Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label TAG/CONTEST/AWARD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAG/CONTEST/AWARD. Papar semua catatan

1 Ogos 2012

Salam Ramadhan:Giveaway by Jemari Suri

Dah lama ibu tak join sebarang GA.
Entah mengapa ibu pun tak pasti.
Kalau dulu pantang nampak ada GA kat blog kawan2, mesti ibu tergediz join....hehehe....
Kali ni tergerak hati nak join.
Manalah tau ada rezeki ibu.
Dapatlah melaram dengan brooch dan selendang yang cantik tu di hari raya....

Jom terjah ke........


  • mestilah FOLLOWERS blog Jemari Suri - DONE
  • mesti rakyat MALAYSIA dan kalau member yang duduk oversea mesti ada alamat di Malaysia-DONE
  • pemilihan akan dibuat secara CABUTAN oleh anak-anak JS
  • perlu membuat SATU ENTRY mengenai giveaway ini dan LINK kan entry yang dibuat-DONE
  • setiap link tersebut sila letak di KOTAK KOMEN JS untuk JS jejak balik kau orang-DONE
  • sila letak BANNER JS kat entry kau orang tu ye-DONE
  • kalau sudi jom la TAG kawan-kawan kita untuk join sekali -DONE
  • -Ibu tag semua rakan-rakan yang baca n3 nie ye..Jom sama-sama kita join.
  • Kalau ada rezeki bolehlah melaram dengan brooch dan selendang yang cantik dihari raya.....Linknya klik kt BANNER tu..

Selamat mencuba....

9 Julai 2012

Terima Kasih MamaQS.



Jika kelmarin ibu buat n3 tentang JS yang memberi kejutan pada ibu.
Semalam ibu dikejutkan lagi dengan pemberian award dari seorang lagi
adinda ibu mamaQS.
Bahagia bila sentiasa diingati dan disayangi.
Tak terucap dengan kata-kata....
TQSM mamaQS.
Ibu amat-amat menghargai pemberian award ini.
Semoga persaudaraan kita akan kekal selamanya......

Award yang dihadiahkan oleh mamaQS untuk ibu..
Cantikan!!!!!!!!
TQSM dear....Muah.



22 Mei 2011

Contest: Seindah Senyum Mu Ibu


Ibu di tag oleh seorang adik blogger Areef utk sertai contest ni.
Godek2 cari pic ibu dengan mama.
Nasib baik jumpa so terus la wat n3 nie
Masa masih ada mood.
Kalu perap lama2 mmg berkuburlah.


Ada sapa2 yang berminat nk sertai bolehlah klik kt gambar tu...
Atau di sini.

gambar kenangan dgn mama th 2009..
Masa ni ibu montel sgt2...hu.hu.hu...

Tang mencipta kata2 indah yang ibu xgemar nie.
Memang ibu mengaku, ibu mmg xpandai bab2 menyusun bait2 ayat.
Setiap hati bergelumbang dgn nombor n angka......
Tapi demi adik Areef ibu gagahi jua merapu2 mencipta ayat2 berbelit2 nie...
Sapa yg baca jangan ketawa ok....

Mama,
Tiada sesuatu pun di dunia ini yang mampu mengantikan tempatmu..
Walau ribut dan taufan melanda,
Walau terpisah jasad dan nyawa.... 
tidak mampu mengubah kasih sayangku padamu...
Kau segala-galanya buatku....

Mama,
Aku berjanji akan menjagamu sebaik mungkin...
Walaupun jarak memisahkan kita...
Walaupun waktu mencemburui kita....
Walaupun apa yang terjadi...
Kau tetap di hatiku selamanya....
Kasihnya  mama membawa kesyurga....
-tamat-.


Kemudian ibu kena tag 3 orang rakan lak.
Tang ni susah gak ttp xpelh janji tag.
Terpulang la kalau rakan blogger ibu ni nk join ke tidak...
Xde paksaan ok.....

3. Bee

Dan dialu2kan kepada yg berminat....

1 Mei 2011

Contest Selamat Hari Guru, Cikgu!

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

 Ibu terima jemputan sertai contest dari seorang cikgu yg ensom ni
(bukan kes bodek ye dik!!!!).
Sapa2 saja boleh join.
Xsemestinya cikgu ok.
Meh ramai2 join cz hadiahnya lumayan.
Sapa yg berminat klik sini.

