Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Ogos 2014

Tolak Tawaran ke Australia, Malaysia Tetap di Hati

Terima Kasih semua atas ucapan takziah
di atas pemergian Kak Long dan Abg Long.
Hingga ke saat ini kami masih bersedih di atas pemergian
arwah...
Kehidupan perlu diteruskan.
Cuma doa yang mampu kami kirimkan buat arwah berdua....
Tenanglah kalian di sana....

Hari ni ibu nak buat n3 tentang Angah.
Nak ubat kesedihan dan kelukaan hati.
Ibu pasti kak longlah orang yang paling gembira dan bahagia
di atas kejayaan anak-anak ibu.
Kak Long dan Abg Longlah orang yang pertama
akan memberi ucapan tahniah buat anak-anak ibu.
Terkilannya ibu tak sempat nak maklumkan penempatan
Angah kepada arwah berdua...
Ya Allah.......

Minggu lepas debaran bekas pelajar-pelajar Asasi, Matrikulasi dan STPM
berakhir bila penempatan ke universiti telah diketahui.

Tahniah kepada yang berjaya dan kepada
yang tidak berjaya jangan bersedih kerana ada hikmah disebalik yang Allah aturkan.
Tak semestinya tidak berjaya jejak kaki ke menara gading segala-galanya berkecai......

Angah salah seorang pelajar Asasi Penerapan,
cuma bezanya debaran Angah tidak sehebat rakan-rakan lain kerana
Angah berada dalam kumpulan yang selamat.
Angah antara pelajar yang
secara automatik diserapkan terus ke UiTM kerana
selama 1 tahun Angah dibawah tajaan  MARA.

Ibulah paling gembira kerana Angah pun ditempatkan agak dekat
dengan ibu.
Rasanya dari Muar ke Seremban tak sampai 2 jam.

Ibu tahu ramai family terkilan kerana Angah menolak
tawaran ke Australia.
Kak Long juga pernah meluahkan rasa terkilannya itu.
Tapi ada hikmah disebaliknya.
Kalau Angah terima tawaran itu pastinya saat ini Angah dan terbang ke sana.
Angah dah tidak sempat menatap wajah uminya (Kak Long) buat kali terakhir.

Hati ibu mana tak sedih bila melihat anak dengan berat hati
melepaskan peluang keemasan itu.
Peluang yang tidak semua orang dapat.
InsyaAllah, akan ada rezeki Angah dimasa akan datang untuk
menyambung belajar ke oversea.


Angah berada dibawah program sarjana muda
"Penerapan Pelajar Asasi/Trek Pantas UiTM.
So Angah tidak terlibat dengan UPU.
Terus diserap masuk secara automatik ke UiTM berdasarkan result akhir asasi.....

Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan doa ibu agar anak-anak ibu tidak
dipisahkan jauh daripada ibu.
Pelajar2 Asasi Law kebanyakan diserap ke sini kerana
di UiTM ini banyak kursusnya dalam bidang perundangan.

Ibu doakan moga anak-anak ibu terus cemerlang...InsyaAllah..

p/s: 
Saat ini terlalu RINDUkan Kak Long.
Al-Fatihah....

11 ulasan:

Norma NML berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..tahniah buat anak akak..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Angah tentu dah pertimbangkan semasak2nya sebelum menolak tawaran tu. Di mana pun kita belajar yang penting usaha dan kesungguhan. Moga Angah terus cemerlang. Tahniah Angah!!

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

AlFatihah buat kak long dan abang long NzA.
Tahniah Angah..seremban 3 dah dekat sangat nagn Acik tu Nza

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Tahniah buat Angah. Senanglah kak kalau rindu boleh terus memandu ke Seremban. Tak jauh mana pun tu.

Moga akak sekeluarga tabah dengan dugaan yang melanda. Semoga mereka tenang di sana dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Unknown berkata...Reply To This Comment

Tahniah Angah.... semoga berjaya nanti... dah dekat dengan Mama ni

Unknown berkata...Reply To This Comment

Tahniah Angah.... semoga berjaya nanti... dah dekat dengan Mama ni

Unknown berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah.. Zura tumpang bangga dengan kejayaan anak2 akak~ mudah2an anak2 zura pon berjaya juga di dunia dan akhirat.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

apa pun pilihan angah yg penting buat yg terbaik..malaysia pun punya taraf pendidikan yg bagus setanding overseas.tahniah!

takziah ye kak,ada terbaca di fb pasal kehilangan mereka.Al-Fatihah

sal ya berkata...Reply To This Comment

insyaAllah... ada rezeki Angah ke sana nanti. kalau bkn ke Aus mgkn ke negara lain kan? perancangan Allah tu adalah yg terbaik.

ummiross berkata...Reply To This Comment

Semoga NzA dan keluarga terus tabah.

Tahniah buat Angah, ummi tumpang gembira dengan kejayaan anak2 NzA.
Mungkin berada ditanahair adalah yang terbaik buat Angah, insyaAllah.Moga terus mencipta kejayaan.

Arianastory berkata...Reply To This Comment

Tahniah Angah,x kira dimn pun,asalkan ada kesungguhan dan minat..insyaallah berjaya..

About me