Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Jun 2012

Misi Berjaya

Weekend  lepas pihak kolej membenarkan pelajar pulang.
Setiap hari ibu dan along menghitung hati.
Kerinduan yang sarat didada tak dapat digambarkan.....

Tiba-tiba hari Jumaat Along call tak boleh pulang kerana 
terpilih mewakili kolej dalam 1 program peringkat negeri.
Dalam esak tangisnya along call ibu......Dan hati ibu  hanya Allah saja yang tahu....
Sedih dan kecewa namun tetap redha.....

Tiba-tiba pagi Sabtu Along call lagi...
"Ibu, petang ni Along boleh balik tau...program tamat petang."
Nanti ibu cakap kat ayah jemput along ye......"
Hati berbunga riang.
Walaupun dalam hati berkira-kira....
Bukan dekat jarak kolej along tu dari rumah.
Pergi/balik untuk Sabtu dan Ahad memakan masa hampir 8 jam.
Demi anak dan kerinduan ini, Ayah dan ibu sanggup.
Rupanya dalam diam, Ayah juga menanggung kerinduan pada Along.
Tak sangka rupanya setiap hari Ayah akan call along.
Alahai ayah....lebih dasyat dari ibu rupanya.....

Lebih kurang pukul 2 ptg Sabtu kami bertolak.
Pukul 4.10 petang kami tiba di Asrama B1 KMM-Kolej Matrikulasi Melaka....

 Along sudah tercegat di tepi dinding asramanya.
Meluru memeluk dan mencium ibu.......
Badan Along agak susut.......
Dan yang paling along sedih bila adik kesayangan merangkap best friendnya, Angah tiada.
Angah terpaksa menghadiri kem kecemerlangan SPM selama 3 hari 2 malam....
Sebab tulah angah beria-ia nak menarik diri........

di depan asrama....
Wajah Along berbunga riang.

 OTW bertolak balik, along meminta ayah singgah di TESCO..
Ibu dah agak mesti Along dah rindu nak makan sushi.....

Beli 6 paket sushi.
Bukan setakat sushi, along minta nasi lemak, pizza, roti kopi dan macam-macam.
MasyaAllah, kesiannya ibu tengok Along makan.
Macam orang Ethopia yang kebuluran.
Tersentuh hati ibu bila Along beritahu dah 3 hari dia tak makan nasi sebab demam dan tak
larat nak ke cafe...hu.hu.hu.......

 Si Farouk pun pengemar sushi....Kalau setakat 1 paket tu sekali makan je....

dan rutin biasa bila Farouk bershopping dengan ayah.
Dapat 4 biji "hot wheels" tiruan nie.......
Kalau dengan ibu maaf le, confirm tak dapat.....

Sampai rumah dah 9 malam.
Badan penat sangat.
Esoknya along request nak makan macam-macam.
katanya dah 1 bulan rindukan masakan ibu.....

 ibu masakkan spaghetti carbonara.
Sosnya ibu beli yang dah siap dalam tin....
MasyaAllah, Along makan tak toleh kiri kanan.
Minta ibu bekalkan ke kolej lagi...

 Along juga teringin nak makan kerabu kaki ayam....
Resepinya klik sini .

dan ayam masak merah.....
Disamping tu ibu bekalkan makanan ni untuk along.

Pukul 2.30 petang kami jemput angah yang baru tiba di sekolah,
Beby ke Muar kerana hadiri pre ujian "black belt" (next n3).
Lebih kurang pukul 4.45 petang kami tiba di kolej setelah 2 jam perjalanan.
Sekali lagi Along memeluk ibu erat.
Mukanya mula berubah sedih.
Hati ibu sayu......ibu menahan air mata ini.
Takut jadi drama sedih pulak nanti....

Selamat tinggal Along.
Sebulan lagi kita akan bertemu InsyaAllah.
Walaupun baru berpisah beberapa jam, 
kerinduan pada Along terus menyesak di dada.....hu.hu.hu...
Take care ye Along....

26 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...Reply To This Comment

Demi anak, seorang ibu sanggup buat apa saja. :)

Kesian Along...

Unknown berkata...Reply To This Comment

itulah mama tanggung setiap hari tahun lepas kak... masa tulis komen ni menitis air mata mama, mama amat memahami perasaan kekanda ku ini...

sal ya berkata...Reply To This Comment

sabar la. mmg mcm tu br2 msk. tp ada jgk yg homesick lm gila. tp lm2 mst ok punya la. mkn tu biasa jugak. kdg2 mkn kdg2 tak.

