Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

31 Mei 2011

Ayah Berseminar, Ibu Bershopping.

4 hari blog ibu agak sepi...
Sepanjang 4 hari ikut ayah berseminar 
cuma 1 kali je ibu sempat update blog.
Terima kasih kpd kekwn blogger cz sudi singgah blog ibu.

Ayah berseminar, ibu pula sibuk bershopping.
Tempat pertama yg ibu tuju kt Butik De'Alfa.
Rambang mata tengok koleksi baju2 esklusif kt situ.
Rasa nk je rembat semua baju2 kat situ.
Semua cantik2 + bling2...
Rasa xmo keluar je dari situ.....

Tapi kalu tengok regenya takut den...
Ibu beli pn kerana tgh ada promosi hebat.
Kalau xde promosi rasanya xmampu nk jejak kaki 
ke tempat camtu.
Ngeri jerrrrr....
Bukan murah.
Sepasang baju harganya ratusan ringgit.

tengok butik tu pun dh rasa terpaku....
Butik 3 tingkat yg dekonya memukau mata ibu....

 koleksi baju2 yg mmg terhad n esklusif di bawah jenama De'Alfa....
Setiap saiz cuma ada sepasang jerrr.....

 peneman n penghasut ibu...Atie( adik ibu) n kak long.....he.he.he...

 ruang ditingkat ke 3......

 masa utk kempiskan purse....

ibu cuma mampu sambar sepasang jerrr....
Baju bling2...
Xmampu nk beli 2-3 psg....hu.hu.hu....
2 pn konon2 utk raya nnti.....

30 Mei 2011

Sepetang di Terengganu..

Ada ruang jap bertenet.
Konon nk upload gambar ttp dpt 2-3 keping jerrr...
Maklumlah time brcuti ibu  guna 'berukband'.....

Ayah dah abis berseminar so esok kami dh brangkat balik semula ke Muar.
Ayah berseminar kt Kuala Terengganu.
Cuma Naurah dan Farouk je ikut kami.
3 Farah terpaksa ibu tinggalkan kt Muar....
Nak buat macam mana cz along n beby ada tuisyen....
Rindu sangat2 kat 3 Farah.
Sempatlah sesekali ibu berhubung dgn mereka melalui FB....


 makan di R & R Kuantan....

singgah kat pasar malam Kuala Berang.....

 xsah pergi Terengganu kalu xmakan keropok losong....
nyum..nyum..nyum....

sedang menikmati keropok losong n ayam goreng......

28 Mei 2011

Purple dan Purple

Malam tadi ibu curi sedikit waktu untuk jahit baju.
Dah 2 minggu kain tu tersadai kat atas meja.
Setiap kali tgk, mcm xde mood nk menjahit.
Kerja byk sangat sampai xde masa utk fikirkan benda lain.
So malam tadi tiba2 dtg kerajinan nak menjahit.

Kain tu adalah hadiah sempena Hari Guru.
Dalam banyak2 hadiah,
tahun ni ibu dapat 2 pasang kain baju.
Yang kelakarnya kedua2 pasang warna purple.
Corak pun lebih kurang sama.
Apa pun pemberian anak2 murid sangat2 ibu hargai....

Kelmarin sempat pesan tudung warna purple kt kawan.
Kebetulan kawan ada lawatan ke KL n singgah di jalan TAR.
Konon nk maching dgn baju baru dengan tudung baru,
padahal tudung purple dh ada..
Hish!!!! pompuan...pompuan....

Alhamdulillah, mlm tadi siap juga sepasang baju baru.
KIV dulu cz nak pakai 1st day buka sekolah nanti.
1st day naik SK kena pakai baju baru cz nk naikkan mood pergi sekolah.
Maklum la cuti 2 minggu...mula la lemau nk pergi sekolah.
Ingat anak2 murid je ke camtu...
Hi.hi.hi....cikgu pun lebih kurang sama jerrrr....

tengok tu, 2 pasang kain 
Hadiah Hari Guru dr murid2 sama je warnanya....
skali tengok mcm xde beza..
1 pasang purple + hijau pucuk pisang
1 pasang full purple.....

p/s: 
Mayb 2-3 hari ni blog ibu sunyi n ibu xde sesi BW.
Malas nk angkut lappy p bercuti....
Jap lagi dh nk brtolak...bye.

