Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label KUCING. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUCING. Papar semua catatan

5 Oktober 2021

Zombie

 

Zombie salah seekor anak bulus ibu yang manja.
Setiap kali ibu dilaman rumah, Zombie lah yang akan datang bertepek.
Paling suka duduk bawah kain ibu.

Walaupun Zombie tak secomel anak-anak bulus lain tapi Zombie tetap ada aura tersendiri. 

Renungan mata Zombie sangat tajam.

Pot feveret Zombie.
Setiap kali ibu berehat bawah pokok, atas meja batu nilah tempat Zombie lepak.

Setia menemani ibu setiap masa.


Allahhu...rindunya ibu pada Zombie.
Setiap hari ibu berharap Zombie kembali.
Seandainya Zombie telah "pergi" ibu redho.
Seandainya Zombie menjadi milik otang lain ibu doakan agar tuan baru menjaga Zombie sebaik mungkin.
Ibu tetap berharap Zombie kembali kepangkuan ibu 




16 November 2020

Petua Hindari Kucing Buang Najis Merata

Petuanya : Renjiskan minyak bekas goreng ikan di sekitar kawasan yang kucing selalu berak. Insyaallah kucing tidak lagi berak merata-rata. Selamat mencuba.

Kat rumah ibu ni memang banyak kucing jalanan datang dan menetap di sini. Bila dah menetap maka beranak pinaklah mereka dengan jayanya.
Buntu juga memikirkan bila kucing-kucing ni berak bersepah.
Bau najisnya amat tidak menyenangkan.
Macam-macam petua ibu cuba tapi tidak berkesan.
Akhirnya ibu cuba cara yang kat atas tu.
Alhamdulillah...setakat ni berjaya.
Logiknya kucing tidak akan buang najis ditempat makanan mereka kan.
So bila ia hidu mesti kucing akan cari tempat lain untuk buang najis.

Lepak-lepak belakang rumah.

Sarapan pagi dengan ikan rebus.

Sekarang ni ada lebih kurang 7 ekor kucing kat rumah ibu.
Grey bersama anak-anak kandungnya Tamtam, Gemuz, Kuruz dan 3 ekor anak tirinya Zombie, Covid dan Corona. 
Zombie, Covid dan Corona tu dah kebilangan ibunya tu semasa sarat bunting. 
Greylah menjaga dan menyusukan semua tu.
Kucing-kucing ni bebas disekeliling rumah. Maklumlah kucing kampungkan.


 

29 Julai 2020

Anak-anak Bulus PKP

Assalamulaikum.
Bersua lagi.
Kali ni ibu tepek gambar anak-anak bulus yang lahir semasa PKP.
Lahir pada 28 April 2020.
Anak-anak ni lahir dari dua ibu berbeza tapi keduanya bergabung tenaga membesarkan anak-anak.
5 ekor anak mummy Shopee dan 3 ekor anak mummy Grey.
Grey dan Shopee ni bermadu.
Dah 2 kali mereka lahirkan anak pada tarikh dan hari yang sama.
Mummy Grey dan Mummy Shopee.

Hari pertama baby dilahirkan.

8 ekor anak-anak bulus bergabung di dalam satu sangkar.

Kemain berpeluk-pelukkan.

Inilah selonggok anak-anak bulus PKP.
Seekor mati semasa berusia 1 minggu.
Mungkin masa lahir dah sakit.
Dan seekor mati diusia 1 bulan.
Ibu pun tak pasti sebab apa...Mungkin keracunan.
Ibu namakan mereka Corona, Covid, Zombie, Gemuz, Kuruz, dan Manja.

Hai..kami kembar 3.Nama kami Corona, Manja dan Covid.

Corona dan Manja.

Covid dan Corona. Dua-dua muka serius je.

Saya Manja

Saya Manja. Muka saya comel dah ayu berbanding kembar saya.

Saya Covid. Muka saya agak serius.

Kami pun kembar. Nama kami Gemuz dan Kuruz.


Saya Gemuz. 
Saya suka makan sebab tu badan saya lebih berbanding adik beradik lain.

