Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Mei 2013

Alahai Kawan...Ibu SENTAP!!!!!

Sepanjang ibu bercuti PRU13 di kampung, memang ibu langsung tak bertenet.
Sesekali rasa sangat-sangat tenang dan damai.
Jauh dari baca status yang penuh kata mengata, fitnah menfitnah.....

Sampai ke BG hari dah malam.
Buka kejap FB untuk lihat status kawan-kawan.
Tiba-tiba ibu sentap bila baca status seorang rakan lama yang
selama ini ibu hormati.
Seorang rakan yang sama-sama belajar di kolej.
Seorang rakan yang bergelar pendidik dan
sekarang dah bergelar pegawai di PPD.
 Cecuba tengok petikan ni 
" Terima Kasih kpd anak2 perantau yg balik membuang NAJIS di Klate".
Indahkan bahasa seorang bergelar pendidik dan pemimpin masyarakat.
SYABAS dan TAHNIAH ibu ucapkan pada beliau.
Langsung tak sensitif dengan persekitaran.
Sebagai seorang manusia yang ada perasaan mesti hati ibu tersentuh dan terluka.
Bagaimana perasaan beliau jika ditempat ibu sebagai anak perantau.

Yang pasti bukan ibu seorang yang terluka dan terasa
dengan kata-katanya,
tapi kebanyakan rakan-rakan yang diperantauan amat2 terasa.
Peringatan untuk diri sendiri :
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata........(sila sambung sendiri).
Pesanan utk beliau : sila basuh taik2 yang kami sepahkan tu ye!!!!hambik ko...

Bayangkan kami yang bergelar perantau sanggup menghabiskan
masa, tenaga, wang ringgit demi menunaikan hak sebagai warganegara.
Tidak pernah 1sen pun ibu menuntut wang perjalanan yang
diperuntukan.
Ibu tahu tanggungjawab ibu sebagai warga negara Malaysia.
Mungkin "dia" boleh diumpamakan "katak di bawah tempurung".
Tidak bersyukur dengan apa yang dia ada.
Mungkin kami lebih "CELIK" bila berada diperantauan
berbanding "dia" di kampung sendiri.

Ibu sebagai seorang pendidik biasa@cabuk yang di perkampungan lebih "CELIK"
daripada beliau yang lebih berpangkat.....
Ibu dikelilingi rakan-rakan dari berbagai Agama, Bangsa dan Idelogi.
Kami saling hormat menghormati tak kira mereka berbangsa Cina,  atau India.
Kami saling memahami walaupun berbeza fahaman politik -
BN, PAS , PKR dan DAP.
Tiada istilah kata mengata, keji mengkeji....

Kita negara demokrasi dan kita sebagai umat Islam
perlu terima hakikat yang dah ditentukan Allah.
Setiap pertandingan pasti ada pihak yang menang dan kalah.
Kalau menang berpihak pada kita, maka kita perlu menadah tangan dan bersyukur.
Kalau ditakdirkan kalah, kita perlu redha dan muhasabah diri.
Jangan sibuk nak menunding jari menyalahkan orang lain.
Mungkin dia manusia yang dah 100% sempurna dari segi akhlak dan agama....

Bayangkan bagaimana orang yang jauh beratus batu boleh  menerima
 kekalahan dan kemenangan dengan tangan terbuka sedangkan beliau
yang duduk sekangkang kera sahaja melatah tak tentu pasal....
Bak kata orang "meroyan"...
Malah sesuka hati menunding jari pada orang lain.
Dalam hidup kita tak selalu di atas...ada masa kita di bawah.

Dan di bawah ini ibu buat status untuk rakan-rakan ibu yang berbangsa Cina.
Mereka rakan baik ibu sewaktu di alam persekolahan.
Mereka lebih berbudi bahasa dalam pertuturan.
Bukan ibu menyebelahi sesiapa tapi semua itu realiti.
Anak-anak ibu juga punya "daddy angkat"(Sir Lee Cheng Kin ) berbangsa Cina.
Sering mengambil berat tentang pelajaran anak-anak ibu berbanding "rakan"
yang sebangsa ibu yang tidak senang  dengan kejayaan anak2 ibu (orang2 tertentu...).
Dan ibu punya rakan blog " Aziela" yang berkawin campur dengan Cina Muslim.

Status FB ibu semalam.



Saksilah bertapa akrabnya hubungan kami sejak dulu hingga kini.
Dan saksikan macam mana kami berinterasi.
Penuh dengan adab dan sopan.
Kami umpama satu keluarga.
Saling memahami dan mengambil berat.
Langsung tiada perasaan PHD( perasaan hasad dengki ).
Malah kami sering bersaing untuk terus berjaya.

Semua ini beri pengajaran dalam hidup ibu.
Siapakah yang boleh ibu jadikan kawan dan lawan.
Selagi orang menghormati hak orang lain, selagi itu kita menghormati mereka.

Kesimpulan : 
Jaga kata-kata kita......

