃَู„َู…ْ ู†َุดْุฑَุญْ ู„َูƒَ ุตَุฏْุฑَูƒَ
 Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, 

ูˆَูˆَุถَุนْู†َุง ุนَู†ْูƒَ ูˆِุฒْุฑَูƒَ 
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, 

ุงู„َّุฐِูŠ ุฃَู†ْู‚َุถَ ุธَู‡ْุฑَูƒَ 
yang memberatkan punggungmu? 

ูˆَุฑَูَุนْู†َุง ู„َูƒَ ุฐِูƒْุฑَูƒَ 
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. 

ูَุฅِู†َّ ู…َุนَ ุงู„ْุนُุณْุฑِ ูŠُุณْุฑًุง 
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, 

ุฅِู†َّ ู…َุนَ ุงู„ْุนُุณْุฑِ ูŠُุณْุฑًุง 
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

ูَุฅِุฐَุง ูَุฑَุบْุชَ ูَุงู†ْุตَุจْ 
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan
sungguh-sungguh (urusan) yang lain, 

ูˆَุฅِู„َู‰ ุฑَุจِّูƒَ ูَุงุฑْุบَุจْ 
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

ุตุฏู‚ ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุนุธูŠู…
Maha Benar Allah swt Yang Maha Agong/Maha Besar

Ibu ni walaupun bergelar guru tapi tiada masa untuk mengajar anak-anak di rumah. 
Cuma ibu sekadar memantau mereka dalam membuat homework.
Ibu dan ayah tidak memaksa anak-anak belajar..belajar dan belajar.
Mereka di beri kebebasan dan belajar ikut cara tersendiri.
Mereka akan rasa enjoy dan tidak tertekan.
Alhamdulillah, walaupun mereka tidak pernah mengikuti tuisyen luar,
 mereka mampu meraih kecemerlangan dalam akademik dan dalam  peperiksaan sekolah agama......
Yang penting mereka mendapat pendidikan seimbang dunia dan akhirat...
Itulah yang sebaiknya.....

Wah panjang juga karangan ibu kali nie....hehehe...
Selamat beramal.
Maaf jika ada ayat ibu tunggang langgang ye.
Ibu bukan seorang penulis yang baik.......

4 Disember 2011

Tarikh Lahir dan Keperibadian Kita

TARIKH LAHIR…..
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.


no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

p/s: Ada tak persamaan dengan kawan-kawan..Bila ibu suaikan tarikh2 lahir kami sekeluarga memang ada persamaan walaupun tak 100%.

25 November 2011

Lihat dan Berfikir.....

Entah kenapa hati ibu begitu tertarik dengan sekeping gambar ini.
Gambar ni ibu ambil dari FB adik yang berada di Eygpt.
Gambar orang Kristian membuat 1 bulatan melindungi 
orang Islam yang sedang solat ditengah-tengah perhimpunan rakyat Mesir 
di Tahrir Square, Cairo.

Alangkah bagusnya jika semua insan di dunia ini bersatu
tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan fahaman politik......
Yang pasti kita hanyalah makhluk lemah
ciptaan Allah......
Fikir-fikirkan lah.....

p/s:
Sekejap lagi nak ke sekolah......
Banyak timbunan fail yang perlu dibereskan.
Banyak program yang perlu difikirkan sebelum
anak2 murid melangkah ke tahun2012.......

1 November 2011

Bertuahnya Kami

Bila menatap gambar-gambar Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra,
hati ibu benar-benar rasa bangga.
Bangga menjadi rakyat Kelantan di bawah naungan Baginda.
Seorang Sultan yang begitu sederhana dan penuh dengan keimanan.
Baginda memang layak memegang gelaran "Ketua Agama Negeri".......

Dan ibu pernah belajar 1 sekolah dengan baginda Sultan
di Maktab Sultan Ismail (Sultan Ismail Collage) di Kota Bharu.
Sebuah sekolah tinggi/elit  di Kelantan.
Sejak zaman persekolahan Baginda seorang
rakan dan murid yang sangat disenangi semua.....

Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati
pemerintahan Baginda yang menjadi 
kesayangan dan kebanggan
rakyat Kelantan.
Dan semoga baginda dijadikan contoh dan idola
kepada pemerintah dan pemimpin tertinggi Malaysia.....