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

bestnye kak, ada macam2 menu utk along. takpelah kak jangan bersedih ok. lagi sebulan boleh jumpa lagi. kita sama2 doakan semoga along ok kat kolej

NzA berkata...Reply To This Comment

to kakcik
betul tu kakcik, demi krn mereka....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
TQSM dear krn kita sama2 alami kisah yg serupa cuma mamaQS lebih awal dr akak......itulah kasih seorg ibu kan....

NzA berkata...Reply To This Comment

to anisalya
2lh, dulu pn kita prnah lalui semua tu ttp mungkin masa zaman akak xmcm anak2 skrg..anak2 skrg lebih manja n xbegitu kuat mcm org dulu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
demi anak si ibu snggup lakukan apa saja trutama ttg mknan tu...InsyaAllah moga kami makin kuat lalui semua nie.....

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....membaca sambil biarkan aje tears drop....

.....cos,kanda dah melaluinya.....

the key words..'SABAR' & "DOA"....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
hu.hu.hu....sakit menanggung kerinduan...apa pun tetap sabar n redha...cuma trkdg kerinduan tak mampu ditahan.......

Salmi berkata...Reply To This Comment

Kakak mu ini cukup memahami kerana dah bertahun melaluinya. Tahun ni kerinduan berganda..

syiela berkata...Reply To This Comment

Demi mereka kan.. Anak saya kecik2 lagi.. huhuhu kang mesti camni juga

ariana berkata...Reply To This Comment

Terubatlh sedikit kerinduan ye..demi ank2 kita kena kuat walaupun dlm hati hanya tuhan yg tahu..
Wah..mcm2 yg along nk mkn ye..mknn yg x de di kolej dan air tgn ibu yg palibg mahal tu..

Teratak Hami berkata...Reply To This Comment

kak... kelakarlah along. Memang betul akak cakap mcm Ethopia kebuluran. Rindu benar dia dgn akak & masakan akak ye.

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

along pun nampak happy je dapat balik jumpa ibu ayah.. :-)

duduk kampus memang makan tak memuaskan hati..tak sama macam mak hidangkan..

NIA berkata...Reply To This Comment

alalala rindu sangat lama tak jumpa.nampak muka along happy je bila dapat jumpa akak :D

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Sayu sangat dengar 3 hari Along tak makan nasik sebab demam dan tak larat nak ke cafe..sedih..

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
hu.hu.hu....sedihkan menanggung rindu pd anak..Mungkin tahun dpn n thn seterusnya yah akn brada ditmpt kak mie skrg krn anak2 kita lahir jarak yg rapat.......

NzA berkata...Reply To This Comment

to syiela
putaran masa dik...pasti kita akn lalui semua tu.....itulh perasaan ibu/bapa kita....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ariana
2lh, trubat kerinduan kami walaupun seketika....

airtangan ibu tetap terbaik di tekak anak2 kan kak.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to TH
akak pn trperanjat tgk along mkn..katanya xkenyang w.pn mkn mcm2..kebulur betul budak tu...hu.hu.hu......

2lh kasih ibu pd anak....

NzA berkata...Reply To This Comment

to murni
mmg hepi sgt2..sepjg prjlnan xhenti2 dia brcerita...mcm2 dia nk kongsi....

betul tu..masakan ibu yg trbaik kan....

NzA berkata...Reply To This Comment

to sizuka
2lh hepi sgt2 dia...xtaulh kalau dia dok oversea mcm izzati dulu...agaknya ibunya yg over sedih...hu.hu.hu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
2lh kesian sgt2...masa call dia xde pn ckp xmkn nasi selama 3 hr..bila jumpa baru dia ckp cz takut ibu sedih...hu.hu.hu....

ummiross berkata...Reply To This Comment

Tentu seronok kan NzA dapat jumpa Along walaupun sekejap. Ummi pun anak lelaki yang bongsu tu,sejak ummi balik semenanjung, hampir tiap minggu balik ke Bangi.Kalau takde tiket kami pulak sanggup ke sana..begitulah kasih ibu ayah kan NzA..

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
mmg seronok sgt ummi bila dpt jumpa anak2 ttp skrg ni kerinduan brtandang lagi....Anak ummi blajar kt UKM ek????

About me