Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 April 2019

Mevlana Museum KONYA TURKI

Day 5- 20.3.2018

Kami bermalam di Richmond Ephesus Hotel.
Ok...Jakun kejap sebab melihat keadaan bilik hotelnya.
Dalam 1 bilik ada 3 tingkat.
Fuh....cantik dan mewah sungguh dekorasi.
Tak sabar nak guling-guling..
Tak tahu nak pilih tidur kat tingkat mana.
Katilnya pun mampu mengundang mimpi indah.....


kita isi perut dulu sebelum meneruskan misi.


Dari luar nampak biasa-biasa aje.

inilah hotel yang paling best sepanjang ibu pergi bercuti...
View nya pun cantik sebab terletak di atas bukit

Hari ke 5 kami dibawa ke Muzium Mevlana
Muzium ni terletak disebuah Kota Kecil Konya...

Ok kita bergambar dulu sebelum masuk

dan Along


kat belakang tu replika penari Sufi.
Tarian Sufi terkenal di sini.
Alahai....kalau tengok boleh pitam.
Berpusing-pusing ligat macam gasing lagaknya...ha3x


Inilah makam-makam yang menyambut kami...huhuhu

Kat sinilah terletaknya makam Jalal Ad Din Muhammad Rumi.
Beliau seorang penduduk Persia Sufi yang dikenali sebagai Meviana.

In-door

Disekeliling masjid ada bilik-bilik kecil yang dijadikan 
tempat mempamerkan bahan-bahan Sejarah.
Dah la pintu masuknya agak rendah.
kalau tak berhati-hati boleh terantuk..


Inilah antara biliknya.
Kecil je saiznya

Jadinya kami kenalah jelajah dari bilik ke bilik......

Pelbagai versi Al-Quran dipamerkan dengan sejarah yang tersendiri.


Paling hujung ada sebuah bilik yang lebih luas.
Di situ menempatkan patung-patung dengan jalan ceritanya yang tersendiri.
Patung ni ditempatkan di bilik yang lebih besar.

Ok...ibu pun nak menyelit....

dan ini.....

Setelah selesai keluar/masuk dari bilik ke bilik untuk menyaksikan 
barang-barang sejarah kami menuju ke masjid yang terletak di tengah-tengah kawasan.

Ini view di dalam masjid.
Kami sempat solat di sini....
Kat dalam masjid pun ada makam...







Ini pula Sultanhani Caransary.
Sebuah caravan yang macam kubu.
Kalau kat sini kita akan terpegun melihat senibinanya yang klasik dan unik.
Kebetulan semasa sampai ke sini sudah lewat petang.
Tidak berpeluang masuk ke dalam sebab pintunya bertutup.
Tidak ada rezeki.
Huhuhu.....

Kami meneruskan perjalanan ke Daerah Cappadocia.

KLIK SINI :
Part 2-Istanbul
Part 3-Bursa
Part 4-Uludag


Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL


0 ulasan:

About me