Petang semalam ibu dikejutkan dengan panggilan telefon dari abah di kampung.
Abah maklumkan besannya yang tinggal di Kluang meninggal.
Tersentap ibu...Tak sangka secepat itu Achik Mashitah pergi di usia menjangkau 54 tahun.
Lebih kurang pukul 6 petang ayah balik dan suruh kami bersiap.
Perjalanan dari BG ke Kluang memakan masa lebih kurang 1jam 45 minit.
Itu pun kami ikut highway.
Lagipun sekarang musim cuti sekolah dan highway agak sesak...
Kami singgah solat Maghrib dan sampai di sana dah dekat Isyak.
Sempatlah kami bertahlil.
Sedih melihatkan Pakcik Baha yang seolah-olah tidak
dapat menerima berita pemergian isteri tercinta.
Dia bersandar di tepi dinding dan menangis........
Adik ipar ibu (anak arwah) memeluk ibu erat dan menangis.....
Ibu pun rasa amat sedih kerana tak sangka Achik Mashitah pergi secepat ini......
Selesai tahlil lebih kurang pukul 10 malam kami meminta diri untuk pulang
kerana ayah ada urusan awal pagi esoknya.
Sampai rumah dah dekat pukul 12 malam.....
Al-Fatihah, semoga keluarga Pakcik Baha tabah dan redha dengan
ketentuan ini.
Dan semoga Achik Mashitah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....
Aminn.....
Hingga saat ini masih terbayang wajah tenang Achik Mashitah.....huhuhu....
p/s:
Perhatian kpd "nrina". Akak dah pergi terjah
blog nrina tapi tak boleh masuk sebab ada virus malvare tadi.....mohon maaf
di atas kesukaran.....
Hingga saat ini masih terbayang wajah tenang Achik Mashitah.....huhuhu....
p/s:
Perhatian kpd "nrina". Akak dah pergi terjah
blog nrina tapi tak boleh masuk sebab ada virus malvare tadi.....mohon maaf
di atas kesukaran.....
7 ulasan:
alfatiha...
semoga roh arwah dicucuri rahmat
Alfatihah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.
Farouq pun pergi juga ke...?
Al-Fatihah. Moga roh arwah dicucuri rahmat.
Salam takziah kepada ahli keluarga arwah, semoga tabah.
Semoga rohnya ditempatkan disisi orang2 yang beriman, Al Fatihah.
Salam takziah...
Sedih medegar brita kematian..hrp2 tabahlah si suami :(
Alfatihah...
semoga roh arwah dicucuri rahmat
Catat Ulasan