Saya Zombie. Saya antara paling cerewet bab-bab makanan.
Jenuh ibu belikan pelbagai jenama Kibbles tapi satu pun Zombie tak makan.
Zombie sanggup berlapar. Sampai kurus kering badan Zombie.
 Nak tak nak ibu terpaksa bagi Zombie makan nasi + wet food.
Barulah Zombie makan......

Saya Cow. Usia saya tak panjang.
1 bulan je ibu sempat jaga saya.
Balik kerja ibu lihat saya dah terbaring kaku.....huhuhu....

Tidak lama lagi Geng PKP  ni akan menerima adik baru walaupun umur mereka baru  masuk 3 bulan.
Produktif betul la mummy diaorang ni.

#BerkongsiRezeki
#CatLovers


7 Julai 2020

Akhirnya Labu Pergi Jua

Labu salah seekor kucing kesayangan ibu.
Hampir 3 tahun Labu jadi sebahagian ahli keluarga kami.
Seekor kucing jantan yang sangat manja.
Tak banyak kerenah cuma agak cerewat dalam memilih makanan.

Uniknya Labu ni ia tidak mengiau macam kucing lain tapi bunyi "maaa...maaa..."
bila nampak ibu.
Kadang-kadang orang yang dengar kali pertama pun pelik dan hairan.

Dah hampir 4 bulan Labu hilang namun Labu tetap dalam ingatan ibu.
Ibu pun tak pasti Labu sesat atau dibaham anjing liar...
Semoga Labu menjadi salah satu saham pahala untuk ibu "di sana". 
Insyaallah
Labu jadi kesayangan 5F

Labu dalam kenangan

Tak pernah tak sayang....

Rindu tak bertepi.

Hanya pencinta kucing saja yang faham bagaimana sakitnya bila kehilangan makhluk ini.
Mereka adalah sebahagian dari keluarga kami.




30 September 2016

Update Kisah Si Bingo

Dah hampir nak masuk 6 bulan Bingo menjadi ahli keluarga ibu.
Bingo menjadi kesayangan semua.
Manja dan sangat mengada-ngada.
Bingo juga semakin sihat dan ceria.....

Keadaan Bingo 6 bulan yang lalu...
Sangat menyedihkan.....
Kisah  Bingo Siri 2

Dan Bingo pada hari ini...
Sangat manjaaaaa...

Kalau memasak di dapur dan menyiram pokok, Bingo setia jadi peneman.
Makan bukan main pemilih.
Bingo tak layan makanan segera yang kering ke yang basah.
Setiap hari ikan rebus jadi makanan rutin Bingo.
Bertabahlah ayah pergi pasar beli makanan Bingo dan bertabahlah ibu setiap hari rebuskan ikan untuk Bingo.

Gaya tidur Bingo
Kuat tidurrr....

ceria

Suka kacau orang buat kerja.

Bingo paling teruja bila ibu buka printer.
Sanggup tunggu berjam-jam di situ...
Entah apa la yang menarik minatnya..

Semoga Bingo mampu bertahan lama dengan kami.....

9 Jun 2016

Genap 1 Bulan Usia Binggo

Bersua kembali setelah ibu menyepi.
Selamat berpuasa semua...
Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 4 kita berpuasa..

Alhamdulillah 9.6.2016 genap 1 bulan Binggo menjadi sebahagian daripada keluarga kami.
Sekarang Binggo seekor kucing yang sangat manja, ceria dan comel berbanding hari pertama Binggo hadir di depan rumah .
Kisah awal kehadiran Binggo yang menyedihkan boleh klik SINI .
Bila ibu sibuk pakcing kain baju..Binggo pun sibuk jugak.
Siap baring-baring atas beg.

Aksi yang sangat disukai Binggo bila bersama kami.

Suka berangan......

Gaya Binggo bila berehat...memang tak sopan langsung.
He3x....

Moga Binggo terus sihat dan ceria....
Binggo sihat ibu gembira......

20 Mei 2016

Milik Siapakah Gadis Ini?

Pada malam 9.5.2016 kami didatangi seekor kucing.
Keadaan kotor...kurus kering....selsema....
Kesian sangat ibu tengokkan.
Pagi esok ada lagi si kucing ni di depan pintu.
Sebelum ibu pergi kerja, ibu letakkan makanan di luar rumah.
Balik sekolah ibu lihat si kucing ni masih ada di depan rumah
Lantas ibu mandikan...bagi makan dan bersihkan hidungnya yang kotor dan tersumbat.

