Semasa bercuti di Kelantan, ibu sempat singgah makan di Captain T Restauran.
Dah berapa tahun jugak restauran ni wujud tapi ibu belum berminat untuk singgah.
Itupun ibu pergi sebab berdating dengan rakan lama.
Reka bentuk restauran ni agak unik kerana ianya menyerupai kapal besar.
Ni yang sempat ibu snap.
Cuma ada 4Fsebab Along tidak bercuti dan sibuk untuk hadapi exam sem 2.
Bahagian belakang restauran, mengalir Sg Kelantan.
Sebenarnya kawasan ni pun sudah ditambak.
Sabar menunggu order yang belum kunjung tiba.
Emmmm...menu macam-macam dan nampak mengancam.
Harga pun boleh tahan tapi rasanya.....??????no komen.....
Nasi goreng Cina.
Terpacak sekor je udang kat atas tu...alahai....
Nasi goreng kampung....sama jugak,sekor je udang bertenggek......
Yang lebih sadis bila kat menu tulis sotong celup tepung..
tapi bila tiba depan mata rupanya jemput-jemput...
Sotong menyorok disebalik timbunan tepung.
Adeh.....
Komen anak-anak ibu :
Ibu masak 100X ganda lagi sedap.......emmmmmm...
Akhirnya budak yang 'kecewa' dan kempunan nak makan sotong celup tepung melepaskan
geram kat sini....
Selesai urusan "gosip dan dating" ibu dengan rakan-rakan,
kami singgah ke tesco yang tidak jauh dari situ.
Melepaskan geram anak-anak yang ternyata tidak puas hati dengan makanan di situ.
Macam biasa mereka nak makan Big Apple donut dan sushi.
Singgah shopping-shopping sebelum malam menjelanggggg....
11 ulasan:
Harga dia mahal sebab nak bayar hutang buat restoran cantik macam kapal kot...
Sedih gak kalau pergi restoran yang macam ni. Dah la harganya mahal, rasanya tak setanding dengan harganya.
alahai sayang konsep dah cantik tapi rasa takder.. failed.. memang sekali pergijerler... kitapun suka kalau pergi makan kedai yang tak berkonsep2 tapi nak makanan sedap .. bayar mahalpun tak per...
Harga dia dah termasuk pemandangan sungai yang cantik tu kak..hehehehehe.
Kalau tak silap saya harga minuman kat situ semuanya above rm5 ...almost rm 10 kan..;-)
Hehe.. Nak gelak tengok udang tepung tu. Sebijik kalau sy yang buat, mmg jadi cekodok. Kih3x..
Salam Kak~
selalunye memang camtuh.. kita x akan komplen kalo bayar mahal tapi makanan sedap~ cuma rasa terkilan bila bayar mahal.. tapi rasa makanan mengecewakan! kita nak makanan yang terbaik!! mahal x pe~
ohh..mmg nmpak unik restoren ni..syg masakannya tak seberapa ye..hehehe..saya pon selalu frust kalau gi kedai dpt 'jemput2 sotong' mcam tuh..=p
Konsep dah just nice tetiba tak memenuhi citarasa. Memanglah pelanggan tak datang berkunjung lagi.
Memang frust, tambah2 perut tengah berkeroncong. Bagi akak bayar mahal tak jadi hal asalkan makanan menyelerakan.
Oooo... Yati tak pernah singgah makan situ lagi. Kak Nza dah cerita ni, takde la kami singgah. Dekat je tu, ngan kampung abe Yati. :)
Cantik & unik restoran ni kak...tapi sayang plak makanan dia tak seberapa..
Catat Ulasan