27 Mei 2011

Tanda Kertas

Hari ni last day sekolah utk semester 1.
Sibuk sangat2....
Banyak benda yang nk kena settlekan.
Exam pun baru habis hari ni.
Nasib baik paper Math 1 n 2 dh selesai.
Sempatlah ibu tanda kertas2 tu b4 holiday.
YES!!!!!!!!dah selesai menanda.....

Masalah besar ibu skrg PSS belum siap dikemas.
Maklumlah masih ada murid Tahun 4 menumpang kt situ b4 pindah bangunan baru.
Sakit mata n sakit hati tgkkan keadaan meja dan kerusi berselerak.
Esok ibu dh g holiday 4 hari n next week 1 minggu ibu ke Kelantan.
1st day naik cuti pemantau PSS Daerah dh dtg nk terjah PSS.
Camne nie???????????
Jawabnya xtenteram juga la jiwa raga ni brcuti..
Hu.hu.hu......

26 Mei 2011

Buntu!!!!!

Cuti SK tinggal 2 hari lagi.
First day cuti Ayah ada seminar n bercadang nk bawa kami bercuti sekali.
Bila ayah suarakan cadangan 3 Farah diam jerrr.
Xde respond apa2.
Ibu tengok poyo je muka 3 minah tu.

So bila ibu tanya mrk mcm xberminat jerrr.
Macam2 alasan depa bagi.
Ada tuisyen la...
Ada xtvt kt SK la...
Nk study la...
Penat la....
Lagi best blk kg la....
(mmg la minggu ke 2 ibu bercadang blk Kelate..InsyaAllah!!!)

Hu.hu.hu....sedih tau.
Bila anak dah besar2 mrk mcm dh xminat p cuti2 ni.
Ibu bukan apa, kasihan kt Naurah n Farouk.
Excited sangat nk ikut Ayah cuti2.

Tiba2 ibu jadi serba salah.
3 Farah tu ckp:
Xpelh, ibu pergi je dgn adik2...
Kitaorg xkisah...Kami dh besar la.....Ibu jgn risau!!!
BUNTU pulak ibu!!!!!!


Hepi Besday Semua..

Alhamdulillah hari ni kenyang teramat sangat2.
Mau xkenyang, cz 2 day besday girls + boy (layak ke gelaran itew...khi.khi..khi).
Depa sambut saing2 ttp 2dy mmg besday Cikgu Mohamad (GPK 1)
yg ensom tu bersama Ustazah Hazlina (tudung hijau).
Mereka berdua berkongsi tarikh yg sama.
Dan yang lainnya lahir pada bulan Mei.
 dari kiri : Liya ( Juruteknik ICT), Cikgu Mohd, Ustazah Hazlina dan Zana (staf pejabat)

ni keknya ttp mcm2 menu yg depa sediakan antaranya:
Nasi lemak + sambal tumis + rendang ayam + mee bandung + koktail + puding ceremal + sosej + ais krim + beberapa jenis lg makanan yg xtrmakan.
Semua sedap2....

Hepi besday semua,
Ibu doakan agar kalian semua dirahmati Allah setiap masa dan ketika.
Dan ketahuilah, kalian semua mmg best!!!!!.....
Antara rakan2 staf yg sporting n menceriakan hari ibu sokmo...
Sayang u all semua!!!!!!

25 Mei 2011

Alhamdulillah, Syukur + Misteri.

Ingat lagi tak n3 ibu tentang tajuk KEHILANGAN.
Alhamdulillah syukur, rezeki masih milik ibu.
Tapi ada sedikit musykil dgn penemuan dompet + duit ibu.
Kisah MISTERI NUSANTARA kat sekolah ibu berulang lagi.
Klik di sini .

Bukan ibu percaya kisah2 misteri camni
bukan ibu seorg alami ttp boleh dikatakan sebahagian staf2 sekolah ibu
alami kisah2 misteri.....

