Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

14 Julai 2012

Ibu Berbengkel di PKG Muar

2 hari  ibu hadir ke Bengkel Jejak Maklumat 1BestariNet di PKG.
Bukan bengkel membaiki kereta ye.....

Peserta yang dipanggil terdiri daripada
JawatanKuasa GPM (Guru Perpustakaan & Media) Daerah.
Bilangnnya tidak ramai sebab kami mewakili zon masing-masing.
Kalau tak silap ibu, semuanya dalam 20 orang saja.

Hari pertama diadakan aktiviti Jejak Maklumat.
Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan.
Macam-macam aktiviti yang kami kena lakukan.
Segmen 1 : Sukaneka
Segmen 2 : Membuat buku skrap dalam masa (20 minit)
Segment 3 : Menjawab soalan dan membina model rumah
Segmen 4: Menjawab silang kata (30 min )
Segment 5: Ulasan buku...

Setiap jalan menuju ke segmen tu akan diberi klu dengan menjawab soalan.
Enjoy sakan kami naik turun tangga, menyelongkar mencari klu.
Sama-sama memerah otak menjawab berbagai soalan.
Mencipta model dan menunjukkan kreativiti masing-masing.

Hari ke dua sekadar perbincangan aktiviti untuk Tokoh NILAM
dan tayangan video......
Kami juga dijadikan fasilitator untuk GPM Zon masing-masing....
Katanya program kami ni akan bersambung di Melaka nanti.......
Maklum la negeri Johor telah merangkul  Johan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan.
PSS tu dalam Daerah Muar/Ledang.

2 orang Pegawai PTP sedang memberi penerangan.....

.Ketua Kumpulan ibu, GPM dari SMSains yang cool tetap sporting..

 Hasil kerja 4 kumpulan yang diberi tempoh 20 minit dengan
bahan yang terhad....

 Buku skrap juga diberi tempoh masa 20 minit.

 Majlis penyampaian hadiah.
Tak diduga kumpulan ibu merangkul Juara.
Rugi pula tak ada gambar ibu sedang menerima hadiah...hehehe.....

Inilah yang ibu dapat.
2 beg jajan.....
Habis dikerjakan 4F..

p/s:
Dah 1 minggu ibu tak begitu sihat.........




13 ulasan:

mamaijat berkata...Reply To This Comment

...bestnyer berbengkel...
aktiviti yang semakin kanda tinggalkan...

...kanda pun nyepi sekejap...x berapa nak sihat..aktiviti skul plak semakin banyak..semua nak di habiskan sblm Ramadan...

...uurrmmmm....

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

cantik kreatif buat umah tu...hihi

**moga sis cepat sembuh ye...

Salmi berkata...Reply To This Comment

Bestnya kalau aktiviti bengkel mcm tu.. taklah boring sangat..

Moga Yah cepat sembuh..

suri solehah berkata...Reply To This Comment

salam,saya baru tahun ni jadi GPM..langsung takde idea nk buat apa kat pusat sumber..bestkan dapat bengkel mcm tu,,kurang2 boleh dpt input baru

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
kalau jd Jawatan Kuasa induk mmg slalu la kami dipanggil utk brbengkel kanda....kalau program mcm ni mmg best cz xboring...

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
buat dlm keadaan trgesa2 cz masa diberi xlama....hehehe....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
mmg enjoy sakan kak mie w.pn jenuh perah otak nk jwb soalan.....

TQSM kak mie....

NzA berkata...Reply To This Comment

to suri
nnti suri add FB yg akak wujudkn utk brkongsi ilmu...

add di : Pss Sk Parit Kasan

Unknown berkata...Reply To This Comment

bestnya.. kena krestif bila bhn2 terhad.. yg mana satu model rumah kak Nza? hihi

NzA berkata...Reply To This Comment

TO SHIMA
2lh, nasib baik kumpln kami bekerjasama.....ce teka yg mana 1????

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

Moga kak sihat seperti biasa hendaknya..tak cukup rehat agaknya tu..tengok akak selalu sibuk..ini udah berbengkel pulak. Best la dapat jajan 2 beg..hehe.

NzA berkata...Reply To This Comment

to siti murni
InsyaAllah..mungkin juga sbb kurg rehat n cuaca yg xmenentu ni siti...TQSM.....

Unknown berkata...Reply To This Comment

Alamakkk nka kena teka.. emm yg pic 1st kot.. sbb itu yg akak upload dulu hihihi...
dah teka.. betul tak? kikik

About me