Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

21 Jun 2014

Mangsa Kemalangan Itu BFF Ibu.

Semalam kita digemparkan dengan berita kemalangan bas rombongan SK Parit Raja Batu Pahat
yang membawa guru dan murid-murid dari KL..
Awal pagi ibu terima khabar, salah seorang penumpang yang parah adalah rakan baik ibu.
Ya Allah....rasa nak luruh jantung ibu.
Sedih, risau, bimbang dan takut.
Tidak putus-putus ibu berdoa terutama terima berita-berita
yang menakutkan tentang mangsa.

Antara keratan akhbar.

Petangnya ibu berkejar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar
kerana kemalangan itu berlaku di Daerah Muar..
Agak sudah lama kami tidak bersua.
Rasanya dah dekat 12 tahun sejak ibu bertukar ke kg ayah dan N
bertukar ke Batu Pahat.
Kami sering bertanya khabar di FB saja.

Bergegas masuk ke wad dengan bantuan 3 orang pekerja hospital
yang menunjuk arah setelah ibu gelabah turun naik lif berkali-kali.
Tiba-tiba terdengar suara lemah memanggil ibu.
Ya Allah...tergamam seketika.
Melihat kakinya berbalut serta ditanam besi, dahinya pun berbalut dengan 12 jahitan.
Yang menyedihkan anaknya masih di icu...Patah kaki dan tangan retak.
Lebih sayu suaminya telah pergi mengadap ilahi awal tahun ini secara mengejut diusia
yang masih muda.
Ya Allah, hebatnya ujianMu pada rakanku.
Itulah tanda kasih sayangMu..
Tidak dapat nak lawan kesedihan ini.
Namun ibu kuatkan diri, menghampiri N,
N mengengam erat tangan ibu.
Masih lemah bicara dia.
Hampir menitis airmata yang cuba ibu tahan.

Ya Allah...
Kagumnya dengan ketabahan N,
Sembuhkanlah sahabat hambaMu ini.
Sembuhkan lah anak dan rakan-rakannya.
permudahkan segala urusan dan semoga N di bawah lindungan kasih sayangMu
Ya Allah.

10 ulasan:

ummiross berkata...Reply To This Comment

aamiin..aamiin.. moga semuanya cepat pulih seperti sediakala.

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Tabahnya N tu ye NzA.. semoga semuanya cepat sembuh..

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Semoga N tabah hadapi setiap dugaan yang menimpa.

Makin besar dugaan, tandanya makin Allah sayang...

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Ibuayu dulu bersekolah di sk pintas puding ..so bila dengar sk parit raja terus google tentang seklh tu...sebab dulu x de nama seklh tu...kami yg tak mengenali guru and anak murid yg terlibat turut berasa sedih...Ajal maut ditangan tuhan..Tiap2 tahun ibuayu bawa pelajar lawatan..tiada siapa minta perkara ini berlaku..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Allah sentiasa menguji kita dgn sedar mahupun tanpa kita sedari. Semuanya tanda kasih Allah kpd hamba-Nya.. Moga N terus tabah dgn dugaan demi dugaan.

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Aamiin..semoga kawan NzA dan anaknya selamat dan segera pulih

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Moga kawan akak cepat sembuh & moga dipermudahkan segala urusan..

Unknown berkata...Reply To This Comment

alahaii.. sedih plak baca n3 akak nih.. Doa zura semoga kawan akak cepat sembuh dah kembali sihat. moga kawan akak tabah hadapi ujian Allah ini.

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Amin... Semoga Cikgu N dan anak-anak muridnya cepat sembuh seperti sediakala.

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Saya tahu cerita di dari grup wassp. Memang baca je teringat kat akak tau, sebab sekolah tu kan ada nama 'parit' juga. Rupanya mmg kawan akak ye..

Mcm mana perkembangan terkini mereka kak? Semoga mereka cepat sembuh..

About me