Pagi2 tadi ibu bergegas ke bilik kerja.
Tujuan nk cari buku catatan.
Mmg urgent sgt cz ada catatan penting kt dlm tu.
Tapi lain lak yg ibu jumpa.

Selalu jadi camtu.
Tiap kali ibu nk sesuatu dgn segera, ada je benda yg ibu cari xjumpa.
Jenuh ibu belek2 ttp xjumpa2.
Nk kata ibu ni lupa mmg kt atas meja tulh ibu letak buku catatan tu.
Terus Ibu keluar  ke bilik guru krn rasa xsedap hati......
Bila masuk semula ada pula buku catatan tu atas meja ibu.
Dan letakknya di tempat yg ibu simpan smlm....
Xkan anak2 murid berani masuk bilik ibu n main sorok2..
Xkuasa!!!!!!
Hu.hu.hu......

Perkara2 camne dh biasa terjadi.
Ada je brg2 ibu disorok2kan masa ibu perlukan segera..
Gurau2 manja gitu ttp gurauan "mereka" buat ibu seram.

Bila terjadi perkara2 mistik camni mulalah ibu akan lepak2 kt bilik guru.
Mulalah kawan2 prasan kehadiran ibu.
Dan terkeluarlah kisah2 n pengalaman masing2.
Rupanya byk kisah misteri yg berlaku di sekolah ni....

 bilik kerja ibu yg penuh misteri.....

PSS yg penuh dgn kisah misteri....

Dan paling ibu risau + sedih,
next week semua kelas2 + bilik guru + bilik2 khas akan brpindah ke bangunan baru.
Yang xpindah ialah PSS.
So nampak gayanya ibu dok la betapa sorg2 kt bilik kerja ibu di PSS.
Mampukah ibu bertahan dok sorg diri di situ.
Sedangkan selama ini dgn kehadiran rakan2 di bilik guru bersebelahan
pun dh byk kali ganguan yg kami alami...
Hu.hu.hu...Sapa yg nk temankan ibu nie??????

Exam Week + Kasih Seorang Kakak.

Exam week yg teramat sibuk.
Sesekali je ibu sempat jengah blog.
Update tetap 'on' jerr...he...
Last week exam kt SK Agama dh selesai.
Minggu ni kat Sekolah Kebangsaan lak.
Kakak2 yang lain ibu xkisah n xpernah ambil kisah.
Tapi farouk ibu kena ambil kisah.

Dan farouk beruntung ada kakak mcm kakak Naurah.
Dia patut bersyukur
kerana sebab2 berikut:
Sabar melayan kerenah adiknya nie.
Bila exam, bukan farouk yg risau...
Bukan farouk yang kisah...
Bukan farouk yg wat revision...
Tapi KAKAK!!!!!!
ADA FAROUK KISAH??????
Xkisah punnnnnn!!!!

 sambil bersarapan, sempat mengajar adik subjek Bahasa Arab..
Xdpt la ibu nk nolong....

 sambil menyuap makanan sambil memantau adik...
dan lihatkah gaya si adik yang mengalahkan tuan besar...
Sabar ye kakak walaupun ibu xsesabar kakak...
Banyak pahala Allah berikan untuk kakak tau!!!!.

seorang kakak yg penyabar melayan kerenah
seorang adik yang sering memgugat kesabaran ibu.

24 Mei 2011

Eeee...Geramnya.

Geram tau dengan Farouk nie...
3-4 hari ni bukan main mengada2 lagi.
Lagilah kalu ada ayah kat rumah.
Bertambah2 la ngada2 dia tu.
 Tengok tu..
Kakak Naurah terlanggar sikit jerr.
Xpasal2 dia nangis.
Buat2 merajuk.
Siap2 genyeh mata bagai.
Sorry la, ibu xdelah nk layan.

Dah penat dok guling2 + ngadu2 kat ibu.
Akhirnya dia belah.
Xde org layan
Pergi ngadu dengan ayah.
Eeeee.....geram tengokkan bila ayah layan + pujuk macam baby tecik.
Mulalah datang mengada2.
Benda kecik camtu pun dia cuba jadikan isu.

