Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label FARAH NAJDAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FARAH NAJDAH. Papar semua catatan

30 Januari 2013

Impian Ayah Tercapai-Tahniah Beby.

Sejak kahwin Ayah sering bisikkan impiannya pada ibu.
Ingin melihat anak-anak menyambung cita-cita ayah memiliki black belt dalam taekwando.
Keinginan Ayah untuk mendapat black belt berkubur akibat kemiskinan.
Sewaktu itu ayah menuntut di UKM.

Sejak dibangku sekolah rendah ayah telah daftarkan
ke lima-lima orang anak untuk ikuti kelas taekwando.
Ayah sanggup bersusah payah demi mereka.
Sanggup berhabis demi mereka.

Along dan Angah mampu bertahan hingga mampu mencapai red-belt (gred 1).
Mereka tidak sanggup meneruskan ke black belt kerana ingin
beri tumpuan dalam SPM.
Ayah agak kecewa kerana mereka hanya perlu melangkah 1 tangga lagi untuk
lalui ujian black belt.....Apa nak buat, itu keputusan mereka.

Along pernah meraih tempat ke 3 peringkat Negeri Johor suatu ketika dulu.
Keratan akhbar sewaktu Along meraih tempat ke 3 peringkat Negeri Johor
Utusan Malaysia 27.8.2008.
Wajah Along ibu bulatkan dengan marker....hehehe....

Naurah mencapai blue belt (gred 4) dan Farouk di gred 7 (green-belt)
Along, Angah, Naurah dan Farouk tidak begitu berminat dalam taekwando
walaupun masing-masing mampu melangkah lebih jauh.
Cuma Beby seorang yang masih meneruskan impian Ayah.

Hari ini impian ayah menjadi kenyataan.
Beby telah buktikan pada ayah yang impian ayah tidak sia-sia.
Beby bukan setakat mampu lulus dalam ujian yang diambil
malah Beby diiktiraf sebagai penerima ke 5 terbaik peringkat Negeri Johor....

Sijil yang Beby terima daripada Persatuan Taekwando Negeri Johor.




                           TAHNIAH Beby....ibu dan ayah amat bangga dengan pencapaian Beby....


Di sini ibu selitkan sekali sijil-sijil test yang Naurah dan Farouk duduki.
Sijil 2010 yang lalu tapi baru diterima hari yang sama dengan sijil Beby.


Sweet memory....
Gambar kenangan 3 tahun yang lalu (2010)  disaat mereka menghadiri 
kelas taekwando setiap 
petang Sabtu...
Rindu saat ini.......

20 Januari 2013

English In Camp 2013-Tajaan OUM

Salam sayang dan rindu semua.
Kebelakangan ini ibu tak begitu aktif up-date blog akibat masalah kesihatan.
Maaf ye jika ibu pun masih tidak sempat nak BW macam dulu.

Hari ni nak cerita tentang Beby a.k.a Farah Najdah.
Hari Khamis hingga Sabtu  Beby terpilih untuk menyertai 
English In Camp Tajaan OUM (Open University Malaysia) di Tanjung Balau, Kota Tinggi...

Sejak tahun lepas(masa Beby Form 4) Beby terpilih untuk mendapat tajaan OUM.
Hanya 4-5 buah sekolah yang terpilih dalam Daerah Muar dan setiap sekolah
cuma 20 orang saja pelajar yang dipilih setelah melalui peperiksaan tapisan @ kelayakan anjuran OUM.
Kisah Beby..Klik SINI dan SINI

Beby bertolak pada pagi Khamis.
Ibu sekadar hantar Beby di pintu masuk sekolah 
kerana bas akan membawa dia dan rakan-rakan ke sana.
Punyalah besar beg budak ni bawa.
Mengalahkan orang nak pergi haji......alahai...

English in camp 2013.

Beby....

 Pemandangan di pantai.
Tanjung Balau ni terletak di Kota Tinggi.
Kalau dari rumah ibu ke sana memakan masa lebih kurang 2-3 jam jugak la.....

