Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

30 Jun 2014

Angah dan Australia????-Ramadhan 2

"Ibu, Angah dapat tawaran buat degree law
kat universiti di Melbourne, Australia."
Tiba-tiba ibu terdiam, hilang kata-kata.
Perasaan berbelah bagi antara rasa bangga, gembira, sayu dan sedih.
AUSTRALIA??????? Jaunyaaaaa!!!!!!
"Angah sedia ke nak ke sana...sanggup ke belajar jauh-jauh?" ibu menduga.
"Tengoklah nanti ibu...Angah fikirkan dulu".

Balik sekolah minggu lepas Angah maklumkan lagi pihak di sana
call minta pengesahan.
"Ibu, Angah dah tolak tawaran tu. Angah nak sambung degree kat 
universiti dalam negara jelah..."
"Betul Angah nekad dan redha ni?.."
"Ye ibu, Angah redha dan nekad"
"Universiti kat Malaysia pun terbaik...xada kurangnya..."

Alhamdulillah,Ya Allah.... lega teramat ibu rasa tapi jauh disudut hati rasa amat terkilan.
Bermacam-macam persoalan bermain diminda.
Adakah Angah menolak tawaran ni sebab ibu?
Kenapa ibu tidak sekuat ibu-ibu lain untuk melepaskan anak-anak
belajar jauh sedangkan mereka diberi peluang untuk ke sana?
Mengapa hati ibu tidak setabah ibu lain untuk melihat anak melangkah
jauh menimba ilmu dan mencari pengalaman ditempat orang?
Sampai bila ibu harus menyimpan perasaan sedemikian......
Ada diantara ahli keluarga sebelah ibu terkilan dengan keputusan ini...
Emmm...entahlah.

Apapun ibu amat bangga dengan kalian kerana membuktikan
kalian anak-anak yang menjadi kebanggan ibu dan ayah......
Ibu pasti suatu hari nanti ibu perlu menjadi kuat dan tabah untuk melepaskan
anak-anak ibu membina kehidupan sendiri.
Doa ibu tetap mengiringi setiap langkah kalian......Amin.


Tetiba je tepek gambar Ayah.
Tajuk tak ada kena mengena cuma tema sama.
Ni gambar semasa ayah di Melbourne Australia.
Langsung tak ada kena mengena dengan entri ni.....he3x.

17 ulasan:

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

xpe kak....angah buat pilihan yg tepat dari hatinye...in sha Allah nanti PHD buat kat oversea plak heheheeh...

Unknown berkata...Reply To This Comment

InsyaAllah.. itu keputusan dari hati dia sendiri kak~ tumpang bangga dengan angah~ :)

ummiross berkata...Reply To This Comment

Tumpang gembira dengan pencapaian anak2 NzA.
InsyaAllah..kat mana2 pun, Angah akan terus cemerlang.

Unknown berkata...Reply To This Comment

dimana2 pun sama angah janji belajar dan berjaya dan yang paling penting menjadi muslimah sejati yang berguna pada agama khususnya, bangsa dan negara,
untuk gambar cik abe tu yang kena mengena dengan n3 hanya australia itu sahaja

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Belajar dalam negara lagi mudah. Kalau ada kecemasan, keluarga dekat.

Aziela berkata...Reply To This Comment

Segala gerak adalah dari Allah....Insya Allah

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Tahniah buat Angah..takpe kak..kat dalam negara pun ok..dekat dengan keluarga...Moga Angah terus cemerlang..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

keputusan angah terbaik,Insyaallah

LYAfrina berkata...Reply To This Comment

tahniah..
alhamdulillah...


Salam Ramadhan dari Lya

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Betul tu. Bukan senang nak melepaskan anak dari genggaman dan pandangan mata kita. Rasa serba-salah, serba tak kena je. Walaupun anak-anak kecil lagi, saya dah terfikir perkara ni berulang kali dalam minda. Sanggup ke?

Melepaskan suami ke luar negara tak apa. Tak kisah pun :)

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Peluang akan datang lagi buat angah nanti.semoga terus berjaya angah.

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Nak berpisah mestilah sedih n susah hatikan kak...Semoga angah terus berjaya walau dimana dia belajar...kalau ibuayu dpt twrn oversea ngap je hehe...

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

semoga ada hikmah di sebalik keputusan angah..insyaAllah..takde kurangnya klu smbung degree di malaysia kan..nnti akan dtg akak n angah leh pi holiday jeklah kat melbourne tuh..hihihihi

Hanie(SHMA) berkata...Reply To This Comment

jalan2 blog kesini. salam perkenalan

Sheila Salim berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum .. Salam Ramadhan buat akak sekeluarga. alhamdullilah, dalam negara pun kita tetap boleh berjaya.. bagus angah ~~~

azieazah berkata...Reply To This Comment

Kena redha juga la ya... andai dia berkeras mahu ke sana.

Apapun tahniah.

Salmi berkata...Reply To This Comment

Kita serupa Yah.. Nak lepaskan anak ke asrama penuhpun hati berbelah bagi, apatah lagi nak ke luar negara. Insya-Allah, di manapun belajar yang penting kesungguhan. Moga Angah terus cemerlang biarpun hanya belajar di dlm negara..

About me