"Ibu, Angah dapat tawaran buat degree law
kat universiti di Melbourne, Australia."
Tiba-tiba ibu terdiam, hilang kata-kata.
Perasaan berbelah bagi antara rasa bangga, gembira, sayu dan sedih.
AUSTRALIA??????? Jaunyaaaaa!!!!!!
"Angah sedia ke nak ke sana...sanggup ke belajar jauh-jauh?" ibu menduga.
"Tengoklah nanti ibu...Angah fikirkan dulu".
Balik sekolah minggu lepas Angah maklumkan lagi pihak di sana
call minta pengesahan.
"Ibu, Angah dah tolak tawaran tu. Angah nak sambung degree kat
universiti dalam negara jelah..."
"Betul Angah nekad dan redha ni?.."
"Ye ibu, Angah redha dan nekad"
"Universiti kat Malaysia pun terbaik...xada kurangnya..."
Alhamdulillah,Ya Allah.... lega teramat ibu rasa tapi jauh disudut hati rasa amat terkilan.
Bermacam-macam persoalan bermain diminda.
Adakah Angah menolak tawaran ni sebab ibu?
Kenapa ibu tidak sekuat ibu-ibu lain untuk melepaskan anak-anak
belajar jauh sedangkan mereka diberi peluang untuk ke sana?
Mengapa hati ibu tidak setabah ibu lain untuk melihat anak melangkah
jauh menimba ilmu dan mencari pengalaman ditempat orang?
Sampai bila ibu harus menyimpan perasaan sedemikian......
Ada diantara ahli keluarga sebelah ibu terkilan dengan keputusan ini...
Emmm...entahlah.
Apapun ibu amat bangga dengan kalian kerana membuktikan
kalian anak-anak yang menjadi kebanggan ibu dan ayah......
Ibu pasti suatu hari nanti ibu perlu menjadi kuat dan tabah untuk melepaskan
anak-anak ibu membina kehidupan sendiri.
Doa ibu tetap mengiringi setiap langkah kalian......Amin.
Tetiba je tepek gambar Ayah.
Tajuk tak ada kena mengena cuma tema sama.
Ni gambar semasa ayah di Melbourne Australia.
Langsung tak ada kena mengena dengan entri ni.....he3x.