Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label LUAHAN HATI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LUAHAN HATI. Papar semua catatan

8 Oktober 2012

Sampai Hatimu....

Sedih tak terucap dengan kata-kata.....

Bila si kembar ibu meragam dan buat perangai tiba-tiba.
Tiada angin, tiada ribut, tiada petanda tiba-tiba "mereka" berdua mogok.
Ianya berlaku hampir serentak.

Sampai hati,
Si kembar ni sepakat mengkhianati ibu.
Di saat ibu tengah pokai akibat "terbeli" lappy tanpa sengaja.....hukhukhuk...
Merajukkah "mereka".......????????????
Bila la ibu bakal cari penganti mereka berdua.......
Nampak gayanya kena rembat DSRL yang dah menyepi di tepi dinding tu dulu
untuk sementara waktu......cit!!!!!

p/s:
Dalam keadaan "pokai" sempat rembat 2 helai tudung 3 layer....huhuhu...
Bila ibu nak insaf nie......

30 September 2012

Sikap Buruk Yang Sukar di Hakis

Semalam tak ada kerja.
Ajaklah si Farouk tu buat aktiviti sikit.
Pagi-pagi Farouk volunteer basuh cik hitam ibu yang dah berbedak setebal 2 inci tu.
Sejak ayah sibuk cik hitam tu dah tak ada orang nak bersihkan.
Nak harapkan ibu.........?????Tau bawak je....hehehe..
Lepas cuci kereta, ajak Farouk pergi ke tempat recycle pulak.
Singgah beli aiskrim + kereta kecil 
sebagai upah dia cuci kereta ibu dan punggah barang2 untuk recycle.

Tergerak pula hati masuk kedai komputer.
Kebetulan ada sebuah lappy tersadai kat rumah nie.
Skrin lappy tu ada sedikit masalah.
Ibu rasa dari terbiar baik ibu bawa servis.
Sekurang-kurangnya faoruk tak kacau lappy kami terutama lappy ibu tu.

Sambil dok godek2 lappy ibu tu si tokey kedai goda suruh ibu trade-in je lappy lama tu.
Katanya dia akan bagi diskaun untuk lappy baru dengan rebat RM200.
Tetiba Farouk yang bersetuju.
Dan ibu seperti biasa mengangguk setuju.
*Sikap buruk ibu yang tak dapat ibu buang...membeli sesuatu tanpa berfikir panjang.....

Mula-mula ibu setuju nak belikan Farouk net-book.
Sekadar untuk dia layan game dan tak kacau lappy ibu.
Si tokey tu goda lagi...
"Rugi maaaa beli net-book....tak bagus maaaa....."
Betul jugak sebab bulan lepas baru je ayah beli net-book untuk along.
Memang tak best walaupun comel dan senang nak angkut.....

Tak pasal-pasal ibu setuju dengan cadangan tokey tu.
Terus angkut lappy.
Melayang RM1K+++.

Balik rumah baru ibu termenung panjang.
Menyesal rasanya habiskan duit beli benda yang tak diperlukan.
Farouk bukan main happy dapat lappy baru......hukhukhuk....
Dan Angah yang memang dah tau sikap buruk si ibu sempat beri sedas dua:
"Hai ibu, beli lappy baru ke???? Baiklah ibu sedekahkan duit tu kat Angah je.."...
Huhuhu......
Inilah cik Acer baru yang buat jiwa ibu kacau.......

 Saja tepek di sini.
Meja sisi jati di atas dan 1 set  kerusi betawi jati (2 biji + meja ) yang ibu beli bulan lepas.
1 set tu memang dah sedia ada.
Ini pun kes yang sama.
Tak pasal-pasal pergi order benda alah ni.
Made in Indon.
Masa tu saja je singgah kedai perabut.....
Ini pun buat jiwa ibu kacau.....hukhukhuk....

Ayah sekadar memandang tanpa berkata apa-apa.
Agaknya ayah pun dah malas na layan sikap "teruk" ibu nie........

p/s:
Bukan ibu tak cuba berubah tetapi sikap ini tetap wujud dalam diri ibu.





26 Mei 2012

Semoga "AYahnda Jusoh" Tenang di sana....


Di awal pagi Jumaat yang hening (4.40 pagi ) ibu terima perkhabaran sedih.
Ayahnda "angkat" ibu telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Terkedu dan tersentap seketika.
Beristifar sambil membaca Al-Fatihah.
Tak diduga arwah ayahnda Jusoh pergi meninggalkan kami secepat itu.

Sedih tak terkata kerana sudah lama ibu tidak mengziarahi ayahnda Jusoh.
Seorang ayahnda yang ibu anggap macam ayah sendiri.
Ayah kepada rakan baik ibu, Hasnah.
Keluarga arwah ayahnda amat rapat dengan keluarga ibu.
Kami saling kunjung mengunjung dan bertanya khabar.....

Masih terkenang di zaman persekolahan.
Bila berkesempatan dihujung minggu
ibu mengambil kesempatan mengunjungi ayahnda.
Semasa itu ibu dan Hasnah belajar di sebuah sekolah berasrama di Kota Bharu.
Sehinggalah ibu jalani latihan mengajar di Bandar Jertih ,Terengganu.
Dan setiap kali arwah ayahnda tahu ibu mahu berkunjung,
ayahnda akan sediakan makanan kegemaran ibu, ikan pekasam yang ayahnda proses sendiri.

Arwah ayahnda amat baik.
Seorang ayah yang amat-amat penyayang.
Terlalu mengambil berat.
Bila ibu datang kami akan bersembang hingga larut malam.
Macam-macam cerita yang kami kongsi bersama.
Indahnya saat itu.....
Tapi apakan daya, ajal ayahnda sudah tiba tanpa diduga.
Dengan redha kami relakan pemergian Ayahnda Jusoh.

