Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

11 Ogos 2014

Riang Ria Raya 2014-Marhaban

Hari Sabtu ( 9.8.2014) macam biasa sekolah ibu anjurkan program marhaban.
Saban tahun ibu tak pernah miss join program nie.
Amat seronok sebenarnya...he3x.

Sambil berkunjung..dapat bermesra dengan keluarga pelajar dan
yang paling best
boleh 'mencekik' sampai tak hinggat....

Alhamdulillah, area sini hubungan ibu bapa dan cikgu-cikgu
memang sangat mesra alam.
Kami dah umpama saudara mara.
Disambut penuh mesra dan meriah.

3farahs bersiap sedia untuk menjadi pengiring ibu kali ini.

Tahun ni Farouk tak nak masuk group ibu.
Katanya nak join group cikgu M dan Teacher Ina.
Dalam keterpaksaan ibu lepaskan dia berbasikal bersama-sama rakan-rakan
dan dipantau oleh cikgu-cikgu....
Sesekali ibu biarkan dia berdikari.

Rumah pertama kami masuk.
Seorang ushawaan ternama di sini.
Baik, ramah, merendah diri dan dermawan.
Kumpulan ibu bermula pukul 8 pagi.
Ahli kumpulan ibu dalam 20 orang terdiri daripada anak-anak murid
dan 3 orang guru pengiring.
Kami dihidangkan dengan martabak dan menu sampingan lain.
Ngam-ngam perut semua tengah kosong.
Si cikgu dah pesan kat anak-anak murid supaya kosongkan perut dari rumah
Mengadap pulak murtabak yang sangat sedap.

3Farahs dan kumpulan marhaban ibu sedang menjamu selera...

Memang sedap semuanya.
Maunya tak 'mencekik'....ha3x

Selesai rumah pertama kami berkejar ke rumah seterusnya.
Target nak abiskan 7 buah rumah sebelum pukul 12 tengahari.
Mampukah???????
Pastinya mampu sebab dah 12 tahun pengalaman ni ibu
lalui.......



Rumah ke 2 dan ke 7 kantung dah penuh..
Walaupun jamah sikit-sikit untuk ambil hati tuan rumah tapi
kalau dah 7 buah rumah maunya tak melimpah ruah.

Selesai urusan kerja ibu dan rakan-rakan berkumpul
dan bertemu di rumah rakan sekerja yang buat open house.
Kat sana kami dah tak mampu nak jamah makanan berat
walaupun menunya amat best.
Ibu sekadar makan koktil dan makan buah.
Penutup marhaban hari tu jemputan kenduri
di area situ.
Masing-masing memandang menu dengan rasa berbelah bagi.
Itu belum lagi 'berkat" yang dibawa balik.
Penuh bonet kereta.

Itulah rezeki yang Allah kurniakan buat anak-anak didik
di sini dan ibu serta rakan-rakan guru pengiring
menumpang rezeki anak-anak.....Alhamdulillah
Terima kasih yang tidak terhingga buat penduduk
sekitarnya kerana saban tahun menyambut kami dengan begitu mesra.
Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian......

8 ulasan:

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

yang IM faham kalau dikampung IM, marhaban adalah ala-ala kompang sambil melagukan pujian kepada nabi dan keluarga baginda.

IM rajin ikut abah IM yang juga salah seorang ahli kumpulan arhaban tu...

Nor Azimah Ali berkata...Reply To This Comment

Kat Johor kan? marhaban sambil jelajah raya dah jadi macam wajib kat sane kan, tau sebab penah duduk Johor

Norma NML berkata...Reply To This Comment

Bestnya..kampung saya takde pun mcm ni..

Kausar Amin berkata...Reply To This Comment

Bloghop dan terjumpa blog ibu. Teruskan menulis ya ibu :) Selamat hari raya :)

Unknown berkata...Reply To This Comment

kat kampung zura x de xtvt marhaban nih. bila tengok gambar2 di blog akak.. nampak meriah sangat~ mesti hubungan dengan jiran tetangga eratkan bila ade xtvt camnih. xtvt yang perlu di teruskan sampai bila2.

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Bestnya kak, cikgu dan murid-murid buat marhaban kat kampung. Mesti meriah *tetiba rasa nak jadi cikgu pulak tapi dah terlambat*

Salmi berkata...Reply To This Comment

Bestnya.. Teringat kenangan sama2 bermarhaban di Mersing.

sal ya berkata...Reply To This Comment

kat sini pun ada marhaban. sy joint yg perdana je. yg biasa2 ni ahli yassin yg joint.

About me