Salam rakan-rakan blog ibu.
Kali ini bersiaran di rumah setelah bercuti selama 2 minggu di Kelate.
Maklumlah kalau cuti, malas ibu nak buka lappy.
Kalau menaip kat tab confirm typo punya.
Lagipun line tenet tak menentu.
Banyak kisah-kisah menarik sepanjang bercuti.
Insyaallah kalau ada "kerajinan" ibu akan buat n3......
Dan ibu akan lakukan siri jelajah seperti biasa jika berkesempatan.
Dan ibu akan lakukan siri jelajah seperti biasa jika berkesempatan.
Semasa dikampung ibu berkesempatan ber'dating' dengan rakan-rakan
zaman persekolahan.
Selama ini kami sekadar berjumpa di FB dan kami mengambil kesempatan
bersua setelah berpisah sejak di bangku sekolah lagi.
Bayangkan sudah berapa lama kami terpisah dengan membawa
haluan masing-masing selepas tamat SPM.
Gembira mendengar kejayaan rakan-rakan sekelas yang
bergelar doktor pakar, peguam, profeser, bisnesman/women, engineer,
jutawaan....
Alhamdulillah semua rakan-rakan sekelas kami berjaya dan punyai kerjaya
yang hebat2......Cuma ibu dan beberapa orang je bergelar 'cikgu'......
Yang lebih mengembirakan bila berkongsi kisah lama.
Kisah keluarga masingmasing,
Kisah kejayaan anak-anak
Kisah kejayaan anak-anak
Alhamdulillah, anak-anak kami menyambung deligasi ke menara gading.....
Bff ibu. Kami menceburi profesion yang sama, bergelar guru.
Anak-anak kami pun hampir sebaya dan masing-masing menuntut di universiti.
Kami berdating di kepsi je.
Riuh rendah masing-masing bercerita dan bergelak ketawa.
Pertemuan hampir 4 jam seperti 10 minit je.
Masing-masing tetap dengan watak yang sama.....
Tak sedar sudah bergelar ibu....adeh....
Pertemuan ke 2 selang sehari di Captain T Restauran Kota Bharu.
Gempak dan riuh rendah.
Cepat sungguh masa berlalu.
Dulu masing-masing sibuk dengan kerjaya, kemudian sibuk dengan anak-anak kecil,
sekarang kami sudah mampu berdating setelah anak-anak dah meningkat dewasa....
Dulu masing-masing sibuk dengan kerjaya, kemudian sibuk dengan anak-anak kecil,
sekarang kami sudah mampu berdating setelah anak-anak dah meningkat dewasa....
Terima Kasih kerana menceriakan hari ibu walaupun seketika.
Kehadiran kalian dalam hidup ibu memberi seribu rahmat.
Semoga kita dipertemukan lagi jika berkesempatan.....
10 ulasan:
Berjumpa semula setelah berpuluh tahun mmg detik yg amat menyeronokkan. Sudah tentu banyak cerita yg nak dikongsikan.
Ps: harap2 lepas ni bolelah kita pulak berjumpa..
Wah, seronoknyaaaa.....
Seronok ya ibu dapat bertemu rakan-rakan lama yang dah bertahun tak bersua muka. Banyak yang dah berbeza tapi perangai tetap sama :)
Happening ye kak dpt jumpa kawan lama... bestbest... :-)
Bersembang mmg terasa msa berlalu sgt pantas..huu
Ala2 reunion lah nih akak kan~
memang meriah lah kalo jumpa kawan2 lama. rasa macam banyakkkk sangat nak bercerita kan.. nak ingat balik kesah2 dulu.. hehehe
kalau jumpa geng2 lama..lelagi bff mmg seronok.
Here is really a short introduction to what kind of debt services are available online super real look your
credit file to ascertain if any creditors made mistakes on the report.
Memang la paling best kalau berdating ni kak ibu... tapi dinda mmg jarang sempat nak reunion dgn kawan2
wahhh..bestnye kak nza..berpeluang jugak berjumpe slps lama terpisah..yg penting sume maintain muda lagi tau..tak sangka klu masing2 dh ada anak2 remaja..hihihi
Saya je susah nak reunion dengan kawan-kawan satu sekolah dulu, masing-masing sebuk dengan tugasan masing-masing.
Catat Ulasan