Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Ogos 2014

Riang Ria Raya 2014 -Bercelaru

Tarik nafas...hembus...tarik nafas...dan hembus....
Tak tahu nak bermula dari mana.
Tak tahu nak pilih gambar mana...
Nampak tak permainan ibu yang memang dah makin disaluti lemak M
untuk up-date blog..

Dah masuk hari ke 11 raya masih buntu nak buat n3 raya.
Selongkar-selongkar gambar, rupanya langsung tak ada gambar menu hariraya.
Yang pastinya 3 minah (kaklong, ibu dan adik atie) dah 5 tahun berturut-turun gantung periuk kuali
di malam raya semata-mata nak melaram dan tak nak berpeluh di hari raya.
Dasyatkan mak-mak dara yang nak beraya tak hinggat dunia....
Dan mak-mak dara ni mengalahkan 4Farahs tu.....adeh.

 Ini je yang ibu jumpa dalam banyak-banyak gambar.
Menu hariraya pertama: satey + ketupat +lemang + kuah kacang + mee kari + bubur kacang dan
diiringi menu-menu sampingan lain.

Ni entah pingan sapa yang ibu snap.
Dan ibu yang memang "hantu"satey makan tak hinggat.
Yang uniknya ibu makan satey tanpa kuah kacang dan ketupat.
So ibu boleh capai satey bila-bila masa tanpa perlu bersusah payah cari pinggan....
Itulah ibu......

Hari ke 2 kami tempah nasi dagang.
Nasi dagang + gulai ikan tongkol + gulai ayam + gulai itik + sup makaroni
(resepi adik atie yang sedap).
Berjurai jugak airmata ibu bila dengar komen-komen nasi dagang tu
sangat-sangat marvelous.
Sebabnya ibu bukan penggemar nasi dagang.
So hari kedua ibu pergi terjah rumah pakcik makan nasi minyak....
Ibu ambil sedikit untuk mengalas perut. Itu pun tak habis.
Nama je mek Kelate tapi tak minat nasi dagang.....

Cerita tang bergambar pulak.
Memang huru hara.
Maklumlah kami kejar masa untuk melarikan diri sebelum rumah abah/mama diserbu....
kih.kih.kih....
Main tangkap muat je posing.
Mana yang sempat je kami tarik.
Masing-masing sibuk nak makan la, nak ke toilet la...adeh...sabar jelah.
 Nak letak kategori mak-mak dan ank dara tak sesuai bila tiba-tiba terselit adik yu dihujung.

Gambar ini pun entah apa-apa....main selit-selit je.
Akhirnya mama yang kat belakang tu langsung tak kelihatan...huhuhu....
Dasyat betul kami nie.
Konon berebut nak bergambar bersama Abah dan Mama tapi
kami yang syok sendiri..
Abah pun entah lari kemana.......

Candid...candid......tengok tu, Ayah dan Farouk tak menyempat  makan.
Sabar jelah.

 Bersama 3 Farahs....Naurah entah kemana.

 
Sempat ibu tarik Farouk dan Naurah..Beby dan Along pulak hilang...adeh.


Akhirnya sempat tarik 4Farahs tapi Farouk pulak hilang.....

Masuk jelah mana yang ada...huru hara betul family ibu nie.

 4Farahs bersama makcik kesayangan Cik Ita dan Alya.

 Angah dan Naurah.
Pelikkan tengok Naurah dah nak sama tinggi dengan Angah yang mempunyai ketinggian 164cm.
Jangan terpedaya dengan ketinggian Naurah tu sebab dia pakai wedges....he3x...

_
Beby....memang  paling suka posing....

Candid...candid...inilah kerja ayah.

Macam biasa...edisi peluk, cium, mohon maaf dan bagi duit raya.
Paling sebak bila abah peluk ibu erat-erat dan menangis.
Ya Allah, sedih dan sangat-sangat sayu.
Ibu pun tak pasti kenapa abah begitu sebak dipagi raya.
Walaupun dah berkeluarga dan punya anak remaja ibu tetap "baby girl" dimata mama dan abah.
Kalau boleh ibu ingin terus merasai pelukan dan ciuman mereka setiap hari.......


Along diampit 2 orang jejaka terhangat.
Jangan salah sangka ye...ni pakcik2 kesayangan along yang
beza umur antara 2 dan 4 tahun sahaja......

Oklah, ibu tepek lagi 2 keping gambar kami sekeluarga.


p/s:
Esok bermulalah program marhaban anjuran sekolah ibu.

9 ulasan:

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

tahun ni acik tak de gambar sekeluarga nza..along kerja..bila balik dah petang ..mak dan adik2 pulak dah mandi dan salin baju

Unknown berkata...Reply To This Comment

Salam Kak~
Meriahnye gambar2 raya akak~
Zura ade gak snap2 gambar raya.. tapi masih x de kesempatan nak update citer raya.. baru habes kelibut pasal kes mahkamah tuh. InsyaAllah.. n3 raya zura akan menyusul lambat sket.

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

mmg pening bab pilih gambar kak heheheh tapi tu laa kalo tak update kang takde kenangan plak nanti kan blog kite....

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

mmg pening bab pilih gambar kak heheheh tapi tu laa kalo tak update kang takde kenangan plak nanti kan blog kite....

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Memang susah bila nak kumpul bergambar satu keluarga ni kan NZA.. Akak pun suka makan satay macam tu tanpa kuah ehe :)

Ann Ishak berkata...Reply To This Comment

nampak kecik je dak farouk :)

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Ayu suka nasi dagang tapi kena makan dengan ikan tongkol...

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Kelakar pulak dengar kisah ibu. Tarik anak yang ini, anak yang ini pulak takda :)

Tapi akhirnya ada juga gambar sekeluarga bersama tahun ni. Saya ni sampai sekarang tak nampak lagi mana gambar sekeluarga masa photoshoot pagi raya tu. Sampai sekarang tak dapat-dapat tengok. Padan muka, asyik nak mengharapkan orang ambil gambar. Kenalah bersabar :)

Salmi berkata...Reply To This Comment

Dalam kekalutan banyak juga koleksi gambar raya Yah dan keluarga. Kami ni kalut hingga tak ada satupun gambar pagi raya huhu...

About me