Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

21 Jun 2012

Princess Arora.......

Hari ini sekolah ibu "cuti peristiwa" sehari sempena kejohanan olahraga semalam.
Seronok bersantai sampai tak ada masa nak update blog...he.he.he...
Hari ini ibu membuta sepanjang hari.

Pada pagi Rabu kami sibuk dengan raptai di padang
dan sebelah petang adalah acara kemuncak kejohanan.
Acara dimulai dengan perbarisan......

Kalau orang lain berpakaian sukan tetapi Naurah pula melaram sebagai princess.
Itulah tugas Naurah setiap tahun, gadis "pengusung papan tanda"........
Dan kebetulan Naurah menyandang jawatan Naib Pengerusi Rumah Biru @ Samudera..
Ibu pun tak tahu macam mana Naurah dipilih oleh rakan-rakan
jadi Naib Pengerusi sedangkan
dia tidak aktif dalam sukan...confius jap!!!!!

Nak buat macam mana anak-anak ibu bukan tergolong dalam katagori athelit.
Mungkin mewarisi keayuan itu dari ibu.....he.he.he....ayulah sangat..perasan!!!!!
Ayah pun tidak aktif dalam sukan tapi ayah pernah menjadi jurulatih perahu layar
peringkat negeri dan pernah melatih peserta SUKMA.....

Princess Naurah diapit oleh zoro dan sang gajah.......

Sang Gajah yang kelakar sedang mengusik princess......


Acara perbarisan yang diwakili oleh 4 buah pasukan yang bertanding.
Cikgu-cikgu yang beria-ria menghias budak-budak ni.
Maklum la budak sekolah rendah, dari A-Z cikgu yang kena uruskan.
Penat memang penat tetapi seronok tengok ibu bapa enjoy melihat anak-anak mereka...

Di bawah panas terik matahari.....

Seperti yang telah diduga, pasukan Samudera a.k.a Princess Naurah
telah menyandang Johan dalam perbarisan itu.........



16 ulasan:

cheqna berkata...Reply To This Comment

teringat kisah dulu2 ni
hehehehe
tahniah princess naurah =)

NzA berkata...Reply To This Comment

to cheqna
Thanks.......lama cheqna menyepi.

Unknown berkata...Reply To This Comment

Hehehe comei naurah

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
itu jelah sumbangan yg mampu Naurah bagi utk pasukannya...ngee....

ummiross berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah dah dapat berehat satu hari, esok start 'bersilat' balik ye NzA..

Comel je princess tu, mana prince charmingnya?

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
betul tu ummi, hr ni dh mula mengadap kerja2 yg mendatang...xpernah habis2...

he.he.he...prince charmingnya dh ditukar jadi badut....

Teratak Hami berkata...Reply To This Comment

teringat zaman sekolah dulu2. Acara perbarisan mmg ditunggu-tunggu. Dressing perbarisan mmg meletop.

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Menariklah, manis sungguh Princess Naurah tu! Tahniah dapat Johan perbarisan!

NzA berkata...Reply To This Comment

to TH
anak2 suka sgt w.pn trpaksa brpanas....

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
TQSM ....itu jelah yg mamapu Naurah lakukan...he.he.he...

Unknown berkata...Reply To This Comment

Ya Allah.. comel2 sungguh mereka :))

NzA berkata...Reply To This Comment

to shima
2lh, suka tgkkan budak2 ni pakai beragam....

Lily@MamaZaraZareef berkata...Reply To This Comment

Bestnye naurah melaram jd princess ye. Congrats dpt johan perbarisan k.saye seumur hidup pernah skali je jd minah pengusung papan tanda ni. Form 3 time tu siap kena paksa pakai bj pengantin..hihi..

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
itulh kerja si naurah ni lily maklum la dia bkn athlet..masuk 1 acara je..tu pn nasib baik dpt jugak naib johan...he.he.he...

mesti comel je lily masa tu.....he..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Wah, lega dah habis sukan.. Sekolah akak belum buat lagi..

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
lega 1 bab kak mie, ada lagi program sedang menanti minggu ni...hu.hu.hu....

About me