Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 Ogos 2014

Kursus Yang Buat Ibu Teruja.

19-20 Ogos ibu perlu hadir kursus Pendidikan Seni.
20 Ogos juga sekolah ibu adakan sambutan Hari Raya.
Perancangan yang dibuat sebelum raya terpaksa ibu lupakan.
Tugas hakiki perlu ibu utamakan.
Saban tahun ibu konon-kononnya merangkap Ketua Panitia Pendidikan Seni 
perlu hadir atas arahan BTP.

Jika tahun-tahun sudah kursus ini berjalan 4 hari tapi
tahun ni dipendekkan selama 2 hari.
Bayangkan bertapa padatnya aktiviti yang perlu kami lalui.
Walaupun padat namun keseronokan tetap ada.

Macam biasa kami sekadar berkursus di dewan sekolah.
Berlapikkan kerusi plastik dan didinginkan dengan kipas.
Namun kami tidak pernah merunggut.
Tak apalah..tetap bersyukur..yang penting ilmu yang kami timba untuk dibekalkan
pada aset negara....Anak-anak didik kami..cewah....
Sebenarnya ibu pun tak sangka sejak bergelar cikgu ibu mampu
terima segala kekurangan dengan seadanya.......

Soalan sinonim yang akan diajukan pada ibu :
"Ni cikgu Z ye....."
Saya selalu tengok blog PSV cikgu...
Saya banyak rujuk bahan cikgu untuk buat assigement.
Saya selalu gunakan blog PSV cikgu untuk PdP.....
Alahai, tak sangka blog PANITIA PSV/DSV ibu yang
 terpinggir ibu rupanya jadi bahan rujukan kawan-kawan sealiran.
Sharing is caring..

 Cikgu cikgi yang hadir.
Biasanya orang yang sama saban tahun....
Ada muka-muka baru...adik-adik junior yang baru posting...

 Masyarakat majmuk.
Dalam group ibu ada 2 orang bangsa Cina, seorang India dan 3 orang Melayu.
Kami lakukan kerja bersama-sama tanpa mengira bangsa.
Penuh dengan gurauandan gelak ketawa.....


Hasil seni yang kami aplikasikan sepanjang 2 hari berkursus.
Kebanyakkannya daripada bahan-bahan terpakai.

Bila cikgu-cikgu seni berkumpul ,maka macam-macam idea kami
dapat kongsi bersama.
Walaupun nampak simple namun ianya amat berguna untuk kami.
lImu itu akan diaplikasikan kepada anak-anak didik.

Dan yang penting, kesedihan dan kerinduan pada arwah kak long dan abang long
terubat seketika bila berada di sini.

9 ulasan:

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

seronok acik tengok gambar2 ni NzA..memang seni boleh jadi cantik

ummiross berkata...Reply To This Comment

cantik2..cikgu seni memang kreatif kan..anugerah Allah SWT.

Lily@MamaZaraZareef berkata...Reply To This Comment

Wahhhhh..kreatifnya sume org..klu saya menangis kot kena gi kuraus mcm ni sbb tangan keras kejung..hukhuk

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Wah, cantik hasilnya!

Yang saya suka, berkursus bersama bangsa-bangsa lain. Ini dinamakan semangat 1Malaysia.

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

IM selalu tabik pada guru kerana betah membuat tugasan renyah macam ni.

Dulu, masa ibu_suri menjadi guru tadika, ginilah juga...

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

wow kreatif2 kak...cantik2 hasil air tangan cikgu2 seni...

lieya kagum dgn akak byk bende nak managed...ngan blog pvs akak, blog peribadi, mengajar lagi...rumah tangga lagi...

LYAfrina berkata...Reply To This Comment

cantik2 hasilnya..
mesti akak seorg y sgt berseni.

Sheila Salim berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum kak, bestnya kursus camni.. semua cikgu sempoi2. ceria je tengok ~~~

ayu Ismail berkata...Reply To This Comment

Ibuayu x pernah lagi berpeluang kursus kser..ialah sekolah besar..mg depan br berpeluang kursus kssr tmk...hehe...

About me