Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Oktober 2013

Ukur Jalan

Bermula hari Khamis masa ibu banyak dihabiskan di dalam kereta.
Petang Khamis ibu ke Melaka untuk menjemput Along di UTeM.
Sempat singgah di Mydin MITC.
Anak-anak dara ibu dah mewarisi kegemaran ibu......bershopping!!!!!
Mydin di MITC.
Dekat je dari UTeM.

Naurah dah mula rambang mata.
Sempat juga dia sambar 4 helai t-shirt, Beby 2 helai dan Along sehelai...
Sempat juga Along beli sebuah handbag.
Katanya ada offer...70%., bila ibu tengok harga RM145 jugak...
Aduyai..anak-anak......
RM145 je??????

Kalau ke Mydin memang tak sah kalau tak beli big apple, feveret kami anak beranak.

Esoknya kami ke Kuantan untuk menjemput Angah pula.
Perjalanan memakan masa antara 3-4 jam......
Angah bercuti selama sebulan setengah sebelum melangkah ke semester ke 2.
Terpaksalah barang-barangnya diangkut balik.....

Kami tiba di Kuantan dalam pukul 2.00 petang.
Masa sampai Angah dah siap menunggu dengan beg-beg yang menimbun.....


Operasi angkut mengangkut.

Macam nak pindah randah rupanya....
Sebelum balik kami singgah ECM.
Kat ECM kami cuci-cuci mata je sebab kejar masa nak balik semula ke Muar.

Singgah pekena oblong kambing di Muaazah Shah....
Setiap kali lalu MuaazamShah mesti kami singgah beli oblong kambing nie.

Hari Ahad kami ke Melaka lagi untuk pulangkan Along semula.
Highway agak lengang.

Singgah lagi kat Mydin MITC sebelum hantar Along ke kampus.
Shopping lagi dan lagi.
Kali ni Angah pulak beli jubah.
Katanya untuk raya haji nanti.

Dan pekena big apple lagi....

Dalam pukul 1.00 petang kami tiba di UTeM.
Ni pejabat pentadbiran.

Akhirnya tiba di asrama Lestari tempat penginapan Along.
Masa ibu nak balik mulalah Along berdrama airmata.
Begitulah sejak belajar kat matrikulasi ibu dah saksikan drama swasta Along tu....
Peluk-peluk ibu dan yang paling tak tahan boleh dia duduk dalam kereta dengan selamber katanya:
"Ibu boleh tak Along tak nak dok sini...Along nak balik rumah....huk.huk.huk....."
Alahai anak manja sorang nie.
Dah besar pun masih manja.
Sebenarnya ibu pun sedih jugak........

p/s:
Maaf ye sebab sekarang ibu amat-amat sibuk.
Tak sempat nak jengah blog kawan2..
Nak buat n3 pun tertangguh....huhuhu.....

5 Oktober 2013

Sweet Seventeen.

Semalam genaplah usia Beby a.k.a Farah Najdah 17 tahun.
Pagi ni baru sempat buat n3 sebab semalam seharian ibu di Kuantan...
Maaf ye Beby.....huhuhu...

Cepat sungguh masa berlalu.
Dah besar puteri ke 3 ibu.
Seorang anak yang berdikari,
agak degil tetapi sensitif,
suka berdebat terutama dengan ibu,
penyayang dan mengambil berat,
manja,
minat memasak,
TETAPI
agak malas belajar.....huk.huk.huk...(anak sapalah tu...)
 tapi syukur  alhamdulillah kerana dikurniakan otak yang bijak....

Cepat sungguh masa berlalu...Beby ibu dah makin dewasa,..
Namun gelaran Baby @ Beby masih melekat dibibr ahli keluarga kami semua....
Beby tetap baby girl ibu....

Ada kenangan pahit sewaktu ibu sarat mengandungkan Beby.
Kereta yang ibu pandu dirempuh dari belakang sehingga perut ibu terhentak
pada stering kereta....
Kereta Cina yang merempuh rosak teruk tapi alhamdulillah
kereta ibu mengalami kerosakan yang minimum.
Cuma doktor bimbang keadaan ibu dan bayi dalam kanungan.
Ibu diberi cuti selama 1 bulan.
Ibu redha dan pasrah...terima segala kemungkin yang akan tiba.
Hampir 45 hari ibu lumpuh sebelah badan sewaktu dalam pantang.
Tidak mampu mengangkat tangan dan tidak mampu menyusukan Beby....
Ayah pula kemalangan sewaktu OTW pulang ke kg sewaktu hari Beby dilahirkan.
(Masa tu ibu dah dihantar pulang ke kampung selepas terlibat dalam kemalangan)
Habis kereta ayah (depan /belakang) rosak teruk akibat dirempuh bertunda-tunda..
Semua itu ujian buat kami sekeluarga.......
Syukur Alhamdulillah, ayah masih mampu tersenyum di depan ibu...
dan ibu masih mampu
sabar dalam menempuhi ujian itu........
Oklah kita lupakan kisah sedih.
Semua itu tinggal kenangan pahit buat kami sekeluarga......