Alahai Farouk.
Agaknya nk tarik perhatian kot.
Yelah, sejak kebelakangan ni ayah sibuk sokmo.
Dah jadi mcm anak kekurangan kasih sayang lak gayanya.

p/s: sibuk pn smpat lagi ibu lepak dpn lappy...
Nk release tension jap.....

Keceriaan Pusat Sumber

Minggu yg teramat bizi.
Mcm2 nk kena buat b4 cuti sekolah.
This week juga budak2 exam.
So bersiap sedialah cuti semester bergelumbang dgn
menanda paper exam.

Alhamdulillah sesi menjahit langsir dan skirtting 
akhirnya berjaya ibu siapkan dlm masa yang singkat.
2 pun ibu setelah bertukus lumus.
Nasib baik weekend hari tu ayah ada so ayahlah
jadi 'supir' untuk hantar anak2 utk aktiviti taekwando n tuisyen.
Sempatlah ibu melangsaikan kerja2 ibu.....

Dan di sekolah pula operasi sepah menyepah utk menyiapkan apa yang patut.
Yang tragisnya pemantau Daerah PSS nk dtg 1st day naik sekolah.

Kebetulan bangunan baru pula baru nk diserahkah 2 hari lg..
Memang kami dlm keadaan kelam kabut.
Mana nk punggah segala isi perut ke bangunan baru tu.

2-3 hari ni terpaksa kemas kini  sudut-sudut PSS.
Sistem fail belum disemak lagi.......
Keceriaan belum sepenuhnya dikemas kini...
huhuhu...
Jawabnya 2 minggu cuti kena berkampung kt sekolah jelh...
Ada aku kisah!!!!!!.

23 Mei 2011

Hepi Besday MAMA.

Kesibukan melanda 2day menyebabkan n3 ni terlewat ibu tulis.
Ni pn ibu baru balik mesyuarat.

Ibu  nk wish Selamat Ulang Tahun yg ke 62 tahun 
buat insan yang paling ibu sayang dan kagumi di dunia ini.
Bagi ibu, MAMA adalh idola.
MAMA seorang ibu yg terbaik.


 MAMA seorang yang tabah.
Sejak keluar ICU 5 bulan yang lepas MAMA dah xmampu lagi berjalan.
(Kisah MAMA di ICU, klik sini)
MAMA cuma mampu mengesot.
Tapi MAMA xpernah mengeluh.
MAMA xpernah menyalahkan takdir.
MAMA xputus2 bertasbih.
Mengucap syukur dgn kurniaan dari yang Esa.
Senyuman sentiasa dibibir MAMA bila bersama kami.

MAMA:
"Kakak" doakan agar MAMA terus ceria dan terus mewarnai kehidupan kami.
"Kakak" belum puas bermanja dengan MAMA.
MAMAlah sumber kekuatan "Kakak" untuk meneruskan kehidupan ini.

YA ALLAH,
Lindungilah MAMAku.
Kasihanilah MAMA setiap waktu dan ketika.
Limpahilah rahmatMU buat MAMA.
Panjangkan lah umur MAMA.
Berikanlah kesihatan yang baik buat MAMA.
Berikanlah kebahagiaan berpanjangan buat MAMA.
Sesungguhnya KAMI masih memerlukan MAMA
disisi kami semua...
AMIN.....

Ibu Mengidam????

" Ibu, Angah xmo adik lagi tau....."
Hish!!!!budak Angah ni tetiba je cakap camtu kat ibu.
Ibu: Kenapa?????
Angah: Yelah, cikgu Angah baru lepas bersalin..Umo sebaya ibu.
Anak dia pn sebaya kita orang..5 org juga..
(Muka Angah penuh kerisauan).

Sapa yang mengandung???????
Blur ibu jap.
Entah tiba2 je cakap camtu.
Pelik!!!!!
Risau je bunyinya.
Agaknya di risau cz tengok sehari dua n i ibu suka makan asam...

 Adakah sebab buah ini merisaukan angah?????????
Buah asam ni ayah yg bawa balik....

Tiba2 ibu teringat  masa Angah kecik2 dulu.
Umo dlm 4 thn.
Dia pernah syorkan Umminya (mak long yg dipanggil ummi) petua utk mengandung.
Kebetulan dh lama ummi kawin tapi masih xde rezeki.

