Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

1 Mei 2019

Perkampungan CAPPADOCIA TURKI

Day 6-Daerah ke 6 (21.3.2018)


Selesai agenda belon udara kami dibawa pula ke Underground City
Bandar purba bawah tanah.
Kami juga melalui Goreme dan Uchisar Valley, Pasabag Valley dan Pigeon Valley.
Semua tempat-tempat tu di gua-gua batu.
Rasa macam hidup zaman kartoon Flintstone.

Penduduk di sini kebanyakkan tinggal di dalam gua-gua batu...
Tak sangka kan di zaman teknologi moden 
masih ada orang tinggal di dalam gua batu.
Unik sangat.

Pemandangan unik sepanjang perjalanan sangat memukau ibu.
Antara view nya.

Persinggahan dipertengahan jalan.

Singgah di sini untuk sesi bergambar.....

sana sini gua-gua batu.

Unik kan....

Kami singgah ditempat menjual souvineer

Pasu-pasu tanah bergantungan.

Kat pokok pun dihias dengan pasu-pasu tanah liat.

Pasu-pasu daripada tanah liat.

Rumah penduduk kampung.
Sangat unik.

Di dalam rumah gua.
Ya Allah..tak dapat ibu bayangkan macam manalah mereka tinggal 
di dalam ruang yang sempit dan berliku-liku ni.
Dah la sejuk beku.
Lagipun masa ni suhu 3-5 darjah celcius.

Ada ruang yang agak besar di tengah gua.

Lorong-lorong sempit dan curam...
Ngeri je.
Ibu terpaksa berhati-hati risau tergelincir....

Pintu antara bilik ke bilik.

Fuh....lega dapat keluar dari gua dan dapat melihat cahaya matahari....

Penduduk di sini sangat peramah.
Mereka berpakaian ala-ala kampung dan sangat berbeza dengan 
orang-orang Istanbul yang cantik bergaya umpama model.

Wapaupun kami berinteraksi umpama ayam dan itik tapi masing-masing
faham apa yang diingini.

Mereka suka bergambar dengan pelancong....
Saiz penduduk di sini sama dengan orang dari Malaysia berbanding di Istanbul yang
tinggi lampai dan cantik bergaya.

dan lagi...Mereka menarik tangan kami untuk bergambar bersama-sama....

Semasa dalam perjalanan menuju keluar kami terpandang kanak-kanak comel ni.
Bertenggek atas batu sambil memegang manik
"five lira...five lira"...sambil menunjukkan jari-jari kecilnya.
Ya Allah..tersentuh hati ibu melihatnya.
Ketika anak-anak kita sebaya ini masih sibuk dengan bermain toys...dan gajet..
tapi anak kecil ini surah pandai membantu keluarga.
Menitis airmata ibu.
Allahhu..sebak...dalam penat anak ini masih mampu tersenyum'
Kami menghulurkan beberapa "lira" tanpa mengambil manik yang dijualnya.
Tersenyum riang anak kecil ini sambil mengucapkan sesuatu dalam bahasa ibunda.
Mungkin ucap terima kasih.
Ya Allah..semoga si kecil ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Di sana ada sebuah kedai menjual karpet, cadar , sarung kusyen dan souvineer.
 Ibu beli karpet, sarung kusyen dan souvineer di sini.
Penduduk di sini juga menjual pelbagai jenis tudung.
Harga di sini  berganda-ganda murah berbanding di tempat lain.
Kalau kalian berkesempatan ke sini...belilah..
Bantulah mereka kerana keadaan hidup penduduk di sini agak susah.
lagipun harganya amat murah dan berpatutan.

Petangnya kami check in di Suhan Hotel dan Spa.


Di hadapan hotel.

Malamnya kami ke Bandar Cappadocia.
Kecil dan lengang je bandarnya.
Kami menaiki teksi.
Sebenarnya hotel tidak begitu jauh dari pekan cuma kalau berjalan kaki tu agak penatlah.



Terdapat hotel-hotel dan kedai-kedai dibina di dalam gua.
Ada sebuah hotel di pekan ini amat unik cuma ibu agak seram melalui perkarangannya kerana dekorasinya yang menyeramkan
Diiringi dengan bunyi muzik macam filem serammm....Scary.
Usahkan nak bergambar kat depan hotel tu..nak toleh pun seram sebab kat atas bumbung
diletakkan replika yang menakutkan...
Kemain kami lari sebab terperanjat dan takut...ha3x...

Deretan kedai-kedai di sini juga bersambung dengan gua.
Di bahagian hadapan je nampak macam kedai biasa tapi bila masuk rupanya
kami perlu melalui lorong ke bahagian belakang bersambung dengan gua.

Salah sebuah kedai seramik di dalam gua.
Awalnya kami agak takut nak masuk semasa dipelawa...ha3x....
Rupanya harga barangan kat sini berganda-ganda lebih murah.
Teruja sangat ibu melihat pinggan seramik yang cantik dan murah berganda-ganda
 dari tempat yang kami singgah.

Bahagian dalam berliku-liku....seram je.dah la pergi malam..ha3x.
Dalam seram tu sempat juga ibu beli pinggan seramik.
Tuan kedai hadiahkan along 2 utas gelang kristal...

Ditengah roundaboard.....
Sebelum balik ke hotel kami singgah makan kebab yang femes di pekan ni.
Memang sedaplah.

Banyak pengalaman berharga yang kami dapat di sini...
Menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah yang berbeza-beza setiap daerah yang kami pergi.
Perjalanan diteruskan keesokkan harinya..

KLIK SINI :
Part 2-Istanbul
Part 3-Bursa
Part 4-Uludag


Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL

0 ulasan:

About me