Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

27 November 2012

Si Putih, sedia berkhidmat....

Operasi menyiapkan uniform Naurah dan Beby bermula.
Alhamdulillah tahun ni kerja ibu lebih ringan sebab 
dah tinggal 2 orang je anak dara yang bersekolah tahun depan.
Ringan sikit kerja ibu untuk menyiapkan 2 pasang baju untuk Naurah dan 2 pasang untuk Beby.
Ibu rasa cukuplah 2 pasang sebab kat sekolah tu nanti mereka banyak pakai t-shirt sekolah.
Sekarang ni pemakaian kat sekolah dah agak longgar.
Hari Rabu dah confirm mereka pakai baju Unit Beruniform.
Dan ada hari-hari tertentu mereka memakai baju t-shirt.
Tak macam zaman ibu dulu....
Setiap hari wajib berpakaian uniform.
Baju farouk beli yang dah siap kat kedai.....

Ibu beli apa yang perlu je.
Baju baru penting untuk naikkan semangat anak melangkah ke tahun baru.
Tapi peralatan lain mereka guna mana yang ada.
Itullah cara ibu dan ayah melatih anak-anak agar tahu berjimat cermat.
Mereka dah dapat memahami cara kami......

Ibu nak settlekan semua kelengkapan sekolah sebelum bercuti selama 3 minggu.
Biar kepala lapang masa bercuti tanpa memikirkan masalah negara....hehehe....

Ni sebahagian uniform asas Farouk.

Ibu beli mana yang perlu aja.
Itu pun jejak ratusan ringgit.
Itu belanja seorang anak yang belum termasuk peralatan alat tulis dan buku-buku.
Ibu bukan memilih yang berjenama tetapi sekarang semua harga barang melambung.
Beg sekolah Farouk masih baru lagi so Farouk guna beg yang lama tu.
Kasut pun baru beli sepasang.

Ibu beli 3 pasang baju Melayu dan 2 helai baju kemeja.

Tahun 4 , Farouk dilantik jadi pengawas pustakawaan so dia berbaju kemeja hijau....
Ayah lebih suka cikgu lantik anak-anak jadi pengawas pustakawaan.
Pengawas disiplin agak memenatkan...
Sekurang-kurang mereka sentiasa berada di perpustakaan pada waktu rehat.
3 tahun lepas pun, ibu terpaksa buat rayuan
untuk tukarkan jawatan Naurah daripada pengawas displin kepada pengawas perpustakaan
di atas permintaan Naurah..........(suka suki jekan.......hahaha....)
Kisah Naurah...Klik SINI
Yelah Ayah.............maklumlah anak ayah kan, ibu ikut je mana yang terbaik......

Nilah cik putih ibu.
Lengkap pakcage untuk jahitan tepi sekali.
Tak payahlah ibu nak susah-susah keluarkan mesin jahit lain semata-mata untuk jahit tepi...
Alhamdulillah semalam  ibu dah siapkan 2 pasang baju Naurah dan 2 pasang baju Beby.
Tudung pun ibu dah beli.
Tinggal beberapa barangan sampingan je yang belum dibeli.
InsyaAllah, akan ibu settlekan sebelum naik sekolah.

Ayah pun tengah sibuk sekarang...Tak beberapa hari lagi ayah kena terbang
ke seberang lautan @oversea untuk hadiri seminar pendidikan peringkat Asia.
Rutin seminar ayah setiap hujung tahun. Cuma tempatnya je berbeza.....

Baju ibu???????
Kena jahit juga untuk melangkah ke tahun baru nanti.....hehehe.....
Malam tadi dengan gigihnya ibu siapkan sepasang baju kurung untuk ibu......

Koleksi manik-manik dan labuci ibu ni pun dah lama tak terusik.
Sejak dua menjak ni dah tak menyempat nak melayan benda alah nie......
Entah sempat ke tidak nak jahit manik kat baju ibu.......

37 ulasan:

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Wahhh dah nak siap semua persiapan eh. Semoga semangat pun akan membara nanti. Tapi saya tak mo fikir pasal kerja lagi, lama lagi cuti, yippeeee..

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
hehehe...sbb tu akak settlekan awal2 cz pasni nk p cuti...yepiiiiiiiiiiiiii....

ibuintan berkata...Reply To This Comment

wah, bagusnya awal2 dah setel.

akak tahun depan tinggal Azim je lagi yg bersekolah.. tinggal sorang, beli baju dan seluar ready made je

Nza, mesin brand apa tu?

mamaijat berkata...Reply To This Comment

. . .si ibu x kalah gak bab nak buat persediaan ke skul . . .
Nak juga serba baru on the 1st day. . .
He he he.. .nak dapat aura thn baru gitu kan dinda.. .

NzA berkata...Reply To This Comment

to ibuintan
sblm p brcuti nza settlekan dulu kak...xpyh dh nk fikir2.....

mesin jenama ringgo kak..senang sgt2 sebab kt situ dh siap ada utk jahit sulam, jahit tepi n mcm2...nk adjust pn simple.....dh 3 thn nza guna nie....lagi ok brbanding mesin singer.