Ya Allah, Kau tempatkan Ayahnda Jusoh dikalangan orang-orang beriman.
Kau limpahkan rahmatMu ke atas ayahnda Jusoh.
Semoga Ayahnda tenang brsemadi di sana.
Al-Fatihah......

20 Mei 2012

BIla Hati Sedih....

Setiap waktu kita diuji.
Itu tandanya Allah sentiasa sayangkan kita.
Hidup tak selalunya indah.
Setiap keindahan disulami dengan kesedihan.

Wajah-wajah rakan setugas.

Setiap hari kami bersama.
Mencari rezeki demi sesuap nasi.
Mengharungi hidup penuh dengan gelak ketawa, gurau senda, 
berkongsi kisah suka duka.
Patuh apa saja yang diarahkan tanpa banyak rungutan.
Tidak berkira masa, tenaga dan wang ringgit......

Bertapa akrabnya kami semua.
Umpama adik beradik.
Ditambah dengan kehadiran "Bonda" yang penyayang.
Dan punya "Ayahnda" yang sentiasa mengambil berat dan "cool".
Tidak pernah timbul rasa dengki, iri hati.
Saling bantu membantu.
Backup mem"backup" jika sesuatu perkara yang
tanpa diduga terjadi..
Itulah kami..

Cuma kebelakangan ini kami agak tersentap.
Bila keakraban kami dipertikaikan oleh "seseorang".
Ada orang tidak senang melihat kami bersatu.
Keikhlasan dan kesungguhan kami dipertikaikan.
Kami dikatakan berada dalam "zon selesa".....
Di depan lain, di belakang lain.
Namun kami tetap bersyukur kerana kami tidak pernah 
menyimpan rahsia dan berburuk sangka.
Setiap keburukan yang disebut dibelakang kami akan sampai dalam sekelip mata.
Dan kami sama-sama saling memberi kata-kata perangsang.

Jangan kerana "seorang" yang menjadi kudis
akan merosakan kebahagiaan dan keamanan kami di sini.....

Ya Allah, berikan "dia" petunjukMu.
Semoga "dia" sedar akan kesilapan lalu ditempat lama
tidak berulang ditempat baru.........

p/s:
Makin dekat cuti hati makin sedih.
Entah mampukah ibu kembali ke kampung.
Angah dan Naurah perlu hadir tuisyen di sekolah
sepanjang cuti......hu.hu.hu....

17 April 2012

Siapa Nak Tolong!!!!!

Kerja yang tak habis-habis.
Macam-macam nak disiapkan.
Ibu lihat rakan-rakan pun mengeluh.
Muka masing-masing berkerut seribu.....
Kelas tetap berjalan kerana itulah tugas hakiki......

 Bahan yang siap di liminate....

disamping itu kena siapkan
latihan dalam kelas,
Ujian LINUS,
Ujian PROTIM,
fail KSSR, 
fail evidents, 
fail LINUS, 
fail PROTIM,
 fail RMT,
fail panitia, 
buku stok PSS, 
buku stok PSV/DSV......
bla..bla..bla......
Abaikan orang yang sedang stress dengan lambakan kerja-kerja yang tak berkesudahan....

dan ibu mencuri sedikit waktu untuk hilangkan stress.........

5 April 2012

Blog Ibu Adalah Blog KELUARGA....

Syukur Alhamdulillah kesihatan ibu dah bertambah baik
dan hari ini ibu dah kembali bertugas dengan keadaan ceria....
Terima kasih di atas doa-doa rakan-rakan maya ibu.

Juga terima kasih kerana mendoakan kejayaan anak-anak ibu.
Syukur kerana ibu dikurniakan rakan-rakan yang hebat.
Allah sentiasa mendengar doa rakan-rakan ibu yang tulus dan ikhlas.....

Sudah agak lama ibu terpanggil untuk membuat n3
berkaitan tajuk di atas tetapi asyik tertangguh2.
Maklumlah ibu ni bukan pandai menulis.
Risau nanti n3 ibu akan menguris perasaan orang lain.....

Kebelakangan ini semasa ibu BW ibu ada membaca artikal di blog rakan-rakan.
Luahan hati rakan-rakan yang ikhlas dan tulus.
Perasaan sedih kerana ada segelintir blogger yang
tidak puas hati dengan wujudnya blog yang
bercerita tentang kisah keluarga.
Ada orang-orang yang tertentu tidak suka dengan blog
yang berkisar kisah anak-anak dan keluarga.

Bagi ibu setiap orang punya visi dan misi tersendiri dalam mewujudkan blog.
Ada org bina blog utk tujuan bisnes,
bercerita tentang dunia hiburan,
bercerita tentang politik,
isu-isu semasa,
berita sukan dan macam-macam.
Semua itu mampu membuka minda kita dan memberi kita peluang untuk
kita memilih mengikut citarasa masing-masing......

Dan ada juga orang mementingkan trafik untuk menjana pendapatan sampingan.
Ibu hormati semua itu dan setiap orang berhak menulis mengikut cita rasa mereka sendiri.

Dan ibu pula wujudkan blog ni bukan untuk mencari pengunjung yang beribu lemon.
Ibu tak pernah kisah tentang trafik.
Itu tidak kisah tentang dana iklan.
Sepanjang 4 tahun ibu membina blog, ibu tidak pernah
ambil kisah tentang BE atau trafik blog ibu.
Dan ibu sendiri sudah lupa password iklan-iklan ibu....
Dasyatkan!!!!....he.he.he......

