Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Januari 2012

Kakak Aiskrim.....

Hari ini lambat bersiaran.
Kesibukkan yang ditahap maksimum.
Pagi tadi terima lagi call dari PKG.
"Cikgu, Hari Jumaat ada interview calon NILAM..."
"Nanti cikgu bawakan murid bersama profail murid, rekod catatan, bla..bla..bla...."
Fuh!!!!..sabar jelah....

Hari ini nak cerita tentang Along yang sedang "Tanam Anggur"
kat rumah.
Lepas SPM Along duduk rumah + belajar kereta......

Kerja baru Along sekarang ni jadi "Kakak Aiskrim".
Kelakarkan bunyinya.
Sejak semalam Along gigih buat aiskrim.
Ibu ingatkan nak bagi adik-adik makan rupanya nak jual.
Bila ibu tanya, Along kata nak tambah pendapatan sementara tak buat apa-apa.
Tukang promosi aiskrim ialah Farouk dan Naurah.
Mereka akan dapat upah aiskrim jika ada kawan-kawan mereka beli.
Macam kejam je bunyinya...

Hari ni adalah kawan-kawan farouk datang beli aiskrim.
Kebetulan budak-budak tu mengaji al-quran di surau depan rumah ibu....
Aduhai kelakar lak tengok Along berlari keluar masuk melayan pelanggan kecil tu...

 Entah perisa apa warna hijau kuning.
Ibu pun belum rasa.
Kalau nak rasa kena beli.
1 batang 20sen..
He.he.he...Sabar jelah.,....

Sambil tu Along ambil upah photostat dan binding buku catatan PPIM ni.
Sebelum ni ibu hantar kedai je tetapi sementara ada si "pengangur" 
kat rumah ni ibu suruh Along uruskan.
Dari hantar kedai, proses menyusun dan binding semua Along buat.
Bila dikira semua kerja-kerja tu dapatlah upah dalam RM96.
Kerja tu selesai dalam setengah hari je......
Boleh la buat duit poket tu.
Biar dia belajar bukan senang nak dapat duit.....

33 ulasan:

manis berkata...Reply To This Comment

pandai anak akak cari duit..
bagusla, biar dia tau macammana nk cari duit. =D

NzA berkata...Reply To This Comment

to manis
2lh, biar dia belajr brdikari....

Salmi berkata...Reply To This Comment

Pandai Along cari duit. Ada bakat jadi usahawan tu..

suhaina laui. berkata...Reply To This Comment

terliur lak tgk aiskrim tu kak hehehehe....kalo aiskrim bubur kacang hijau lgi sedap ;)

mamaijat berkata...Reply To This Comment

....GOOD DEED along....
nanti boleh jadi usahawanita....

betulah...
terliur tgk aiskrim along tu....

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

suka aiskrim asam masin..hehe
seronok la ank ibu dpt upah kan..hihi

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

hebatlah along... jadi kakak aiskrim sudah... seronok layan kerenah adik2 kecik tu ye.

yelah kak...bukan senang nak dapat duit kan...bagus along tau semua tu...

AHP Pie@Mohamad bin Wahid berkata...Reply To This Comment

bagus2. semangat begini yang kita mahu.
kat umah ni, dia orang suka main2 buat aiskrim guna susu segar dgn coffe mate tu. :)
tapi untuk makan sendiri ajelah.
belum sempat beku, habis dihirupnya begitu sahaja

ummiross berkata...Reply To This Comment

Ada bakat jadi usahawan Along ni NzA, dah terserlah, bukan semua orang boleh buat macam ni kalau tak betul2 minat dan berbakat! Bagus cara Along mengisi masa terluang..

ida =) berkata...Reply To This Comment

Bagus la... At least along dapat belajar hargai duit dan masa

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Pandai Along cari duit. Bagus Along!

NzA berkata...Reply To This Comment

to k.mie
belajar cari duit poket sndiri tu...he...

NzA berkata...Reply To This Comment

to suhaina
sedapnya..tiba2 tringin nk makan....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
xsia2 ibunya suruh ambil paper tmbahan akaun...he.he.he...

nmpk meriahkan....

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
sedapnya..lama dh xmkn.

mmg seronok sakan la dia cz dpt upah lumayan....he...

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
2lh, bkn main seronok dia dpt jual aiskrim tu....

sekurg2nya dia praktik apa yg telah dia belajar.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to AHP
thanks AHP..sblm ni kt rumah ni pn mcm tu ttp sejak along buat bz ni msg2 dh xberani nk mkn sebarangan...hi....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
mana la tau suatu masa nnti along jejak langkah ummi brgelar usahwaan brjaya..InsyaAllah.
Biar dia belajar dr bawah......

NzA berkata...Reply To This Comment

to mama adam
InsyaAllah..moga dia dpt belajar dr pngalaman tu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
Alhamdulillah dia cuba praktik apa yg dia belajar.....

Unknown berkata...Reply To This Comment

dah dpt title kak aiskrim pulak dah... ;)

saya tak rajin nak buat aiskrim.. nanti anak2 dok adap non-stop.. jenuh la dok berhingus pulak..

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Bagus Along..sambil2 duduk rumah..dapat juga pendapatan sampingan...pandai Along cari duit..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

along mmg pandai cari duit..bagus mengisi masa lapang.at least ada duit poket sendiri..

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak yong
2lh pasal..buat bz aiskrim..

sama jugak kt rumah ni k.yong w.pn dh besar ttp sejak along jual aiskrim ni adik2 xberani nk ambil sebrgan.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
2lh, sekurg2nya boleh tmbah duit poket....

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
betul tu..sekurg2nya masa trisi n duit pn masyukkkkkk!!!!

Lily@MamaZaraZareef berkata...Reply To This Comment

pandai anak akak berusaha cari duit poket sndiri kan..idea buat aiskrim tu mmg best..hehhehehe

Unknown berkata...Reply To This Comment

Best tu...nanti nak ice cream tu cakap dengan along ye kak ibu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily azliyana
2lh, akak pn xsangka dia buat aiskrim tu.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
2lh, kalau ibu nk makan pn kena beli......hi.hi.hi...

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Betul2 bijak anak akak ni.. :D

NzA berkata...Reply To This Comment

to zefa
org nk cari duit poket...he.he.he...

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

rajinnn kakak .. kakak aiskrim pun ok ape .. masyuk gak :p

wahh sonok ibu ade pembantu smntara ;)

About me