Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 Ogos 2014

Riang Ria Raya 2014-Ratu Selfie

Wabak yang makin kritikal melanda dunia hari ini ialah 'selfie".
Rasanya 'selfie'dan 'monopod' antara yang terfemes musim raya 2014.
Bagi generasi Y mungkin sudah sinonim tapi camne kalau ibu dan ayah
pun turut terjebak sama.
Adeh ...tua2 pun nak berselfie bagai.
Angkara Beby a.k.a Farah Najdah kami secara paksa rela memenuhi
permintaan dia ala-ala paksa...Adeh, sabar jelah.

Sorry ye sebab banyak jugak gambar ye ibu tepek kat sini.

 Ce tengok gambar-gambar ni.
Ibu, atok mama, Angah, Farouk, Naurah dan Ayah jadi mangsa selfie Beby.
Lebih kritikal bila Beby dapat hadiah handphone baru daripada ayah
2 hari sebelum raya..

Makcik, pakcik, sepupu sepapat jugak tidak ketinggalan jadi model selfie Beby.....
Sabar jelah.
Sebenarnya banyak lagi stok gambar yang ada tapi naik berpinar mata ibu
memilihnya......

 Tak habis-habis wabak ni menular.....

 Dan lagiiiii.....

Suka tengok gambar nie.
3Farahs bersama pakcik kesayangan yang hampir sebaya....Ayah Yu dan Ayah Su.
Semuanya bergelar pelajar dipusat pengajian tinggi dalam bidang berbeza tapi
mempunyai misi dan visi yang sama.
Seorang dalam bidang perubatan, ICT networking, Multimedia, Law dan English in Comunication.
Seorang di oversea, sorang di Melaka, 2 orang di Kuantan dan seorang
di Selangor...Akhirnya Hari Raya menyatukan mereka.
Tidak hairanlah mereka  banyak habiskan masa bersama-sama....
keluar bersama dan window shopping bersama-sama.
Menghabiskan masa berkualiti bersama-sama.

Riuh rendah gelak ketawa yang membuat ibu merangkap seorang ibu dan seorang kakak
yang paling bahagia dan bangga dengan kejayaan mereka berlima.
Eh...cerita dah keluar tajuk niii.....muhahaha....


Kak long a.k.a Ummi menyelit....

 Along dan Angah.

Along dan Balqis....kecik2 dah pandai selfie budak gedek nie.

Angah dan Ayah Yu.
Mereka berdua paling rapat.
Rasanya mereka ni punya perangai yang sama kot....

Along dan Ayah Su

Along dah Ayah Yu.

Agak2nya sapa yang jadi RATU SELFIE dalam family ibu????????

11 ulasan:

sitirohaida berkata...Reply To This Comment

selfie tetap ada kan...

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

bila anak2 dan balik semula ketempat belajar..gambar2 ni jadi pengubat rindu kan NzA

Rizziela berkata...Reply To This Comment

best kalau ada kawan yg suka berselfie..menjadi2 la jawapnya

Unknown berkata...Reply To This Comment

mana2 pun sama kak ibu... kat sini Qayyum menjadi raja selfie... sibuk je dia dengan monopod dia tu...

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Bila ada monopod lagi rajin berselfie

ummiross berkata...Reply To This Comment

senyum sorang2 tengok gambar2 selfie ni NzA, tumpang seronok. Ummi pun dah beli monopod, nak berkembara lagi, senang nak ambik gambar sendiri nanti.

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Jgn kan yg muda, yg tuo2 pun suka selfie kak. Hihi.. Sy ada gak beli monopod tp leceh + malu nak guna, sudahnya duk terperam je kat rumah..

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Kak, Ratu Selfie raya tahun ni jatuh kat Bebykan, bukan mak Beby? Hahaha..

Memang sakan budak-budak sekarang ni berselfie. Saya tak tersakan lagi..masih gak guna mop lantai pura-pura selfie sambil buat kerja rumah. Hihihi.

Salmi berkata...Reply To This Comment

Bukan anak2 je yang sakan berselfie, mak ayah pun tak kurangnya. Tapi, gambar2 inilah juga yang akan jadi tatapan kita suatu masa nanti.

sal ya berkata...Reply To This Comment

tahun ni tak ada pic. tak ada selfie jgk. beraya seadanya.

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Farouq macam tak suka ber'selfie' je... satu je gambar dia.

Saya kurang gemar nak ber'selfie', tapi bila tengok saudara-mara dan kawan-kawan ramai yang ber'selfie', macam seronok je rasanya.

About me