Yang penting ibu ingin  jadikan blog ibu sebuah khazanah yang berharga
untuk generasi ibu pada masa akan datang.
Sebuah dairy rujukan anak2 dan mungkin cucu-cucu ibu.
Semua kisah yang dipaparkan adalah kisah benar.
Catatan harian kami sekeluarga.
Ada kisah suka, duka, percutian, kejayaan, kesedihan dan macam-macam lagi.
Kalau boleh ibu tidak ingin tertinggal walau sedetik pun kisah-kisah
yang berlaku dalam kehidupan seharian kami.....

Dan anak-anak juga sering membaca semula kisah-kisah mereka
terutama kisah 4 tahun yang lalu.
4 tahun dulu wujudnya blog ini.
Betapa ruginya ibu kerana banyak tertinggal moment2
suka duka kami.....

Mereka seolah-olah tidak percaya apa yang
pernah berlaku dalam hidup mereka.
Perubahan wajah, perangai dan sikap......
Terkadang mereka ketawa bersama bila membaca
n3 semasa mereka masih dibangku sekolah rendah.

Bayangkan bila mereka sudah dewasa,
bertapa berharganya setiap catatan dan gambar-gambar kenangan
yang ibu abadikan disini.......

Niat asal ibu blog ini sekadar rujukan kami semata-masa.
Tetapi tanpa ibu jangka, dari sini ibu temui ramai rakan-rakan
yang begitu baik dan setia......
Ibu hargai setiap yang sudi berkunjung malah mereka
adalah rakan-rakan yang jujur.
Merekalah yang sering mendoakan yang terbaik untuk kami sekeluarga.
Berkongsi kegembiraan dan kesedihan.

Dan bagi yang tidak suka ibu tidak pernah mengalu-alukan
kehadiran mereka.
Di sini bukan tempat mencari gosip-gosip panas, 
mencari isu-isu terkini,
mungkin mereka boleh cari di blog-blog lain.....

Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang.
Ibu hormati setiap paparan yang ibu baca di blog-blog lain.
Jika ibu suka, ibu akan tinggalkan komen tetapi jika ianya
tidak sesuai dengan jiwa ibu, ibu lebih suka berdiam diri tanpa meninggalkan sebarang jejak.

Sebagai manusia kita hendaklah saling hormat menghormati
hak masing-masing.
Kita tidak boleh cepat melenting dan menjatuhkan orang lain.
Kita tidak perlu cemburu melihat orang lain yang lebih baik dari kita.
Patutnya kita jadikan kisah2 itu sebagai pembakar semangat.

Kita perlu didik diri kita berfikiran positif.
Mungkin rakan-rakan kita memiliki kekayaan yang melimpah ruah.
Mungkin mereka ingin berkongsi kegembiraan.
Berkongsi percutiaan yang indah di luar negara yang tak pernah kita rasai.
Mampu membeli sesuatu yang berjenama yang tidak kita miliki..
Mendapat hadiah yang amat berharga dari insan tersayang.
Mereka abadikan sebagai kenangan yang terindah....
Ibu rasa itu tidak salah kerana mereka mampu dan alami saat indah itu....

Dan ibu percaya, orang yang tidak berpuas hati itu
adalah orang-orang yang mungkin merasa diri mereka lebih baik dari
orang-orang sekelilingnya.
Dari itu kita juga dapat pengajaran agar lebih berhati-hati semasa menulis
kerana mungkin blog kita akan dikunjungi oleh berbagai-bagai
penghuni di alam maya ini.........
Sama-samalah kita ingat mengingat antara satu sama lain.

Dan ibu tetap dengan pendirian ibu.
VISI dan MISI ibu untuk teruskan mereliasasikan blog ibu sebagai 
SEBUAH BLOG YANG MEMAPARKAN KISAH KAMI SEKELUARGA.....
InsyaAllah......

Terima kasih kepada yang sudi membaca kisah-kisah kami.
Dan sekiranya ada segelintir yang tidak menyenangi
blog berunsur keluarga, mereka ada banyak pilihan lain.
Tiada siapa memaksa mereka untuk singgah dan berkongsi cerita yang terpinggir.......

p/s:
Fuh!!! panjang pulak n3 ibu kali nie...
Patutlah habis lenguh jari jemari ibu nie.....ngee.....


Malam ni Along akan meninggalkan ibu untuk kesekian kalinya.
Hu.hu.hu........

26 Mac 2012

Hari Yang Tragis

2-3 hari ni ibu macam tak de mood sangat nak menaip n3.
Entah kenapa kerajinan dan semangat berkobar-kobar selama ini seolah tercampak ke laut.

Berbalik kepada tajuk.
Semalam adalah hari yang agak tragis.
Semua berlaku dalam masa yang lebih kurang sama.
Kisah pertama kereta ibu yang baru berusia beberapa bulan dah berani mencium tembok.
Gara-gara menyondol tembok, kereta ibu sedikit calar......
Nasib baik kereta masih dalam keadaan baik walaupun habis berkecai 2 buah pasu yang besar.
Tak sampai hati ibu nak tengok bunga kesayangan ibu tu.
Entah apa yang jadi.
Anak-anak yang tolong alihkan....
Pasu-pasu itu pula merupakan pokok bonsai bunga kertas yang ibu tanam berbelas-belas tahun lamanya.

Tak habis di situ, motor angah yang baru berusia 3 minggu 
telah patah side miror + calar dikerjakan ayah.
Menangis-nangis angah sayu hati melihat moto kesayangannya calar dan rosak tu.
Ayah ni pun 1, baru je sampai balik dari outstation pagi tadi
dah sibuk  bawa si bujangnya ronda-ronda.
Badan masih penat agaknya sebab tu boleh terbabas.

