Bermula hari Khamis masa ibu banyak dihabiskan di dalam kereta.
Petang Khamis ibu ke Melaka untuk menjemput Along di UTeM.
Sempat singgah di Mydin MITC.
Anak-anak dara ibu dah mewarisi kegemaran ibu......bershopping!!!!!
Mydin di MITC.
Dekat je dari UTeM.
Naurah dah mula rambang mata.
Sempat juga dia sambar 4 helai t-shirt, Beby 2 helai dan Along sehelai...
Sempat juga Along beli sebuah handbag.
Katanya ada offer...70%., bila ibu tengok harga RM145 jugak...
Aduyai..anak-anak......
RM145 je??????
Kalau ke Mydin memang tak sah kalau tak beli big apple, feveret kami anak beranak.
Esoknya kami ke Kuantan untuk menjemput Angah pula.
Perjalanan memakan masa antara 3-4 jam......
Angah bercuti selama sebulan setengah sebelum melangkah ke semester ke 2.
Terpaksalah barang-barangnya diangkut balik.....
Kami tiba di Kuantan dalam pukul 2.00 petang.
Masa sampai Angah dah siap menunggu dengan beg-beg yang menimbun.....
Operasi angkut mengangkut.
Macam nak pindah randah rupanya....
Sebelum balik kami singgah ECM.
Kat ECM kami cuci-cuci mata je sebab kejar masa nak balik semula ke Muar.
Sebelum balik kami singgah ECM.
Kat ECM kami cuci-cuci mata je sebab kejar masa nak balik semula ke Muar.
Singgah pekena oblong kambing di Muaazah Shah....
Setiap kali lalu MuaazamShah mesti kami singgah beli oblong kambing nie.
Setiap kali lalu MuaazamShah mesti kami singgah beli oblong kambing nie.
Hari Ahad kami ke Melaka lagi untuk pulangkan Along semula.
Highway agak lengang.
Singgah lagi kat Mydin MITC sebelum hantar Along ke kampus.
Shopping lagi dan lagi.
Kali ni Angah pulak beli jubah.
Katanya untuk raya haji nanti.
Dan pekena big apple lagi....
Dalam pukul 1.00 petang kami tiba di UTeM.
Ni pejabat pentadbiran.
Akhirnya tiba di asrama Lestari tempat penginapan Along.
Masa ibu nak balik mulalah Along berdrama airmata.
Begitulah sejak belajar kat matrikulasi ibu dah saksikan drama swasta Along tu....
Peluk-peluk ibu dan yang paling tak tahan boleh dia duduk dalam kereta dengan selamber katanya:
"Ibu boleh tak Along tak nak dok sini...Along nak balik rumah....huk.huk.huk....."
Alahai anak manja sorang nie.
Dah besar pun masih manja.
Sebenarnya ibu pun sedih jugak........
p/s:
Maaf ye sebab sekarang ibu amat-amat sibuk.
Tak sempat nak jengah blog kawan2..
Nak buat n3 pun tertangguh....huhuhu.....
10 ulasan:
hehe...mesti berat je hati along nak balik asrama...
Memang. ukur jalan NzA ni... Jauh Perjalanan luas pandangan ;)
setiap kali nak tinggalkan anak, mesti berat hati kan NzA. Angah cuti lama ye, tentu kurang sikit kerinduan NzA nanti.
Aduhai... gitulah adat part nak berpisah sementara dgn family nj, sedih sayu semua ada..huhu..
seronok ni kak...jalan2 sambil soping2....big apple tu mmg peberet ramai tu...lieya suke yg almond tu....kerap kerup bile mkn...
hehehehe... kak ibu sebenarnya dinda dulu pun macam tu juga... kalau mak hantar boleh duduk je dalam kereta sampai kena halau le... hehehehe
anak sulung mmg la manja.seronok la ibu angah cuti lama kt rumah..:)
anak perempuan ramai cmni la kan,shopping n makan je la kerjanya.hehe
Saya sampai sekarang masih menigau kena balik asrama zaman muda2 dulu, hehe. Begitulah penangan dok asrama, tak best, rumah sendiri jugak yg best. Home sweet home :D
best shoping anak beranak yer...siap along dapat beli beg tu...hehe
big apple...sedapnyer dah lama tak makan..
jauh perjalanannya yer sampai kekuantan lepas tu kemelaka pulak yer..
penuh bonet kereta barang angah boleh tahan banyak tu.....
Anak dah besar2...makin jauh perjalanan ibu dan ayah menghantar anak2.
Catat Ulasan