Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 April 2019

Kota Romawi Ephesus KUSADASI TURKI

Day 3-Daerah ke 3 ( 16.3.2018 )

Pengembaraan bermula di Istanbul ke Bursa ke Canakkale ke Kusadasi dan Ephesus.
Selepas kami ke Leather FActory,
Alhamdulillah ibu berpeluang melawat ke Kota Romawi Ephesus.
Kota tinggalan Yunani Kuno.
Kota Yunani Kuno ni dibina pada abad ke 10. Ephesus Ancient City ni terletak di pantai Lonia 3km dari Badat Daya Selcuk Izmir.

Ephesus atau Efes dalam bahasa Turki ialah runtuhan sisa sebuah kota lama.
Ya Allah...walaupun sekadar runtuhan namun keindahannya tak dapat nak digambarkan.
Sangat unik dan penuh seni.....
Kagum sungguh ibu melihatnya...
Pintu masuk. Pokok yang baru mula mengeluarkan daunnya.

Jalan masuk utama dikelilingi dengan
pokok pine. 

Runtuhan bangunan.

Posing jap.

Makin masuk ke dalam semakin 
banyak sisa runtuhan bangunan 
yang ibu dapat saksikan.

Ini adalah tanah perkuburan.

Kawasan ini dikelilingi dengan bukit dan gunung.

Semasa ibu tiba di sini masih penghujung musim sejuk jadi ada pokok-pokok yang belum mengeluarkan daun.
Suhu pun masih sejuk.
Tapi sini tak sesejuk tempat lain.
Suhu antara 16-20°C.

Saujana mata memandang.

Kalau tak silap ibu kota ni berusia 3000tahun.

Runtuhan besar pertama kami temui.
Sebenarnya disepanjang jalan masuk ibu dah dapat lihat bongkah-bongkah batu besar di kiri kanan.
Kami perlu memanjat tangga batu ni untuk menuju ke sisa runtuhan bangunan yang seterusnya.

Kat belakang tulah tempat kami akan mendaki nanti.
Kalau datang sini kaki perlu kuat tau.

lagii.....

dan lagi....

Berhenti lelah seketika....ok tarik nafas....hembus...tarik nafas hempus.
Ok..dah...jom teruskan pendakian.

Taraaaaaaaaaa
Walaupun hanya tinggal sisa-sisa bangunan namun
 ibu tetap kagum melihat seni binannya.

Berlatar belakang sisa bangunan.

Setiap sudut sangat menarik....

Dan lagi..

ni bahagian dalam kota. Naik beberapa anak tangga dan tibalah ke sini.
Ibu sangat kagum melihat bongkah batu bata yang besar tu.
Mana manalah agaknya orang dulu mengangkat bongkah batu-batu tu untuk membentuk bangunan tanpa simen dan jentera......

Beberapa jam kami disini. Bergambar dan mendapat info dari ketua rombangan kami si Ommar tu.
Sedikit sebanyak dapatlah ilmu tentang sejarah kuno.

Ok...kita ke destinasi seterusnya....

Jommmmm....
KLIK SINI :
Part 2-Istanbul
Part 3-Bursa
Part 4-Uludag


Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL

0 ulasan:

About me