Sayu hati melihat keadaan si comel ni.
Hari ke 2 ibu lihat si comel berak berdarah.
Ya Allah..sakit apakah si comel ini...
Kakinya bengkak dan jalan terhinjut-hinjut....
Ibu cuma mampu sapukan ubat..masih tidak punya masa untuk bawa ke klinik vetarina.
Makan pun tak selera.....macam sakit tekak nak menelan makanan.

Ibu sepakat dengan 2F namakan si comel ni Binggo.
Penganti Si Binggo yang hadir hanya seketika dalam family kami beberapa bulan lalu..

Beginilah keadaan si comel semasa kali pertama hadir...
Ni pun setelah ibu bersihkan mata dan hidungnya yang sangat kotor.

Ni selepas ibu dah mandikan....bersihkan mata dan hidungnya
(tu pun belum sempat dibersihkan sepenuhnya sebab Binggo mengelak).

11.5.2016-Belum sihat sepenuhnya....nampaknya hari ni najisnya dah ok.
Si Binggo pun dah mula nak makan walaupun sedikit.

Pelbagai jenis jenama makanan kucing ibu beli namun Binggo masih tak ada selera nak makan.
Akhirnya Along belikan Power Cat ni.
Sekali hadap 2 bungkus...
Lega rasa hati ibu lihat Binggo berselera makan.

Kakinya masih membengkak.
Binggo berjalan mengunakan 3 kali.
Cepat sembuh ye Binggo......Kesian tengokkan.
Walaupun Binggo bukan milik kami tapi atas rasa simpati dan belas ikhsan
ibu merawatnya..........

18.5.2016- Gambar yang ibu snap setelah 9 hari Binggo di sini.

19.5.2016- Genap 10 hari Binggo di sini....
Ekor dan bulu Binggo mula nampak kembang dan gebu.....

Pot yang Binggo mula teroka...Bilik air jadi pilihan.

Alhamdulillah Binggo makin sihat, ceria dan badan dah nampak berisi sikit.
Cuma kaki Binggo masih sakit walaupun bengkak dah berkurangan.
Moga cepat sembuh ye Binggo.
Jika ditakdirkan Binggo ingin kembali kepangkuan tuannya ibu relakan........
Yang penting ibu dah lakukan yang terbaik untuk merawat Binggo..



18 April 2016

Hanya Seketika

15.4.2016.....sehari sempena ulang tahun en ayah kami
dapat ahli baru dalam keluarga.
Setelah lebih 2 bulan Oyen hilang akhirnya kami dapat penggantinya.

Biras ibu bawakan "Tuah" ni untuk Farouk.
Kami namakan "Tuah Bingo".....berusia 4 bulan.
2 hari Binggo bersama kami.
Terkadang dia ceria...tapi lebih banyak termenung...
Pot yang Binggo paling suka di sudut tingkap.
Hari ke 2...Binggo mula tak selera makan.....banyak termenung...
tercari-cari sesuatu....
Sayu dan sedih ibu tengokkan si Binggo.
Mungkin Binggo rindukan ibunya...abangnya....adik beradiknya....
Rasa bersalah setiap kali ibu lihat Bingo termenung...
Walaupun Bingo hanya sekadar seekor kucing kecil tapi
hati dan perasaan rindunya siapa yang tahu....

Akhirnya ibu mengambil keputusan yang berat.
Kami sepakat pulangkan semula Tuah @ Bingo kepangkuan keluarganya.
Biarlah Bingo bahagia disisi keluarganya...ditempat asalnya.........

 Muka sedih.....

 Pot tempat Tuah Binggo melayan perasaan rindunya....

Bila ibu tatap gambar ni..airmata ibu menitis....
Sebak dan sedih....
Beginilah keadaan Bingo menanggung rindu pada keluarganya.

Takpelah ye Tuah Bingo....jodoh kita tak panjang.
Kalau ada masa terluang ibu akan datang menziarahi Bingo.

About me