Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

20 Mei 2013

Antara Matrik dan Asasi...

Pilihan dan cita-cita yang berbeza antara  ibu dan anak.
Si ibu ingin melihat salah seorang anaknya bergelar sebagai  doktor...
mengikut jejak langkah kedua orang pakciknya.
Si anak langsung tidak berminat.
Pernah si ibu memujuk si anak untuk melanjutkan pelajaran dalam  bidang dental
di luar negara kerana diberi peluang ke sana.
Si anak menolak dengan berhemah..
Si tuan badan lebih berminat
untuk menjadi seorang peguam yang berjaya atau seorang guru yang berdidikasi.....
Cita-cita yang dipendam sebegitu lama......

Apapun ibu redha dengan pilihan Angah kerana yang nak belajar adalah Angah.
Ibu bertindak sebagai penguat semangat dan memberi motivasi pada anak-anak.....
Sebagai seorang ibu, amat-amat bersyukur 
bila melihat cita-cita dan impian si anak semakin hampir....


Pada 7.5.2013 Angah ditawarkan ke program matrikulasi dalam bidang Sains di Gopeng Perak.
Daftar pada 27.5.2013
Gembiranya hati ibu kerana sekurang-kurangnya impian ibu
untuk melihat Angah bergelar seorang doktor dah mula menampakkan sinar.....
Dalam gembira ayah bersedih hati... bersedih kerana terpaksa berjauhan beratus batu dari angah.
Alahai ayah........terlebih  syahdu berbanding ibu..

Angah minta pendapat dan ibu beri pandangan dan sokongan.
Along turut memberi kata-kata semangat agar angah belajar bersungguh-sungguh...
Maklumlah Along bekas pelajar matrik....
Along lebih tahu keadaan dan situasi di sana..

Bersemangat si ayah dan angah membuat persediaan.
Keluar shopping bersama-sama dalam kesibukan ayah dengan urusan kerja.
85% sudah hampir siap......
2 buah beg besar penuh berisi kain baju.
Belum lagi barangan lain.
Agaknya kena booking sebuah lori nak angkut barang anak dara nie......
Dan yang paling ibu tak tahan bila Angah bertanya :
"Ibu, cukup tak Angah bawak 30 pasang baju kurung....?"
"Ke kena tambah 10 pasang lagi.....?"
(* di matrik, pelajar wajib berbaju kurung....)
Terbeliak biji mata ibu mendengarnya.
Dalam hati berkata-kata...
Alahai anak ibu..like mom like doter.....hehehe....

 Pada 17.5.2013 Angah membuat semakan pada UPU.
Alhamdulillah sekali lagi angah berjaya mendapat tawaran.
Kali ini angah ditawarkan ke Asasi Undang-undang di UiTM Kampus Kuantan.
Daftar pada 2.6.2013.

Terus menelefon ibu kerana masa tu ibu masih di sekolah....
Terpancar  kegembiraan pada suaranya.
Cita-cita dan impian angah dah mula cerah untuk menjadi seorang peguam.

Teruskanlah cita-cita Angah....Ibu tetap menyokong angah tanpa berbelah bagi
walaupun impian ibu belum menampakkan hasilnya.
Mungkin cita-cita ibu beralih kepada Beby dan Naurah pulak.
Tapi hampa kerana Beby awal-awal dah cakap nak buat tesl..InshaAllah.
Naurah menolak juga kerana cita-citanya menjadi seorang guru.
Farouk sudah ada cita-cita tersendiri..ingin menjadi seorang engineering dan ulamak tersohor....
Tak kisahlah...Asalkan anak-anak ibu berjaya dalam impian masing-masing....

TAHNIAH Angah.
Ibu amat bangga dengan kejayaan anak-anak ibu....
Kejayaan anak-anak adalah hadiah yang tidak ternilai buat ibu dan ayah.
Kalian sentiasa membuat ibu dan ayah tersenyum bahagia.....

Terima Kasih Allah di atas kurniaanMu pada keluarga ibu.
Amat-amat bersyukur kerana Allah permudahkan segala-galanya..
Mei 2013 banyak membawa berita-berita indah buat kami sekeluarga...
Syukur Alhamdulillah.......
Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kami sekeluarga....
Kisah Mei Yang Indah .

p/s:
2 Jun......Ibu dalam dilema.........

18 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

Uitm Kuantan ke kak? ari2 saya lalu sebab dekat dgn tadika Cik Bieha. Boleh lah kite jumpa yer nanti. hehe

Unknown berkata...Reply To This Comment

Alamak..lupa nk wish Tahniah pada angah..bagus jugak pilih Law. nanti bole jadi lawyer @ majistret @ pendakwaraya. banyak bidang lagi bukan setakat lawyer jer.

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Tahniah. Kalau pilih undang-undang pun bagus juga.

Aziela berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah...Alhamdulillah. Tahniah..tahniah.. Saya sangat gembira sampai sendu dibuatnya... Alhamdulillah.

Kak, UiTM Kuantan tu memang dekatlah dengan kilang hubby saya. Bila akak ke sana, harap2nya adalah chance nak jumpa yer...

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah.....sejuk perut akak...moga perjalanan anak akak berjaya dan terus berjaya....ape pun pilihan mereka yg oenting akak merestuinye...moga2 mereka cemerlang sehingga berjaya dlm kerjaya masing2...


Tahniah utk akak sekeluarga...

attyfir berkata...Reply To This Comment

tahniah angah..
tahniah juga untuk nza and family atas kejayaan angah

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, dapat 2 tawaran! Saya tumpang bangga nih. Saya pasti Angah akan terus belajar bersungguh2 sama seperti usahanya sebelum ni.

Err 30 pasang baju kurung? Hahaha memang betoi like mum like doter tuh!

shark berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah..tahniah to anak akak :)
tumpang gembira..

Nur berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, yati tumpang gembira, kak Nza. Yati pun rasa elok biar anak pilih course sendiri. :)

Unknown berkata...Reply To This Comment

Tahniah Angah

ummiross berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..tahniah buat Angah dan buat NzA sekeluarga, kejayaan anak2 adalah kejayaan ibu bapa juga. Semoga Allah permudahkan dan tercapai cita-cita Angah untuk menjadi peguam.

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..tahniah buat Angah..
Moga dipermudahkan segala urusan..

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Tahniah buat angah..mesti tngkap syahdu nk berpisah nnti.. apapun demi masa depan anak2 kan.. :-)

Moga semua urusan angah berjln lancar..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

congrats angah..bakal peguam berjaya ni..insyaAllah..nanti lawat angah lehla melawat sy sekali..hehehe

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah...tahniah untuk angah. dapat dua offer sekaligus. tumpang hepi, okey!

semoga angah berjaya dalam bidang yang diminati. undang-undang pun bagus kursusnya tu kak. saya pun minat. good luck and all the best utk angah...chaiyook!

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

zaman sekarang mmg kena ikut kehendak dan minat ank..derang yg nak belajar.kita sebagai ibu baa hanya perlu mendoakan yg terbaik buat anak..gud luck angah..:)

puanbee berkata...Reply To This Comment

tahniah angah .. sungguh ibu mana tk suka anak dapat sambung belajar mcm ni ..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Tahniah Angah. Ude mohon asasi undang-undang juga tapi tak dapat. Frustnya dia. Along dulu dapat tapi tak nak pergi..

About me