 Wakil dari sekolah Beby seramai 20 orang.
Ini gambar rakan perempuan saja.
Yang lelaki dalam 10 orang juga kot...


Bukan main gembiranya budak ini....
Tiba-tiba ibu teringin nak ke sana.
Cantik sangat pemandangannya.
Sebenarnya banyak gambar yang Beby snap tapi ibu malas nak upload.
Entah kenapa internet kat rumah ni ada problem kalau nak upload gambar ke blog....
Kalau upload kat FB tak ada masalah pun.....Entahlah.

Waktu berendam sampai kecutttt....
Mereka menginap di Pelangi Balau Resort selama 3 hari 2 malam..
Semuanya di taja oleh pihak OUM...

Beby kata makan pun best kat sana...
Tapi katanya dia tetap rindukan masakan ibu...alahai anak...anak...

Pelbagai aktiviti dijalankan di sana.
ibu pun tak sempat nak ingat sebab Beby becok bercerita sampai ibu jadi penat.....hehehe....
Ada jungle tracking, aktiviti kumpulan, persembahan drama dan macam-macam....

Aktiviti dalam kumpulan.

 Persembahan kumpulan.
Ibu pernah ikuti program ini masa dijalankan di Hotel Pelangi Muar....KLIK SINI.

Group Beby bersama hadiah kemenangan.

 Bukan main seronok lagi si Beby nie.
Ni ibu ambil petikan kata-kata dari FB Beby:
I'm having so much fun at the camp .
Get to know new friends , get a new experience , get a knowledge and so many more .
This camp teach me to be more patient and always cooperate with each of the members .
My team ? WHITE TEAM ! 
Our team name ? TIGER WARRIORS !
Slogan ? WE ARE RARE AND WE ARE SQUARE !
Meaning of the hands ? WE ARE ALWAYS UNITED AS A TEAM !
The members ? Nach , Kasyah , Adha , Syud , Hazy , Leeya , Farina , Nurin , Aqaz , Nabila , Aliah !
Our faci ? Eftal !
Cheers ?

We got the T.I.G.E.R
We got the P.O.W.E.R
We got the T we got the P
We got the TIGER POWER !
TIGE POWER ! POWER ! ♥ ♥ ♥


Ibu rasa amat berbaloi-baloi program ini dijalankan kerana
ianya banyak menekankan dalam komunikasi Bahasa Inggeris.
Biasanya anak-anak mahir dalam penulisan tetapi segan untuk berinterasi dalam 
Bahasa Inggeris dengan rakan-rakan.
Tetapi ibu lihat Beby amat petah berinteraksi dan sebutan yang digunakannya pun amat-amat mengkagumkan.....

Terima Kasih OUM kerana memberi peluang serta menaja anak ibu serta rakan-rakannya dan
semoga program ini diperluaskan walaupun budget agak mahal untuk menaja
setiap orang pelajar sepanjang tahun.....
Kalau tak silap ibu, setiap pelajar ditaja dengan kos sebanyak RM1600 seorang.


31 Disember 2012

Hobi@Kerja Baru Beby a.k.a Farah Najdah

Sekarang bukan main tekun Beby dok mengentel sesuatu.
Tekun sampai larut malam.

Keychain dan pin ni dibuat daripada kain felt.
Kalau tak silap ibu sebiji Beby jual cuma RM2.50-RM3.00 .
Kalau ada sapa-sapa rakan blog nak tempah boleh juga.
Ibu tolong promosi je...ngee....

Ini ada lagi sebahagian yang telah Beby siapkan.
 Sanggup dia bersengkang mata demi menyiapkan semua ni.
Asalnya Beby buat semua ni kerana minat tetapi ramai kawan-kawan
berkenan dan membuat tempahan.
 Alhamdulillah, banyak juga keuntungan yang Beby dapat.

 Koleksi kain felt yang Beby beli di kedai bunga dan ada sebahagian dibeli secara on9.

Hasil yang dibuat malam tadi.
Beby sedang menyiapkan tempahan dari kawan-kawan Along di Matrik.
2 minggu lepas mereka dah tempah sebanyak RM220.
Leka juga ibu tengok.....Cekap sungguh Beby mengunting dan menjahit.