Petang Khamis kami ke Melaka untuk jemput Along di UTeM.
Terus singgah ke Mydin MITC untuk celebrate birthday Beby.
Cuma ada 4F. Angah masih kat UiTM Kuantan.
Tak lengkap rasanya tanpa Angah.....

Birthday girl nak makan western food.

Beby nak makan mee sizzling.
Rasanya kurang sedap bagi tekak ibu....

Yang lain order chicken chop.....
Naurah dan Farouk order menu yang sama.
Chicken chop + cheese + sos mushroom....

Yang lain order menu chicken chop + sos black pepper...
Nak tunggu lamb chop lambat so tibai jelah chicken chop....
Dari segi rasa...emmmm, cukuplah sekali ni je makan kat situ.

Doa ibu buat Farah Najdah a.k.a Beby:
Ya Allah,
Kurniakan Farah Najdah kesihatan yang baik, minda yang cerdas, bijak, ingatan yang kuat,
hati yang terang.....
dapat memahami apa yang dipelajari, yang dibaca dan didengar...
Berikanlah kejayaan yang cemerlang dalam SPM yang bakal dilaluinya nanti,
Dan jadikan Farah Najdah seorang anak yang kuat, tabah, sabar,
berakhlak mulia, mendengar kata dan cemerlang di dunia dan akhirat.
Amin...amin...amin......

Beby merupakan salah satu anugerah yang amat bernilai buat ibu dan ayah....




3 Oktober 2013

Sejarah dan Beby

Sebut subjek Sejarah, muka 3FARAH tiba-tiba blurrrr.....
Along, Angah dan Beby adalah cucu dan anak kepada seorang pakar Sejarah dan 
anak saudara kepada cikgu Sejarah yang cemerlang tapi tidak meminati subjek Sejarah.
Menurut mereka subjek Sejarah lebih susah berbanding Add-Maths, Fizik, Biologi,
dan subjek-subjek sains lain...
Alasan orang yang tak minat nak baca buku Sejarahkan......
Memang confirm anak ibu tu sebab ibu pun sama jugak....
Walah....anak-anak ibu nie.....

Tapi yang peliknya dalam SPM Along dan Angah mampu mendapat
A+ dalam subjek Sejarah......
Dan sekarang Angah dah mula berjinak dengan Sejarah malah
terpaksa menyintai subjek itu
sejak bergelar pelajar Asasi Law.....Apa nak buatkan Angah...kan..kan...
Jangan sesekali nak berdebat tentang Sejarah dengan
Angah saat ini sebab semuanya  dah berada dihujung bibir....

2 minggu lepas Beby membuat kejutan bila namanya diumumkan
sebagai Johan dalam pertanding kuiz Sejarah.
Boleh caya ke??????
Balik sekolah terjerit-jerit memanggil ibu.
Melompat-lompat lupa diri yang dia tu dah anak dara.
Aduyai..terkejut ibu...ingatkan apa la yang dia kecohkan tu....
Masa tu ibu baru lepas solat...berkejar keluar dengan muka pucat lesi...

Bersungguh-sungguh menunjukkan piala pada ibu.
Bersama piala yang dimenanginya.
Tak habis-habis kata dia amat tidak sangka bergelar juara......
Bangga sangatlah tu....

Suruh ibu snap lagi dan lagi.....

Zoom sikit untuk dijadikan kenangan.....
Gitulah berlaku "kejakunan" bila sesuatu subjek yang tidak pernah
ada kat minda tetiba mampu merealisasikan serta membuahkan hasil..
Eh, faham tak ayat ibu tu????
Ibu pun tak faham....he3x....

Mudah-mudahan Beby pun mampu buat kejutan masa SPM nanti
terutama dalam subjek Sejarah seperti yang telah Along dan Angah buktikan....
BOleh kan Beby??????

1 Oktober 2013

Resepi Aiskrim Goreng dan Naurah

Lamanya tak bercerita tentang Farah Naurah
Puteri ke 4 ibu.
Dulu bila bersekolah di sekolah yang sama dapatlah ibu ikuti
setiap perkembangan Naurah.