Pagi2 ni pulak blender buat hal.
Tetiba pula pemutarnya patah 2.
Nasib baik ibu dah siap blender ikan bilis.....
Alahai macam2 terjadi.
Itu sedikit ujian dari Allah untuk menguji kesabaran kita........
Moga esok lebih baik dari hari ini...........

10 Mac 2012

Ayah Terbang ke China, Ibu Terbang ke Sekolah.

Hari pertama cuti persekolahan.
Kami ditinggalkan lagi.
Untuk kesekian kalinya.
Namun ibu dan anak-anak dah tak kisah.
Yang penting Ayah sediakan segala keperluan secukupnya sebelum terbang.

Hari ini Ayah terbang ke Beijing untuk hadiri seminar di sana selama 1 minggu.
Ibu memecut ke sekolah.
Angah dan Naurah ada tuisyen,
Farouk ke Kem Bestari Solat.

Hati sedih sebenarnya.
Niat hati nak ikut ayah tinggal angan-angan.
Kerana anak-anak ibu terpaksa berkorban.
Dan dalam mengisi kesedihan hati, ibu dengan relanya adakan kelas tambahan.
Tanpa paksaan dari sesiapa.
Sekadar mengubat kesedihan hati ini.
Bukan sedih sebab kena tinggal, tetapi sedih tak dapat ikut ayah...
Juga sedih sebab tak dapat balik kampung.....
hu.hu.hu.......

Ibu confius juga tengok ayah bawa beg yang terlalu besar kali ni.
Masa pergi Australia hari tu tak delah beg sebesar ini.
Ayah nak isi amoi comel dari China ke ayah???????????
Hish!!!!!selisih.......ngee....

Kami doakan agar dipermudahkan segala urusan dan tugas2 ayah .
Ayah kesana pun demi untuk negara.
Jangan lupa belikan kami souvineer ye.......hu.hu.hu.....

9 Mac 2012

Terima Kasih Ayah, Terima Kasih Cuepecs.

Sana sini orang sibuk memperkatakan tentang SSM dan SPBA.
Perbagai perbincangan yang ibu dengar.
Ibu cuma membisu seribu bahasa.
Bukan ibu tidak mengikut perkembangan semasa.

Sejak dalam membuat kertas kerja, 
kajian demi kajian sehingga memaksa ayah dan rakan-rakan terbang ke
luar negara.
Ayah salah seorang tulang belakang yang bekerja keras dalam misi dan visi
perundingan SPBA dan SSM.
Kami sering ditinggalkan tanpa mengira waktu.
Kepayahan dan keperitan ibu lalui.
Terpaksa mengambil alih segala tugas ayah menguruskan anak-anak

Tangga demi tangga Ayah dan rakan-rakan daki.
Perbincangan demi perbincangan mereka terpaksa tempuhi.
Bukan sehari dua, bukan sebulan dua,
tetapi memakan masa yang lama.
Sering dicaci dan dicerca.
Namun mereka tetap teruskan perjuangan.
Ibu amat kagum dengan semangat ayah dan rakan-rakan.
Ibu redha berkongsi ayah dengan masyarakat.

Terima kasih Ayah, terima kasih rakan-rakan Cuepecs.
Walaupun mungkin orang lain lupa untuk 
mengucapkan kata-kata itu kepada yang berhak.
Ibu akui, mereka berjuang tanpa mengharapkan nama.
Cuma sekadar berbakti kepada seluruh warga Penjawat Awam!!!!!!!
Cuma satu harapan ibu dan anak-anak,
Semoga selepas ini ayah ada masa untuk bersama kami.......

8 Mac 2012

Kerinduan Melanda.

Tinggal sehari lagi bermula cuti persekolahan.
Tiba-tiba ibu rasa sedih dan sayu.
Cuti yang tidak memberi apa-apa makna buat ibu ,
malah menambahkan rasa rindu ibu pada insan2 tercinta.

Apakan daya, biarpun bercuti ibu tetap bekerja.
Anak-anak perlu hadiri tuisyen di sekolah.
Ayah akan terbang jauh ke Negeri China.

Bicara buat mama:
Mama, Kakak terlalu rindukan mama.
Kakak mohon maaf kerana tidak mampu berada disisi mama di saat ini.
Sepatutnya masa cuti adalah saat kakak berada di sisi mama.
Kakak tahu kakak terlalu mementingkan diri.
Kakak tahu mama mungkin terkilan.
Kakak tahu mama mengharapkan kepulangan kakak.
Maafkan kakak.....
Mama sentiasa di dalam doa-doa kakak.....

Bicara buat Auni:
Ibu juga merindui Wan Sara Auni.
Insan yang amat-amat ibu sayangi.
Ibu terlalu merinduimu sayang.
Maafkan ibu kerana tidak mampu menjengukmu.
Ibu tahu Auni masih tidak sihat.
Dari kejauhan ibu sentiasa mendoakan Auni.

p/s:
Mood sedih!!!!!!

20 Januari 2012

Ku Sangka Hujan Hingga ke Petang...Rupa-rupanya....?????

Hujan tak jadi.
Kalau tengok awan yang gelap dan mendung tu macam hujan lebat nak turun.
Dah 2X gelap macam tu hari ni tetapi hujan entah ke mana.
Cuaca makin panas, sepanas hati ini.....
Oh hujan........bila la nak turun nie???????
Rindu nak menyaksikan titisan mutiara dari langit........
PANAS.......PANAS.....PANAS......

p/s :
Penat sangat-sangat..
Petang berkejar ke PKG sesi interview Tokoh NILAM.
(n3 comming soon)
Esok walaupun cuti CNY bermula tapi tetap ke sekolah
sebab ada kelas tambahan..
Bila nak bercuti nie???????