Pelanggan tetap...
Farouk tempah pin baju berbentuk kereta....
dapatlah diskaun dari Kak Nana @Beby.....

Ibu tak sangka Beby minat memasak dan kraftangan.
Bila ibu cadangkan agar Beby memilih bidang ini,
cepat je Beby menjawab :"Beby nak jadi pensyarah BInggeris la ibu, Ini sampingan je...."


30 Disember 2012

Beby vs Ummi

N3 tertunggak.
Saja nak tayang makanan kat sini, sila jangan marah ye...hehehe....
Sambil tu nak lihat daripada siapalah datang minat si Beby a.k.a Farah Najdah memasak
sebab ibu tak minat memasak.....
BIla ibu kaji rupanya minat Beby datang daripada Ummi a.k.a Kak Long ibu.

Agaknya Beby mewarisi minat Kak Long (Ummi)  yang minat dan pandai masak kot.
Kak Long pernah bela Beby semasa Beby berusia 4 tahun kerana masa tu ibu sarat mengandungkan Naurah.


Beby sekarang ni memang tak ada kerja lain selain dari memasak..memasak dan memasak.
SUka sangat cari resepi-resepi kat tenet.
Dia suka mencuba resepi baru.
Yang jadi mangsa merasa masakan dia  ibu dan 3F....
Lagipun setiap hasil masakan Beby memang sedap ditekak kami semua.
Alahai ibu nie, anak minat masak pun risau ( risau sebab  badan ibu makin kembang)......


Sekarang ni tengah fames ames pavlova.
Maka masterchef ibu, Beby volenteer nak masakkan untuk kami.
Maka terhasilah pavlova air tangan beby.
Rupa tak cantik tapi rasa sedap.
Percubaan yang pertama menjadi.
Macam makan marshmallow pulak rasanya..
Buah tu beby guna stok yang ada kat rumah je......

Ni bubur warna yang Beby masak.
Sedap...lemak berkrim.....

Ini pulut durian..
Memamg femes-ames di Kelantan.
Ini hasil airtangan Ummi a.k.a Kak Long.
Ibu tak suka makan durian tetapi kalau makan bersama pulut bolehlah makan.
Ni Kak Long ibu sediakan masa ibu bercuti  di Perak.
TQSM Kak Long kerana masakan macam-macam untuk kami termasuk crepe durian.
Pantang ibu dan anak-anak sebut nak makan apa, semua akan tersedia dengan begitu pantas....
Love U Kak Long...Muah!!!!!!



23 November 2012

Kerja Baru Farah Najdah...

Sepanjang cuti sekolah ni ibu tengok si Beby a.k.a Farah Najdah bukan main sibuk lagi.
Di siang hari dia pergi kerja@kursus masakan.
Sejak berkerja@kursus masak memasak ni,
 si ibu semakin tembam kerana jadi tukang merasa setiap kali Beby masak...
hehehehe......
Macam-macam resepi yang dia belajar dan dipraktikan di rumah.
Tak sangka dia sudah pandai masak samosa, karipap lapis yang rangup, kek, kimchi,
dan macam-macam lagi kuih muih yang ibu sendiri pun tak pandai.
Beby memang minat masak dan kalau mengadap FB dia sanggup mengadap youtube
berkaitan masakan berjam-jam......

Sehari dua ni pula Beby ada hobi baru.
Balik dari kursus masakan dia sanggup mengadap kain felt untuk
hasilkan kraf tangan yang comel.....
Ini sebahagian kraf tangan yang Beby hasilkan.
Client pertama adalah dikalangan adik beradik.....hehehe...
Ibu ada tempah keychain untuk bagi cenderahati pada pustakawaan tahun 6.
Sanggup dia bersengkang mata dan search kat internet untuk dapatkan pelbagai pattern.
Yang ni mungkin dia menurun dari ibu kot sebab ibu memang meminati bidang kraf tangan.
Tapi bab-bab memasak bukan minat ibu.....
Ibu belajar masak pun setelah berkawin dengan ayah..
Budak hingusan lagi masa tu......
Ayahlah tenaga pengajar dan masterchef ibu masa tu.........hehehe......

