Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 Jun 2014

Selamat Hari Tua #Throwback

Kesibukan dengan urusan duniawi sampai ibu terlupa tentang hari kelahiran sendiri.
Nampak tak bertapa semakin usia meningkat senja aktiviti neutron kat otak makin pasif.
Semalam ibu langsung tak buka tab walaupun ada kedengaran bunyi w.apps bertalu-talu.
FB sudah lama di block di sekolah.

Balik sekolah terus ke klinik gigi.
Terlanjur bawa Naurah appoiment ibu pun join sekali cuci gigi.
Agaknya ibu cuci gigi di klinik masa belajar kat IPGM dulu la.....kesian gigi ibu.

Berbalik kepada tajuk,
Selesai urusan baru sempat buka FB, Insta, w.apps dan sms.
Terharu di atas ucapan dan doa2 terutama daripada mama dan abah, anaknda, adik beradik,
kaum keluarga, rakan2, bekas anak murid dan yang mengenali diri ibu.

Bertambah tua lagi setahun usia ibu....
Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan nikmat yang terlalu besar buat ibu.
Dikurniakan kesihatan yang masih baik,
memiliki keluarga yang bahagia,
dikelilingi mama, abah dan adik beradik yang sangat hebat,
anak-anak yang menyenangkan hati,
kecemerlangan anak-anak,
kehidupan yang selesa walaupun sekadar sederhana,
dikelilingi rakan-rakan yang sangat baik dan mengambil berat...
Nikmat yang tidak ternilai buat ibu seorang insan lemah yang serba kekurangan.

Ucapan puteri sulung......Along.

Ucapan puteri ke 2...Angah

Kejutan daripada insan2 tersayang..Terima kasih semua terutama
anak-anak ibu.
Ibu sayang kalian melebihi nyawa ibu.

Sebiji kek yang disponser oleh rakan baik
Ayah merangkap "daddy"angkat 5F.
Terima kasih sir Lee.

5F, sanggup berkongsi duit untuk belikan ibu sepasang sepatu yang sangat cantik.

Terima kasih semua di atas penghargaan ini.
Bahagia bila diri ini sentiasa disayangi dan dihargai.....

9 ulasan:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...Reply To This Comment

Sanah helwah NzA .. semoga usia dirahmati Ilahi.. diberikan kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki.. Amin

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Selamat Ulangtahun! Bahagia rasanya bila diri sentiasa diingati dan disayangi oleh insan-insan di sekeliling kita :)

Nafira usof berkata...Reply To This Comment

Selamat Hari Lahir kak~
Semoga semua doa dan impian akak akan menjadik kenyataan.. Amin~

sweet sangat~ dapat hadiah daripada anak2.. tersenyum2 Zura sorang2.. hehehe

Aziela berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah. Happy Birthday kak. Semoga kebahagiaan akak berkekalan hendaknya... Amiin.

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

selamat hari lahir NZA..semoga bahagia selamanya disamping keluarga

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

selamat hari lahir kak... alahai sejuk ati tgk adiah tu kak... 5 beradik kumpul duit kak yea...lieya plak yg terharu bace...

Joanna Yunus berkata...Reply To This Comment

SELAMAT HARI TUA KAK IBU KUSAYANG... DINDA JUGA RASA AMAT BERTUAH PUNYA SAHABAT MAYA DAN KAKAK ALAM MAYA YANG BEGITU SPORTING....

Zefa NorAsmara berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..
Selamat Hari Lahir Kak NzA.. :D

Nor Salmi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, gembira jika anak2 sentiasa menghargai..

About me