5. Ucapan untuk bekas guru2 ibu:

C : Cikgu, siapalah aku tanpa dirimu
I : Ilmu yang kau curahkan penuh ikhlas dan tulus mampu melahirkan insan2 cemerlang.
K: Kau ibaratkan sebatang lilin yang membakar diri.
G: Gelodak dijiwamu tak siapa yang perduli, 
 jalan yang kau lalui penuh ranjau dan liku.....
U: Untuk melihat kejayaan demi kejayaan 
dari insan2 yang kau didik tanpa 
mengharapkan apa2 balasan...

TERIMA KASIH CIKGU!!!!!.
p/s: Ok Iman, tugasan dh siap!!!!!

18 Januari 2011

First n Second Award 2011

Lama dah rasanya xdpt award nie.
Dan kiranya nie award yg pertama dan kedua ibu dapat tahun ni.
Award Pertama ibu terima dari Kak Chik dan Aisya.
Kebetulan Kak Chik n Aisya beri ibu award yg sama n pada hari yang sama.

Kak Chik ni orang Kelantan.
Kiranya senegeri dengan ibu.
Mmg ibu ingin sangat bersua kak chik n
bbrapa kali kami berada ditempat yang sama ttp xde rezeki utk bersua.
Dan kak chik ditemukan dengan adik ibu semasa mereka ke Hatyai, Thailand
sempena family day Al-Quds Travel.....

Aisya baru ibu kenali beberapa hari yang lepas.
Dan semoga persahabatan kami berterusan sampai bila2.

Award di atas ada maksud tersurat n tersirat.
PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::
PENCIL yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.
FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.
LOGO bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi


Award ke dua ni pn dari Aisya gak.

Terima kasih banyak2 untuk kedua2 orang rakan blogger ibu nie.
Semoga persahabatan kita akan berpanjangan sampai bila2...
Insyallah.....

Sesiapa yang ingin nk wat koleksi award sila2kan lah mengambilnya ok.....

6 April 2010

2nd Award 2010

--> -->
1. Bagi ucapan kpd sape yg bagi award ni dan post award ni dalam blog memasing.
First, ibu nk ucap brbanyak terima kasih pd Shikeen yg bagi award nie kt ibu. TQSM di atas ingatan Shikeen pd ibu....Sejak kwn dgn Shikeen nie ibu dh brtmbah rajin masak mcm2 resepi....
2. Listkan tarikh lahir anak dari 1st dan seterusnya...letak sekali nama anak...
14.5.1994-Farah Nabilah aka Along
22.4.1995- Farah Nadiah aka Angah
4.10.1996- Farah Najdah aka Beby
3.2.2000- Farah Naurah aka Kakak
13.10.2003- Muhammad Farouk aka Farouk
3. Sesiapa yang pregnant sila letak sekali gambar anda semasa pregnant.
hi.hi.hi......rasanya dh xde kot...Kuota gov dh cukup tu...Dh enjoy dgn kehadiran ke 5 org permata hati ibu nie......
4. Bagi award ni pada sesiapa yang hot mummy.
Semua mummy, mama, ibu, dan ummi yg jengah blog ibu trgolong dlm kategori "Hot Mummy". maksudnya, bkn panazzz gitu ttp penyayang, pengasih, perihatin dan sewaktu dgnnya trhadap anak2 masing....So semua yg terjah hr ni sila2 la ambil..Kalu xnk wat tag pn xpe, ambil free je n tepek la kt sidebar tuuu...Cewah, sesuka hati je ibu nie....Xkisahkn Shikeen......!!!1
Fuh!!!!lega cz utang ibu dgn Shikeen dh langsai...TQSM!!!Umuah!!!

21 Mac 2010

Beautiful Blogger Award



-->Pagi2 nie ibu nk langsaikan dulu hutang ibu nie.
Takut lama2 nnti lupa lak...

1. Thank & link the person that gave you the award.
First ibu nk ucapkan brbyk2 terima kasih di atas ingatan rakan2 blogger nie yg bagi award pd ibu, iaitu diantaranya
Maiyah,
Rina aka CuteMiut,
Syuhada,
Ummi Hanie
Qasih.

Eh, ada lg ke yg tecicir nie...
Kalu trcicir nama kt sini nnti bagitau ibu ye...
Sorry sgt2.
Maklum le wat n3 pepagi buta...
(pukul 5.00 pagi woooo)
Terima kasih semua di atas ingatan pd ibu....

