Sila jangan jeles ye sebab Bulan Julai rezeki ibu betul-betul murah.
Minggu lepas ibu di datangi lagi dengan bungkusan daripada 2 orang kakak.
Seorang "kakak kembar" ibu, Kak Salmi dan
seorang lagi kakak alam maya yang amat rapat
juga dengan ibu iaitu Ummiross.
Sekarang ni Ummiros berada di Tanah Suci Mekah kerana mengerjakan umrah.
Doakan agar Allah permudahkan segala urusan Ummiross....
Keychain dan brooch yang comel yang ibu terima daripada kak Salmi.
Cute sangat-sangat.
Kak Salmi amat memahami apa yang ibu suka.
Kuning warna kegemaran ibu.....
Sejak dulu kami amat serasi bersama malah digelar kembar oleh rakan-rakan.
Kami banyak persamaan dan ada chemistry antara kami berdua...
Cuma dah agak lama kami tidak bersua di alam nyata.
FB dan blog menjadi penghubung ikatan antara kami berdua.
Teringin sangat nak jumpa kak mie.
Rasa nak peluk kak mie erat-erat......huhuhu.....
TQSM my dear sis..
Sayang kak mie ketat2...
*Pesanan penaja: Jangan jeles ye mamaQS kerana akak tepek kat sini pulak....
hahaha......
Dan dalam minggu yang sama ibu terima 1 bungkusan ini.
Semasa terima bungkusan ini, ibu suspen juga sebab lampiran penerima dan pengirim telah tiada.
Bungkusan ni diletakkan di atas meja ibu di bilik guru.
Bila ibu tanya PAR, katanya memang milik ibu.
Cuma salinan nama pengirim/penerima tercicir....
Pada awalnya ibu tertanya-tanya bungkusan ni daripada siapa.
Ibu pun agak-agak jelah cenderahati ni daripada Ummiross sebab di dalamnya ada kain batik
Sarawak yang amat cantik.
Pandai pulak Ummiross membaca naluri ibu yang sedang
sibuk mencari kain berwarna hijau ni untuk di "matching"kan dengan
kain yang adik ibu beli di Vietnam.
TQSM Ummiross....Sayang Ummiross ketat2.
Semoga Ummiross dipermudahkan di sana.....
BAHAGIA bila sentiasa diingati..........
p/s:
Terima kasih semua kerana mendoakan BB Affan.
Semalam keadaan BB Affan tidak begitu stabil.
Darah mengalir di dalam salur wayar.
BB Affan mengenggam erat jari mamanya seolah2 ingin
menyatakan dia menanggung kesakitan yang amat sangat.
Tidak dapat ibu nak gambarkan kesedihan hati ini.
Semoga Allah memberi peluang untuk kami meminjam BB Affan
dan mencurahkan kasih sayang buatnya...InsyaAllah
Sama-samalah kita berdoa untuk BB Ahmad Affan Shahim:
"Ya Allah.. anugerahkan lah ke atas kami,
wahai Tuhan kami penawar kepada penawar-Mu,
dan kesembuhan daripada kesembuhan-Mu, juga keberkatan daripada keberkatan-Mu, juga rahmat daripada rahmat-Mu terhadap penderitaan-penderitaan yang dideritai oleh orang yang sakit, juga mereka yang lemah, dan sembuhkan-lah, sembuhkan-lah, sembuhkan-lah dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani"
Ameen...ameen...ameen....
Terima kasih semua.....
12 ulasan:
Assalamu'alaikum Z,
Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa ya. :)
Murah rezeki Kak Nza...
Semoga BB Affan sihat
Murah rezeki akak..
Comel keychain tu...
Siannye baby Affan..sedih lily baca..Moga baby Affan cepat sembuh...
murah rezeki ye menjelang ramadhan nie..:)
semoga baby affan cpt sembuh
cantik....bertuah akak...sweet sgt kraftangan tu....
salam ramadhan al mubarak kak....
saje je kan kak ibu ni...babab kang...
kak ibu..
sempena bulan ramadhan yang mulia ni,
adinda mu ini menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya sepanjang persaudaraan alam maya ini adinda ada menguriskan hati kak ibu.... minta maaf ye kak ibu...
(sila bayangkan adinda mu ini, melutut dihadapan mu sambil mengenggam tangan dan mencium tangan mu)
salam kak..untuk kak, rezeki murah nak puasa nih..cantik la brooch tu..kuning plak tu..
Terhibur rasa hati bila dapat mcm nie kan kak...
selamat menunaikan ibadah puasa kak...
Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan, kak Nza. Ampun dan maaf dipinta atas segala salah & silap.
sama2 Yah.. ala pemberian yang tak seberapa berbanding org lain..
Moga bb Affan cepat sembuh..
Sama2 kasih NzA, muahh!!!
Catat Ulasan