Minggu ni agak sibuk.
Kelmarin berkejar-kejar dipadang untuk latihan sukan/olahraga.
Semalam cikgu pula kena kejar oleh ibu bapa.
Hari ni ada 2 program serentak, Hari Terbuka dan Perjumpaan Khas Ibubapa Thn 6.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....
Prestasi si bujang Farouk ada peningkatan.
Syukur Alhamdulilah.
Tak sia-sia perubahan sikap farouk kebelakangan ni....
Cuma ibu agak kecewa kerana prestasi Naurah agak merosot kali ni.
Naurah berada dirangking ke 3 keseluruhan Tahun 6.
Bila berbincang dengan cikgu kelasnya Miss Helen,
punca permasalahan Naurah ialah dalam penulisan
Bahasa Inggeris.
Menurut teachernya Naurah cuba melakukan kelainan dalam mengarang.
Mungkin belum tahapnya lagi untuk mengarang dalam
bentuk aras tinggi seperti pelajar sekolah menengah.
Ibu tahu Naurah amat meminati Bahasa Inggeris.
Dia suka cabaran.
Cuma percubaan kali ini memerangkap dirinya sendiri.
BIla mengarang dia menggunakan bunga-bunga bahasa dan dari itu
Naurah melakukan beberapa kesilapan dalam struktur ayatnya.........
Dan akhirnya markah Bahasa Inggerisnya juga jatuh ke tempat ke 3 keseluruhan tahun 6.
Moga Naurah mampu menaikkan semula rangkingnya
pada peperiksaan percubaan UPSR nanti.
InsyaAllah........
Dan akhirnya markah Bahasa Inggerisnya juga jatuh ke tempat ke 3 keseluruhan tahun 6.
Moga Naurah mampu menaikkan semula rangkingnya
pada peperiksaan percubaan UPSR nanti.
InsyaAllah........
19 ulasan:
Teruskan usaha Naurah. Jangan putus asa!
(Hehe...macam ulasan guru kelas di slip peperiksaan je komen ckLah ni.)
to cklah
he.he.he....kalau dh namanya cikgu camtulah...gaya brjln pn org dh kena, apatah lg gaya brckp...xgitu cklah......
Alhamdulillah, Farouk dah ada peningkatan, selalunya lelaki macam tu lah NzA, nanti bila dia dah pecut,takkan menoleh kebelakang lagi insyaAllah.
To Naurah, bagus tu kalau ingin mencuba, tapi tentu perlukan bimbingan kan NzA..
to ummiross
Alhamdulillah, skrg farouk dh matang sikit n ada la "sedikit" kerajinan utk buat hw....cuma perlu lebih usha....
2lh, naurah ni jenis suka pada cabaran n prsanigan..kalau boleh dia nk yg tratas...cuma dia prlu pemantauan n bimbingan lg utk mengcukil bakatnya tu....
InsyaAllah, Naurah akan belajar dari kesilapannya. :)
semoga kesilapan itu membangkitkan semangat naurah utk lebih berjaya...
alhamdulillah..... kan mama qs cakap farouk macam hero hindustan menang last minit...hehehehe
naurah perlu berusaha lagi, tapi seeloknya kena cakap dengan dia kita perlu berada pada laras yang betul jangan kerna terlalu ingin mengejar laras atas kita keciciran nanti,....
to kakcik
InsyaAllah..mudahan dia jadikan itu sbgai 1 peringatan....
to JS
mudahan begitulah..biar dia belajar dr kesilapan....
Minggu depan sekolah anak saya pulak perjumpaan ini. Tak sabar nak panjat tangga sekolah :-)
to mamaQS
yelh mama, baru nmpk sedikit prubahan n semoga dia terus meningkat....
2lh, trkdg budak2 cemerlang ni trlalu ingin brada di atas...mrk rasa xpuas kalau xdpt kalahkan rakan2nya...moga naurah belajar dr kesilapan itu.....xsemestinya yg kita rasa baik itu sesuai utk kita....
to TH
he.he.he...selamat mendaki tangga sk....
takpe k.nza
jangan la kecewa..
biarkan dia belajar dari kesilapan
dari situ, dia boleh perbaiki lagi penulisan :))
.....PENAT..LETIH...kan dinda!!!
ha..Syukur Tuhan,dah Jumaat....
...ada 2 hari utk rehat....
jangan putus asa ,teruskan berusaha buat Naurah...
Good job Farouk..teruskan usaha anda!!
to h4ni3
frust gak hanie cz paper 1 dia dpt full mark ttp markah kertas 2 kurg memuaskan...moga dia lebih brhati2.....
to mamaijat
mmg amat memenatkan kanda ttp nk buat camne dh tugas...hu.hu.hu....
Alhamdulillah Naurah dpt menerima komen membina dr teachernya tu...
Syukur, moga dia terus berubah....
Bagus la Farouk makin meningkat.. Harap2 peningkatan akan berterusan..
Insyaallah sbg murid yg bijak, Naurah pasti dpt memperbaiki kesilapannya..
to kak salmi
ada sedikittttt peningkatan kak mie...apa pn yah brpuas hati krn selama ni dia tu mmg byk penyakit M....
Hrp2 begitul kak mie...frust jugak yah bila tetiba dia jatuh di rangking ke 3 sdgkan subjek lain masih mantain A+....
semoga naurah belajar dari kesilapannya.
Catat Ulasan