Alangkah indahnya jika semua pemimpin tertinggi Malaysia 
boleh menjadi imam solat seperti Baginda Sultan.
Sejuk mata dan hati ibu menatap gambar-gambar ini....

BICARA BUAT SEORANG SULTAN
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)

pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan

pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..

inilah nasihat raja dan rakyat…
raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat'
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat

raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat

raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,

apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..

tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah

Dr MAZA, 160211
Penulis adalah bekas mufti Perlis

p/s:
Petang ni ada mesyuarat penandaan kertas pula di Muar.....

8 Oktober 2011

Mari Kita Sama-sama Belajar....

Semalam ibu BW dan terjumpa sebuah blog dan 
artikelnya amat menarik minat ibu.
Klik sini.
Isu yang jadi berita terhangat dan sensasi kebelakangan ini
disebabkan kurang ilmu dan kejahilan kita sendiri.
Ibu bukan nak salahkan sesiapa kerana
ibu juga tergolong dalam kalangan yang masih kurang dalam
ilmu agama....

Tapi yang ibu hairan, bila kita ni tak tahu atau
tak pasti tentang sesuatu perkara terutama dalam 
soal hukum hakam agama baik kita berdiam diri
atau mencari jalan untuk belajar.
Itu lebih baik dari kita dapat dosa
"free" diatas kejahilan kita...
Setiap hukum yang datangnya dari Allah
adalah yang sebaik-baiknya.
Tidak ada sedikit pun cacat cela.

Mesti kawan-kawan dah tahu
isu bagaimana artis yang memberi komen
tentang hukum hudud dan yang peliknya
si wartawan (tidak semua) pula bertanya
pada orang yang tidak sepatutnya.
Patutnya pergilah interview ustaz2, ustazah2 atau ahli
bijak pandai agama.....

Amboi panjang pula ceramah ibu.
Meh kita sama-sama baca petikan santai
yang ibu copy paste dari sebuah blog....

POTONG TANGAN SAJA?
"Hudud tak sesuai di Malaysia laa..." komen Cikgu Lee [bukan nama sebenar] dalam bilik guru.
Saya dan Cikgu Aziah [juga bukan nama sebenar] saling berpandangan.
"Mengapa kata begitu, Lee?" Cikgu Aziah bertanya.
"Kalau semua ikut hudud, nanti ramai la yang akan dihukum potong tangan sebab mencuri," Cikgu Lee menyuarakan pendapatnya.

Saya tersenyum, lalu memberi signal kepada Cikgu Aziah untuk terus berhujah.
"Sebenarnya Lee, hudud itu bukan setakat potong tangan, tau. 
Menurut hukum hudud, sebelum dijatuhkan hukuman potong tangan pada pencuri, 
kita kena selidik dulu mengapa dia mencuri. 
Bila dah sah dia tak ada sebab munasabah yang menyebabkan dia mencuri, 
dia curi sebab seronok atau nak balas dendam, 
barulah kita jatuhkan hukuman potong tangannya. 
Tapi jika didapati dia mencuri sebab dia kelaparan 
atau sebab dia tak ada kerja untuk beri makan kepada anak-anak di rumah,
 kita tak boleh hukum dia dengan potong tangan. 
Sebaliknya pemerintah mesti berikan dia pekerjaan 
supaya dia boleh dapatkan wang cara halal untuk sara keluarga," 
terang Cikgu Aziah secara panjang lebar.

"Oh, macam tu kah? 
Kira kalau dia mencuri sebab nak bagi anak dia makan,
 tak kena potong tangan laaa?"
"Betul, tapi kita mesti berikan dia pekerjaan supaya dia boleh berdikari. 
Tapi jika sudah diberi pekerjaan dan dia tak mahu kerja, 
masih tetap mencuri, maka barulah hukuman itu boleh dijatuhkan ke atasnya."
"Potong tangan mana, kanan atau kiri?" tanya Cikgu Lee lagi.
"Tangan mana yang dia gunakan untuk mencuri," jelas Cikgu Aziah lagi.
"Potong di mana, ya? Di siku kah?" nampaknya Cikgu Lee semakin berminat nak tahu.
Cikgu Aziah yang mengajar Sains itu tetap sabar melayan soalan Cikgu Lee.
"Potong pergelangan tangan."
"Guna apa potong? Pisau atau pedang?"
"Pisau yang paling tajam," jelas Cikgu Aziah lagi.
"Mengapa mesti pisau tajam?"
"Supaya tak sakit dan sekali potong saja. 
Jika guna pisau tumpul, ia akan mengambil masa 
dan akan menyeksa orang yang dihukum," saya menjawab.
"Betul, mesti pisau tajam. 
Sama seperti menyembelih binatang, mesti pisau tajam. 
Tak boleh pisau tumpul," sokong Cikgu Aziah.

