Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

28 Julai 2012

Projek Ibu di Bulan Julai...

Pagi Sabtu yang hening ibu dah pecut ke sekolah.
Walaupun hari cuti, tugasan tetap berjalan.
Kalau nak dilayan mata dan badan memang enaknya bermalas-malasan di rumah.
Tiada siapa yang memaksa untuk ibu ke sekolah
dan jalankan kelas tambahan di hari Sabtu......
Tetapi bila ingatkan UPSR akan menjelma tak berapa minggu lagi hati gundah gulana.
Anak-anak murid tetap jadi keutamaan.
Itulah hati seorang cikgu, sedangkan anak-anak didik masih lagi berdondang sayang.
Alahai......

Itupun setelah mendapat persetujuan dari yang empunya diri.
Tanya pendapat anak-anak didik.
Bila mereka kata "OK", maka barulah cikgunya "On".
Maklumlah bulan puasakan......
Tuisyen pun dalam keadaan santai-santai tanpa tekanan.......

 Dan ini projek bulan Julai ibu.
Projek upgred "Galeri Sejarah".
Di PSS dah ada 1 sudut kecil dan comel.
Tetapi barangan yang dikumpul makin bertambah.
Ibu perlu cari alternatif lain untuk menyimpan koleksi-koleksi itu.....
Koleksi2 Barangan di Galeri Sejarah.
Klik SINI.

 Koleksi yang ibu terima daripada rakan guru/staf dan penduduk kampung....

 Dalam menyelongkar khazanah lama, ibu temui 1 album lama ni.
Album yang berusia lebih 50 tahun.
Gambar-gambar di dalamnya masih terpelihara.
Cuma kulitnya dah lusuh.
Ibu sekadar tulis mengunakan marker.
Sayang untuk disampul.
Biar ianya dalam keadaan asal.....

Operasi sepah menyepah........

Dan akhirnya 1 bilik stor yang bersempadan "Galeri Sejarah" ibu selongkar.
Sayang rasanya bilik itu dibiarkan bersepah dengan barangan yang tak berguna.
Berdikit-dikit ibu kemas.
Habiskan sisa-sisa masa " free" di situ sendirian.
Terkadang di dalam hati terdetik suatu perasaan "SERAM".
Namun ibu gagahkan juga diri di situ ditemani dengan surah-surah dan zikir-zikir.....
InsyaAllah, jika sudah siap akan ibu tepek di sini projek terkini ibu....

p/s:
Sambil on9, dalam kepala dah berfikir nak masak apa la petang nie?????

21 ulasan:

CikguAreefNaim berkata...Reply To This Comment

salam,

ada pert. galeri sejarah ye kak... sbb kat sekolah sy pun bru diwujudkan galeri ni... tugas sy kena kumpul sijil2 kejayaan sekolah...

Unknown berkata...Reply To This Comment

Bestnya! Barang2 lama...

NzA berkata...Reply To This Comment

to Areef
awal bln 4 mmg diedarkn surat prtndingan ttp sk akak xmasuk pn ttp katanya w.pn xmasuk ttp akn dipntau sbb xbyk pernyertaan......huhuhu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to shima
2lh, bila dh trkumpul rasa mcm menarik lak....

Salmi berkata...Reply To This Comment

Wah, bulan puasapun projek tetap jalan ye!
Betul Yah.. Kita berasakan upsr dh terlalu hampir tapi murid2 masih leka.. Pagi tadi akak sampai agak lewat, diorang berdondang sayang dalam kelas.. takde seorangpun yang siapkan kerja sekolah yg kita berikan..

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
dalam hati sering trfikir, cikgu ke budak nk ambil exam nie????? confius lak rasa......huhuhu...

projek tetap jln cuma agak perlahan....

Kasih Salina berkata...Reply To This Comment

salam kak..rajin betol akak, siap ada galeri sejarah lagi, bagusnya..

NzA berkata...Reply To This Comment

to kasih salina
demi tugas kasih, trpaksa rajinkn diri....

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Saya suka bebenor bahan2 sejarah. Tambah kalau dapat tengok gambar2 lama yg hitam putih tu, lagi la saya ternganga sakan.

Saya pun keja semalam kak, jaga exam under MPM kat sebuah institusi pengajian tinggi. Sabtu depan LDP pulak. Huwaaahhh!

..::..aRe-Na..::.. berkata...Reply To This Comment

Wahh..sonoknyer tgk projek2 akak..
walaupon dubilan puasa..
rajin tui akak,siap ada galeri
sejarah lagik..:-)

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....good job dinda...
kalau tanya kanda...
Bulan Julai ni @ bulan Ramadan...
kanda mmg x larat sungguh2...
after skul..bebaring jer...
nak baca N3 pun berkira...

***mujur baca Quran pun x berkira...
he he he...

kesiankan yang tersayang..kanda bangun juga masakkan favourite mereka...

Unknown berkata...Reply To This Comment

kak ibu yang penting sekali, kak ibu memang terbaik sebaga gurukan, semoga anak2 didik kak ibu membuahkan hasil yang terbaik....InsyaAllah

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

seronoknya...pasti cantik galeri ini mendpt sentuhan sis..

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
dinas sama dgn abah akak, minat brgan lama....mungkin jugak abah akak guru pakar sejarah dulu....hehehe.....

slm dh mula muiet ek dinas?????
biasalah kerja seorg gurukan..kerja tnpa mengira masa....

NzA berkata...Reply To This Comment

to arena
sekadar mengisi masa yg trluang..dok tanda kertas exam mengantuk so cuba bralih ke sini....hehehe....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
dinda faham keadaan kanda tu..kalau waktu sihat dulu rasanya kanda lebih brsemangat lakukn semua tu kan..xpelh kanda, lakukan setakat yg trdaya....InsyaAllah, dinda doakan moga kanda terus sihat.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
itulh impian seorg guru mamaQS...snggup lakukan apa saja demi melihat anak2 didik mrk brjaya..trkdg kepentingan diri diketepikan demi mereka......

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
entah bila la projek tu nk siap..lepas raya kot....hehehe....

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Waaaaa, nampak pml lah :-)

NzA berkata...Reply To This Comment

to zefa
hehehe.....kalau dh minat tu fokus je.....

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

akk mmg rajin baik di rumah maupun di sekolah.. ;)

About me