Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

23 November 2012

Kerja Baru Farah Najdah...

Sepanjang cuti sekolah ni ibu tengok si Beby a.k.a Farah Najdah bukan main sibuk lagi.
Di siang hari dia pergi kerja@kursus masakan.
Sejak berkerja@kursus masak memasak ni,
 si ibu semakin tembam kerana jadi tukang merasa setiap kali Beby masak...
hehehehe......
Macam-macam resepi yang dia belajar dan dipraktikan di rumah.
Tak sangka dia sudah pandai masak samosa, karipap lapis yang rangup, kek, kimchi,
dan macam-macam lagi kuih muih yang ibu sendiri pun tak pandai.
Beby memang minat masak dan kalau mengadap FB dia sanggup mengadap youtube
berkaitan masakan berjam-jam......

Sehari dua ni pula Beby ada hobi baru.
Balik dari kursus masakan dia sanggup mengadap kain felt untuk
hasilkan kraf tangan yang comel.....
Ini sebahagian kraf tangan yang Beby hasilkan.
Client pertama adalah dikalangan adik beradik.....hehehe...
Ibu ada tempah keychain untuk bagi cenderahati pada pustakawaan tahun 6.
Sanggup dia bersengkang mata dan search kat internet untuk dapatkan pelbagai pattern.
Yang ni mungkin dia menurun dari ibu kot sebab ibu memang meminati bidang kraf tangan.
Tapi bab-bab memasak bukan minat ibu.....
Ibu belajar masak pun setelah berkawin dengan ayah..
Budak hingusan lagi masa tu......
Ayahlah tenaga pengajar dan masterchef ibu masa tu.........hehehe......

Sekurang-kurangnya Beby habiskan cuti sekolah dengan
mempelajari sesuatu yang berfaedah.
Yang paling best bila dia praktikkan di rumah....hehehehe....
Tapi jangan lupa, tahun depan Beby pula yang akan duduki SPM........
Alahai tak habis-habis la jantung ibu berdegup kencang.
Setiap tahun anak-anak ibu duduki peperiksaan awam.....Fuh!!!!

p/s:
Untuk perhatian kepada Cho Zila, sila tinggalkan link kat blog ibu ye sebab ibu tak dapat jejaki blog cho zila....

32 ulasan:

Aziela berkata...Reply To This Comment

Wah, rajinnya Beby. Kreatif sungguh.

Kakcik Seroja berkata...Reply To This Comment

Rajinnya Beby. Minat yang mendatangkan hasil. Bagus tu. :)

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

boleh la buka tempahan lepas nih...

mana la tau ramai yang nak...

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

Kagum nye ngan beby..tgn berseni..:-)

TiranaAduka berkata...Reply To This Comment

salam
Nak usik fara nadjah..pg jumaat ni.

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA, ummi rasa Beby dapat bakat seni tu dari NzA, rajin dan kreatif, macam NzA juga, ke mana tumpahnya kuah kan NzA..

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....nampaknya menurun dari bakat dinda anakanda ni...
dah sah keluarga 'SENI'....

NzA berkata...Reply To This Comment

to aziela
minat semula jadi kot....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kakcik
2lh xsangka dia brminat ke arah itu.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to muhammad syahmi
betul tu.......masyukkkkk!!!!!

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
bbrapa thn ni akak baru prasan dia tu kreatif jugak.....xsangka......he...

NzA berkata...Reply To This Comment

to tiranaaduka
boleh aje...hehehe...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
mungkin bakat seni dr nza ttp bab2 masak tu ikut atok mamanya kot cz ibunya xminat masak....hehehe....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
agaknya kot ttp tang masak tu ikut atok mama kot...hehehe....

ibuintan berkata...Reply To This Comment

tahniah Bebi... hehehe jgn ibunya naik kg sudahlah sbb asyik jadi tukang rasa je

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

bagusnyer bebi.. dah belajar praktikan lak yerk.. tapi tuler kena gak ingat tahun depan periksakan..
ps thanks bagitau .. memang semenjak masalah gambartu kan buat email baru lepastu perasan gak..
ok linknyer http://ikhlas-atilia.blogspot.com

nieda berkata...Reply To This Comment

kreatiff

Iela Fazielah berkata...Reply To This Comment

wah..bagusla... jahit felt ni orgnyer mesti kreatif..

CikguAreefNaim berkata...Reply To This Comment

salam,

wah, nnti boleh masuk masterchef malaysia...

tk sangka kan kak, beby yg 'keras' tp lembut tangannya :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to ibuintan
mmg dh naik kilo ni kak...risau gak......

NzA berkata...Reply To This Comment

to cho zila
2lh...yg xtahan ibu la yg asyik makan dan makan dan makan je nie...dh la cuti sk.....

Moga2 dia dpt kekalkan kecemerlangannya mcm masa UPSR n PMR dulu.....aminn....

NzA berkata...Reply To This Comment

to nieda
Thanks....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ilah
kreatif n ada minat.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to areef
mmg kalau boleh dia nk join sama.....hehehe...

Siapa sangka kan org yg agak ganaz pndai masak n kreatif....hehehe....

Unknown berkata...Reply To This Comment

wah aunty mama nak tempah la....hehehehe

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
boleh3X....hehehe...si ibu yg penyibuk lak tlg jwb....

Totie@Tomy berkata...Reply To This Comment

bagusnya kreatif...

NzA berkata...Reply To This Comment

to totie@tomy
2lh xsangka Beby kreatif....

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

lreatif betul beby... sama cam ibunya juga!

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
sbb minat kot izan.....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

beby ni sungguh kreatif n berbakat..calon menantu yg sesuai juga sbb pandai memasak.hehe..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Amboi, rajinnya Beby! Susah nak jumpa anak dara minat kedua-duanya sekali; memasak & kraftangan. Lepas ni boleh belajar menjahit dgn ibu pulak.

About me