2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently
Semua kekwn blog ibu fantastic ttp dh ramai gak dh terima award nie.
Oklh, ibu nk bg award nie padaaaaaa...:
1. Suhana
2. Wanie
3. mamasyaza
4.Lily Azliyana aka mama zara
5. Kak Sonata
6. h4ni3 aka dr hanie
7. hasnah
8. ummiHumaira
9. Syahadah
10.Umi Liya
11. Mamalieyna
12. CyberMummy aka Shikeen
13. 10 aka Aten
14. Ieda
15. MummyDasy

Ramai lg kekwn ibu yg teman ttp mesra yg xtrsenarai cz dh ramai dpt award nie.....
Sayangggggggg!!!!!! you all semua...Umuah!!!!!!
(kalu yg trsenarai dh dpt award ni sila abaikan je ye...)

3. Contact said Blogs and let them know they've won the award.
Okx3 nnti ibu contact.
Tapikn, ibu tau depa sume ni tiap2 hari dtg jengah ibu.
Tu yg ibu mkn syg pd semua tu...
Kanx3...

4. State 7 things about yourself.
7 je ke????rasa byk nk senaraikn nie...Cewah, mengada2 lak!!!:

1. Ibu kepada 5 org anak.
2. Seorang yg sensitif n senang mengalir air mata syahdu.
3. Mudah kasihan pada org terutama bila tgk kanak2 n org2 tua.
Kira mcm penyayang la tu...ye ke????
Tu kalu org2 tua dtg jual2 kt umah mudah sgt beli....
4. Keluarga no 1. Xboleh hidup tnpa mrk.
5. Suka memendam perasaan.
6. Susah nk marah org ttp sesekali marah susah nk lupa.
Fuh!!!!dasyat tu.....
7. Berjiwa seni. Bukan minat nyanyi ttp minat dlm lukisan, kraf tangan dan sewaktu dgnnya.

Fuh!!!!!lega...dh selesai sudah. nnti nk tepek award ni lak.....

4 Mac 2010

Pink Muslimah Store 1st Giveaway

-->
2dy ibu nk join contest anjuran Ummie Hanie.
Dr pagi td dh wat n3 ni.
Akibat kesibukkn thp maksimum
petang ni baru smpt edit.
2 pn dlm keadaan membebel krn line tenet yg semakin nazak.
Ok jom join ramai2.

  1. Be a PINK MUSLIMAH STORE Follower . Reason : So that u will not miss any updates from me .-done
  2. Put this giveaway banner together with baclink on your sidebar where i can detect it easily . -done
  3. Make the SIMPLEST entry about this giveaway/freebies . -done
  4. Don't forget to leave your entry' s link BELOW (in the comment box) . -done
  5. Winner will be chosen via RANDOM.ORG .-bersabar tunggu keputusan....Kalu menang jwbnya mengepak2 la ibu jd klawar di mlm hari...eee, seronok sgt...
Damn easy rite?
-->
This GIVEAWAY will be held starting 1st of March '10 till 7th March '10 . Only 1 WEEK ! So what is the FREEBIES ?? Of coz this beautiful EMERALD GREEN kaftan !!
FREE NI TAKKAN TAK MAU ??? : p
ANDDD ...
I also decide to give the number 2 & 3 winners prize too .
What are the prizes ??
A RM10 VOUCHER to shop in PINK MUSLIMAH STORE .

29 Januari 2010

TAG Dr Ain dan Fida (2 in 1)


-->TAG GAY OR LESS

Ibu dapat tag ni dr 2 org adik cayang bucuk iaitu Ain n Fida.
Wah, 2 org bg tag yg sama kt ibu.
Oppps!!!!ada sapa2 lg ke nk bg tag ni kt ibu????
Hua,hua,hua...nnti senang ibu nk jwb...
Oklh, oklh..ibu jwb 2 in 1.
Jom sila baca n bagi markah ok.
..
1) Adakah anda rasa anda hot?
2-3 hari ni mmg hangin satu bdn dgn 2/3 org spesis kt sekolah.
Prasan depa jerr bagus n xprnah wat salah....
Hello!!! dh2 le nyakitkn hati kwn2 ok.

2) Upload gambar kegemaran anda. Citer pasal gambar berkenaan
cuba renung muka bear ni. Agak2 berapa umo dia????.
Sapa dpt teka ibu nk bg hadiah.
Serius cakap ni...Xtipu!!!
Ni bantal busuk ibu masa sk rendah dulu.
Kalu kwn2 blogger yg dh lama kenal ibu tntu masih ingat bear ni cz Farouk pernah masuk contest kt blog Wansteddy n menang hadiah tau (TQ Wan)....
Ibu syg sgt kt Mok ni n smpai skrg masih ada trsimpan kt umah ibu....
Byk kenangan ibu dgn Mok(nama bear gemuk nie) ni.
Semua rahsia ibu dia simpan n xpernah bocor smpai skrg.
Sayang Mok!!!!!!Umuah!!!

