Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Mei 2019

SHOPPING dan SHOPPING di TURKI

Perkara yang jadi agenda wajib kalau travel sudah pasti shopping!!!!!
Macam tak lengkap la kalau tak pergi tempat membeli belah.
Ibu biasanya sekadar beli souvineer jelah.

Banyak sebenarnya tempat yang kami singgah.
Dan setiap tempat yang kita pergi pasti ada menjual souvineer.
Kena pandailah bandingkan harga.

A. Turkish Delight Shops-BURSA
Punyalah teruja adik ibu bergambar depan kedai tu 
sebab sempena nama hujungnya...

Boleh rambang mata masuk sini.
pelbagai delight dijual.
Ada sudut tester setiap delight.


Dikelilingi desert versi Turki.
Bungkusannya memang tip top la.
Cantik untuk dijadikan buah tangan.

B. Olive Oil Shop-IZMIR
Kedai menjual pelbagai minyak zaitun dan produk kesihatan.
Harganya agak mahal.
Maklumlah barangan berkualiti dan tempatnya pun agak strategik.

C. Leather Factory Showroom-KUSADASI
LFS ni milik kerajaan.
Masa kat sini kami menyaksi fesyen show...
Punyalah cantik jelita dan handsome modelnya....
Tak berkelip mata ibu tengok kejelitaan dan ketampanan model-model di sini.

Selesai melihat fesyen show kami dibawa ke bilik untuk diberi taklimat.
Seterusnya dibawa ke bilik yang menjual produk mereka.
Factory ni milik kerajaan Turkey.
Sesi penerangan. Ibu dengar jelah...emmmmm

Sesi mencuba jaket.
Jaket yang ibu pakai tu berharga RM5K.
Glupppp.....tiba-tiba tercekek rasa nak telan air liur..
Tidak la mampu nak membelinya.
Dapat cuba pakai pun dah berbunga riang...ha3x.

Mampu bergambar jelah. 
Harga baju-baju tu mencecah ribuan ringgit.

dan ini....

D. Carpet Showroom-CAPPADOCIA
Pusat komesial untuk penghasilan dan penjualan karpet.
Macam biasa kami diberi penerangan...sesi promosi...
Karpet asli memang cantiklah dan harganya pun cantik.
Kalau tak ada ribu riban memang tak boleh berangan la nak beli.
Kalau teringin nak beli, karpet ni akan di pos terus ke depan pintu rumah..

Sesi taklimat dan promosi.
Selesai sesi kat sini kami dibawa ke tempat memproses karpet.
Rumit dan memakan masa yang panjang.
Patutlah harganya mahal. Setanding kualiti pembuatannya...

Ulat-ulat sutera yang sedang diproses untuk hasilkan benang.

Pekerja-pekerja di sini amat cekap dan mahir.
Kebanyakkan sudah berumur.

E. Pottery Shop-CAPPADOCIA
Kedai membuat dan menjual seramik.
Dipintu masuk ada demo membuat pasu dari tanah liat.
Kami juga diberi peluang untuk join sekali....
Hancurrrr.....ha3x.

Selesai sesi penerangan dan demo kami dibawa ke bilik jualan.
Mak aiiiiiii......cantik-canti sangat tapi harganya pun sangatlah cantik..
Kita ber huhu jelah kat sini.
Tidak mampu la nak beli.


Memang sangat ramai pelancong datang kat sini.....

Semasa di Dearah Cappodicia sempatlah ibu pergi merayau-rayau ke pekannya
pada sebelah malam.
Terjumpa kedai menjual seramik ni tanpa di duga.
Kedai ni di dalam gua......
Scary je.
Dah la malam-malam.
Pastu semasa masuk lampu dipadamkan untuk demo.
Bila lampu dipadamkan maka pinggan-pinggan seramik tu mengeluarkan cahaya pantulan.
Cantik sangat.


Harganya pun sangat murah berbanding tempat komersial.
Kita boleh dapat dengan harga serendah RM50 bergantung pada saiz dan kualiti.
Kat sini juga boleh tawar menawar....
Ibu beli juga untuk kenangan.

Di tepi-tepi jalan persinggahan ada jualan pasu-pasu dan souvineer dari tanah liat dan seramik.

D Grand Bazaar-Istanbul
Tempat membeli belah yang paling famous di Turki.
Harga barang mampu milik walaupun lebih mahal berbanding di Daerah Cappadocia.
Kat sini seribu macam kita boleh dapat.
Penjualnya juga berpakaian kemas....berkemeja dan berkot.
Kebanyakkan daripada mereka boleh berbahasa Melayu walaupun asas.
Senang la untuk sesi tawar menawar.


Lampu-lampu candeliar yang mengoda...
Kat sini ibu beli souvineer, kekacang , t-shirt, sampul kusyen.
Menyesal tak sudah sebab beli sedikit je kat Cappadocia .
Harga kat Cappadocia sehelai RM15 tapi kat sini RM30 sehelai dengan kualiti kain yang sama.
Huhuhu...nak nangis mokcik rasa.
Kekacang dan coklat pula boleh tahan mahalnya.
1 kg sampai RM120-RM150. Emmmmm beli la juga..
Menyeal lagi dan lagi sebab tak beli semasa di Cappadocia....huhuhuhu....

Kat Grand Bazar kena hati-hati sebab ianya luas.
Nanti tersesat pulak.

Dihujung GB ada disediakan sebuah masjid.
Kami solat jamak kat sini sebelum meneruskan perjalanan.

Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang kami singgah.
Ini diantaranya tempat-tempat yang ada dalam pakej travel.

KLIK SINI :
Part 2-Istanbul
Part 3-Bursa
Part 4-Uludag



Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL

0 ulasan:

About me