16 Januari 2012

Hari Yang Blurrrrr.....

Entah kenapa hari ni ibu jadi blurrrrr...
Selepas waktu perhimpunan mingguan
ibu terus menuju ke makmal komputer.
Nak siapkan kerja yang perlu dihantar ke PPD dan PKG  "SEGERA"....

1 jam mengadap komputer tiba-tiba ibu dikejutkan 
dengan suatu suara...
"Cikgu, sekarang masa cikgu......"
Tersentap ibu tiba-tiba.....
Ibu : "Ye ke???? bukan masa akhir ke????"
Murid A : Taklah cikgu, sekarang masa Maths la....

MasyaAllah kenapa ibu boleh lupa.
Memang sejak tadi ibu ingatkan masa akhir.....
Berkejar ke kelas di tingkat 3..
Timbul rasa bersalah.
Ibu telah mencuri waktu mereka..
Maafkan cikgu ye anak-anak...

Lepas rehat, ibu mengadap komputer lagi.
TIba-tiba rasa fed-up.
Rasa macam nak je letak jawatan...
Rasa bosan memuncak-muncak.
Bukan ke tugas hakiki ibu mengajar????
Tetapi kenapa perlu buat kerja lain melebihi tugasan sebenar.
Kenapa dibebankan dengan tugasan diluar bidang kita????

Tiba-tiba datang Ustazah H.
Terperanjat ibu untuk kali ke 2.
Ustazah H: Kak, lepas ni masa akak di Th 1 kan???.
Ibu : "ye ke?????Akak ada kelas ek????
Ustazah : Tadi saya tengok jadual. 
Sebab tu saya cari akak.
Kak, saya nak tukar masa ye...Saya ada hal.
Saya ambil masa akak dan nanti akak masuk masa Agama.
Ibu : Ok, akak tak kisah...

MasyaAllah, sudah kali ke 2 hari ni ibu terlupa.
Rasa amat-amat bersalah.
Entah kenapa hari ini ibu banyak mengelamun.
Nak kata rindukan ayah, baru pagi tadi dok tenung muka ayah.
Nak kata rindukan anak-anak, baru pagi tadi menyiapkan 
sarapan pagi mereka........
Kesimpulannya....ibu rasa "stress" dengan tugas sampingan
yang mengalahkan tugasan utama ibu MENGAJAR!!!!!!!.
.
Nasib baik ibu masih ingat jalan PULANG!!!!!!!

8 Januari 2012

Bila "DIA" Mungkir Janji.

Sedih + kecewa + terkilan + tersentap.
Hati mana tak sentap bila beria-ria janji.
Tiba-tiba tak jadi....

Semalam sedang ibu syok dok siapkan 
program panitia dalam format baru tiba-tiba terima sms.
Terkedu dan tergamam + tersentap seketika.
Rasa nak jerit je kuat-kuat..
Sms berbunyi:
"Pemantauan ke PSS anda pada 11.1.2012(Rabu) diBATALKAN
dan pemantauan akan dibuat pada 9.1.2012 (Isnin).
Harap maklum.

Mau ibu tak meroyan.
Ayat pertama tu buat ibu sengeh sampai ke telinga  dan tiba-tiba
senyuman manis ibu (manis la sgt..) bertukar kelat....
Rupanya pemantauan diawalkan dari tarikh asal.
Bukan ibu tak bersedia.
Semua program dan fail dah siap tetapi masalah
sekarang ni Buku Program dan Fail2 ibu telah dipinjam
oleh rakan guru PSS (GPM).

Konon2nya ibu ni seorang fasilitator GPM Zon/Daerah.
So rakan-rakan GPM dari sekolah lain akan datang cari ibu dan 
pinjam apa yang patut sebagai sumber rujukan
sebelum pemantauan bermula.

Tup-tup Pemantau nak datang pagi Isnin.
Mana ibu nak cari kawan-kawan GPM ni.
Rumah depa bukannya dekat.
Lagipun mereka pun janji nak pulangkan hari Isnin/Selasa nanti.
Dah la pagi Isnin tu ibu terpaksa handle Majlis
"Watikah Perlantikan Pengawas dan Pustakawaan".
Banyak benda nak dibuat.
Tak haru macam ni.....

Yang ibu terkilan bila email dan surat menyurat telah dihantar pada ibu
pada tarikh 11.1.2012 tetapi dipinda sesuka hati disaat akhir.
Bukankah itu menyusahkan banyak pihak.

Dan ibu juga terkilan dengan rombakan format baru Program.
Bayangkan semua rakan-rakan guru dah siapkan semua
program sebelum cuti tiba-tiba terima arahan
format ditukar kepada yang baru.
Terpaksalah kami bertukus lumus menyiapkan dalam jangka masa
3-4 hari saja.

Cuti hujung minggu terpaksa mengadap komputer.
Kalau ibu tak kisah sangat sebab anak2 dah besar dan
Ayah memahami tugasan ibu.
Rumah dah tunggang langgang macam tongkang pecah....
Tetapi yang sedih bila ibu
dengar keluhan rakan-rakan yang punya anak-anak kecil.
Dan ada sebahagian suami yang tidak memahami tugas seorang guru
yang bekerja tak tentu masa......

Dengan sekolah ibu yang kekurangan 4 orang guru sejak sebelum cuti.
Bayangkan bila perkara2 yang sepatutnya tidak berlaku
dipandang remeh dari pihak berwajib dan orang-orang atasan..
Tapi dari kita macam-macam diminta segera....
Adilkah????????
Siapa yang tak stress......

