"Patah Tumbuh Hilang Belum Berganti"
Itulah situasi kami saat ini.
Kami kehilangan 3 orang rakan guru serentak tapi belum
berganti.
Salah seorang lagi rakan guru cuti bersalin selama 3 bulan pun
tiada penganti.
Walaupun kekurangan guru namun PdP tetap berjalan lancar.
Hanya kami saja yang tahu bagaimana menyelesaikan semua itu.
Walaupun setiap kami terpaksa berkorban waktu rehat namun
ianya tidak ada halangan demi anak-anak didik.
Ibu tepek sekeping je gambar di sini.
Gambar kenangan terakhir bersama Ustazah Noorul (7 dari kiri) dan Ustazah Ros (8 dari kiri).
Seorang lagi Ustazah Kira tidak dapat hadir kerana jauh di Perak.
Kami doakan agar mereka terus suksess ditempat baru bersama azam yang baru
dan suasana yang serba baru.
p/s:
ibu bercuti selama 4 hari.
Hari Khamis kerana kemenangan JDT.
Ahad kerana awal Ramadhan....
8 ulasan:
Bestnya cuti 4 hari..hero acik baru minggu orientasi..tak dapat la balik
Cikgu memang besar pengorbanannye. sbb itu lah jasa guru itu tidak terbalas. :)
Sononye dpt bercuti lama.. kalo ade kelapangan dh boleh blk kg sambut ramadhan kat kg.. hehehe
Bestnya .. lama cuti tu NzA..
Selamat berpuasa NzA :)
Sekolah ayu pun ada perpindahan 2 guru..tapi hingga kinu belum berganti...huhu...tahniah JDT...hehe
Bestnya cuti 4 hari. Saya cuti sehari je. Sabtu ada Hari Kantin...
walau berpisah..moga ukhwah bersama rakan2 guru NzA tetap berterusan.
Lamanya cuti, mesti best tambahan dapat sambut 1 Ramadan.
Selamat berpuasa dan beramal ibadah ye..
Kalau berganti pun, mungkin tak sama ...
Wah, seronok ya Johor cuti 4 hari berderet! Saya baru tahu JDT menang bila telefon kakak di BP. Punyalah Johorian yang lupa daratan :)
Seorang guru tak adapun jenuh mengganti, inikan pulak 3 orang. Huhu.. dapat bayangkan macam mana keadaannya..
Catat Ulasan