Dah besar Najwa Latif...oppssss!!!!!!baby girl ibu nie...
Cepat sungguh masa berlalu...

Hari nak cerita projek Naurah buat aiskrim goreng.
Minggu lepas senyap-senyap je dia buat aiskrim goreng.
Alih-alih dah masak.
Bila ibu rasa memang sedap.
Ibu kan suka kecoh...
Tak putus-putus dok puji anak dara sorang tu......
Kes bodek sebenarnya.....he3x...

Petang semalam belum pun sempat Naurah nak parking montot
 ibu dah sibuk suruh dia buatkan aiskrim goreng...
Alahai kesian Naurah, baru balik dari sekolah dah jadi mangsa buli ibu.

Ok ibu tepek dulu resepi kat sini ye:
Ibu ajar cara untuk sediakan sekeping aiskrim goreng.
So nak buat berapa banyak terpulanglah:
Bahan berserta cara-cara: 
*Lembapkan dulu 2 keping roti dengan air(nak spray pun boleh)
*letakkan 2 sudu besar aiskrim di atas roti
*tutup aiskrim dengan sekeping roti lagi.
*Tekan dengan menggunakan cawan atau gelas
(pastikan kedua2 roti itu bercantum)
*Masukkan ke dalam plastik dan simpan dalam dalam frezeer selama 2-3 jam.
*Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
*Pastikan minyak betul-betul panas.

Maka terpaksalah kami makan dulu "sisa2" roti lebihan projek mega tu.
Kesiankan......rasa insaf tiba-tiba bila cicah sisa roti dan menyuap ke mulut.......
Huwaaaaa...sayu hati...

Tak sampai 1 jam ibu dah kecoh suruh Naurah goreng aiskrim nie.....

Kesan gigitan ibu yang tak sabar....Emmmm memang nyummy..sedap sangat.
Ranggup diluar.....sejuk di dalam......

Satu-satunya model yang ada sebab model lain tidak menutup aurat....he3x......
Tak putus-putus KAGUM dengan kepandaian kakak kesayangannya membuat roti goreng.....
Ibu dah agak ni mesti kes membodek nak lebih tu......

30 September 2013

Skype...WhatsApps...SMS...FB...Blog

Sejak Along dan Angah berada jauh, 
kerinduan ibu pada anak-anak semakin hari semakin parah....
Aduyai...macam orang kena penyakit kritikal la pulak ibu nie..."OVER".....
Kerinduan ibu terubat bila dapat menatap wajah anak-anak dari jauh.
Mengikuti setiap perkembangan mereka melalui gambar-gambar yang mereka hantar
melalui FB dan Whatsaaps.....
Sekarang Angah sibuk dengan exam semester 1 dan agak menyepi.
Sesekali je ibu berhubung dengan Angah.
Ibu tidak ingin study angah terganggu......
Dari kejauhan ibu doakan agar Angah terus cemerlang di sana.
Ibu tahu Angah anak yang hebat.........
InsyaAllah beberapa hari lagi Angah balik bercuti sebelum melangkah ke semester 2...

Sekarang Along agak lapang.
Masih ada ruang masa untuk ber"skype" dengan ibu setiap malam
sebab seminggu Along ada kuliah cuma 3-4 hari saja....
Terubat rindu pada anak-anak.....
Emmmmmm...beginilah agaknya yang mama ibu rasa setelah ditinggalkan anak-anak.....

Aktiviti kami setiap malam....
Along dan Farouk masih mampu "bergaduh" manja a.k.a usik mengusik 
walaupun tinggal berasingan.
Terkadang hati ibu sayu bila melihat along makan sambil
ber"skype".
Along satu-satunya anak ibu yang kuat makan.
Paling menyentuh hati bila tengok along mengunyah makanan.
Kesian anak ibu.....huhuhu....

Namun ibu lebih beruntung berbanding mama sebab ibu mampu menatap wajah
anak-anak bila ber'skype'.
Ibu mampu menatap gambar dan mengikuti perlembangan anak-anak kerana setiap masa
mereka 'send' gambar-gambar mereka di FB , email dan whatsaaps.....

Gambar-gambar yang Along bersama rakan-rakan di UTeM.
Lega hati ibu bila menatap wajah ceria Along....
 Di bilik kuliah


 Bersama rakan sekuliah....

Anak manja walaupun dah menganjak dewasa....

Gambar-gambar Angah bersama rakan-rakan UiTM Kuantan.
Aktiviti santai-santai untuk relese tension bersama rakan-rakan.
Angah bertudung hijau bersama rakan-rakan di Teluk Cempedak....
Pic ni masa Angah baru abis exam.

Anak ibu yang berdikari.

