Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Mei 2013

Kenangan Hari Guru 2013.

16 Mei setiap tahun,
tarikh keramat bagi yang bergelar guru.

 Tahun ini tiada perutusan dibaca.
Sekadar ucapan daripada Guru Besar, Ikrar dan Nyanyian Lagu femos-emos "Kami Guru Malaysia"
Tema tahun ini 1 Aspirasi 1 Agenda.....

 Sempat lagi posing kat atas pentas....

Agenda ke 2 ialah acara bersalaman dan penyampaian cenderahati untuk guru.

 Selepas itu acara sukaneka ringkas.
Tahun ini sambutan Hari Guru jadi isu sikit 
akibat MMI (Melindungi Masa Instruksional- klik sini .).
Tapi tak apalah....
Siapalah kami dimata orang-orang yang berjawatan besar.....
Sekadar insan terpinggir.....
Kami terima dengan hati terbuka dan redha.

Ni ha...Acara "Musang Berjanggut".
Memilih dan mengasingkan pelbagai jenis kacang-kacang tu...
Naik berpinau biji mata....
Kemain ibu duduk bersila...dah naik kebas kaki tu...aduyai.....

 Zoom sikit..
Nama kumpulan ibu "Beruang Comel".
Memang comel-comel pun ahli kumpulan kami.
Kumpulan paling kecoh, riuh rendah dan bising.....hehehe....

 Lepas tu main boling kelapa..
Kelakar...

 Acara yang paling kelakar bila anak-anak comel ni dijadikan 
model cikgu-cikgu yang gian nak jadi pereka fesyen.
Ibu risau juga tengok pengantin lelaki tu sebab muka dia macam dah nak menangis.
Cikgu-cikgu pula bukan main syok.........
Dan hasilnyaaaaaaaaa.............kelakarkan.....

 Cikgu-cikgu yang syok ni bergambar dengan model baju surat khabar.


Lepas tu masuk dewan semula......aduyai.....
Masa ni perut dah lapar....redha jelah.....
 Yang paling indah bila kumpulan ibu yang kecoh tu dinobatkan sebagai Johan.......
                                   Wakil kumpulan Beruang Comel menerima hamper....


Pertukaran hadiah sesama guru dan staf.......

 Ce teka ibu dapat anugerah apa......????????????

Barisan YAB yang telah memenangi pilihan raya  tanpa manifesto dan  kempen....hehehe...
Tahun ini diadakan undian 6 katogeri yang diundi oleh anak-anak didik dalam kategori :
guru paling sporting-Cikgu Fauzi
guru paling bergaya- Ibu la....hehehe...
guru paling comel-Miss Wan Khairiah
guru paling kelakar-Cikgu Ismail
guru paling penyayang-Cikgu Nik Fauziah (Guru Besar)
guru paling tegas- Cikgu Zainab (guru displin...).....

Tahun ni kiranya tahun ke 2 ibu menerima anugerah.
Tahun lepas tiada dibuat katagori.
Sekadar guru kategori popular.

Ibu menang dalam kategori ini......ngee.......
Apapun terima kasih anak-anak murid semua.
Entah manalah cikgu sorang ni dicop glemer + bergaya.
Agaknya sebab ibu suka pakai baju blink2 + sntiasa bertukar-tukar barang kemas + handbag kot....

Acara ditunggu-tunggu..
Pukul 11.30 baru makan...
Sejak pagi perut kosong......huhuhu.....
 Jamuan hari guru kali ini kami makan nasi kerabu + satey + bermacam-macam
 jenis kek dan pencuci mulut.
Akibat kelaparan + kepenatan terus hilang selera.
Ibu makan 2 suap je terus hilang selera sedangkan nasi kerabu tu memang sedap......huhuhu...

 Kek-kek yang disponser.... TQSM..moga bertambah murah rezeki semua..

Hadiah yang ibu terima daripada anak-anak didik.
TQSM semua diatas ingatan.
Moga tahun depan ibu diberi peluang untuk  meraikan hari yang amat bermakna ini...

p/s:
Selamat Hari Guru kepada rakan-rakan blog ibu yang bergelar guru.......

16 ulasan:

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

selamat hari guru kak nza..semoga terus menjalankan tgs dgn cemerlang,gemilang n terbilang..:-)

lizz berkata...Reply To This Comment

selamat hari gurukak...waaguru paling bergaya tu..tahniah kak

ummiross berkata...Reply To This Comment

Fulamak, bestnya sambutan, ummi singgah tumpang kemeriahan. Woww!, anugerah guru paling bergaya tu NzA, hanya anak murid yang mengenal maknikam, tentu selama ni mereka duk perati kebergayaan NzA tu dalam diam, hehe..tahniah2x ye.
Selamat hari guru ye NzA, semoga terus menabur bakti.

Umialya berkata...Reply To This Comment

selamat hari guru..

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Tahniah mendapat anugerah guru paling bergaya...memang layak tu...
Dan selamat hari guru dear....

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Meriahnya! Tahniah kak Nza, memang patut dapat anugerah guru paling bergaya tu, selalu seronok tengok kak Nza rajin jahit baju dengan manik2nya sekali :)

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Selamat hari guru kak..syoknye dirai.. :-) majlis pun meriah..

Waaah cikgu plg bergya tu, feewwiiiit..hehe..

Unknown berkata...Reply To This Comment

selamat hari guru..

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

cayalah der menang , paling bergaya lagi.. bestnyer...
selamat hari guru NZA... moga terus mendidik anak2 bangsa dengan Berjaya...

Unknown berkata...Reply To This Comment

Memang sesuai....cikgu paling bergaya tu! hehehe

Aziela berkata...Reply To This Comment

Penghargaan daripada anak murid tu lah yang buat perut dan hati rasa kenyang yer kak... Selamat Hari Guru, kak.

Nur berkata...Reply To This Comment

Selamat hari guru, kak Nza. Bestnya, dapat banyak hadiah. :)

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

selamat hari guru kak heheheeh...seronok tgk kak..meriah betul...suke acara musang berjanggut tu...sangat happening gituuu.....suke jugak sebab hijau lieya nampak cikgu2 semua....

kak, akak dpt cikgu paling bergaye sebab akak rajin berbaju baru kan kak....harus le bolot title tu heheehhe..tahniah kak...

Salmi berkata...Reply To This Comment

Wah, meriah sungguh nampaknya.
Tahniah atas anugerah Guru Bergaya! Anugerah drp anak didik ni amat berharga..

Teena Tna berkata...Reply To This Comment

Selamat hari guru kpd semua insan yg bergelar guru..
Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

insanbiasabiasa.blogspot.com

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

tahniah ya kak..anugerah cikgu pling bergaya lagi..apa pun selamat hari guru!meriah sekali sambutannya

About me