36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

iyelah sis...kalau buka fb mcm2 citer yg ada skrg ..cam nk delete dh fb..berblog lg best sbb kita blh pilih apa yg kita suka utk dibaca...


NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
betul tu...serabut sungguh....ni baru masukkn link dh ada org gaduh kt situ..so sis blah......huwaaaaaaaaa

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Iye kak, 'indah' sungguh bahasa mereka berupdate status kt fb sejk demam PRU 13 ni..mmg byk jgk kata2 yg buat kita sentap, sedih pun ada, sbb ramai sungguh yg seolah, tak peka dan taksedar dgn bahasa yg mereka gunakan..

*kagum dgn chinese kt kelatan sbb sungguh fasih berbhasa kelantan :-).. untung akak ada kwn baik spt mereka.. janji niat n hati baik, baik la jadinya..

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Tu dia bahasa dia..kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Takpa kak Nza, sabaq jalah. Yg penting kita sendiri tau jaga hati kawan2 kita yg berlainan bangsa, in syaa Allah.

Umialya berkata...Reply To This Comment

Pedasnya kata2 drp anak klate sejati, 'sero ati ambo..'

ruginya berpelajaran tinggi tapi....

Unknown berkata...Reply To This Comment

Sabar je la Yah...Mungkin tak boleh kawal perasaan kot. Harap lepas ni okay semula la semuanya...

Unknown berkata...Reply To This Comment

Sabar je la Yah...Mungkin tak boleh kawal perasaan kot. Harap lepas ni okay semula la semuanya...

NzA berkata...Reply To This Comment

@mama lieyna
betul tu eina...langsung xpeka pd prsekitaran..seolah2 FB tu dunia mrk seorg...cubalah jaga akhlak kalau kita nk dihormati...xsalah kalau ada org makin menjauhkan diri...inilah dinamakan org yg syok sndiri...

Kami mmg unik eina. rasa amat2 brtuah di bumi kelantan..xkira bangsa, bila ditanya dr mana ..maka dgn bangganya mrk jwb "ambo ore kelate"...yg lebih best bila brckp...sukar nk beza mana melayu..cina n india......

NzA berkata...Reply To This Comment

@Dinas Aldi
InshaAllah..akak cuba brtenang w.pn hati trguris + pedih....yg plg trkesan sbb kami kwn lama n isteri beliau seorg ustazah juga kwn baik akak.....

NzA berkata...Reply To This Comment

@umi alya
meme sero hati sgt2..letih ambo kelik dr jauh......cantik sungguh bahaso ank jate kelate sore nih.....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Hafiz Amrose
InshaAllah Fiz..TQSM. Setakat ni mmg yah rasa amat2 sedih sbb saing baik bulih tulis bende mcm tu..amat2 xpeka pd prsekitaran...patutnya kita sbgai pendidik perlu jaga tuturkata n bicara.....bkn kita sorg kt FB ttp beratus2, malah beribu2 org yg membaca status itu..Apa pn tabik pd Fiz yg pndai jaga hati kwn....

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA..sungguh indah persahabatan NzA dengan rakan2 berbangsa Cina tu. Ummi pun dulu ada rakan2 Cina yang rapat, sekarang dah lost contact.
Sabar ye NzA..

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
kami mmg rapat sejak dibangku sk lg ummi...n smpai skrg masih brhubung di FB w.pn masing2 dh jauh dperantauan....moga prsahabatan kami terus kekal w.pn kami brlainan bangsa, agama n idelogi.......

Unknown berkata...Reply To This Comment

betul tu kak... sejak dari berkempen lagi hati ini panas sahaja dengan sesetengah kawan saya... tapi lebih baik diamkan diri kerana dari kita bising sana sini tak ada gunanya... tapi yang buat saya marah bila ulamak dipermainkan...

[leily.laily] berkata...Reply To This Comment

udohkan bahasa skrg..
mcm2 kes la, naik meluat la ngan yg taksub sgt..

NzA berkata...Reply To This Comment

@Joanna Yunus
yelh mamaQS..trkdg emosi menguasai diri..masa tulh trkeluar mcm2 bahasa kesat n masa tu jugak org akn menilai keperbadian kita.....Minta2 dijauhkan kita drp brsikap begitu...InshaAllah...

NzA berkata...Reply To This Comment

@♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥
meme udoh sgt2....xmencerminkan diri sbgai seorg yg brpndidikan...mcm mana anak2 muda nk jadikan kita contoh....