5 Januari 2012

Apa Yang Terjadi????

Dalam n3 lepas ibu ada buat catatan di bawah 
tentan kain yang ibu salah potong.
Thanks kawan-kawan kerana bersimpati dan 
beri beberapa cadangan pada ibu.
Kain tu adalah untuk dibuat baju seragam guru dan staf sekolah ibu.
Kain coklat dibeli oleh GPK-Hem SK(Cikgu R) ibu 
manakala kain batiknya ibu order dari over sea..
Hi.hi.hi...dari Sarawak..Ibu order dari Ummiross yang baik hati tu....

2lah, masa gunting kain coklat
untuk dibuat baju ibu tengah layan TV.
Buat kerja ikut mood dan gerak hati.
Sambil tu dok layan gosip dengan Angah, Along dan Beby.
Tiba-tiba ibu boleh terambil bahagian depan untuk dibuat pesak.

Bila siap gunting baru perasan.
Huwaaaaaa!!!!!!!
Mau  tak meroyan + meraung.
Tiba-tiba ibu menjerit..
3 Farah tersentap + terperanjat.
Mananya tak terperanjat tiba-tiba ibu menjerit.....

Hati mula tak tentu arah.
Mana mau capai kain tu lagi sebab Cikgu R beli bukan dekat sini.
Takkan ibu nak suruh dia pergi beli lagi.
Semata-mata untuk ibu.......
Segan la weh.....

Dengan hati yang sedih + risau ibu cuba dengan nekad.
Bahagian yang sepatutnya jadi pesak ibu jadikan bahagian depan.
Cuma itu aja kain yang tinggal.
Bayangkan kain untuk pesak itukan kecil......

Dan hasilnya jadi macam ni.
Memang ibu tak puas hati.
Baju tu dah jadi agak singkat.
Along snap gambar ni sebagai bahan bukti....

Anak-anak pula cuba ambil hati ibu:
Along :"Oklah ibu..cantik la..."
Angah : "Yelah ibu, angah tengok ok je...biasa je.."
Beby: "Lagi pun ibu nampak lebih kurus dari biasa tau..."
Naurah :"Betul bu.....Cantik!!!!"
Farouk:"Cantiknya ibu Farouk......."
Hu.hu.hu...ibu tahu, anak-anak nak ambil hati ibu.
Entah ikhlas ke tidak pujian depa tu. 
Ibu tau anak-anak tak nak ibu sedih kot.......

Apapun terima kasih anak-anak ibu.
Nantilah ibu cuba tambah bling-bling untuk menutup
kekurangan yang ada tu........hu.hu.hu...
Mood :SEDIH + TAK PUAS HATI....

p/s:
Petang ni meeting lagi dan lagi dan lagi.......

2 Disember 2011

Mereka Tetap Permata di hati Ibu!!!!!

Semasa mesyuarat minggu lepas,
ibu volunteer mengambil kelas 5B untuk tuisyen Matematik.
Ibu pun tak tahu kenapa hati ibu selalu terpanggil untuk
mendekati anak-anak murid sebegini.
Walaupun mereka tidak begitu cemerlang
dalam pelajaran tetapi mereka punya kelebihan.

Mereka tahu menghargai, mereka tahu berterima kasih.
Dari pengalaman ibu sepanjang bergelar cikgu,
anak-anak sebegini yang tidak mudah lupa jasa cikgu.
Anak-anak ini tidak lokek menyapa dan bersalam dengan cikgu2 mereka bila bersua
berbanding anak-anak yang cemerlang (bukan semua).
Anak-anak ini akan mencari ibu di FB setelah mereka berjaya
menjejak kaki ke menara gading....
Tidak putus2 mengucapkan terima kasih.

Semasa "take 5" sesi pertama tuisyen,
beberapa orang murid-murid lelaki mendekati ibu.
Berbual-bual kosong dan meluahkan perasaan.
Murid A : Cikgu, agak2 cikgu, saya dapat tak 3A dalam UPSR nanti.
Ibu : Kenapa target 3A je????
Murid A: Saya tak pandai cikgu....
Ibu : (sedih!!!!) InsyaAllah, awak semua pandai cuma MALAS je.
Murid A: ye ke cikgu??????(tersenggih2 sambil garu2 kepala)
Ibu : Ya...
Murid B: Cikgu, saya target 4A1B.
Ibu: Kenapa mesti ada B.
Murid B : Saya lemah dalam BI la cikgu.....
Murid C : Saya pun...
Murid D: saya pun....tapi saya target BI dapat C...
Ibu : Cikgu doakan awak semua dapat 5A.
Cuba awak lawan murid kelas 5A tu..
Kalau awak dapat A dalam Math, awak cari cikgu ye.
Cikgu janji...
Tapi tahun depan cikgu tak ajar kelas awak lagi.
Murid2: Alah cikgu...jangan la mcm tu. Ajarlah kami...
Ibu: tak boleh, masa cuti cikgu kena balik kg.
Cikgu kena jaga mama cikgu yang sakit.
Nanti siapa nak ajar tuisyen awak masa cuti nanti....????
Cikgu Mas orang kg sini...InsyaAllah masa cuti
cikgu Mas boleh ajar awak nanti....
Cikgu hanya mampu bagi tuisyen masa hari sekolah aje.
Itupun sebelah malam......
Ibu tahu mereka semua sedih..Ibu pun sedih......