Angah kecik: Ummi, kalu ummi nk ngandung macam ibu, 
ummi kena minum susu Ammum.

Ummi: Kenapa????(sambil menahan ketawa...)

Angah kecik: Sebab ibu selalu minum susu Ammum,
pastu tu perut ibu buncit...Pastu tu angah dapat adik...
Ayah selalu beli susu ammum utk ibu.
Nanti ummi suruh Baba beli utk ummi ye...

Ummi: yelh..yelh nnti ummi suruh baba belikan
(terus kami gelak guling2 kerana angah...).

So skrg Angah risau sebab ibu makan buah asam itu, 
ibu akan mengandungkah?????
Wakaka...Kelakar je angah nie.....

22 Mei 2011

Contest: Seindah Senyum Mu Ibu


Ibu di tag oleh seorang adik blogger Areef utk sertai contest ni.
Godek2 cari pic ibu dengan mama.
Nasib baik jumpa so terus la wat n3 nie
Masa masih ada mood.
Kalu perap lama2 mmg berkuburlah.


Ada sapa2 yang berminat nk sertai bolehlah klik kt gambar tu...
Atau di sini.

gambar kenangan dgn mama th 2009..
Masa ni ibu montel sgt2...hu.hu.hu...

Tang mencipta kata2 indah yang ibu xgemar nie.
Memang ibu mengaku, ibu mmg xpandai bab2 menyusun bait2 ayat.
Setiap hati bergelumbang dgn nombor n angka......
Tapi demi adik Areef ibu gagahi jua merapu2 mencipta ayat2 berbelit2 nie...
Sapa yg baca jangan ketawa ok....

Mama,
Tiada sesuatu pun di dunia ini yang mampu mengantikan tempatmu..
Walau ribut dan taufan melanda,
Walau terpisah jasad dan nyawa.... 
tidak mampu mengubah kasih sayangku padamu...
Kau segala-galanya buatku....

Mama,
Aku berjanji akan menjagamu sebaik mungkin...
Walaupun jarak memisahkan kita...
Walaupun waktu mencemburui kita....
Walaupun apa yang terjadi...
Kau tetap di hatiku selamanya....
Kasihnya  mama membawa kesyurga....
-tamat-.


Kemudian ibu kena tag 3 orang rakan lak.
Tang ni susah gak ttp xpelh janji tag.
Terpulang la kalau rakan blogger ibu ni nk join ke tidak...
Xde paksaan ok.....

3. Bee

Dan dialu2kan kepada yg berminat....

Sambal Godok Jawa + Asam Pedas Kelantan

Pagi ni terlambat bangun.
Maklumlah semalam seharian merewang 
kat rumah SIL kerana ada kenduri.
PENAT!!!!
Penatlah sangat!!!!!.
Bukan ibu yg jadi tukang masak pn.
Tukang potong cili  +  tukang bungkus "berkat" jerr hehehe....
Tapi habis pijar tangan cz mmg cili tu ibu yang potong sorg2.
Sambil potong sambil bergosip2 dgn "kakak biras".
Tau2 dh siap berkilo2...
Hu.hu.hu....pijar terasa smpai pagi nie.....

Nasib baik sarapan pagi ni SIL yang hantar.
Ubi rebus!!!!!

 So ibu masak la sambal ikan kering + tempe.
Sambal ni sedap dimakan dengan ubi rebus....
Kebetulan banyak lagi ikan terubuk masin yg ayah 
bawa balik dr Sarawak last week.

Resepinya:
BAHAN A
cili padi-lagi sedap kalu ada cili padi warna hijau.
1 biji bwg besar
1 inci halia
2 ulas bwg putih
sedikit belacan-ibu alergik so xguna bnde alah ni
sedikit gula + sedikit garam 
(kalu ikan dh masin xperlu letak garam)

BAHAN B
Ikan kering dipotong kecik-goreng
1 keping tempe dipotong kecil-digoreng
asam keping ( kalu ada belimbing buluh lg sedap)
Cara:
Tumis bahan A dalam sedikit minyak panas.
Kacau hingga naik bau.
Masukkan bahan B.
Kacau sebati.
Siap untuk dimakan dgn ubi rebus. 
Makan dengan nasi panas pun sedap....