Hanya kami bertiga dalam bilik guru. Perbualan semakin hangat.
"Kalau ikut undang-undang sivil, 
orang yang ditangkap mencuri akan dihukum penjara 
walaupun dia buat begitu kerana anaknya kelaparan dan dia takde duit membeli makanan. 
Kasihan bila baca tentang ibu tunggal dimasukkan ke penjara 
beberapa bulan kerana mencuri setin susu untuk minuman anaknya. 
Jika ikut hudud, ibu itu akan diberi pekerjaan, 
tak perlu masuk penjara, 
dan tangannya juga tak perlu dipotong," saya sambung lagi.
Cikgu Aziah mengangguk setuju.
"Betul, hudud bermaksud mencegah, 
dan ia sebenarnya sebagai langkah pencegahan, 
bukan untuk menghukum. 
Jika kita kaji betul-betul, hudud sebenarnya lebih bersifat perikemanusiaan. 
Malangnya ramai orang salahfaham 
dan hanya memandang hudud dari satu sudut saja,
 iaitu mesti potong tangan jikalau mencuri. 
Ia sebenarnya lebih kompleks."

"Betul, dalam beberapa situasi, 
Islam membenarkan seseorang mencuri. 
Tak percaya? 
Misalnya seorang isteri dibenarkan mencuri wang suaminya yang kedekut 
sehingga gagal memberi nafkah kepada keluarga, 
dengan syarat jumlah yang dicurinya itu tidak lebih daripada yang perlu.
Seorang pekerja dibenarkan mengambil upah daripada 
majikan jika beliau gagal dibayar gaji untuk kerja yang dilakukan. 
Dalam kedua-dua situasi, mereka tidak akan dihukum potong tangan, tau," 
saya sambung lagi.
"Oh, begitukah?" Cikgu Lee kelihatan terkejut dengan penerangan kami berdua.
"Ya, betul. Hukuman hudud berniat untuk mencegah jenayah."
"Tapi jika berzina, tentu tak sesuai kerana ia menganiayai kaum wanita. 
Wanita dirogol akan dihukum sebagai penzina."
"Lee, jenayah hudud ada beberapa saja iaitu berzina, 
minum arak, mencuri, merompak, dan tuduh orang lain berzina.
 Orang yang menuduh seseorang itu berzina mesti 
kemukakan 4 saksi yang boleh dipercayai, yang lihat 
berlakunya kejadian itu dengan mata mereka sendiri; 
bukan boleh tuduh suka-suka saja.
Jika timbul keraguan pada salah seorang daripada 4 saksi itu bahwa 
tertuduh itu tidak berzina, 
dia tidak boleh dihukum ikut hudud lagi sehinggalah 
dapat tampil saksi baru yang menuduhnya."
Cikgu Lee mengangguk perlahan-lahan,
 nampaknya semakin faham selepas penerangan kami yang panjang lebar.

"Lee, you jangan risau. 
Hudud wajib untuk orang Islam saja kerana ia hukum Allah, 
bukan ciptaan manusia sendiri.
 Orang bukan Islam tak perlu takut sebab kamu takkan 
dihukum ikut hudud walaupun bersalah. 
Yang perlu takut hanyalah orang Islam 
yang suka melakukan perbuatan terkutuk itu iaitu 
penzina, pemabuk, perompak, pencuri dan penyebar fitnah. 
Lagipun belum tentu akan dapat dilaksanakan hudud 
sebab hanya pemerintah saja yang boleh jalankan hukum hudud. 
Kami rakyat biasa beragama Islam tak boleh jalankan hukum hudud."
Alhamdulillah.. 
dua guru bukan opsyen pendidikan Islam, 
akhirnya berjaya menyakinkan rakan sejawat kami yang 
nonMuslim untuk tidak takut dengan hudud.