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

sabar jelah kak.

ariana berkata...Reply To This Comment

Yah, akak pun masa terbaca kat fb Yah tu pun mmg terkejut jg dgn kata2 "kwn" yah tu..Akak terus bayangkan, mcmn lah akhlak dia yg sbnrnya kat luar, sbb diapun seorang guru kan..
Dah tu, mcmn respon dia agknya bila tau Yah dan ramai org marah ye..ke mmg hati keras..huhu

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
sabar jelh su..ttp hati tetap terasa...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ariana
yah mmg amat2 trkejut ttp selama ni yah xkisah sgt dgn status menghina pihak lawan..kita negara demokrasi kak w.pn hati xsependapat kita jgn nk menghentam org lain trutama ulamak..cukup sempurnakah ilmu agama kita jika dibandingkan org2 yg dihentam..lebih trkejut bila anak2 perantau pula dihentam....yah mmg dh xrespeck kt dia..mmg dulu dia seorg gugu n skrg brgelar pegawai kt ppd.Patutnya sbgai pemimpin dia lebih waras dr yah brgelar cikgu cabuk... LEBIH sedih, isterinya seorg ustazah yg juga rakan lama yah....dia ada memohon maaf pd yah n family tapi cukupkah meminta maaf pd yah seorg sdgkan dia tlg menguris hati beribu2 ank2 perantau...

Nur berkata...Reply To This Comment

Suka tengok cina kelantan, kecek kelate. :)
Kak Nza, jangan lah amik hati dengan status orang-orang camtu. Baca dan anggap seperti angin berlalu je. Kalau kita cakap baik, benda baik la yang akan datang kat kita. Cakap tu satu doa. Kalau cakap najis, maka najis la akan datang balik kat orang tu. :D

NzA berkata...Reply To This Comment

ti yati
meme ore cino kelate kecek kelate.....hehehe..

akak sbnarnya xpernah kisah tentang status dlm FB tu yati ttp kali ni akak kisah sbb perkataan tu kluar dr rakan baik sndiri..rakan lama n kami sering brkongsi status di FB....lagipun dia seorg pndidik dan sepatutnya dia peka dgn persekitaraan...Betul kata yati...org yg brkata itulh yg akn dpt blk kata2 yg dikluarkan..TQSM dear....

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Bila buka Fb, mcm2 cerita pasal politik...kita yg terbaca ni pun sakit jiwa dibuatnya....
Seronok kan ada sain2 Cina ni..sama jgk ngan saya, masa sekolah dulu ada jgk sain2 Cina..semo pakat kecek kelate...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

sy sebenarnya malas sgt nak amik port pasal politik semua ni.tp setuju la,nak berbahasa tu jgn la biadap

NzA berkata...Reply To This Comment

to MP
meme sakit jiwa n raga...slama ni nza xkisah pn depa nk meroyan ke apa tapi status kwn ni buat hati trsentuh n kecewa....malas dh nk layan org mcm nie.
2lh saing2 cina ni lebih tahu jaga hati kita n prshbtan kami xpernah putus.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
akak pn selama ni pn xpernah cmpur urusan org2 politikus nie w.pn wall semak dgn umpat keja n kata mengata..tapi sedih n kecewa bila kwn sndiri buat status yg melampau camtu....

Ruse Sulaiman berkata...Reply To This Comment

Saya mmg tak boleh terima perkataan tu. Jagalah akhlak bila berkata2. Saya pun bukan bagus sgt tp masih boleh berfikir.

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

sabar ya kak. seminggu ni hati kita memang dok panas sedia. macam2 provokasi..kata2 laser..mulut2 celupar..caci maki dan sebagainya.
saya pun sensitif sokmo seminggu ni...nak buat camna..mulut tempayan boleh ditutup..mulut manusia..tau2 saja lah.

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummi iman
betul tu...SETUJU!!! patutnya org yg brpendidikan akn berfikiran lebih waras dlm mengeluarkan kenyataan...walau sepatah ayat mampu menguris hati beribu2 org disekeliling....bkn kita ni sempurna tapi sekurg2nya kita jaga tuturkata...

NzA berkata...Reply To This Comment

to siti murni
betul tu dik..selama ni akak abaikan status yg mengaibkan org di FB tapi yg sedihnya kwn sndiri dgn lantang n xjaga mulut sesedap rasa je nak salahkan orang lain..mcm la dia tu sempurna sgt.....

Aziela berkata...Reply To This Comment

Usaha akak untuk counter semula posting yang begitu memang murni.

NzA berkata...Reply To This Comment

to aziela
bila hati trsentuh n sedih, mcm2 yg kita buat tnpa sedar..tapi sbgai seorg yg masih waras hnya itu yg akak mampu lakukn..moga dia sedar n jadi peringatan utk diri akak juga agar menjaga kata2....

Salmi berkata...Reply To This Comment

Rasanya kpd sesiapapun kalau nak keluarkan status di fb, fikirkanlah perasaan orang lain juga. Begitu juga kalau nak share sesuatu, pastikan kita tahu kesahihan sesuatu cerita. Jangan sampai kita menjadi penyebar fitnah..

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
SETUJU 200%..trkdg mrk share benda2 kt FB ni akibat perasaan dendam n sakit hati..xpasal2 kita brkongsi dosa tnpa sedar...moga jadi ingatan buat kita.

Unknown berkata...Reply To This Comment

Die x kata semua anak perantau pun, hanya yang yang lupa diri tu je die kata buang najis kat kelate tu... Aduhai sensetif x bertempat... Kata seorang ibu, be mature pls...

About me