Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Mei 2019

SHOPPING dan SHOPPING di TURKI

Perkara yang jadi agenda wajib kalau travel sudah pasti shopping!!!!!
Macam tak lengkap la kalau tak pergi tempat membeli belah.
Ibu biasanya sekadar beli souvineer jelah.

Banyak sebenarnya tempat yang kami singgah.
Dan setiap tempat yang kita pergi pasti ada menjual souvineer.
Kena pandailah bandingkan harga.

A. Turkish Delight Shops-BURSA
Punyalah teruja adik ibu bergambar depan kedai tu 
sebab sempena nama hujungnya...

Boleh rambang mata masuk sini.
pelbagai delight dijual.
Ada sudut tester setiap delight.


Dikelilingi desert versi Turki.
Bungkusannya memang tip top la.
Cantik untuk dijadikan buah tangan.

B. Olive Oil Shop-IZMIR
Kedai menjual pelbagai minyak zaitun dan produk kesihatan.
Harganya agak mahal.
Maklumlah barangan berkualiti dan tempatnya pun agak strategik.

C. Leather Factory Showroom-KUSADASI
LFS ni milik kerajaan.
Masa kat sini kami menyaksi fesyen show...
Punyalah cantik jelita dan handsome modelnya....
Tak berkelip mata ibu tengok kejelitaan dan ketampanan model-model di sini.

Selesai melihat fesyen show kami dibawa ke bilik untuk diberi taklimat.
Seterusnya dibawa ke bilik yang menjual produk mereka.
Factory ni milik kerajaan Turkey.
Sesi penerangan. Ibu dengar jelah...emmmmm

Sesi mencuba jaket.
Jaket yang ibu pakai tu berharga RM5K.
Glupppp.....tiba-tiba tercekek rasa nak telan air liur..
Tidak la mampu nak membelinya.
Dapat cuba pakai pun dah berbunga riang...ha3x.

Mampu bergambar jelah. 
Harga baju-baju tu mencecah ribuan ringgit.

dan ini....

D. Carpet Showroom-CAPPADOCIA
Pusat komesial untuk penghasilan dan penjualan karpet.
Macam biasa kami diberi penerangan...sesi promosi...
Karpet asli memang cantiklah dan harganya pun cantik.
Kalau tak ada ribu riban memang tak boleh berangan la nak beli.
Kalau teringin nak beli, karpet ni akan di pos terus ke depan pintu rumah..

Sesi taklimat dan promosi.
Selesai sesi kat sini kami dibawa ke tempat memproses karpet.
Rumit dan memakan masa yang panjang.
Patutlah harganya mahal. Setanding kualiti pembuatannya...

Ulat-ulat sutera yang sedang diproses untuk hasilkan benang.

Pekerja-pekerja di sini amat cekap dan mahir.
Kebanyakkan sudah berumur.

E. Pottery Shop-CAPPADOCIA
Kedai membuat dan menjual seramik.
Dipintu masuk ada demo membuat pasu dari tanah liat.
Kami juga diberi peluang untuk join sekali....
Hancurrrr.....ha3x.

Selesai sesi penerangan dan demo kami dibawa ke bilik jualan.
Mak aiiiiiii......cantik-canti sangat tapi harganya pun sangatlah cantik..
Kita ber huhu jelah kat sini.
Tidak mampu la nak beli.


Memang sangat ramai pelancong datang kat sini.....

Semasa di Dearah Cappodicia sempatlah ibu pergi merayau-rayau ke pekannya
pada sebelah malam.
Terjumpa kedai menjual seramik ni tanpa di duga.
Kedai ni di dalam gua......
Scary je.
Dah la malam-malam.
Pastu semasa masuk lampu dipadamkan untuk demo.
Bila lampu dipadamkan maka pinggan-pinggan seramik tu mengeluarkan cahaya pantulan.
Cantik sangat.


Harganya pun sangat murah berbanding tempat komersial.
Kita boleh dapat dengan harga serendah RM50 bergantung pada saiz dan kualiti.
Kat sini juga boleh tawar menawar....
Ibu beli juga untuk kenangan.

Di tepi-tepi jalan persinggahan ada jualan pasu-pasu dan souvineer dari tanah liat dan seramik.

D Grand Bazaar-Istanbul
Tempat membeli belah yang paling famous di Turki.
Harga barang mampu milik walaupun lebih mahal berbanding di Daerah Cappadocia.
Kat sini seribu macam kita boleh dapat.
Penjualnya juga berpakaian kemas....berkemeja dan berkot.
Kebanyakkan daripada mereka boleh berbahasa Melayu walaupun asas.
Senang la untuk sesi tawar menawar.


Lampu-lampu candeliar yang mengoda...
Kat sini ibu beli souvineer, kekacang , t-shirt, sampul kusyen.
Menyesal tak sudah sebab beli sedikit je kat Cappadocia .
Harga kat Cappadocia sehelai RM15 tapi kat sini RM30 sehelai dengan kualiti kain yang sama.
Huhuhu...nak nangis mokcik rasa.
Kekacang dan coklat pula boleh tahan mahalnya.
1 kg sampai RM120-RM150. Emmmmm beli la juga..
Menyeal lagi dan lagi sebab tak beli semasa di Cappadocia....huhuhuhu....