3) Bila kali terakhir anda makan pizza?
Lama dh xmkn cz xbrapa minat n xde org nk blanje.Apa kata Ain n Fida share blanje ibu..bole!!! lbh kurg 2 bln xmkn kot..huhuhu...

4) Lagu terakhir anda dengar
Xingat la..
Br tadi dok layan radio kt bilik keje ttp time tu sibuk dok brgosip.Dh xingat tajuknya.

5) Ape anda buat selain menyelesaikan tag ini
Dok tonton rancangan Al-Kulliyyah kt TV3.
Nk tmbah ilmu agama weh!!!!

6) Selain nama sendiri anda dipanggil name ape?
kakak - atuk, nenek,abah, mama, pakcik, makcik panggil kakak.
(Rasa tua la bila org tua pn pnggil kakak...hu.hu.hu)
Ibu- selain ank2 sndiri, ank2 sdara pn pnggil ibu....
Amy-kwn2 asrama n ex-boyperen

7) Tag lagi 8 orang
1. Syahadah
2. umiliya
3. ieda
4. ummie hanie
5. dr hanie (h4ni3)
6. maiyah
7. shikeen
8. syuhada

8) Siapakah orang no 1 kepada anda.
mama glamer kpd 2 org puteri comel iaitu
kak diera (bakal menantu ibu tu..hi.hi.hi...) dan adik bella.
Suka bc blog hada yg santai tu...

9) Kata sesuatu kepada orang no 5
Kalu kak nza sakit nnti hanie tolong rawat ok...
free of charge ye hanie....sayang hanie!!!

10) No. 3 ada hubungan dengan siapa
Xde hubungan ttp dh mesra sejak kenal di alam maya.
Mmg ieda ni manja2 orgnya.....


11) Bagaimana pula dengan no 4
Emmm...hanie ni sorg ibu tramat muda yg penyayang.
Kekdg rajin gak wat n3 ilmiah.

12) Pesanan kepada org no 6
B
anyakkn brsabar ye maiyah..
kak nza sgt respect cz maiyah seorg yg sgt tabah.

13) Kata kata cinta untuk no 2
Sama2 cintakan Allah....
Ibu suka terjah blog umiliya ni..Seorg yg amat tabah setelah kehilangan putera dlm kemalangan.

14) Adakah no 7 & 8 punye persamaan
Dua-dua adalah ibu yg penyayang. Dua2 pndai masak. Nnti jgn lupa pos kt ibu ok....

15) Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yg men`tag anda
Ain
-orang Terengganu
-ada puteri comel bernama Sarah dan seorg putera brnama danish
- seorang yg friendly n caring
- hadapi masalah dgn Sarah yang seakan memberontak sejak kebelakangan ni..(bykkn brsabar ye Ain).
Fida
-ada sorg puteri comel brnama sarah gak (eh, sama la)
-adik kpd adik ipar ibu. Ada faham..xfaham ye. Gini, Kak long Fida kawin dgn adik bucuk ibu.
-sebenarnya kami dh prnah jupe bbrapa kali. Tapi time tu Fida blm kawin. Ha, skrg dh ada anak. (Fida, bila nk g Klate lg.Nnti singgah umah mama ye..)
16) persamaan antara kambing dan lembu
Dua-dua binatang, ada 2 mata, 2 telinga, 2 lubang idung n 4 kaki...

17) Adakah anda tahu si razmann itu sengal
Xkenal la sapa tu...anak sapa tu???(blurrr jap #@^&%)

18) Gay or less
Hisss....dua2 bukan...ni wanita melayu sejati apa!!!

Fuh!!!!!Lega...ok Ain n Fida, sila bg markah!!!
Agak2 dpt skor A+ ke????

