Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Mei 2013

Sepetang @Ayer Hitam, Kluang.

Kisah basi lagi dan lagi.
Kisah berlaku semasa weekend yang lepas nie....

Lama dah ibu tak singgah kat Ayer Hitam, Kluang.
Dulu masa tinggal kat Mersing, mesti singgah sini OTW balik kampung ayah di Muar.
Antara Muar ke Ayer Hitam dalam lebih kurang 2 jam jugaklah kalau melalui lebuh raya.

Kami singgah sini dah petang.
Itu pun ayah singgah diatas prmintaan ibu.
Kebetulan hujan renyai2 dan makin lama makin bertambah lebat.
Kalau dulu kegilaan ibu membeli pasu seramik untuk dibuat koleksi.
Sekarang hobi itu seolah-olah berkubur........

Jom layan gambar 2 anak dara ibu di sebuah kedai di Ayer Hitam.....
 Gadis bungaaaaa.....

 Angah dan Naurah sekadar menemankan ibu cuci-cuci mata.....

Ayah dan Farouk sempat beli cenderahati sempena hari guru nanti.

p/s:
Mungkin blog ibu bercuti seketika kerana esok ibu bertolak
balik ke Kelantan untuk mengundi.
Selamat mengundi semua.
Pilihlah calon yang terbaik .........
Undi ditangan kita...................


14 ulasan:

Nur berkata...Reply To This Comment

Selamat mengundi, kak Nza!
Menariknya Ayer Hitam tu. Yati tak pernah sampai sana. :)

Al-Manar berkata...Reply To This Comment

Cerita dan gambar2 Ayer Hitam membawa kenangan lama dalam tahun2 1960'an. Saya bekerja di Singapore dan selalu ber kereta ke KL melalui Ayer Hitam. Tempat persinggahan 'wajib' kerana membeli buahan dipasar lambak tidak jauh dari simpang yang mesti dilalui sebelum adanya highway. Nenas dan sebagainya memang cantik dan murah. Sudah 30 tahun lebih tidak melalui tempat ini. Itulah sebabnya saya terpanggil menulis catatan ini - setelah secar kebetulan saya sampai diblog ini. Kemunkinan saya akan datang pula.

Dengan salaam hormat dari saya

Pakcik Almanar

Ena's Stories berkata...Reply To This Comment

Selamat bercuti dan slmat mngundi ....ati ati memandu yer...moga selamat segalanya

ummiross berkata...Reply To This Comment

Lamanya tak ke Ayer Hitam, masa muda2 dulu pernah pergi.

Selamat mengundi ye NzA, ummi pun balik mengundi esok.

jeBateja berkata...Reply To This Comment

Cikgu...air hitam ni..sama mcm nilai 3 ke....suasanan nya....harga nya...sama tak..??

Unknown berkata...Reply To This Comment

Selamat Mengundi Kak Ibu... ramai juga kawan2 dinda dari kelantan dah balik....

Aziela berkata...Reply To This Comment

Selamat Mengundi kak.... Saya pun dah lama tak ke Ayer Hitam. Saya sukaaa pergi jalan2 kat Johor. Cuma tu laa...kena ada cuti panjang baru best jalan2.

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

lamanya js tak ke ayer hitam..ingat2 time nk confirm dulu kursus kt intan johor..smpt la membeli pasu2..hihi..

selamat mengundi sis...

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Selamat bercuti dan selamat mengundi....

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

selamat mengundi kak. hati2 di perjalanan.

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Selamat mengundi, kak Nza!

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

saya time nak kawen dulu sakan shoping kt air hitam ni..:-P

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

dah lama tak sampai Ayer Hitam.. kalau pergi memang rambang mata dibuatnyer...
jauh gak mengundinyertu..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Bestnya cuci-cuci mata di Ayer Hitam. Dah lama tak ke sana.

About me