Kat Grand Bazar kena hati-hati sebab ianya luas.
Nanti tersesat pulak.

Dihujung GB ada disediakan sebuah masjid.
Kami solat jamak kat sini sebelum meneruskan perjalanan.

Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang kami singgah.
Ini diantaranya tempat-tempat yang ada dalam pakej travel.

KLIK SINI :
Part 2-Istanbul
Part 3-Bursa
Part 4-Uludag



Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL

3 Mei 2019

Mustafa Kamal Artatuk Museum IZMIR TURKI

Day 7-Daerah ke 8 (22 Mac 2018)

Hari ke 7 kami singgah ke Muzium Mustafa Kamal Artatuk.
Memang famous sakan la destinasi ni.
Mustafa Kamal Artatuk memang sangat terkenal la kan.

Baiklah,  ibu bagi sedikit info tentang beliau.
MKA ni seorang pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.
Beliau memerintah dari tahun 1923 hingga 1938.
Beliau berideologi "Kemalisme" yang bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan sekular....Untuk kisah seterusnya sila tanya encik "google" la ye....

Semasa tiba di muzium MKA ni suhu antara 6-10 darjah celcius.
Rezeki kami lah semasa tiba diperkarangan muzium tu masa pertukaran shif tentera.
Sempatlah kami menyaksikan kawad yang sangat unik....

Tentera sedang bersedia untuk pertukaran shif.

Dipintu masuk ibu disambut dengan tentera pengawal ni.
Pada awalnya ibu ingatkan patung.
Siap pegang-pegang dan gosok=gosok lengannya.
Sekali mata yang ibu ingatkan patung tu bergerak-gerak.
Alamakkkkk....orang betul rupanya...ha3x.

Mereka perlu berdiri tegak tanpa bergerak dalam masa 1 jam.
Kalau penat pun mereka cuma sekadar ubah posisi kedudukan dari atas tapak kecil tu ke bawah.
Adeh.....bayangkan...bayangkan.....fuh.

Kat belakang ibu tu bangunan yangpaling tinggi dan sekelilingnya bersambung dengan bangunan yang rendah.

Ok...kita zoom sikit.
Kat dalam tu tidak banyak bahan pun....

Bila kita masuk muzium, kita akan mengikut arah yang ditetapkan dan
akan keluar di satu tempat yang sama.

Jom..kita meninjau in door pulak.
Dalam muzium ni kita bebas bergambar cuma dinasihatkan tidak menggunakan flash.
Ada 1 sudut menempatkan replika makam MKA.
Tapi menurut pemandu pelancong kami  makam MKA dirahsiakan kedudukan sebenarnya.
Di dalam muzium ni banyak patung-patung dan gambar-gambar klasik.


Adik ibu ni cikgu Sejarah.....So berbaloilah dia datang.
Betul-betul menghayati dan siap bagi huraian setiap gambar.
Maka bertabahlah ibu yang seorang cikgu Matematik ni mendengarnya.....ha3x.

Cikgu Matematik acah-acah menghayati sejarah....ha3x.

dan Along si Engineer NOC laju je jalan rakam video.....ha3x...

Dekorasinya dalamnya sangat cantik.

Nilah lorong-lorong yang perlu kita ikut berdasarkan penunjuk arah.
Memang senanglah kan sebab sistematik.

Akhirnya kami check in di Ramada Hotel.
Lobi hotel.

Taraaaaaaaa......masa untuk berada setelah menempuhi perjalanan
yang memenatkan tapi menyeronokkan.

Akesesori di dalam tandas......

Esoknya kami akan dibawa ke sebuah lagi destinasi....

KLIK SINI :
Part 2-Istanbul
Part 3-Bursa
Part 4-Uludag
Part 12-Salt Lake Ankara


Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL


2 Mei 2019

Salt Lake ANKARA TURKI

Day 7-Daerah ke 8 (22.3.018)

Destinasi seterusnya ialah kami singgah di tasik garam yang ke 2 terbesar di dunia.
Tasik garam ni terletak di Daerah Ankara.
Katanya air tasik ni boleh merawat penyakit kulit...
Ibu terkena sedikit airnya pun dah rasa pedih...

Di sini juga pusat penghasilan garam terbesar di negara ini.
Memang pekat likat la kandungan garamnya.
Papan tanda di pintu masuk

Ini pun nak jugak posing kat sini....

Papan tanda berhampiran tasik.

Tasik umpama sebuah pantai.

Semasa kami ke sini suhu sejuk.
Dalam 4 darjah celcius.
Kawasan ni sejuk..berangin dan berkabus.
Ada lagi sisa-sisa salji...

Kandungan garam di dalam air.....fuh pedih jari kalau terkena air tu.

Sekejap je kami kat sini.
Sekadar singgah untuk menikmati keajaiban alam ciptaan Allah.
DI pintu masuk/keluar ada kedai produk kecantikan, ubat-ubatan berasaskan garam.
Ada juga jualan desert dan souvineer.
Harga berpatutan di sini.
Adalah juga ibu beli desert Turkey kat sini.

Kami meneruskan perjalanan ke suatu destinasi lain...Jom.

KLIK SINI :
Part 2-Istanbul
Part 3-Bursa
Part 4-Uludag


Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL

About me