2 tahun ibu mengajar mereka.
Mereka amat rapat dengan ibu.
Mereka telah faham sikap ibu.
Masa mengajar ibu serius, ada masa serius, ada masa kami bergurau,
masa terluang mereka boleh bergurau senda,
ada ketika mereka meluahkan perasaan dan ada kalanya
sesuka hati mereka menadah tangan meminta duit belanja.....
Ibu rasa mereka macam anak-anak sendiri.
Dan mereka sebenarnya ada cita-cita yang tinggi.
Mereka semua adalah anak-anak cemerlang dimata ibu
walaupun ada kalanya ada "orang2 tertentu" seolah-olah pilih kasih
dan memandang rendah kemampuan mereka......

Kebanyakkan mereka lahir dari keluarga yang agak susah.
Mereka terabai dengan kesibukan ibu/bapa mencari rezeki.
Ada diantara mereka mengadu, ibu mereka tidak "faham" untuk mengajar mereka.
Ibu akur........
Dan mereka tidak boleh dipinggirkan.

Ibu berjanji pada mereka, walaupun ibu
tidak lagi mengajar mereka tahun depan,
ibu akan terus membantu dan memantau mereka.
Ibu akan pastikan mereka berjaya terutama
subjek Matematik.
2 tahun ibu mengasak mereka untuk memahami konsep.
Walaupun ada terkial-kial, merangkak dan bertatih.
Alhamdulillah, sekarang ibu dah nampak hasilnya.
Ada diantara mereka lebih cemerlang dari murid
5A (ibu pun mengajar Maths juga kelas 5A).
Itulah kepuasan yang ibu dapat dari mereka......

Ibu sanggup korbankan waktu malam untuk mereka.
Ibu akan pastikan mereka juga cemerlang seperti kawan2
mereka dikelas A.......
Harapan ibu tinggi mengunung untuk melihat mereka berjaya
dan cemerlang........InsyaAllah......

inilah sebahagian wajah2 itu.
Sentiasa ceria dan akan tersentap bila cikgunya ini mengamuk.....
Gambar ini semasa mereka datang berhari raya di rumah ibu.
Mereka semua tetap dihati....
Gud luck anak-anak didik ibu....
"Kalian tetap permata di hati cikgu!!!!!."

p/s:
Jap lagi nak ke sekolah.
Ada perbincangan dengan GB berkaitan dengan 
Program Galakan  Membaca untuk tahun depan........

18 Oktober 2011

Itulah Hakikat.....

Isu cikgu-cikgi naik gaji jadi perbualan hangat.
Debat yang sensasi masa kini.
Lebih hangat isu umur persaraan 60 tahun.
Jadi bahan cercaan dan lawak jenaka.
Ibu hanya meneliti satu persatu.
Membisu seribu bahasa.
Kadang-kadang tersenyum sendiri.
Macam-macam ragam manusia.
Ada saja yang tidak memuaskan hati.....

Yang baik ibu jadikan panduan dan 
yang buruk ibu buang jauh-jauh dari kamus hidup.
Setiap manusia ada baik buruknya.
ibu pun tidak terkecuali.......

Dan disebalik semua itu, ibu juga terpaksa berkorban.
Berkorban masa ditinggalkan Ayah saban masa.
Mungkin orang tertanya-tanya apakah tugasan sebenarnya Ayah
yang mana ibu sering ditinggalkan.

Ya, Ayah antara Ahli Majlis Tertinggi Cuepecs Kebangsaan.
Bertahun-tahun menyandang gelaran tanpa mengejar wang ringgit.
Berjuang tanpa mengira penat lelah, dan paling utama
terpaksa berkorban waktu dan masa untuk bersama kami.

Ya, ibu dan anak sering ditinggalkan.
Hujung minggu kami jarang bersama Ayah.
Apatah lagi sewaktu cuti persekolahan.
Disaat Along akan hadapi SPM tidak berapa lama lagi,
Ayah perlu terbang lagi ,ke Beijing pula.
Meninggalkan kami untuk kesekian kalinya.
Along pasrah, ibu redha....

Suatu ketika dulu Farouk akan menangis dan menangis..
setiap jam akan menelefon Ayah...
Bill telefon usah dikira...
Begitulah bila dia merindui Ayah tetapi sekarang tidak lagi.
Farouk dan kakak2nya sudah mampu terima hakikat
berkongsi Ayah dengan masyarakat.
Ibu tanamkan dalam diri anak-anak kekuatan.
Ibu ingin anak-anak jadikan ayah idola dalam perjuangan.
Walaupun mereka berjuang dalam bidang yang berbeza.
Dan ibu sudah mampu menerima semua itu.
Walaupun jauh disudut hati kecil pernah merintih.
Ibu juga manusia biasa.......

Bila mendapat sesuatu yang baik, "mereka" dilupakan.
Orang lain yang disanjung dan dipuja serta diberi 
ucapan tahniah mengunung tinggi.
Tapi bila mereka berjuang untuk sesuatu 
yang tidak disenangi,
mereka dikencam hebat.
Antaranya umur persaraan 60 tahun 
adalah idea Ayah dan orang kuat Cuepecs.
Dan semasa isu itu dibawa ibu turut sama berada di dalam dewan.
Seingat ibu ,ayah sebagai pengerusi sewaktu berseminar di Sabah.
Ibu sempat meneliti satu persatu alasan-alasan kukuh
yang mereka kemukakan setelah bertahun-tahun
membuat kajian demi kajian.....

Mereka berjuang untuk kenaikan gaji kakitangan awam
 terutama kaum guru.
mereka berjuang untuk semua penjawat awam.
Saban tahun menuntut bonus dan kenaikkan gaji.
Menuntut kurangkan beban kerja guru-guru.
Sanggup ke luar negara dengan pembiayaan sendiri
demi membuat kajian dan penyelidikan.
Menebalkan muka, 
mendaki tangga demi tangga, berjuang terus berjuang,
tanpa mengira penat lelah,
membetulkan apa yang perlu.

