Petang semalam ibu goreng ikan celup tepung.
Tiba-tiba hati jadi sayu.
Entah kenapa terkenang zaman kanak-kanak.
Zaman yang indah tiba-tiba jadi sedih bila Abah melanjutkan pelajaran ke UKM.
Sejak itu kami sekeluarga hidup dalam kesukaran dan keperitan.
Kalau tak silap ibu, sewaktu ibu usia ibu 5 tahun.
Malas lah ibu nak kenang lagi saat itu.
Tapi ikan goreng tepung ini mengamit kenangan.
Semasa itu ibu berada dalam Tahun 1.
Di kantin sekolah ibu (SK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas)
ada menjual ikan goreng tepung ini.
Dan merupakan menu kegemaran ibu.
Kenapa kegemaran kerana makanan ini yang paling murah ketika itu.
Setiap hari ibu hanya mampu membeli seekor
ikan kecil bertepung dengan harga 20 sen untuk mengalas perut
dengan berbekalkan air masak.
Sedangkan rakan-rakan lain mampu membeli
nasi lemak, mee goreng dan macam-macam makanan lain.
Dan di satu sudut ibu menanti penuh sabar lebihan
RMT (rancangan makanan tambahan)
khusus untuk pelajar miskin.
Ibu tidak layak memandangkan abah seorang guru
(tetapi kerana abah melanjutkan pelajaran, hidup kami susah).
Mama cuma mampu bekalkan ibu dengan wang belanja 20 sen.
Setiap hari ibu berdoa agar ada lebihan makanan itu.
Dapatlah ibu mengalas perut dengan makanan yang lebih enak..
Hu.hu.hu...sedih bila dikenang.
Kenapa lah ikan goreng tepung ni buat ibu sedih.....
Tidak pasal-pasal petang yang ceria bertukar syahdu....
p/s:
"MAMA, ABAH", kakak rindu kalian berdua..
Kakak xsabar nak jumpa kalian.....