Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

28 November 2012

Home made Tart Telur dan Cup Cake.......

Maaf ye masih dalam mood rajin memasak.
Ni bukan blog resepi tetapi sesekali si tuan rumah datang kerajinan melampau....

Beberapa hari lepas ibu keluar dengan Along.
Masa tu along masih ada di rumah.
Masa balik dari pasaraya terpandang pula kedai menjual peralatan membuat kek.
Kami singgah kejap kat sana.
Bukan dah sekejap tetapi lama juga.
Macam-macam resepi bermain di kepala.
Ambil itu, capai ini.
Semangat berkobar-kobar nak masak tart telur,
 pavlova, crepe buahan, cup cake dan macam-macam.
Pengaruh dari rakan-rakan blog dan FB.....hehehe.....

Ibu tak risau melabur dan berhabis untuk beli bahan-bahan tu semua
sebab kat rumah ni ada master-chef dan master-eat....hehehe...
Malam kelmarin dengan gigihnya master chef a.k.a Beby membancuh adunan
untuk menghasilkan tart telur.
Percubaan pertama yang mendatangkan kegembiraan buat kami.......

nilah hasil tart telur kami yang lemak berkrim...

Meh kita share resepi tart telur yang ibu dah ubah suai sikit.......
Bahan-bahan ( 20 biji )

PASTRY:
1/2 kg tepung gandum
1/4 kg butter@majerin
1/2 cawan gula halus
1@2 biji telur
sedikit esen vanilla

FILLING:
1/2 tin susu cair
1/2 tin air
2 biji telur
1/2 cawan  gula
2 sudu besar tepung kastard
Sedikit garam,Sedikit esen vanilla & Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
A.      Pastri:
1.       Pukul majerin dan  gula halus hingga kembang.
2.       Kemudian masukkan telur & esen vanilla. Pukul hingga sebati.
       3.    Masukkan gandum sedikit demi sedikit hingga jadi doh.
       4.    Doh yang telah siap dijadikan bulat dan kemudian tekapkan ke dalam acuan.
       5.     Kemudian masukkan filling dan bakar selama 180c , 20 –25 minit.
  
B.      FILLING:
1.       Campurkan semua bahan untuk filling.
2.       Kemudian panaskan di atas dapur sehingga sebati dan suam-suam kuku
3.       Curahkan filling ke dalam pastry dan bakar…

Hari seterusnya Naurah pula suggest nak masak cup cake.
Bahan masih banyak lagi dan tinggal sehari lagi kami nak bercuti panjang.
Inilah hasil cup cake Naurah.
Senget benget semacam je..
Ibu ni tak begitu suka makan kek.
Ibu cuma rasa 1 biji je...2 pun tak habis.....muak!!!!!..
Rasa seronok pula habiskan masa dengan anak-anak dara nie.
Macam-macam mereka suggest nak masak.....hehehe....
Kalau la macam ni hari-hari jawabnya naik sekolah habis la baju-baju ibu mengecil...

p/s:
Petang semalam terima khabar sedih.
Besan Mama ibu, Achik Mashitah telah kembali kerahmatullah di usia 54 tahun.
Kami sempat menziarahi jenazah beliau di Kluang malam tadi.......
Perjalanan hampir 4 jam pergi balik dari BG ke Kluang.
Al-Fatihah...

24 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

tart telur tu fav Mr Ayah tapi mama belum pernah cuba buat sebab yg suka dia sorang je... tapi cup cake tu kalau buat kat rumah ni...laju je tambah ada Qayyum tu heheehe

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
2lh, akak ni pn kalau nk masak mesti pastikan semua jadi kegemaran anak2..kalau tak xde mood nk buatkan..
wah qayyum suka mkn cupcake ye.....

Kakcik Seroja berkata...Reply To This Comment

Untung ada anak2 dara yang rajin memasak dan rajin makan juga. :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to kakcik
masa cuti je kakcik depa dpt tlg masak..ttp yg best mrk juga suka makannnnn......

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

alahaiii sedapnya kak, dah lama saya tak buat sesi membaking ngan anak2

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

rajin akak...tapi ni mmg aktiviti yg menarik pun dgn anak2 kak...lieya pun suke masak2 baking2 ngan anak2...mia mija pun suke heheheeh....

lieya suke ayat akak master eat tu hihihihi...syok kalo ade yg pemakan....

alfihah...moga syurga tempat arwah

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
2lh...aktiviti cuti sk nie byk masa trluang..sbb tu trlebih rajin...hehehe...

NzA berkata...Reply To This Comment

to lieya
2lh tgk juga kt blog lieya tu...rajin anak2 dara lieya tu baking kek....
ttp master eat dh xde....along la tu orgnya....hehehe....

ummiross berkata...Reply To This Comment

MasyaAllah, cantiknya tart telur yang Beby buat, memang menjadi tu. Pandainya Beby masak.
Naurah pun, sekolah rendah dah pandai buat cup cake, bertuah NzA dapat anak2 dara yang rajin dan pandai memasak.

Ooh yang NzA kata balik dari Keluang malam tadi tu..ziarah saudara meninggal rupanya.Takziah.
Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi oarang2 yang beriman, al Fatihah.

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

saya master eat... kah.. kah..
kalau rajin masak dan ada yang rajin makan memang semangatkan... memang rajin2 belaka anak2 NzA.. ikut mak dia jugakkan...

syiela berkata...Reply To This Comment

bestkan dapat memasak bersama anak2... terasa rapat dengan dorang..

*** kalau camni hari2 compom baju akan mengecil nanti :)

Kasih Salina berkata...Reply To This Comment

sedapnya kak..sukanya tart telur & cupcake tu..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Rajinnya Naurah & Beby memasak.. Kalau dekat boleh tolong masakkan untuk acik Salmi sekali..

♥nrina♥ berkata...Reply To This Comment

alamak tergoda..

salam ziarah..

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

kirim lah sikit. nak jd juri MasterChief... hehehe

Alfatihah buat biras akak.

NzA berkata...Reply To This Comment

@ummiross
org minat masak ni ummi sanggup lakukan apa saja n si ibu yg minat makan pn sanggup makan smpai lupa diri...huhuhu...

aaha ummi, kami terus brtolak bila dpt berita..sedih sgt rasanya....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Cho Zila
sama la, akak ni master eat....huhuhu...

aktiviti masa cuti je nie...hr sk jwbnya si ibu la dok kt dapur sorg2....

NzA berkata...Reply To This Comment

@syiela
2lh masa2 cuti dpt la buat xtvti ni shiela....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Kasih Salina
akak lbh suka tart telur tu,...cup cake tu agak muak sbb ada ising....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Nor Salmi
masa cuti je kak mie depa boleh tlg..hr sk si ibu la kt dapur.....

NzA berkata...Reply To This Comment

@♥nrina♥
TQSM sudi ziarah..tadi akak p terjah ttp xleh masuk sbb ada virus malvare kt blog nrina.....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Muhammad Syahmi
jom sini kita jadi juri masterchef......hehehe...

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

@NzA

tapi kak, nak jadi juri masterchef kene rasa...

klu tengok gambar, rasa lapar yang datang...

hehehe...

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Seronok baca akak anak beranak masuk dapur.. sy nye assistant kecik lagi.. hehe

About me