17 Januari 2010

Your Best Vacation Moment Contest


-->1. Letak banner contest pada entry masing2. Jangan lupe link balik banner tersebut pada entry contest ni ye..Penyertaan akan disqualified jika tiada link semula.-DONE
2. Hanya satu destinasi percutian yang dibenarkan untuk setiap peserta. Maksudnya.. kalau anda seorang yang kaki jalan, pilihla salah satu tempat sahaja untuk masuk contest ini ok..-DONE
3. Maksimum 3 keping gambar dibenarkan untuk contest ini. Jadi, pandai2 la pilih gambar yang paling menarik untuk disertakan di dalam entry masing2..=D-DONE (terlebih sudah..hi xpekn)
4. Ceritakan juga serba sedikit tentang percutian anda itu dan nyatakan mengapa percutian tersebut menjadi antara best moment dalam hidup anda- DONE
5. Tempat dan tarikh percutian adalah tidak terhad. maksudnya, tidak kire bila masa percutian itu diadakan, samada jauh atau dekat, dan walau bersama siapa jua anda bercuti tetap mama terima..=))-DONE
5. Digalakkan untuk menjadi follower mama-DONE (dh lama tu n dh mesra alam)
6. Digalakkan untuk menyenaraikan blog ini dalam bloglist anda-DONE (pn dh lama gak tu....)
7. Untuk setiap penyertaan, sila tinggalkan komen anda di entry ini..mama Zara akan segera menerjah dan meninggalkan jejak di entry contest masing2..-DONE
8. Tarikh tutup penyertaan: 25 Januari 2010
**************
Dh lama gak Lily seorg adik manis anjurkn contest n 2dy br ibu brkesempatan nk join. Bkn apa, cz nk cr n pilih tmpt yg paling ank ibu suka.....Sepanjang hidup mkr (dasyatnya ayat) rasanya ayah dh bawa mrk brcuti seluruh negari di Malaysia. Dr Timur ke Barat, Utara dan Selatan.
Tiap kali nk cuti bila ibu tnya kt mana mrk nk g kali ni, tnpa brfikir pjg n hmpir serentak mrk akn cakap KELANTAN....Kelantan, Kelantan dan Kelantan. Xtau kenapa suka sgt nk ke Kelantan. 

Myb sronok cz tujuan sbnarnya mrk ni nk blk kg trmasuk le ibu niee.....
So ibu pn ambil la kesempatan promosi Negeri Cik Siti Wan Kembang or dikenali dgn Serambi Mekah. Sebut saja Kelantan tentu trbyangkn kain batik, keropok lekor n negeri yg byk menyimpan khazanah kebudayaan. Kalu ke Kelantan jgn lupa byk duit byk2 cz kt sini byk tmpat membeli belah yg murah2 n boleh wat kaum wanita jd xtentu arah...Xcaya tnya ibu...hi.hi.hi...

Biasanya tmpt feveret kami ialah R.Pjg n Pengkalan Kubur. Bawa duit brkantung2 pn boleh habis la....Selain drp tu ada tmpt2 unit antaranya Wat Pathivihan (ke 2 trpnjang di dunia), Wat Machimmaran(trtinggi di Asia Tenggara) dll. Ni kt area Pengkalan Kubur. Penduduk kt sini rata2nya brketurunan Siam.
Selain drp tu ank2 ibu juga suka ke Pantai Sri Tujuh cz kt situ ada gerai makanan sea food yg digoreng dgn tepung (fresh...sgt, sedap). Ada lg pntai menarik spt PCB, Bachok dll...Chantikkkk.....
Kt area Kota Bharu byk Muzium2 (con:Muzium diRaja), Pasar Siti Khatijah, Bazar Buluh Kubu, Wakaf Che Yeh (dibuka 24 jam n ibu slalu abiskn duit kt sini beli tudung-smpai lupa diri n xingat nk balik....)
Ok dh pjg karangan ibu ni..kalu ikutkn byk lg tmpt2 yg kami slalu pegi ttp takut lily xtrbaca lak nnti...

Pic yg dipertaruhkn.....
Area Tumpat. Kt belakang tu Replika Patung Tidur terPanjang di Asia Tenggara. 
Namanya Wat Pothivihan.Trpanjang di Asia Tenggara dan ke 2 terpanjang di dunia...

ni Masjid Cina di area Rantau panjang...
Mmg unik cz seni binanya mcm Masjid kt negara Cina
Imamnya pn Cina Muslim dari negara China......

pic ni di Wat Machimmaran. Patung Budha Duduk ni trtinggi di Asia Tenggara
(menyamai ketinggian bangunan 10 tingkat).
 Yang uniknya bibir patung ni dr emas tulin brnilai 4 juta (kalu xsilap ibu la...)....
wow!!!mahai tu...

pic ni trlebih sudah...sory ye lily...nk delete sayang pulak cz brpeluh smpai ke kaki edit.....kalu direject, sila abaikn je ye pic ni...hua..hua..hua....
Ni kt Splash Water kt Kota Bharu. Klau blk kg, tmpt ni jd pilihan kanak2 rebina ni. 
Abg long aka baba yg jd mangsa kanak2 rebina ni.....
*******************

About me