Sekurang-kurangnya Beby habiskan cuti sekolah dengan
mempelajari sesuatu yang berfaedah.
Yang paling best bila dia praktikkan di rumah....hehehehe....
Tapi jangan lupa, tahun depan Beby pula yang akan duduki SPM........
Alahai tak habis-habis la jantung ibu berdegup kencang.
Setiap tahun anak-anak ibu duduki peperiksaan awam.....Fuh!!!!

p/s:
Untuk perhatian kepada Cho Zila, sila tinggalkan link kat blog ibu ye sebab ibu tak dapat jejaki blog cho zila....

5 November 2012

English Language Enrichment Programme & Beby...

Hari Sabtu ibu terpaksa hadir 2 program penting.
Sibuk mengalahkan PM pulak....he.he.he...prasan......
Terpaksa membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.
Dan terpaksa menghampakan ayah untuk kali ke 2 untuk
pergi berseminar sambil bercuti......huhuhu.....

Selesai pendaftaran Naurah untuk program "Pek Sehari"dan urusan untuk program sekolah ibu,
ibu memecut ke Hotel Pelangi Muar bagi
memberi sokongan pada Beby a.k.a Farah Najdah.

Tiba di Hotel Pelangi tepat pukul 9.00 pagi.
Berkejar ke tingkat 7.

Program yang dianjurkan oleh penaja.
Ini merupakan program yang terakhir Beby setelah terpilih mendapat tajaan OUM
selama 1 tahun.

Ucapan dari prof OUM......

Kumpulan Beby membuat persembahan pertama.
Syukur Allah permudahkan urusan ibu.

Bila menyaksikan drama ni, betul la  cakap cikgu-cikgu Beby yang Beby begitu fasih berbahasa Inggeris.
Terpegun seketika melihat anak beraksi dan berinteraksi dengan begitu baik dalam Bahasa Inggeris...
......tanpa pernah hadiri tuisyen luar.
Semata-mata bergantung pada cikgu di sekolah.
Dan rezeki Beby terpilih mendapat tajaan OUM.
Terima kasih cikgu dan penaja OUM kerana membimbing Beby.......

Ibu terpaksa mengundur diri sebelum majlis berakhir kerana ada komitmen lain sedang menunggu di sekolah.
Alhamdulillah Beby memahami......
Nasib si ibu bekerja....terpaksa membahagikan masa seadilnya untuk keluarga dan kerjaya..
Syukur kerana Allah sering permudahkan urusan ibu....Alhamdulillah.

Majlis penyampaian hadiah.
Pic ni ibu kidnap dari FB sekolah Beby.
Kumpulan Beby telah meraih Naib Johan Daerah dalam Language Enrichment Programme-Drama.

Beby menghadiahkan pihak sekolah dan ibu dengan kejayaan 
walaupun ibu tidak sempat melihat Beby menerima hadiah.
Alhamdulillah anak-anak mengerti kesibukan ibu demi mencari rezeki buat mereka.......

p/s:
Terima kasih semua di atas doa2 dan ucapan buat Angah......
Hanya Allah yang akan membalas kebaikan kalian......


30 Oktober 2012

Home Made Sushi.....

Kami keluarga Melayu-mix yang minat makan sushi....hehehe...
Kami langsung tak ada darah keturunan Jepun macam mamaQS
tapi amat meminati sushi dan sewaktu dengannya..
Dah tak larat nak memunggah dan melabur untuk sushi.
Sekali order boleh buat orang terbeliak biji mata...
Agaknya kalau ibu beli baju dapat sepasang baju blink2 yang cantik +vogue.....

Akhirnya Beby Najdah volunteer untuk buat sushi.

Ibu hanya memerhati je anak dara yang agak brutal tu sediakan sushi.
Memang ibu tabik spring la.
Walaupun Beby agak lasak tapi bila masak, memang penuh dengan kesenian..
Best juga lepak-lepak sambil tengok orang sediakan makanan untuk kita...
Kalau la setiap hari ada orang masakkan macam ni kan bagus....