4 lunch lak ibu masak asam pedas Kelantan.
Kebetulan ayah beli ikan patin.
Anak2 ibu suka makan asam pedas Kelantan  ni.

Resepi:
1 ekor ikan patin
asam keping
sedikit garam + serbuk perasa

Bahan A
3 hiris lengkuas
3 biji bawang merah
3 biji cili padi
sedikit kunyit

Cara:
Kisar semua Bahan A.
Masukkan semua bahan  dalam periuk + air + masukkan ikan.
Masak kesemuanya hingga mendidih.
Hidangkan.

*bagi yg suka tempoyak boleh masukkan 1 senduk kecil tempoyak ke dalam masakkan ini.

21 Mei 2011

Kehilangan

Dah hampir 1 minggu ibu kehilangan..
Awal kehilangan ibu xendahkan
2-3 hari ni baru sibuk nk cari......
Dah puas cari..
Dah puas geledah..
Dah puas fikir...
Dah puas termenung..
Dah puas cari clue....
Dah puas recall balik....

Sampai saat ni nampaknya pencarian ibu sia2...
Ibu xsalahkan sesiapa...
Ibu xtuduh sesiapa....
Semua tu kesilapan ibu...
Akibat kecuaian ibu...

Dah ramai kawan2 ingatkan ibu..
"Y, hangbag ko tu selalu terngangga...."
"Y, hangbag ko tu jangan ditinggalkan kt bilik kerja, bahaya..."
"Y, ko xsayang harta ek......"
"Yelh, org BERUANG.....!!!!!"
Tapi ibu cuma balas ingatan n gurauan kawan2 dgn senyuman.
Xambil endah.
Buat xkisah..
Dan bukan sekali ni ibu kehilangan...
Dah beberapa kali...
Nilainya lebih kurang sama dan tmpt yg lebih kurg sama...

Tapi ibu diamkan kerana kesilapan diri...
Risau nk beritahu kekawan..
Nanti xtahan mendengar  
kutukan2 manja + ayat2 power.
Pedih telinga nanti mengdengar leteran syg mereka...
hu..hu.hu......

Dan kali ni kehilangan lagi..
Dan dihujung bulan pula tu..
Nk kata byk xleh byk ttp bagi ibu yg dh 
hujung bulan memang terasa sesak......
Adalah dlm RM500+++
Nk tunggu gaji???????....4-5 hari lagi.
Nk bodek ayah, malu kekononnya....

Nak salahkan siapa.
Kesilapan diri sendiri.
Xpernah serik2...
Dengan kecuaian n kelalaian ibu....

Thanks My Friends....

Semalam balik sekolah senggih sorg2 bila terima surat.
Hari ni senggih lagi bila terima lagi surat.
Angah siap usik "Ibu terima surat dari ex-boyfriend ke?????.."
Tiba2 je tersenggih2....
Hish!!!!!! jeles lak dia.

Mau xhappy cz terima gift yg xdisangka.
Macam pakat lak kedua rakan blogger ibu nie.
Sorg nun jauh di Timur Tengah dan sorg lagi dari Selangor.


 Nilah yang ibu dapat dari Dr Hanie. FM dari Bali.
Hari tu Hanie p cuti kt Bali.
Baiknya hati cz Hanie bagi pn xde ckp apa2..Suprise gitu...
Seronok cz koleksi ibu bertambah2 lagi minggu nie....
Thanks my dear...Muah!!!!

 Hanie tetap dihati.....

 Ni FM juga dari Aini. Tiba2 gift Aini muncul semalam.
Ibu pun xpasti Aini n Family berada di Mesir or masih di Malaysia 
cz blognya dh lama xupdate...
Sejak pergolakan di Mesir smpai hari nie...
Ibu doakan agar Aini sekeluarga selamat dan di bawah lindungan Allah...
Thanks my dear...syg Aini jugak....

 kad comel n ucapan dr Aini....