Outing dihujung minggu bersama rakan-rakan..

Alhamdulillah anak-anak akan memaklumkan pada ibu
setiap aktiviti yang mereka lakukan setiap hari walaupun tanpa ibu minta.
Mereka sudah terbiasa dengan keadaan sebegini.
Kerana bagi mereka ibu orang yang paling rapat dan BFF mereka.

Setiap saat dah ketika ibu tidak putus-putus berdoa dan
bertasbih buat anak-anak ibu.......
Semoga Allah sentiasa melindungi Along dan Angah yang jauh
dimata dan sentiasa dihati ibu.....

28 September 2013

Beby dan Solat Hajat Perdana.

Malam tadi sekolah Beby mengadakan Solat Hajat Perdana bagi pelajar-pelajar
yang akan menduduki PMR, SPM dan STPM di Masjid Jamek.
Si Beby ni pun satu, selalu maklumkan pada ibu saat-saat akhir.
Biasa macam tulah anak-anak,
segala aktiviti akan dimaklumkan pada ayah terlebih dahulu dan
barulah ibu....huhuhu.....

Kebetulan ayah tak ada kerana ada meeting di KL selama 2 hari,
terpaksalah ibu pergi bersama Beby saja....
Yang kelakarnya ibu cadangkan kami pergi menaiki motosikal.
Terbeliak biji mata Beby sebab selama beli motosikal tu lebih kurang
setahun yang lalu tak pernah lagi ibu menaikinya.......
Dan untuk pengetahuan semua ibu tak pandai bawa motosikal.....he3X.
So semalam ibu sebagai pemboceng...
Itupun dah terjerit-jerit bila Beby bawa laju...
Dasar penakut....

SPM candidate.....

Bayangkannnn dua beranak yang berjubah nak merempit naik motosikal....wakaka....

Masjid Jamek ni dekat je dari rumah ibu..
Tak sampai 0.5km je pun.
Tapi yang tragisnya semasa tiba baru selesai operasi fogging.
MasyaAllah, asap berkepuk-kepuk buat ibu sesak nafas...Fuh!!!!!

Dua beranak ni sempat snap gambar bagai.
Sebagai kenangan untuk ditatap pada suatu masa nanti....

Selesai solat hajat dan majlis bacaan yasin disediakan
makanan untuk hadirin.
Ibu dan Beby cuma bersalam dengan cikgu-cikgu tanpa mengambil makanan.
Bukan apa, anak-anak ibu ni kalau dah malam-malam memang jarang 
makan nasi.
Takut membazir pulak.......

Ibu dan Beby singgah untuk beli burger bakar....
Burger bakar cheese yang melimpah ruah.
Untuk single sebiji RM7.50.
berbaloi-baloi sebab dagingnya tebal dan sedap.....

Burger bakar black pepper RM7.00
Ibu cuma beli 2 biji je dan kami kongsi makan berempat.
Itupun Farouk tak habis........

Semoga calon-calon PMR, SPM dan STPM
mendapat kejayaan yang cemerlang nanti...InsyaAllah...


27 September 2013

Stok Makanan Along dan Angah

Rutin biasa bila anak-anak tinggal berjauhan.
Soal makanan dan kesihatan jadi keutamaan
Pun begitu, makanan segera tetap ada.
Nak buat macam mana, faktor masa memaksa anak-anak perlu
juga dibekalkan dengan makanan segera.
Redha jelah.....

 Body-guard kesayangan ibu pasti ada.
Yang pasti tugas utama farouk tolak troli.
Bak kata orang, anak lelaki kena lasak dan dilatih bertanggungjawab terutama pada kaum perempuan..
tak gitu???hehehee...
Boleh caya ke farouk tu...

 Stok makanan Along dan Angah untuk 2 minggu...

Tidak ketinggalan stok susu segar.
Anak-anak ibu peminat susu segar cuma kat tempat kita ni susu segar agak mahallll.
Tapi dah minuman keperluan, mahal pun kena beli jugakkan.
Itulah rutin bila anak-anak nak balik ke kolej.
Seboleh-bolehnya ibu nak bekalkan keperluan yang secukupnya untuk mereka.


p/s:
Setiap kali masak makanan kegemaran along dan angah pasti hati ibu sayu.
Dah beberapa hari ibu tak mampu makan nasi di rumah walaupun
tugas rutin memasak berjalan seperti biasa....
Sanggup makan di kantin semata-mata kerana sayu hati...
Ya Allah..berikanlah ibu kekuatan.....