 Step 2...Sushi dah siap digulung.
Entah apa benda yang Beby masukkan kat dalam tu.
Ada warna oren, putih, coklat dan macam-macam....

 Dah siap gulung, dipotong-potong pula.
Lepas potong kena susun dalam pinggan.
Lepas tu kena letak lagi lauk pauk kat atas.
Hish, leceh betul ibu tengokkan.
kalau ibu tak de maknanya nak masak benda yang rumit macam ni.
Patutlah harga sushi agak mahal...( bagi ibu mahallah.......)

Inilah master chef kat rumah ibu.
Antara 4F, Beby agak lasak + ganaz2 manja gitu tapi di teror memasak.
Dan 3F yang lain teror bab2 merasa makanan yang dihasilkan oleh masterchef kami...
hehehe.......

p/s:
 Jangan tanya ibu resepi sushi nie sebab masterchef  kata itu adalah secret recipes dia....hehehe...

22 September 2012

Kesibukan Farah Najdah Sepanjang Minggu

Hari ni nak buat n3 kisah budak sorang nie.
Puteri ke 3 ibu yang kepalanya lebih kurang sama dengan ibu.
Kelakar bila baca statusnya kat FB:
"Saya tak nak jadi doktor, saya nak jadi pensyarah"
Teringat cita-cita ibu masa kecil dulu.
"Saya nak jadi cikgu, saya tak nak jadi doktor".
Kan sama tu........cuma ayatnya terbalik sikit....

A. Aktiviti Membedah Tikus..
Najdah a.k.a beby di makmal sains.
Sempat posing.
Gambar-gambar ni ibu kidnap dari FB Beby dan kawan-kawannya..

Kat tengah tu cikgu Biologi Beby. Comelkan.
Katanya cikgu awal-awal dah pesan, masa buat eksperiment jangan menjerit
tetapi akhirnya cikgu yang terjerit-jerit akibat ketakutan + geli....hehehe....

Operasi bermula.
Ibu tengok gambar-gambar kat FB pun naik loya dibuatnya.
Kesian tikus yang comel tu dikerjakan budak-budak nie.
Jangan risau ye, gambar yang ibu kidnap ni tidak mengandungi unsur kegelian + meloyakan.....
Semua gambar ibu dah tapis.......

Tak habis posing budak-budak nie....Alahai....
InsyaAllah, adalah nanti diantara mereka yang akan bergelar doktor suatu hari nanti.

B. Karnival Ko-Kurikulum 1M1S.
Sejak 2 minggu ni Beby sibuk dengan latihan bola jaring di sekolah.
Dan rentung kulit Beby.
Beby terpilih mewakili sekolah ke Karnival Ko-Kurikulum di Matrikulasi Johor 
pada hari Khamis lepas.
Masa sekolah rendah Beby pernah mewakili sekolah ke pertandingan
Bola Jaring dan bola baling peringkat daerah.
Anak-anak ibu tidak aktif dalam olahraga.
Semua lembik macam ibunya nie.
Cuma mereka  mewakili sekolah dalam sukan dan permainan.......

C. Aktiviti Kelas Bahasa Inggeris Tajaan OUM (Open University Malaysia)
Kelas Bahasa Inggeris tajaan OUM masih berjalan dengan jayanya.
Kisah OUM klik di SINI dan di SINI.
Yang pastinya Beby tidak sabar untuk hadir ke kelas setiap petang Jumaat
dan pagi Sabtu setiap minggu.
Beby sanggup tidak ikut ibu dan ayah outing semata-mata tidak ingin ponteng kelas.
Kalau tak silap ibu, pelajar yang ditaja setiap seorang diperuntukkan RM1200-RM1600.
Semua itu ditaja oleh OUM.

Minggu lepas Beby sibuk berlatih untuk kelas drama.
Yang kelakarnya habis baju ayah jadi mangsa.
Beby yang berpakaian lelaki tu....
Biasanya setiap aktiviti akan diadakan pertandingan diperingkat daerah......
Semoga mereka tidak sia-siakan peluang yang ada......

About me