Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

31 Mei 2013

Tenangkan Fikiran di Gunung Ledang

Seingat ibu dah agak lama juga tak ke Gunung Ledang.
Ibu pun tak pasti kenapa dan mengapa???????
Sedangkan GL tu takdelah jauh sangat.....

Tiba-tiba idea datang.
Tanpa merancang terus kami buat keputusan ke sana.....
Ibu siapkan bekal yang ibu masak seawal pagi.....
Beli ayam goreng rangup dan air.
Kami lunch di sana....

 4F...Beby ditinggalkan sebab dia ada tuisyen.

 Gunung ledang yang indah......
Kawasan yang redup dan airnya sejuk bak aissssss..................

Budak demam yang tak sabar nak mandi...
Farouk yang beria-ia nak kesana.
Katanya "nabi" cakap, kalau nak cepat baik demam kena duduk
bawa aliran air sungai..........
Yelah Farouk, bakal ulamak nie...InshaAllah.....

 Bukan main seronok dapat mandi..Lupa seketika yang dia demam....

 Mengigil kesejukannnn....

2 orang kanak-kanak ribena berendam.....

Lepas mandi lapar...
Makan dulu......

 Puteri Gunung Ledang dah kesejukan sampai bibir dah biru.........hehehe....

 Dalam dok memantau Farouk dan Naurah mandi, mata ibu tertumpu pada 3 orang jejaka nie.
Tanpa membuang masa 'mamarazzi' snap pic ni melalui celah semak samun.
Ibu sebenarnya tertarik melihat aksi @ gaya 3 jejaka nie.
Cecuba perhatikan mereka bertiga.
Lebih 1/2 jam berpeluk tubuh dalam air tanpa bergerak.
Ibu jadi confius........macam budak sekolah yang kena denda sebab tak buat homework....ngeh..ngeh..ngeh...

 Aksi stunt dari kanak-kanak ribena.
Risau jugak ibu tengok budak-budak ni buat stunt.
Manalah tau dalam dok galak beraksi kot-kot nanti terlepas tangan dan kepala terhantuk ke batu.
Hish!!!! macam-macam dalam fikiran ibu yang risau lihat aksi kanak-kanak tu
tanpa pemantauan ibubapa........

Along dan Angah sekadar lepak-lepak....
Dah besar katanya segan dah nak mandi manda walaupun teringin.....

Selamat tinggal Gunung Ledang...
Entah bila la nak ke sana lagi...
Cit!!!! macamlah jauh no.....

12 ulasan:

mamaijat berkata...Reply To This Comment

. . .X tau lah da berapa lama kanda juga x jejeki GL.. .tapi masa kat kolej,kami tawan GL tu tau. . .
Ha ha ha. . .Zaman slim n btenagalah katakan.. .

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijatGL dh byk brubah skrg nie...dinda pn blm pernah mendaki GL nie..kalau nk mandi pnjat bahagian plg bwh...hehehe...

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

bestnye kak..lieya plak terase2 kesejukkan air tuuu...lieya lagi suke gi air terjun atau sungai gini dari pegi pantai sbb suasana sejuk dan tak melekit dgn pasir n air masin kan kak.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lieya
lieya sama dgn akak, akak xsuka pergi pntai sbb panas n melekit airnya ttp kalau kt pndai nyaman je sbb redup n airnya sejuk....

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

kak nza...saya pon dah lame sangattttt tak gi gunung ledang ni..dulu2 time mak kerja kat semrah selalu arwah ayah bawak ke cni..sejak dh besar2 mmg tak jejak lagi..sana mmg banyak kawasan lapang n redup utk mandi manda kan..nk adventure sket, naik tangga ke atas..tp semputttttt..hehehehehe

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
akak yg dok dekat pn jrg sgt p sini lily...dulu masa dok mersing, setiap kali blk kg suami mesti p GL.....mmg best sbb sejuk n redup..mesti lily sukakn tmpt2 camne..sskali bolehlh lily brmlm kt resort sini.....

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

bestnye sis...
dpt berendam lelama...hihi

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
ikutkn hati nk join berendam ttp malas lak nk tukar baju....

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Best la mandi sungai. Kesian Farouk, semoga cepat sembuh.

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
mmg best dinas...airnya sejuk mcm ais..Alhamdulillah lepas blk demam farouk dh ok....

Aziela berkata...Reply To This Comment

Nak jalan kaki dari parking kereta tu jauh kan kak...

Salmi berkata...Reply To This Comment

Bestnya kalau dapat berendam. Dah lama tak rasai suasana berkelah macam ni..

About me