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
hehehe.....nk naikkan semangat back to school.......cuti lama2 ni mood nk ke sk merudum.....

mamaijat berkata...Reply To This Comment

. . .si ibu x kalah gak bab nak buat persediaan ke skul . . .
Nak juga serba baru on the 1st day. . .
He he he.. .nak dapat aura thn baru gitu kan dinda.. .

mamaijat berkata...Reply To This Comment

. . .si ibu x kalah gak bab nak buat persediaan ke skul . . .
Nak juga serba baru on the 1st day. . .
He he he.. .nak dapat aura thn baru gitu kan dinda.. .

Kakcik Seroja berkata...Reply To This Comment

Kakcik belum lagi buat persiapan untuk bujang kakcik yang dua orang itu. Tunggu dapat bonus dulu! :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to kakcik
utk bujang senang jekan kak cik....tunjuk je kat kedai tapi utk anak2 dara ni cerewet sikit...nk kain yg trbaik la, nk ibu jahit la n mcm2....huhuhu....

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

mcm best je tgk org yg pndai jahit ni..sy langsung x berbakat..huhuhu

ummiross berkata...Reply To This Comment

Kalau dah settle semua, baru seronok bercuti kan NzA, tak payah nak pikir dah. Bestnya ada cik putih tu,tentu banyak membantu..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Awalnya dah siap Yah.. Akak belum buat apa-apa lagi. Anak bujang dua orang ni badan tgh naik.. Bimbang jika beli awal sekejap je dh kena beli lain.

Unknown berkata...Reply To This Comment

sama pulak kita....dinda pun dah siapkan baju sumaiyyah (beli je le) tinggal Qayyum....dia ni tempah kan sebab baju dia lain warna payah nak cari....

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah..semua dah ready ye kak..senagn kan kak....tak le terkocoh2 nanti...last minit nanti leh tambah ape yg patut jek....

hailaaa untung org pandai menjahit mcm akak nie....anytime jek boleh siapkan baju sendiri hah.....jimat tak yah cari tailor....

cheqna berkata...Reply To This Comment

wah..dah buat persediaan ke sekolah ye...

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

saya setuju. kalau semua tugasan sudah disiapkan sebelum cuti, memang rasa macam terlalu bebas bergerak.

syiela berkata...Reply To This Comment

dah siap semua kak.. saya tak mencari lagi pun huhuhu

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

wow akak dah settle persiapan sekolah anak2, cam saya ni satu apa pun tak ready lagi

nieda berkata...Reply To This Comment

bestnya ada skill menjahit. Jeles dgn org yg pandai menjahit

azieazah berkata...Reply To This Comment

Tu kira jauh lebih baik dari orang yang tak reti menjahit. Tapi terpaksa beli.

Selamat bercuti!

Unknown berkata...Reply To This Comment

As salam kak Zakiah,

Tak tahu nak komen apa... Saya tak pandai menjahit tapi teringin nak menjahit...kalau boleh semua benda nak belajar...hehehe...

Iman kecil lagi jd persiapan sekolah biasa2 je...ujung tahun ni bulan 12 die bercuti panjang...so relax sikit lah... :))

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
ada masa rasa seronok ttp ada masa rasa bosan nk siapkan baju2 tu....huhuhu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
betul tu ummi...xdelh rasa serabut nk mikir pasal baju sk anak2.....barulah tenang brcuti....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
trpaksa siapkan awal kak mie sbb mlm ni dh brtolak utk brcuti.....moga badan anak2 yah xnaik la..kalau tak haru jugak tu...

Faiz n faid kuat makan ek kak mie?????

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
Alhamdulillah dh settle tu..lega kan rasa hati...xpelh, nk buat mcm mana, Qayyum pakai baju warna lain....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lieya
2lh rasa lapang je bila semuanya dh settle..baru best p cuti2kan lieya...

ttp ada masanya rasa bosan lieya nk siapkan baju2 tu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to cheqna
buat awal2 senang cheqna...nnti xpyh bersesak2....

NzA berkata...Reply To This Comment

to muhammad syahmi
betul tu..bila semua dh beres kita rasa lapang n nk p cuti pn rasa enjoy....

NzA berkata...Reply To This Comment

to syiela
thn ni rasa cpt pulak akak prepare......hehehe....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
entah la su..thn ni semangat brkobar2 pulak...hehehe....

NzA berkata...Reply To This Comment

to nieda
bolehlah sikit2 nieda...lepas la upah tailor.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to azahazie
betul tu kak, dpt la jimat sikit n dpt pilih kkain yg ok sikit....

NzA berkata...Reply To This Comment

to marya
kalau iman dh sk mesti marya xcited tau nk siapkan baju sk anak2...hehehe....

Kasih Salina berkata...Reply To This Comment

senang keje kak ada si putih camni..rajin akak menjahit baju sendiri & baju anak..dah jimat belanja juga tu..

NzA berkata...Reply To This Comment

to kasih salina
ada sedikit ilmu jahitan ni KS....mmg sgt menjimatkan....

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Mesin jahit, antara gejet idaman yg tak kesampaian. Ayah Yusuf kata, takut jd projek gajah putih je nanti.. huhu..

About me