Seronok sgt2 cz dapat gift idaman kalbu..
Koleksi yang amat ibu minati sejak dua menjak nie....
Minggu ni je dh dpt 6 FM.
4 dari Ayah dan 2 dr rakan blogger.
THANKS A LOT!!!!!!
Ada sapa2 lagi tak nk bagi ibu FM nie????
Ngeh...ngeh..ngeh...muka xmalu!!!!


ps:
Jap lg nk p rewang rumah SIL lak,
jahitan langsir + skritting PSS SK
trtangguh lagi....
Hu.hu.hu....bila nk siap nie......

20 Mei 2011

Buka Kilang Jahit di Rumah

Minggu ni ibu kena bekerja keras sikit.
Bukan sikit tapi banyak!!!!!!
Nak siapkan jahitan langsir + skirtting utk PSS Sekolah.
Dah lama rasanya xtukar langsir n skirtting tu.
Bosan dh asyik dok tengok colour kuning so nak tukar colour hijau lak.
Kebetulan awal minggu hari tu PKG call dan memaklumkan PSS sekolah
ibu trpilih masuk final utk PSS Cemerlang Daerah.
Kebetulan mmg ibu dh brniat nk sponser kain + jahit langsir2 n skirtting ni.
Xsangka pula kena siapkan dlm minggu ni juga 
cz pemantau nk dtg serang PSS 1st day naik cuti sekolah
Mak Aiiiiii..TOLONG!!!!!..
Entah sempat ke tidak xtaulh nk cakap.
Bukan sedikit ttp kain2 tu 20 meter x 8 = 160 meter.
Belum termasuk sudut2 lain lagi....
Tingkap saja dh berapa banyak, skirtting meja lagi.
Meja besar  6 + meja kaunter yg pjg gedabak + meja untuk sudut2 pameran n 
bla..bla..bla....
Moga2 sempat la siap....
Hu.hu.hu....
Ada sapa2 nk tolong ibu tak??????



selambak kain yang tunggu untuk  dijahit.....

19 Mei 2011

Kisah Malang 2 Saudara...

Hari Isnin hujan lebat + ribut melanda kt BG ni.
Bersyukur kehadrat ilahi kerana dah lama cuaca panas melanda.
Dalam kesyukuran tu ada peristiwa sedih berlaku.
Kisah 2 makhluk Allah yang menghuni belakang rumah ibu.

Kisah 2 ekor anak kucing yg baru lahir dibawa arus deras.
Seekor anak kucing tu tergolek2 
dibawa air dan terus masuk ke dalam longkang besar.
Terus tenggelam entah ke mana.

Si adik kucing pula terkapai2 kelemasan.
Sempat farouk selamatkan dan letak di atas kaki lima belakang rumah.
Tiba2 je si adik kucing tu terjatuh melalui lubang kecil kaki lima ke dalam longkang.
Sedihnya masa tu.

Kami hanya mampu memandang anak kucing tu dibawa arus deras.
Farouk dan Kak Nana dh bergenang airmata.
Teresak2 mereka berdua menangis....
Hati ibu sayu melihatkan anak kucing tu terkapai2 seolah2 meminta tolong.
Tapi apakan daya, longkang itu dalam dan arus sangat deras
kerana masa tu hujan memang lebat + petir sabung menyabung.
Sejak peristiwa itu ,3 mlm itu mimpikan anak kucing tu.
Terbayang2 dimata si anak kucing itu merenung ibu.
Rasa amat bersalah dan terkilan yang amat sangat kerana kami  
xmampu menyelamatkan 
2 nyawa makhluk Allah itu.

Begedil Ikan Berperisa Kentang.

Pernah makan begedil ikan tak?????
Biasanya kita makan begedil daging or ayam.
Saja ibu buat xperiment nk cuba sesuatu yg lain.
Sebenarnya ibu tak nak membazir.
Semalam ada goreng ikan.
Langsung xdiusik anak2 ibu.
Geramnya!!!!
Takkan nk paksa mereka makan.
So dari terbiar n membazir ibu terpaksa la recycle ikan2 tu.
So dengan gigihnya ibu terpaksa mencipta resepi baru.
Walaupun ibu ni bukan yg jenis minat masak + xpandai masak
tapi bila dh bergelar ibu terpaksalah rajin2kan diri.
Air tangan ibulah yang mampu mengiratkan kasih sayang anak2...

