Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

14 Mei 2013

Sweet 19.

Selamat Ulang Tahun yang ke 19 buat puteri sulung dan cucu sulung sebelah ibu.
Permata yang menjadi kesayangan semua.
Anak manja kepada ibu dan ayah, cucu manja kepada atok mama dan atok ayah
dan anak buah kesayangan semua......

Syukur Alhamdulillah kerana ibu dikurniakan sebutir permata yang amat berharga.
Tak sia-sia penantian ibu dan ayah selama 2 tahun.

Terima kasih Allah kerana anugerah permata yang indah buat kami.
Terima kasih Along kerana mewarnai hidup ibu dan Ayah.
Menghadiahkan kecemerlangan kepada family setiap kali peperiksaan
bermula UPSR, PMR ,SPM dan di matrikulasi.....
Kecemerlangan juga Along raih dalam peperiksaan SDEA (Sijil Darjah 6 Agama)
dan SDKA ( Sijil Darjah Khas Agama) dengan mendapat straight A's.
Menjadi seorang kakak yang bertanggungjawab, dihormati, disegani dan disayangi adik-adik.
*walaupun manja mengalahkan adik-adik...

 Saya suka makan......hehehe...

Ya Allah,
Semoga tahun 2013 ini menjanjikan sesuatu yang indah buat anaknda Farah Nabilah.
Semoga anaknda Farah Nabilah berjaya menjejaki kaki ke menara gading
seperti yang diimpikannya......
Semoga Farah Nabilah menjadi seorang anak yang cemerlang dunia dan akhirat.......ameen...
Kami sayang Along.......

17 ulasan:

Maria Firdz berkata...Reply To This Comment

Selamat hari lahir juga buat Along... :-)

NzA berkata...Reply To This Comment

to maria
TQSM.......

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Selamat hari lahir buat Along...
Semoga Along berjaya dlm apa jua yg diceburi...

nieda berkata...Reply To This Comment

Happy birthday..semoga terus cemerlang

NzA berkata...Reply To This Comment

to MP
TQSM dear....InshaAllah...ameen..

aizu's life berkata...Reply To This Comment

sanah helwah along! sejuk ati mak ayah dpt anak cmni kan kak :)
tahniah coz berjaya didik along hingga tahap skrg :)

Unknown berkata...Reply To This Comment

Selamat Hari Lahir Buat Along...
Auntie Mama doakan semoga cita2 Along bakal tercapai...
Menjadi insan yang berguna untuk Agama terutamanya, bangsa dan negara...

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

Selamat hari ulangtahun along...moga terus menjadi insan yg cemerlang dunia dan akhirat yek....

Aziela berkata...Reply To This Comment

Happy Birthday Along. Semoga terus menjadi anak yang gemilang dan menghargai ibu ayah selamanya.

ummiross berkata...Reply To This Comment

amin2x..moga dimakbulkan doa NzA.

Happy birthday Along,semoga terus cemerlang dan menjadi anak solehah yang berjaya dunia dan akhirat.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

selamat hari lahir along.semoga trus cemerlang..:)

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

selamat hari lahir untuk Along.. moga terus menjadi anak kebanggaan keluarga.. dapat menjadi contoh terbaik untuk adik2nya....

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Amin amin ya rabbal a'lamin! Happy birthday Along :)

ibuintan berkata...Reply To This Comment

slamat hari lahir Along.... tahniah, moga berjaya mencapai cita-cita yg diidamkan

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

Happy birthday, along... :-)

lizz berkata...Reply To This Comment

Happy birthday untuk along moga panjang umur murah rezeki dan sentiasa dibawah lindungannyer...

Salmi berkata...Reply To This Comment

Moga Along terus cemerlang dunia dan akhirat..

About me