Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Jun 2012

Tahniah Abah dan Selamat Hari Bapa....

Semalam ibu terima perkhabaran gembira.
Abah dicalonkan sebagai "Bapa Mithali Peringkat Negeri Kelantan".
Anugerah yang amat tinggi buat seorang yang bergelar bapa.

Bagi ibu, ABAH memang seorang BAPA MITHALI di mata ibu sejak
dulu, sekarang dan selamanya.
Ibu teramat bangga kerana memiliki seorang ABAH yang amat penyayang.
Jika zaman persekolahan, rakan-rakan sering bercerita tentang bapa
mereka yang garang tetapi ibu berbangga kerana memiliki seorang
bapa yang amat penyayang.
Sejak kecil kami adik beradik tak pernah dijentik.
Malah abah sering memberi kata-kata semangat buat kami...

Ibu lebih rapat dengan Abah berbanding mama sewaktu kecil.
Sampai sekarang kami amat rapat.
Kami serasi bersama kerana kami banyak persamaan.....

68 tahun lalu ABAH dilahirkan di TANAH SUCI, MEKAH.
Diberi nama Haji Abdullah B Haji Yusuf.
Abah seorang yang fasih berbahasa Melayu , Inggeris dan Arab....
Abah mendapat ijazah dalam bidang pendidikan di UKM.
Abah pernah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Austalia ke peringkat Phd.
Abah terpaksa menolak tawaran itu kerana nenek tidak merestuinya.....
Pengorbanan seorang anak kepada ibunya...

Setelah pencen sebagai kakitangan awam, abah aktif 
sebagai penceramah agama dibawah JAKIM hingga sekarang.
Abah juga memegang jawatan penting semasa dalam perkhidmatan dan di kampung.

"maafkan kakak ye abah......"

Yang paling ibu bangga,
Abah mampu mendidik kami secara seimbang dalam bidang agama dan akademik
hingga  kami berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing hari ini.
Anak-anak abah bergelar doktor , pengurus syarikat ternama,
guru ( 3 orang) dan pelajar tajaan JPA diluar negara ( dan bakal bergelar doktor juga)....
Abah adalah idola dan tempat rujukan kami.
Abahlah sumber inspirasi kami semua.
KAMI SAYANG ABAH.

Semoga Allah sentiasa melindungi abah dan kurniakan kesihatan yang baik pada ABAH
demi meneruskan tugasnya untuk berbakti kepada agama....amin....

p/s:
Selamat menyambut Israj Mikraj.....

24 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...Reply To This Comment

Tahniah Abah. :)

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....setinggi2 TAHNIAH buat 'abah' dinda...
semuga Allah rahmati dan berkati 'abah'..dunia & akhirat...
Insyaallah..
amin.

NzA berkata...Reply To This Comment

to kakcik
Terima kasih kak cik....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
InsyaAllah....amin...dan semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik pd abah dlm menjalankan tugas2nya utk agama.....

ariana berkata...Reply To This Comment

Mmg layak menerima anugerah tu..banyak kejayaannya..

NzA berkata...Reply To This Comment

to ariana
TQSM kak...kejayaan abah adalah inspirasi utk kami semua.....

ckLah @xiiinam berkata...Reply To This Comment

Hebat abah Ibu...
Alhamdulillah.

Tahniah Tuan Guru!

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

sepatutnya berbangga memiliki seorang abah yang hebat. kita bagaimana agaknya!

Unknown berkata...Reply To This Comment

Tahniah Abah

NzA berkata...Reply To This Comment

to cklah
terima kasih cklah...walaupn apa pun abah kita, ttp bangga krn memilikinya......

NzA berkata...Reply To This Comment

to IM
sgt2 brbangga dan abahlah idola n rujukan kami...syukur pdNya....

InsyaAllah, moga kita juga mampu jadi anak yg hebat dimata mrk....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
Terima kasih mamaQS.....

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

tahniah buat abah ibu...mmg terbaik..

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
terima kasih......kagum dgn abah....

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

tahniah utk abah NzA....

Salmi berkata...Reply To This Comment

Tahniah buat abah Yah..
Bertuah Yah adik-beradik..

NzA berkata...Reply To This Comment

to MP
Terima kasih MP....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
terima kasih kak mie...kami brtuah memiliki seorg abah yg amat penyayang...

Wanie Azeera berkata...Reply To This Comment

tahniah Ayoh Lah :)

sal ya berkata...Reply To This Comment

tahniah abah!!!

NzA berkata...Reply To This Comment

to wanie azeera
TQSM wanie......

NzA berkata...Reply To This Comment

to anisalya
TQSM dear....

ummiross berkata...Reply To This Comment

Tahniah Abah..
Alhamdulillah, moga Abah NzA terus diberi kesihatan yang baik dan akan sentiasa berkongsi ilmu..

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
TQSM ummi....sntiasa brdoa agar abah terus diberi kekuatan utk brbakti pd agama dan bangsa.

About me