25 September 2013

Team Cheer Competition dan Beby

Hari Sabtu, seawal pagi Beby dah keluar rumah dengan menaiki motosikal ke sekolah..
Beby ni seorang anak ibu yang paling berdikari berbanding yang lain.
Beby  ke Gunug Ledang Resort dengan menaiki bas dari sekolah.....

Beby menyertai program anjuran OUM ( Open University Malaysia ) merangkap penaja
 utama beby dalam subjek Bahasa Inggeris.
Biasa begitulah...anak-anak tajaan OUM dibawa ketempat-tempat yang menarik
untuk jalani aktiviti.
Mungkin mereka ada budget yang lebih dan bilangan pelajar yang terpilih pun tak begitu ramai....

Diperkarangan utama resort.
Di sinilah program dijalankan selama sehari......

5 buah sekolah yang terpilih dalam Daerah Muar/Ledang dan setiap sekolah cuma 20 orang pelajar
terpilih ditaja setelah jalani ujian Bahasa Inggeris saringan....
Beby dan rakan-rakan menerima tajaan OUM sejak April 2012...
Dah 1 tahun lebih.....

Menurut beby, setiap program yang diikuti amat-amat menyeronokkan.
Sudah banyak program yang telah Beby ikuti..Klik SINI,SINISINI dan SINI
selain kelas Bahasa Inggeris setiap minggu.
Semasa program beginilah mereka berinteraksi dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya.
Orang dah minat memang enjoy sakanlah.
nak lawan speaking dengan ibu memang takde maknanyalah......lalala.....

Bersama rakan-rakan dari sekolah yang berlainan....

Banyak juga aktiviti yang dijalankan sepanjang program berjalan....


Bersama rakan-rakan pelajar tajaan OUM Daerah Muar/Ledang.

Tak sempat pulak ibu tanya Beby ni siapa????
Mungkin salah seorang tenaga pengajar ke atau pensyarah OUM?????
Maklumlah Beby ni seorang yang mesra alam.
Kat mana-mana dia tercampak pasti dapat kawan......
Cikgu-cikgu kat sekolah tu pun dah kenal sangat perangai Beby nie.......

Posing dulu bersama rakan-rakan sebelum balik....
Beby sampai rumah dah menjelang Maghrib.
Menurut katanya dia dapat Naib Johan dalam satu
pertandingan yang disertainya........

24 September 2013

Akhirnya Farouk..dot..dot..dot.....

Nasib Farouk tak sebaik 4FARAH.
Kalau masuk pertandingan, sukar Farouk nak menyangkut.
Mungkin sikap dia yang acuh tak acuh serta tidak bersungguh-sungguh.
Kalau bab mewarna Farouk memang hancuzzzz......
Berbeza dengan 4FARAH.....Along, Angah, Beby dan Naurah memang ada luck.
Setiap penyertaan pasti akan membawa balik kejayaan dan ada diantaranya 
hingga ke peringkat kebangsaan.

Terkadang ibu kesian juga dengan nasib Farouk bila dia
mengeluh sendiri kerana tidak mendapat tempat dalam pertandingan yang disertai....
Farouk : Ibu, kenapa Farouk tak pernah menang????
Ibu : Takpelah Farouk, nanti cuba lagi ye..Kita kena banyak sabar.
Nabi dulu pun selalu  bersabar..Allah sayang orang yang sabar.....
(Dalam hati timbul rasa kesian yang amat. Tapi itulah cara ibu memujuk dia....
Itu masa mood ibu baiklah, kalau tak memang ibu boo layan...)

Hari Isnin hati Farouk berbungga riang.
Hadiah kemenangan yang diidamkan tercapai juga walaupun cuma diperingkat sekolah.
Farouk merangkul Naib Johan dalam pakaian beragam sempena Sambutan Kemerdekaan.
Ibu rasalah, mungkin penyertaan tak ramai, sebab tu Farouk menyangkut......he3X.....
Klik SINI kalau nak tengok bertapa kelakarnya Farouk berpakaian Abang Polis hari tu...
Setiap kali tengok pic tu ibu tak tahan nak gelak.....Wakaka...

Farouk juga meraih tempat ke 3 dalam pertandingan basikal berhias.
Kegigihan Farouk menghias basikal ( klik SINI) membuahkan hasil.
Kegigihan ibu mengangkut basikal sampai berpeluh-peluh ke dalam MPV tak dapat apa-apa pun...walah....

Semoga semua ini menjadi pemangkin untuk Farouk lebih bersemangat
dan tekun untuk dapatkan sesuatu kejayaan.....
Alahai bujang ibu sorang nie.......

p/s:
Mesti farouk geram je bila baca n3 ni nanti......he.he.he........

About me