Day 6-Daerah ke 6 ( 21.3.2018 )
Saat yang ditunggu-tunggu.
Tempat yang paling popular kalau ke Negara Turkey ialah naik
Hot Ballon di Cappadocia.
Cappadocia ni sebuah daerah yang agik terpencil dan belum membangun
berbanding daerah-daerah lain di Negara Turkey
tetapi dikelilingi pemandangan yang sangat unik dan cantik.
Hot Ballon di Cappadocia.
Cappadocia ni sebuah daerah yang agik terpencil dan belum membangun
berbanding daerah-daerah lain di Negara Turkey
tetapi dikelilingi pemandangan yang sangat unik dan cantik.
Seawal pagi kami dah bertolak ke sana dengan menaiki van.
Tak semua ahli rombongan pergi sebab kalau nak ke sini dikenakan bayaran berasingan.
Tiada dalam pakej sebab tak semua orang berani naik Hot Ballon.
Takut...gayat....risau..
Perkhabaran awal kami terima,
Untuk naik Hot Ballon ni bergantung pada keadaan cuaca.
Untuk naik Hot Ballon ni bergantung pada keadaan cuaca.
Kalau berangin memang ballon ni tidak boleh terbang sebab merbahayakan keselamatan diri...
Semasa kami di Cappadokia ni suhu antara 5-7 darjah celcius dan berangin.
Alhamdulillah rezeki hari tu anginnya tidak begitu merbahayakan.
Untuk naik Hot Ballon ni bayaran dikenakan berjumlah USD210=RM890+ seorang.
Bagi yang berani dan nak rasa cabaran memang berbaloi-baloi la naik kan.
Proses untuk mengisi gas sedang berjalan lancar....
Akibat cuaca sejuk..ibu tak rasa pun panas atau
bahang walaupun berada berhampiran belon tu.
Beberapa buah belon dah siap sedia dinaikkan....
Dalam 1 bakul boleh memuatkan seramai 8-10 orang.
Ok...posing berlatarbelakang belon yang dah siap diisi gas.
Memang banyaklah belon-belon tu sedia untuk membawa pelanggan.
Cantikkan.....
Berlatarkan belon udara panas....
Cantik sangat kalau lihat secara live.
Kawasan ni bukit-bukit batu yang sangat unik.
View di persekitarannya dikelilingi bukit-bukit batu.
Ada juga ibu lihat rumah-rumah dibina di dalam gua batu tu....
Keadaan cuaca masa ni sangat sejuk + berangin.....
Kami juga dibawa ke suatu tempat di atas bukit yang dipenuhi
batu-batu yang cantik dan pelbagai bentuk.
Daerah Cappadocia ni memang terkenal dengan pemandangan dan bukit batu-batu yang cantik dan unik.
Cantik sangat view di sini.
Bersama Ommar yang merupakan pemandu pelancong kami berbangsa Turkie tapi
fasih berbahasa Indonesia.
Along dan Ommar
Antara view yang cantik....
dan sini...
Kat atas bukit ni juga disediakan alat teropong tu.
Boleh nampak cerung-cerung yang dalam....Mak aiiii....gayat.
Along mencuba teropong...
Dalam 2-3 jam juga kami kat sini.
Banyak pengalaman indah di sini.
Kami meneruskan lagi perjalanan ke suatu destinasi yang menarik.
KLIK SINI :
Part 1-Kembara Turkey
Part 2-Istanbul
Part 3-Bursa
Part 4-Uludag
Part 5-Isa Bey Mosque Izmir
Part 6-Leather Factory Kusadasi
Part 7-Kota Romawi Kusadasi
Part 8-Cotton Castle Pamukkale
Part 9-Melvana Museum Konya
Part 10-Hot Ballon Cappadocia
Part 11-Perkampungan Cappadocia
Part 12-Salt Lake Ankara
Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL
0 ulasan:
Catat Ulasan