Begedil Ikan berperisa kentang.
Alhamdulillah, bila dh siap abis pula dimakan anak2 ibu.

Resepinya:
isi ikan yang telah siap direbus
(ibu guna ikan yg digoreng cz lebihan yg xdiusik anak2)
1 biji bawang besar dicincang
daun bawang@sup
cili besar-dicincang
3-4 biji kentang direbus dan dilenyek.
2 biji telur
serbuk perasa@kuib bilis
sedikit serbuk lada hitam@sulah
secubit garam
minyak untuk mengoreng
tepung gandum

Cara-cara:
isi ikan dihancurkan + kentang lenyek + telur + semua bahan kecuali tepung dan minyak.
panaskan minyak.
Bentukkan adunan tadi mengikut citarasa masing2.
Kemudian golek2kan begedil ke dalam serbuk tepung gandum.
Goreng dlm minyak yang panas..
*Sedap dimakan dengan sos.



18 Mei 2011

Souvenir dari Sarawak + Sedih...

Sejak Jumaat Ayah terbang ke Sarawak n semalam baru balik.
Kesian ibu n anak2kan asyik kena tinggal je...
Semenjak dua menjak ni ayah teramat sibuk terbang sana sini.
Semalam ibu siap wat sesi meluahkan perasaan pada ayah.
"Over" la ibu nie.
Sedih tau asyik2 kena tinggal......


Walau apapun ibu kena terima juga.
Dah tugas ayah camtu.
Yang penting, walau ke mana ayah pergi dia xlupakan kami.
Walaupun terkdg souvenir yg ayah beli entah apa2...
he.he.he....

ni sebahagiannya. 
Untuk Farouk n Naurah ada jajan n mainan.
Alahai dh besar2 pn masih belikan anak mainan...

kek lapis Sarawak yg yummy...yummy....
Yang paling ibu suka perisa keladi..sedap sgt2...

feveret ibu, ikan terubuk masin...Banyak juga ayah beli.
Sebahagiannya nk bagi pd kwn2....
Gambar ni ibu ambil dr google cz malas nk snap pic...

dan ayah xpernah lupa belikan koleksi FM ibu....Thanks ayah.
Tgh suspen nk tau ayah nk tinggalkan kami ke mana pula...
hu.hu.hu......
"Jangan tinggalkan kami"......

Aktiviti PKS Along @ Melaka

Asyik2 cerita tentang Naurah dan Farouk jerrr.
Kali ni nk wat n3 tentang xtvt Along la pulak.
Asyik terpinggir jerrrrr 3 Farah...he..

Hari Jumaat lepas Along bertolak ke Melaka bagi mewakili sekolah dalam 
program PKS (Persatuan Koperasi Sekolah).
PKS sekolah Along jadi tamu untuk SMK Teknik Bukit Piatu, Melaka.
Masa Bulan Februari sekolah Along sbagai HOS.
Pada awalnya Along berbelah bagi antara nk pergi ke xmau cz 
Angah menarik diri disaat akhir kerana ada exam.

Nak xnk Along kena pergi cz dia Setiausaha Kehormat Program.
Along n Angah ni mmg xboleh berenggan.
Kesian ibu tengokkan Angah bila ketiadaan Along.
Mati kutu dia...he...

Banyak juga tempat2 yang mereka pergi n xtvt memang padat.
Jom layan gambar jelh....

 ni kat Perigi Hang Tuah

 rumah tradisional Melaka....

 Melaka River Cruise

 Siri jelajah Bandar Hilir.
Aktiviti berjalan sekitar Bandar Hilir....

 Tokong Cheng Ho @ Kg Ketek.

@ A Farmosa.
Kalu p dengan ayah/ibu memang xmerasa la nk panjat kt atas sana.
Penat weh!!!!!
Kali ni Along berpeluang panjat ke atas dgn kawan2..

 Muzium Kesultanan Melayu Melaka....

Aktiviti terakhir ialah ke pusat Paint Ball....
Menurut Along, xtvt ni yg paling best....

About me