Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Ogos 2014

Tepek Gambar Raya 2014

Selamat Hari Raya semua rakan-rakan blog ibu.
Mohon maaf jika terlanjur bicara bila meninggalkan komen di blog kalian.

Punyalah ibu ni bersemangat nak balik kampung hingga tak sempat nak beri ucapan.
1 minggu di kampung rasa tidak puas beraya...adeh.
Takpelah ye walaupun hari ni dah masuk raya ke 6 dan ibu sekeluarga pun selamat tiba
semula ke Muar.

Ibu tepek 2 keping je dulu gambar ye.
Manalah tahu masing-masing RINDU kan ibu sekeluarga.
Boleh tatap gambar ni...
He3x....ada ke orang rindukan kami.
Kalau tak rindu buat2 rindu ye...

 Keluarga besar ibu. 4Farahs, Farouk bersama ibu dan ayah.
Macam biasa family ibu TIADA TEMA sedondon kecuali 2 orang bujang terhangat kami....
Perancangan awal ibu dan 4Farahs nak pakai tema baju dari Bandung
tapi kami tukar plan saat-saat akhir.

Family ibu bersama mama dan abah.
Ni saja yang ibu tepek untuk hari ni.
Tengoklah kalau rajin ibu akan buat n3 tentang raya kami di Kelate ( Raya 1-5).


10 ulasan:

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Selamat hari raya kak nza...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

cantik gambar raya akk..selamat hari raya,maaf zahir batin juga..:)

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Selamat hari raya..maaf zahir batin salah silap acik masa tinggal komen ye nza

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Selamat hari raya buat akak sekeluarga. Lelaki mudah nak sedondon, beli je baju kat satu kedai yang sama.

Kalau perempuan, saya pun tak pastilah macam mana nak buat sedondon melainkan tempah baju je... ^_^

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Ntah kenapa, Raya ni satu gambar keluarga pun IM tak ambil. IM tak ada kamera sebenarnya...

rostina76 berkata...Reply To This Comment

selamat hari raya kak

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

selamat hari raya.. kitapun takder sedondon punya ... malas nak fikirkan apa nak dipakai.. mesti meriah raya di kelantan..

ummiross berkata...Reply To This Comment

Salam Aidil fitri..Maaf zahir batin.
'Rindu kat NzA dan anak2 NzA, dah jadi macam keluarga di alam maya.
Cuma lately ni, ummi pun busy sikit, jarang dapat berblog, namun semuanya tetap dihati.

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Dah tempek gambar raya hah. Gambar raya keluarga saya manalah ni tak sampai-sampai. Yang ada dalam simpanan semuanya tak sesuai nak tempek dalam blog :)

Wah, kak... seminggu beraya di kampung halaman tak cukup ya! Saya je kot yang tiga hari di kampung dah cukup...Aduh!

Salmi berkata...Reply To This Comment

Seronoknya seminggu beraya di kampung. Samalah kita, tak ada warna tema utk baju raya kali ni.

About me