Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

23 Julai 2014

Naurah dan Semprit Susu.

Sejak 2 menjak ni memang femes betul kuih semprit susu ni.
Resepi ni ibu share dari FB.
Sapa-sapa nak jengah bolehlah ke FB resepi ringkas.
Memang banyak menu sedap dan ringkas.

Ni yang ibu sempat copy.
kredit kepada tuan empunya resepi ni kerana sudi berkongsi.

Weekend lepas Naurah request nak buat semprit.
Memang senang sangat nak buatnya dan bahan pun memang ada di dapur.
Kuih ni pun Naurah bakar dalam kuali ajaib ibu je.
Malas dia nak kemas avon ibu yang penuh muatan bertenggek kat atas.
Alhamdulillah menjadi jugak dan masak dengan jayanya.

Rupa tak begitu menarik.
Ada yang kembang semangkuk, ada yang kecil...
tapi yang penting rasanya memang sedap.
Bak kata tuan empunya resepi, ianya cair dimulut......

7 ulasan:

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

eh kak...boleh ye pakai pan ajaib tu...... tak tepikir lieya kak.... senang kan....betul ckp akak bab nak kemas oven tu leceh tu...

akak bile start cuti nieh...cikgu biase jumaat ni keje lagi kan...

NzA berkata...Reply To This Comment

akak pn 1st time guna tu...Alhamdulillah menjadi lieya tapi kena guna api kecik je lieya.

akak start cuti hari Jumaat ni...ikut weekend negeri memasing.

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Bawahnya tak hangit ye kak? Tahun lepas sy guna pemanggang ajaib buat cornlakes madu. Bawahnya hangit. Api kurang kecik kut..

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Eh, boleh guna pemanggang ajaib je? Senangnya kerja kalau camni. Kalau tahu, dah lama saya buat kuih sendiri di rumah. Hahaha.

Kak, nak buat ucapan awal sikit sebab esok lusa nak menyibukkan diri memenuhkan shopping mall :)

Selamat Menyambut Aidil Fitri dan mohon maaf kalau ada terkasar bahasa ketika singgah sini.

Saya balik Batu Pahat hari Ahad ni. Akak pulak bila nak balik beraya sakan di Kelantan?

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Owh boleh guna pemanggang ajaib ye kak..senang lah..rajin naurah buat kuih... Mesti sedap ni...

Selamat Hari Raya buat akak sekeluarga..mohon maaf jika ada terkasar bahasa ketika komen di sini...

Masya berkata...Reply To This Comment

wahh pakai pemangan ajaib.. magic².. hihi kembang xpelah percubaan pertamakan.. masih rupa semperit lg .. comel tembun²..

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Kalau saya, belum sempat sampai raya, kuihnya dah cair dalam mulut saya dulu... ^_^

Selamat hari raya. Hari ni saya masih lagi bersekolah.

About me