23 Ogos 2011

Roselle-Puasa ke 23

Sejak bulan puasa ini, pokok roselle ibu bukan main lebat lagi berbunga.
Dalam seminggu dapatlah petik 2 kali.
Orang yang sangat rajin mengendap bunga roselle ni
Naurah dan Farouk.
Pantang tengok bunga dah mekar dan besar, mulailah dituai hasilnya.
He.he.he....macamlah tanam kat ladang rupanya.
Ibu nak simpan untuk buat benih baru pun tak ada peluang.
Habis dikerjakan dua beradik ni.

nilah bunga roselle yang masih dipokok dan jap lagi akan
jadi mangsa Naurah untuk dipetik.

 Bunga-bunga roselle yang telah selamat jadi mangsa Naurah dan Farouk.

jus roselle yang telah siap diproses.
Tak de la susah mana pun.
Cuma buang biji ditengah-tengah bunga dan bersihkan.
Lepas itu rebus bersama gula.
Rasanya hampir menyamai air rebina.



Khasiat Jus Roselle:
*Menghilangkan selsema & sakit tekak
* Meredakan batuk & mencairkan kahak
* Menyihatkan & mencerdaskan minda
*Mengurangkan stress & sukar tidur
* Mencegah kanser & penyakit kronik 
*Menstabilkan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan daya tahan tubuh
*Membantu proses pencernaan
* Mencantikkan kulit & awet muda
*Mengurangkan kolesterol yang berlebihan NUTRISI ROSELLE

15 Julai 2011

Amalan Harian Untuk Minda Anak

Di sini pula ibu nak share tentang amalan harian yang boleh kita lakukan
sebagai ikhtiar untuk melahirkan anak-anak 
yang cemerlang dari segi akademik dan akhlak..
Input ini pun ibu dapat semasa
ke Program Bugar Potensi Cemerlang SK 3 Farah.
InsyaAllah, kita sama-sama berusaha demi anak-anak.
Cuba lakukan yang termampu......

1. Baca surah An-Nur ayat 35- baca 7X pagi dan petang.

2. Istifar- 1000X

3. Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW-1000X

4. Sebut  "Ya- Khalid" sebelum subuh.

5. Ya-Qayum

6. Ya Allah- 4X

7. Ya Latif -129X

8. Selawat Nabi Khidir -3X
ALLAHUMMA SHALLI ‘ALAA SYAIYIDINA MUHAMMADIN 
WA AALIHI KAMALA NIHAYATA LIKAMALIKA WA’ADADA KAMAALIHI

9. Surah Toha Ayat 25-28
klik sini....

p/s:
Mungkin kita tidak mampu untuk mengamalkan semua yang tersenarai, 
sekurang-kurangnya kita amalkan sebahagian drpnya sebagai rutin....
InsyaAllah..yang penting niat dan naiwatu sebagai seorang ibu dan ayah.

14 Julai 2011

Pemakanan Memori Anak-Anak.

Seperti yang telah ibu janjikan,
di sini ibu akan berkongsi input yang ibu perolehi semasa 
Program Bugar Potensi Cemerlang di SK 3 Farah.

Slot untuk menghasilkan anak-anak cemerlang melalui pemakanan.
Pemakanan untuk Memori n Minda anak-anak yg
senang kita perolehi...
Ini ikhtiar demi untuk anak-anak kita.........
Semoga ianya menjadi amalan harian kita atau
sebagai makanan rutin.....

1. Kurma

Memang kita sudah sedia maklum kurma memang banyak khasiatnya.
Kurma amat baik untuk ibu-ibu mengandung bagi
perkembangan minda janin dalam kandungan.
klik sini.

2. Kismis

Ini pun memang kita sedia maklum.
Antara doa-doa yang kita baca pada kismis:
Istifar 7X
Selawat 7X
Al-Fatihah 7X
Al-Ikhlas 7X
Al-Falaq 7X
Al-Nas 7X
Ayat Qursi 7X
klik sini.
Kismis ni boleh beli banyak-banyak dan sertakan bacaan di atas.

3. Pisang

Salah satu buah-buahan yang sangat baik untuk perkembangan minda.
Sebaiknya di makan setiap hari atau semasa sarapan pagi sebelum pergi sekolah..
klik sini.

4. Ikan Tongkol

Daging ikan tongkol amat baik untuk minda jika diambil sekerap mungkin.
klik sini.

5. Daging

Amat baik untuk perkembangan minda juga.

6. Kacang Badam

Anti oksida yang tinggi.
Klik sini.

Selamat mencuba!!!!!


About me