Penuh dengan ranjau.
memakan masa bertahun-tahun lamanya berjuang.
Terkadang mereka dijanjikan dengan janji2 palsu.
Terkadan pulang dengan kehampaan....

Bila berjaya, nama orang lain dijulang.
Tetapi ibu tahu Ayah dan rakan2nya ikhlas.
mereka tidak pernah mengeluh.
Mereka tidak pernah meminta untuk disanjung.
Apatah lagi dijulang nama.
Mereka sudah lali dengan cercaan.
Dan mereka tidak pernah minta balasan.
Cuma mereka inginkan yang terbaik untuk kakitangan awam.
Agar nasib kita semua terbela.....
Tidak ditindas dan terus ditindas...

ramai rakan2 tag ibu gambar ni kat FB...
Ibu tersenyum dengan gurauan2 mereka.
Siap tag dengan kata2 "Cik Abe mu la ni punya pasal"..
He.he.he...apa-apa jelah.....

Disini juga ibu "copy paste" dari FB....
Ini hanyalah sebagai koleksi ibu dan bukan ibu tujukan pada sesiapa.
Hanya sekadar peringatan pada anak-anak ibu juga.
Kerana mereka juga dilahirkan sebagai pelajar oleh guru-guru.
Agar suatu hari nanti mereka tahu menghargai guru-guru mereka.
Walaupun ibu seorang guru, anak-anak ibu cemerlang
ditangan guru-guru mereka.
Bukan kerana ibunya seorang guru..........






p/s : 
sebenarnya ibu pun tidak setuju dengan umur persaraan 60 tahun tuuuuu .... ibu pernah usik ayah nanti ayah lupa jalan balik rumah bila dh berusia senja sebab dah ny*ny*k...he.he.he..

Dan ibu amat respect pada Guru Besar ibu sekarang yang berusia hampir menjejak 58 thn yang begitu didikasi dan kerajinannya mengalahkan guru-guru yang baru posting.
Ibu jadikan dia idola kerana semangat dia yang memang layak bergelar guru.
Tahniah Cikgu Nik Fauziah Bt Nik Yusoh....
Ibu sangat bangga dengan beliau.....

14 September 2011

Tersentap dan Moody.

Hari ni mood ibu tak begitu elok sikit.
Moody....moody....moody....
Pagi-pagi dah tersentap di tempat kerja.
Dan bila dah tersentap ada hati yang terluka.
Kalau pagi dah tersentap memang 
moody jelah sepanjang hari kat tempat kerja..

Nasib baik ada kawan-kawan baik dan memahami.
Sekurang-kurangnya adalah tempat meluahkan perasaan.
Dan ada "pot" tempat kami berkumpul untuk mencurahkan 
rasa yang sama.
Mana lagi kalau bukan kantin.
Masa tulah makan tak hinggat dunia......

19 Ogos 2011

Masalah Belum Selesai-Puasa ke 19

Tension memikirkan keadaan blog ibu yang makin nazak ni.
Makin hari makin banyak masalahnya.
Rasa nak aje ibu tutup blog ini .
Tapi inilah dairy kesayangan ibu dan blog inilah yang jadi peneman ibu dikala sunyi.

Semalam ibu terpaksa buat operasi membersihkan blog.
Terpaksa edit dan delete gambar-gambar yang lama-lama.
Bayangkan, macam mana ibu tidak sedih.
Banyak kenangan yang ibu simpan terpaksa ibu pejam mata dan delete.
Ibu tidak sangka rupanya blog juga ada limite untuk masukkan gambar.
Kalau ibu tahu keadaan akan jadi macam ini,
ibu tidak akan wujudkan  blog PSS dan Panitia PSV menggunakan
password yang sama....
Benda dah nak jadi....

18 Ogos 2011

TOLONG IBU, Please!!!!!-Puasa ke 18

Tak habis lagi masalah blog ibu ni.
Pagi tadi ibu dah cuba "setting lama".
Ibu berjaya buat n3 dan terbitkan.
Tapi bila nak buat n3 dan masukkan gambar ,tak berjaya.
Yang keluar bende alah ini:

Terdapat ralat semasa muat naik.

Imej berikut tidak dimuat naik.

· 228816_149808901768138_120341661381529_288575_717194_n.jpg : Anda telah melampaui jumlah kuota muat naik foto anda.
Bagaimana boleh saya dapatkan lebih banyak storan untuk imej saya?
Imej dan foto yang dimuat naik melalui Blogger disimpan dalam Album Web Picasa, anda yang merupakan sebahagian daripada Akaun Google anda. Oleh itu, bilangan imej yang boleh anda muat naik bergantung pada jumlah ruang yang anda gunakan pada Album Web Picasa. Untuk mengetahui berapa banyak ruang tersedia yang anda ada, sila lihat arahan ini.
Perhatian: Sekiranya anda telah meningkatkan had kuota anda baru-baru ini, anda mungkin perlu log masuk ke akaun PWA anda, agar storan baru itu ditunjukkan di Blogger.

Harap maaf, anda telah melebihi kuota muat turun gambar anda. Untuk maklumat lanjut, lihat halaman bantuan Blogger .


Sedih teramat.
Ibu bukan pandai nak godek benda-benda ni semua.
Ibu mohon bantuan rakan-rakan blogger yang mahir
seperti Bee, Ummi Hanie, Kak Yong, ct N Honey
atau sesiapa saja yang mahir dalam bidang ni.
Please...please.....tolong ibu..
TENSION!!!!!!

KENAPA BLOG IBU XBOLEH UPDATE NIE?????????

About me